Anda di halaman 1dari 6

PROJEK INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Unit Ko-kurikulum IPG Kampus Tun Hussein Onn

Tajuk Projek Inovasi : Mempertingkatkan Kemahiran Menjaring dalam Permainan Bola Baling

Nama Projek : OLENet (Our Limited Edition Net)

Pasukan Inovasi : Mohd Sidek Bin Muhamad Muhammad Haziq Fikri Bin Jamal Siti Zahrah Binti Mohd Yatim Muhammad Safwan Bin Mahadi

Pernyataan Masalah : Terdapat beberapa kemahiran yang boleh didapati semasa bermain bola baling seperti kemahiran menyambut, menghantar, menjaring dan sebagainya. Setiap pelajar harus mahir dalam setiap kemahiran terutamanya kemahiran menjaring tetapi kebanyakan pelajar mempunyai masalah dalam menjaring. Terutamanya dalam 1. Pelajar tidak mahir menganggar jarak sasaran. 2. Bola yang dijaringkan dapat dijangkau oleh penjaga gol. 3. Pelajar lemah dalam menjaringkan gol. 4. Pelajar tidak dapat membezakan kawasan gol yang boleh dijaringkan tanpa ditepis penjaga gol. Cadangan Penyelesaian : Cadangan pendekatan baru (inovasi) ini dijangka dapat : 1. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengawal bola dan menjaringkan bola. 2. Dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam menganggar jarak sasaran. 3. Pelajar dalam meningkatkan keyakinan dalam diri mereka semasa menjaringkan bola. 4. Pelajar dapat membezakan kawasan gol yang boleh dijaringkan tanpa ditepis penjaga gol. 5. Inovasi ini boleh membantu pelajar (guru pelatih) mengaplikasikan kemahiran menjaring dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Perancangan dan Perlaksanaan Projek : Keseluruhan Projek Inovasi ini telah dirancang untuk dilaksanakan seperti dalam carta Gantt seperti yang ditujukkan dalam rajah di bawah ini. JUN
AKTIVITI MINGGU

JULAI 1 2 3 4

Perlaksanaan aktiviti bola baling di dalam kelas. Mengenal pasti masalah Mencari dan merangka idea Pemilihan Bahan Perlaksanaan Inovasi (OLEnet) Pengumpulan dan Analisis Data Pengujian OLEnet Penambahbaikan OLEnet Persembahan OLEnet

Status Perlaksanaan Projek Inovasi : Langkah 1 : Kajian Perlaksanaan Kemahiran dalam Bola Baling. Satu soal selidik dijalankan kepada kumpulan PISMP Semester 2 Opsyen Reka Bentuk dan Teknologi Kumpulan 2 mengenai kemahiran-kemahiran dalam permainan bola baling. Kajian telah menunjukan bahawa pelajar kumpulan ini menghadapi masalah dalam kemahiran menjaring. Langkah 2 : Mengenalpasti masalah. Pelajar kumpulan ini menghadapi masalah dalam kemahiran menjaring atas sebabsebab tertentu. Sebagai contoh pelajar tidak mahir dalam menganggar jarak sasaran. Pelajar juga tidak mahir dalam menjaring serta membezakan kawasan gol yang boleh dijaringkan tanpa ditepis oleh penjaga gol. Langkah 3 : Merangka Inovasi (kaedah penyelesaian masalah) Satu kaedah baru telah dirangka. 3.1 3.2 Kaedah baru ini akan mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam menjaring. Selembar jaring lama yang tidak digunakan lagi telah dikitar semula dalam menjayakan projek inovasi ini. Projek ini juga banyak menggunakan barangbarang yang dikitar semula bagi menjimatkan kos. 3.3 Jaring ini telah diubah suai dengan membuat beberapa lubang dengan markah yang berbeza-beza mengikut warna yang telah dispesifikasikan. Sebagai contoh

bagi markah 100, lubang jaring tersebut bewarna merah. Markah 50 bagi lubang jaring bewarna kuning dan markah 25 bagi lubang jaring bewarna biru. 3.4 3.5 Jaring ini akan diletakkan di hadapan gol iaitu menutup permukaan depan gol. Pelajar akan cuba menjaring dari luar kawasan D dengan menjaring bola menerusi lubang-lubang yang telah disediakan. Pelajar akan mendapat markah mengikut lubang yang telah ditembusi bola. Pelajar juga dapat menetapkan

sasaran dalam menjaringkan bola tersebut dengan menyasarkan bola kedalam lubang yang telah disediakan. Langkah 4 :Perlaksanaan Inovasi Kaedah baru ini telah dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar PISMP Semester Opsyen Reka Bentuk dan Teknologi Kumpulan 2. Kaedah ini akan diaplikasikan bagi matapelajaran Permainan Bola Baling yang dijalankan dalam kursus WAJ3109. Dapatan daripada perlaksaan inovasi ini telah kami sertakan dalam bentuk laporan. Kesimpulan : Kaedah ini dijangka akan dapat mempertingkatkan mutu permainan bola baling pelajar. Ini adalah kerana kaedah ini memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran menjaring bola baling. Di samping itu kemahiran dan pengalaman yang diperolehi oleh pelajar melalui kaedah ini dapat di bawa ke sekolah untuk diaplikasikan. Selain itu, kaedah ini juga boleh diperluaskan kepada murid-murid sekolah untuk mempertingkatkan teknik penjaringan mereka.

Lampiran : Lakaran OLENet Gambar Proses Pembuatan OLENet Gambar Dapatan Kajian (Aplikasi oleh Murid)