Anda di halaman 1dari 29

PENGUJIAN ELEKTRIK Kehendak Perundangan -Mengikut Peraturan 12(1) dan (2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan bahawa setiap

pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu diselia oleh Pendawai dengan sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga. Setelah siap, pendawai berkenaan hendaklah memperakukan suatu Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan. Mengikut Peraturan 13(1) dan (2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana pepasangan, dan yang hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu. -Mengikut Peraturan 14(1) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12 dan 13 hendaklah masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam Jadual Pertama. Pengujian Setelah selesai sesuatu pendawaian, beberapa pengujian terhadap pepasangan pendawaian perlu dilakukan bagi pengesahan kendalian litar pendawaian dan peralatan dipasang selamat untuk digunakan. Sebelum pengujian dijalankan proses pemeriksaan hendaklah dibuat. Keputusan pemeriksaan/penyeliaan dan pengujian hendaklah menggunakan Borang G (seperti Lampiran IV) dan Borang H (seperti Lampiran V). Untuk pengesahan Perakuan Ujian bagi Borang H, ujian-ujian berikut hendaklah dilakukan; Ujian Keterusan; Ujian Rintangan Penebatan; Ujian Kekutuban; Ujian Rintangan Elektrod Bumi; dan Ujian Peranti Arus Baki.

Ujian Keterusan Terdapat 3 Ujian Keterusan Litar Akhir yang utama:i. Ujian Keterusan Konduktor Pelindung

iii. Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang iv. Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral Ujian Keterusan Konduktor Pelindung untuk memastikan semua konduktor pelindung disambung secara betul dan berkesan. Alat uji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm Kaedah Pengujian pastikan Suis utama, RCD dan MCB di litar buka (Switch Off ) dan semua beban ditanggalkan. sambungkan test lead penguji seperti rajah; nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

Ujian Keterusan Konduktor Litar Akhir Gelang untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan disepanjang litar gelang. Alat uji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm. Kaedah Pengujian Tanggalkan kedua-dua punca konduktor hidup dari MCB, konduktor neutral dari terminal neutral dan konduktor bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan. Sambungkan lead penguji seperti gambarajah dibawah ( E-E). Ulang tatacara bagi (L-L) dan (N-N). Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Ujian Keterusan Konduktor Hidup dan Neutral untuk memastikan setiap konduktor mempunyai keterusan yang baik disepanjang litar. Alat uji - Jangka Pelbagai (Juat Ohm) atau Jangka Ohm Kaedah pengujian Suis utama, RCD dan MCB di litar-buka ( Switch Off ). Semua beban hendaklah ditanggalkan. Suis hendaklah di litar-tutup ( Switch On ). Fius atau pemutus litar akhir hendaklah tanggalkan dan di litartutup. Jalankan ujian sebagaimana rajah di atas. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Ujian Rintangan Penebatan

Memastikan tiada kebocoran arus antara konduktor fasa dengan fasa, konduktor fasa dengan neutral dan konduktor fasa dengan bumi. Menguji ketahanan penebatan kabel. Alat uji - Penguji Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Tester). Voltan kendalian adalah arus terus dengan keupayaan voltan 250V A.T atau 500V A.T. Kaedah Pengujian Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off ) Semua beban hendaklah ditanggalkan. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on ) Jalankan ujian sebagaimana jadual di bawah. Nilai bacaan jangka hendaklah tidak kurang daripada 1 Megaohm.

Nilai Minimum Bagi Rintangan Penebatan adalah seperti jadual di bawah.

Ujian Kekutuban Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti perlindungan disambung pada konduktor fasa sahaja. Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung konduktor fasa. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap konduktor fasa, neutral dan bumi disambung pada terminal yang betul. Alatuji - Jangka Pelbagai (Julat Ohm) atau Jangka Ohm. Kaedah pengujian Suis utama hendaklah pada kedudukan litar-buka (switch off). Semua beban hendaklah ditanggalkan. Suis kawalan litar hendaklah pada kedudukan litar-tutup (switch on ). Jalankan ujian sebagaimana dibawah berdasarkan rajah. Menguji suis dan alat kawalan kutub tunggal pada konduktor fasa. Menguji punca sambungan soket keluaran. Menguji sambungan pemegang lampu jenis Edison skru. Nilai bacaan jangka hendaklah kurang daripada 1 ohm

Ujian Rintangan Elektrod Bumi i. Menguji rintangan elektrod bumi, ii. Mengetahui kesesuaian kedudukan elektrod yang ditanam, iii. Memastikan elektrod yang ditanam itu tidak berada dalam kawasan rintangan bertindih dengan elektrod lain. iv. Alat uji - Penguji Rintangan Bumi (Earth Resistance Tester). v. Kaedah pengujian Terminal 'E' disambungkan ke elektrod yang hendak diuji (konduktor hijau). Terminal 'P' disambungkan pada pancang voltan (spike potential) (konduktor kuning) dengan jarak 10 meter daripada elektrod bumi. Terminal 'C' disambungkan pada pancang arus (spike current) (konduktor merah) pada jarak 20 meter daripada elektrod bumi.

Cara Pengukuran Rintangan Elektrod Bumi Dibuat Ujian hendaklah diulang sekurang-kurangnya tiga kali, bertujuan untuk mengelakkan bacaan tidak tepat disebabkan kawasan rintangan bertindih. i. Rekodkan bacaan pertama (Z1) Contoh : Z1 = 10 ii. Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan bacaan kedua (Z2) Contoh : Z2 = 10 iii. Ubah pancang voltan sejauh 6 meter dari kedudukan asal. Rekodkan bacaan ketiga (Z3)

Keputusan: Daripada ketiga-tiga nilai rintangan, dapatkan nilai purata bagi menentukan nilai rintangan elektrod bumi yang diuji.

Ujian Peranti Arus Baki i. Memastikan Peranti Arus Baki (PAB) terpelantik dalam masa yang ditetapkan apabila berlaku kebocoran arus ke bumi. ii. Alatuji - RCD Tester / RCCB Tester. iii. Kaedah Pengujian 1

Menggunakan Butang Tekan Trip. Menekan butang trip yang terdapat pada RCD tersebut, sama ada ia terpelantik atau tidak. Ujian ini tidak dapat menentukan kepekaan RCD dan masa yang diambil untuk ianya terpelantik. iv. Kaedah Pengujian 2 Menggunakan Penguji RCD (RCD Tester). Alat ini lengkap dengan satu palam 13A yang boleh disambung kepada soket alir keluar 13A. Pilih kepekaan RCD supaya sama dengan kepekaan RCD yang hendak diuji, untuk menentukan sama ada RCD boleh terpelantik. Masa yang diambil untuk terpelantik mestilah tidak melebihi 40 milisaat. Tatacara menjalankan ujian a) Laraskan suis pilihan mengikut kepekaan RCD yang digunakan. Contohnya : 100 mA / 0.1 A b) Laraskan suis operasi kepada 'No Trip' ( Rated mA = 50%), sambungkan palam 3 pin pada soket alir keluar 13 A. c) 'On' soket alir keluar 13 A - pastikan lampu P-N dan P-E menyala. Ini menunjukkan kekutuban adalah betul. (Nota : Sekiranya kedua-dua lampu di atas tidak menyala ujian tidak boleh diteruskan. d) Tekan butang uji - bacaan menunjukkan tidak kurang daripada 200 milisaat dan pada masa yang sama, lampu 'test' menyala dan lampu P-N dan P-E tidak menyala. Pada waktu ini RCD tidak akan terpelantik. e) Tukarkan suis pilihan kepada 1800 (gelombang +ve) - ulang langkah (d) dan (e). f) Ubah suis operasi kepada 'Trip' (Rated mA = 100%). g) Tekan butang uji - RCD akan terpelantik dan bacaan yang ditunjukkan mestilah tidak melebihi 200 milisaat. h) Tukarkan suis pilihan kepada 00 (gelombang -ve) i) Tekan butang uji - RCD akan terpelantik dan bacaannya mestilah tidak melebihi 200 milisaat.

j) Ujian di atas hendaklah dibuat berulang kali sehinggalah mendapat bacaan yang hampir tepat. k) Rekodkan keputusan ujian. l) Tukarkan suis operasi kepada 'Fast Trip' dan tekang butang uji RCD akan terpelantik dalam masa tidak melebihi daripada 40 milisaat. m) Lakukan berulangkali pada 00 atau 1800. v. Keputusan ujian hendaklah sepertimana dalam jadual berikut:-

1. MD EMRAN BIN SAIDI KKBBM UJIANKETERUSAN 2. PENERANGANTujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke ataspemasangan pengguna atau alat-alat elektrik adalahuntuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangantelah terlaksanakan mengikut peraturan IEE, TNB danSuruhanjaya Tenaga (ST) agar berfungsi dengan betulserta selamat digunakan. 3. Pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan ke atasperkara- perkara berikut: i. Pemasangan baru. ii. Pemasangan sedia ada untuk tujuan penambahan atau pengubahsuaian. i. Pemasangan elektrik yang sedia ada secara berkala mengikut perancangan atau perencanaan untuk tujuan penyelenggaraan. ii. Ujian di atas permintaan pengguna atau arahan. Ini biasanya apabila berlaku kerosakan terhadap pemasangan. iii. Ujian untuk proses kemasukan borang kepada TNB. 4. PEMERIKSAAN PENGLIHATANPemeriksaan penglihatan adalah dicadangkan dilakukanterlebih dahulu sebelum diadakan sebarang ujian iaitu dengancara melihat, tujuannya adalah seperti berikut:i. Untuk memastikan bahawa alat-alat yang dipasang adalah mengikut Piawaian British (BS), Piawaian Malaysia (MS) yang diluluskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Sirim. Sekiranya alat-alat tersebut tidak ada sebarang tanda kelulusan maka pihak pemborong hendaklah mengemukakan surat kelulusan berkenaan.ii. Untuk memastikan bahawa keseluruhan pemasangan itu dijalankan mengikut peraturan IEE, TNB, JKR, ST dan lain-lain peraturan yang dikehendaki.iii. Untuk memastikan bahawa tidak ada kerosakan yang nyata atau zahir pada pemasangan atau alat-alat elektrik yang disambungkan kepadanya. 5. Senarai Pemeriksaan PenglihatanPemeriksaan Penglihatan sebagaimana yang disyorkanoleh pihak TNB adalah seperti berikut : i. Setiap sambungan pada pengalir kabel mestilah betul serta kuat dan kukuh dari segi mekanikal dan elektrikal. ii. Setiap pengalir kabel mestilah dibuat tanda pengenalan terutamanya pada pendawaian tiga fasa iii. Semua kabel dan peralatan mestilah dipasang di tempat- tempat yang tidak terdedah dan yang boleh membahayakan keadaan. iv. Pemilihan saiz kabel, penebat, kapasiti membawa arus dan susutan voltan hendaklah diberi perhatian. v. Sambungan suiz kutub tunggal ke pangalir fasa sahaja 6. Sambungan.vi. Sambungan yang betul ke atas soket, pemegang lampu dan alatalat kawalan yang lain.vii. Semua alat-alat yang digunakan seperti suis, soket, fius dan lain-lain mestilah diluluskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga dan Sirim.viii. Beban bagi sesuatu litar hendaklah diberi perhatian, contohnya bilangan point bagi sesuatu litar.ix. Konduktor Bumi : a. Perlindungan mekanikal. b. Perlindungan dari karat. c. Sambungan yang kuat ke elektrod bumi. d. Mengikut saiz. 7. Sambungan.x. Elektrod Bumi a) Saiz dan ukuran panjang. b) Jenis bahan. c) Kotak bumi (kebuk bumi). d) Label amaran.xi. Tanda-tanda amaran dan pengenalan: a) Label pada suis gear dan gear kawalan. b) Pengenalan pada konduit dan trunking dengan cat bewarna oren. a) Tanda amaran kehadiran voltan 240V atau 415V. 8. Sambungan.xii. Kaedah perlindungan daripada sentuhan terus: a) Perlindungan dengan halangan. b) Perlindungan dengan mengelak jangkauan. c) Perlindungan dengan bahan bukan pengalir. d) Perlindungan dengan penahan dan penutup. e) Perlindungan dengan penebatan ke atas bahagian- bahagian hidup. 9. Turutan pengujianPengajian mestilah dijalankan mengikut turutan ini yang bertujuan bagi mengelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk keselamatan pemasangan serta alat-alat penguji. Berikut adalah senarai pengujian yang perlu dijalankan mengikut turutan :a) Ujian keterusan.b) Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang.c) Ujian pengalir perlindungan, ini termasuklah pengalir ikatan utama dan tambahand) Ujian kekutuban.e) Ujian rintangan penebatan.f) Ujian rintangan elektrod

bumi.g) Ujian galangan gelung kerosakan ke bumi.h) Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi. 10. Ujian keterusanUjian ini bertujuan untuk memastikan setiap pengalirmempunyai keterusan di sepanjang litar. Terdapat dua kaedahujian keterusan yang dicadangkan. Alat penguji yang digunakanadalah jangka ohm dan loceng penguji (D.C). Tatacara menjalankan ujian :i. Suis utama hendaklah di OFFkan.ii. Beban hendaklah ditanggalkan, jika tidak boleh ditanggalkan suis kawalan hendaklah di OFFkan.iii. Suis kawalan hendaklah di Onkan sekiranya lampu atau beban dapat ditanggalkan.iv. Fius atau pemutus litar akhir hendaklah di cabut atau di OFFkan.v. Jalankan ujian sebagaimana rajah di bawah. 11. Sambungan.Semasa ujian ini dilakukan lampu tidak perlu dicabut daripemegang lampu dan suis hendaklah di ONkan.Meter menunjukkan bacaan bagi beban tersebut. Ujian keterusan litar gelang.Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan setiappengalir mempunyai keterusan disepanjang litar gelang. Terdapatdua kaedah ujian keterusan litar gelang yang dicadangkan. Alat-alat penguji yang digunakan ialah multimeter (ohm meter) danloceng penguji (d.c) 12. Tatacara menjalankan ujian kaedah pertama.1. Ujian keterusan di antara penghujung akhir bagi setiappengalir litar gelang, sambungkan lead penguji sepertigambarajah di bawah: 13. Sambungan.2. Ulang tatacara seperti di atas bagi ujianketerusan pengalir fasa dan neutral.3. Meter akan menunjukkan bacaan mestilahkurang daripada satu ohm menunjukkan keterusanpengalir adalah baik. 14. Tatacara menjalankan ujian kaedah kedua.1. Ujian keterusan di antara penghujung bagi setiap pengalir litar gelang, sambungkan plambam penguji seperti rajah di bawah. Satu pengalir digunakan untuk pintaskan ketiga-tiga pangalir iaitu bumi, neutral dan hidup.2. Meter akan menunjukkan bacaan mesti kurang daripada satu ohm menunjukkan keterusan pengalir adalah baik.3. Ujian keterusan ini dijalankan dengan pengalir iaitu N - L, L - E dan N - E 15. Ujian keterusan pengalir perlindunganTujuan ujian keterusan pengalir perlindungan dijalankan adalahuntuk memastikan ia disambung secara betul dan berkesan. Alatpenguji yang digunakan adalah jangka ohm. Terdapat dua jeniskaedah untuk menjalankan ujian keterusan pengalir perlindungan.Tatacara menjalankan ujian keterusan pengalirperlindungan kaedah pertama. 1. Bekalan utama diputuskan jika perlu. 2. Bagi menguji keterusan pengalir perlindungan sambungkan plambam penguji mengikut gambarajah dibawah. 3. Meter akan mesti menunjukkan bacaan kurang daripada satu ohm menunjukkan keterusan pengalir perlindungan adalah baik. 16. Tatacara menjalankan ujian keterusan pengalir perlindungan kaedah kedua 1. Bekalan utama diputuskan jika perlu 2. Bagi menguji keterusan pengalir perlindungan satu pengalir tambahan diperlukan untuk pintaskan pengalir perlindungan dengan pengalir fasa atau neutral sebagai pengalir panduan. 3. Meter mesti menunjukkan bacaan kurang daripada satu ohm bagi menunjukkan keterusan pengalir perlindungan yang baik.

Keperluan dan jenis-jenis pengujian yang perlu dilakukan secara amnya adalah merujuk kepada IEE Wiring Regulations BS 7671 (17th Edition) dan secara khususnya di Malaysia adalah merujuk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990. Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 di Malaysia, semua pendawaian elektrik bagi setiap pepasangan elektrik mestilah diuji oleh Orang Kompeten iaitu Pendawai Elektrik (Wireman) berdasarkan jenis pendawaian samada menggunakan Fasa Tunggal (Single Phase) atau Tiga Fasa (Three Phase). Sijil Perakuan Pengujian yang dinamakan Borang H mestilah diisi dan disahkan dan ditandatangani oleh Pendawai Elektrkik Fasa Tunggal/Tiga Fasa yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pemasangan dan pengujian pendawaian elektrik tersebut. Untuk makluman, Borang G (Sijil Perakuan Penyeliaan & Penyiapan Kerja-Kerja Pepasangan Elektrik) dan Borang H (Sijil Perakuan Siap Pengujian) mestilah dikemukakan kepada pihak Penyedian Bekalan Elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad sebagai salah satu syarat wajib untuk Dokumen Permohonan Bekalan Elektrik. Secara dasarnya, jenis-jenis pengujian elektrik yang mesti dilaksanakan adalah seperti berikut :1. 2. 3. 4. 5. Ujian Keterusan (Contibuity Test) Ujian Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Test) Ujian Kekutuban (Polarity Test) Ujian Rintangan Elektrod Pembumian (Earth Electroe Resistance Test) Ujian Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (Earth Leakage/Residual Current Device Test)

Kelayakan Menduduki Peperiksaan Pendawai

1.1 Pendawai Fasa Tunggal (Calon-calon Persendirian) Permohonan untuk menduduki peperiksaan kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal hendaklah dengan menggunakan Borang ST(PE)1 Pindaan 2003. Kelayakan seperti Peraturan 50, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003. Kelayakan pendidikan 50 (1c) minima telah ditetapkan tamat tingakatan 3 Sekolah Bantuan Kerajaan atau lulus sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau yang setaraf dengannya. Bagi pemohon-pemohon yang mempunyai Sijil MLVK (Juruelektrik) / SKM peringkat pertengahan dan telah menjalani 6 bulan dengan Kontraktor Elektrik serta mempunyai buku log yang lengkap adalah dikecualikan dari Peperiksaan Teori, Amali dan Lisan. Mana-mana calon yang layak hanya diberi perakuan kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal tanpa endorsan menguji pepasangan. Tetapi mana-mana calon yang berhasrat untuk mendapatkan perakuan Pendawai dengan endorsan, calon-calon tersebut hendaklah menduduki peperiksaan Lisan. Jika gagal dalam peperiksaan Lisan perakuan hanya diberi Pendawai tanpa endorsan menguji pepasangan. Mana-mana calon yang ingin menduduki peperiksaan Pendawai berserta endorsan menguji pepasangan, fi peperiksaan hendaklah mengikut fi peperiksaan berserta fi Peperiksaan Endorsan. Calon-calon yang mempunyai sijil MLVK peringkat pertengahan atau Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 dan telah mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang dari 6 bulan dengan kontraktor elektrik berdaftar adalah layak memohon perakuan Pendawai PW1 tanpa terlebih dahulu menduduki peperiksaan pendawai peringkat teori dan amali. Walaubagaimana pun pengecualian ini tidak termasuk pemegangpemegang sijil MLVK / SKM yang diperolehi melalui kaedah sistem Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT). Carta kelayakan untuk menduduki Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal adalah seperti di Lampiran A1. Carta aliran prosidur menduduki Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal adalah seperti di Lampiran A2. Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal

Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003 Electrical Installations Of Buildings - MS IEC 60364 Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik. Pengetahuan Elektrik Asas :Pengenalan asas voltan, arus, rintangan, kuasa, arohan, kapasitan, ulangan dan lain-lain kuantiti yang berkaitan dengan elektrik. Hukum Ohm. Sambungan bersiri dan selari Formula kuasa Sistem bekalan elektrik dan kadaran voltan Kabel Jenis-jenis kabel, kod warna dan penggunaannya pemilihan kabel yang betul iaitu seperti keupayaan membawa arus pengiraan susut voltan faktor pelbagai faktor-faktor pembetulan jenis-jenis penamatan kabel Pendawaian Sistem pendawaian Permukaan, tertanam, konduit, sesalur dan sebagainya faktor-faktor pemilihan jenis-jenis dan saiz konduit / sesalur faktor ruang Litar lampu suis satu hala, suis dua hala, suis perantaraan litar kuasa jejari, gegelang, spu mata penghawa dingin mata pemanas air pengasing Alat Uji dan Pengujian Jenis-jenis ujian dan turutannya Kekutuban, keterusan, penebatan dan sebagainya Jenis-jenis alat uji Insulation tester, Earth Resistance Tester, Multimeter, Ring Main Tester,

RCB Tester dan alat-alat ujian yang berkaitan dengan pengujian pendawaian elektrik. Alat-alat Pengukur Kuantiti Elektrik Penggunaan dan prinsip bekerja alat-alat pengukur iaitu, jangkaampere, jangkavoltan, jangka KWH, Clamp On Tester, Avometer dan sebagainya Perkakas Suis & Papan Agihan (SPN) Jenis-jenis papan agihan, unit pengguna, bilangan hala dan sebagainya Cut out dan Neutral Link Perlindungan Litar Jenis-jenis kerosakan elektrik Peranti perlindungan dan penggunaannya Jenis-jenis fius, kadaran, kendalian, pengujian Jenis-jenis suis utama, kadaran arus, kadaran fius MCB, kendalian, kadaran arus, pengujian MCCB, kendalian, kadaran arus, pengujian Pembumian Jenis-jenis pembumian, prinsip pembumian, galangan kerosakan ke bumi, pengalir perlindungan dan elektrod bumi. Peranti RCB satu fasa, kendalian dan peraturan yang berkaitan. Sistem Perlindungan Kilat Jenis-jenis dan penggunaan penangkap kilat. Radas-radas Elektrik Prinsip kerja radas-radas elektrik seperti pemanas air, periuk elektrik, loceng elektrik dan sebagainya. penghidup satu fasa Rekabentuk pepasangan elektrik pengetahuan simbol elektrik pengetahuan membaca dan melukis gambarajah skema dan susunatur elektrik kod warna piawai bagi sistem telefon, gas, air dan sistem pemadam kebakaran pengiraan beban 1.2 Pendawai Tiga Fasa (Calon-calon Persendirian) Permohonan untuk menduduki peperiksaan kekompetenan Pendawai Tiga Fasa hendaklah dengan menggunakan Borang ST(PE) 1 Pindaan 2003. Kelayakan pendidikan minima mestilah tamat tingakatan 3 Sekolah Bantuan Kerajaan atau lulus sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau yang setaraf dengannya [ Peraturan 50 1 (c)].

Kelayakan yang dikehendaki adalah :mempunyai Sijil Perakuan Fasa Tunggal berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga bekerja dengan Kontraktor Elektrik yang berdaftar atau Pendawai Persendirian atau Agensi-agensi Kerajaan Peperiksaan Pendawai Tiga Fasa boleh dipertimbangkan selepas satu tahun dari tarikh resmi lulus peperiksaan Fasa Tunggal dan telah bekerja dengan kontraktor elektrik tidak kurang dari 6 bulan. Calon-calon yang lulus peperiksaan Pendawai Tiga Fasa dan telah mempunyai perakuan Pendawai Fasa Tunggal dengan endorsan menguji pepasangan, calon berkenaan layak mendapat sijil perakuan kekompetenan Pendawai Tiga Fasa dengan endorsan menguji pepasangan dengan syarat fi untuk menduduki peperiksaan pengendorsan dijelaskan. Calon-calon boleh dipertimbangkan untuk terus menduduki peperiksaan pendawai tiga fasa tanpa mempunyai sijil perakuan Fasa Tunggal dengan syarat telah mempunyai pengalaman bekerja dengan kontraktor berdaftar dengan ST tidak kurang dari 3 tahun. Calon-calon hendaklah mempunyai buku log bagi membuktikan pengalaman bekerja/ mengajar yang disahkan oleh tenaga pengajar lain yang memegang perakuan kekompetenan ST yang berkaitan. Carta kelayakan untuk menduduki peperiksaan adalah seperti di Lampiran B1. Carta aliran prosidur menduduki Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga adalah seperti di Lampiran A2. Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, PeraturanPeraturan Elektrik 1994 dan Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003. Pematuhan Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installation Of Buildings - MS IEC 60364) Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik. Pengetahuan Elektrik Asas Pengenalan asas voltan, arus, rintangan, kuasa, arohan, kapasitan, ulangan dan lain-lain kuantiti yang berkaitan dengan elektrik. Hukum Ohm. Sambungan bersiri dan selari Formula kuasa Sistem bekalan elektrik dan kadaran voltan

Kabel Jenis-jenis kabel, kod warna dan penggunannya Pemilihan kabel yang betul iaitu seperti Keupayaan membawa arus Pengiraan susut voltan Faktor pelbagai Faktor-faktor pembetulan Jenis-jenis dan penamatan kabel Pendawaian Sistem pendawaian Permukaan, tertanam, konduit, sesalur dan sebagainya Faktor-faktor pemilihan Jenis-jenis dan saiz konduit / trunking Faktor ruang Litar Lampu Suis satu hala, suis dua hala dan suis perantaraan Litar kuasa Jejari, gegelang, spur Mata penghawa dingin Mata pemanas air Pengasing Alat Uji dan Pengujian Jenis-jenis ujian serta turutannya Kekutuban, keterusan, penebatan dan sebagainya Jenis-jenis alat uji Insulation Tester, Earth Resistance Tester, Multimeter, Ring Main Tester, RCB Tester dan alat-alat ujian yang berkaitan dengan pengujian pendawaian elektrik. Alat-alat Pengukur Kuantiti Elektrik Penggunaan dan prinsip bekerja alat-alat pengukur iaitu, jangkaampere, jangkavoltan, jangka KWH, Clamp On Tester, Avometer dan sebagainya Perkakas Suis & Papan Agihan (TPN) Jenis-jenis papan agihan, unit pengguna, bilangan hala dan sebagainya Cut out dan Neutral Link Perlindungan Litar Jenis-jenis kerosakan elektrik Peranti perlindungan dan penggunaannya Jenis-jenis fius, kadaran, kendalian, pengujian

Jenis-jenis suis utama, kadaran arus, pengujian MCB, kendalian, kadaran arus, pengujian MCCB, kendalian, kadaran arus, pengujian Pembumian Jenis-jenis pembumian, prinsip pembumian, galangan kerosakan ke bumi, pengalir perlindungan dan elektrod bumi. Peranti RCB satu fasa, kendalian dan peraturan yang berkaitan. Sistem Perlindungan Kilat Jenis-jenis dan penggunaan penangkap kilat Radas-radas Elektrik Prinsip kerja radas-radas elektrik seperti pemanas air, periuk elektrik, loceng elektrik dan sebagainya Jenis-jenis motor, penghidup motor dan pendawaiannya Rekabentuk pepasangan elektrik pengetahuan simbol elektrik pengetahuan membaca dan melukis gambarajah skema dan susunatur elektrik Pengiraan beban dan keseimbangan beban Kod warna piawai bagi sistem telefon, gas, air dan sistem pemadam api. Semua perkara bagi sukatan pelajaran bagi pendawaian satu fasa. 1.3 Pendawai Papan Tanda Permohonan untuk menduduki peperiksaan kekompetenan Pendawai papan Tanda hendaklah dengan menggunakan Borang ST(PE)1 Pindaan 2003. Kelayakan pindidikan minima mestilah tamat tingkatan 3 Sekolah Bantuan Kerajaan atau lulus sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau yang setaraf dengannya [Peraturan 50 1 (c)]. Calon-calon boleh dipertimbangkan untuk terus menduduki peperiksaan pendawai papan tanda mesti mempunyai pengalaman bekerja sebagai pendawai dengan kontraktor berdaftar dengan ST tidak kurang dari 3 tahun dan satu tahun pengalaman bekerja sebagai pendawai papan tanda.

Artikel ini menerangkan tentang panduan merekabentuk sistem pendawaian elektrik di rumah yang biasa diamalkan oleh juruelektrik di Malaysia. Sebenarnya tiada pengiraan khusus untuk menentukan saiz wayar, MCB, RCCB dan bilangan mata kuasa memandangkan kita tidak mengetahui berapa banyak beban yang akan digunakan oleh pengguna di rumah. Walaubagaimanapun, sebuah badan antarabangsa yang dikenali sebagai IEEE (Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik) telah menyediakan garis panduan untuk rekabentuk pendawaian elektrik ini. Pendawaian elektrik rumah bermula daripada papan agihan atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut Distribution Board (DB). Papan agihan terdiri daripada suis utama, RCCB dan MCB. Baca sini untuk mengetahui secara umum tentang papan agihan. Pendawaian elektrik akan diagihkan ke dalam rumah melalui MCB.

Gambar di atas menunjukkan sistem pendawaian elektrik yang biasa dipasang untuk rumah 1 tingkat 3 bilik. (Klik pada gambar untuk besarkan, klik sini untuk muaturun gambar di atas dalam format PDF). Terdapat 4 jenis litar pendawaian elektrik rumah iaitu litar gelang, litar jejari, pencahayaan dan litar khusus. 1. Litar jejari Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 50m. Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 6 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 50m. Biasanya litar jejari digunakan untuk pendawaian soket plug di dalam bilik. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A. 2. Litar gelang Litar gelang adalah litar di mana pangkal dan hujung pendawaiannya disambung pada MCB yang sama. Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 100m. Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 10 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 100m. Biasanya litar gelang digunakan untuk pendawaian soket plug di luar bilik seperti ruang tamu, ruang berehat dan dapur. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A. 3. Litar pencahayaan

Lampu, kipas, loceng pintu dan jam elektrik disambung pada litar pencahayaan. Jumlah maksimum mata kuasa yang dibenarkan untuk litar pencahayaan adalah 10 unit. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 1.5mm bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 6A. 4. Litar khusus Litar khusus adalah untuk peralatan elektrik yang kuasanya melebihi 2000 Watt seperti pemancur air panas, oven dan penghawa dingin. Setiap peralatan ini hendaklah dikhususkan satu litar pendawaian terus dari papan agihan, disambung pada MCB bersaiz 20A dengan saiz minimum wayar 2.5mm bertebat PVC. Sebagai contoh, rumah anda mempunyai satu unit pemancur air panas dan 2 unit penghawa dingin. Ini bermakna anda memerlukan 3 litar khusus untuk peralatan tersebut. Litar khusus 1 untuk pemancur air panas, litar khusus 2 untuk penghawa dingin pertama dan litar khusus 3 untuk penghawa dingin kedua. Dalam sesebuah rumah, bilangan litar jejari, litar gelang dan litar pencahayaan boleh lebih dari satu. Sebagai contoh, rumah 2 tingkat dengan 4 bilik. Litar jejari, litar pencahayaan dan litar gelang pertama adalah untuk tingkat bawah manakala litar jejari, litar pencahayaan dan litar gelang yang kedua adalah untuk tingkat atas. Kesemua MCB ini akan disambung pada RCCB dengan menggunakan wayar bersaiz 4mm (minimum). Terdapat dua saiz RCCB yang sesuai untuk pendawaian elektrik dalam rumah iaitu 40A dan 63A. Sekiranya rumah anda memerlukan soket plug dan mata kuasa kipas/lampu tidak melebihi 20 unit dan tiada penggunaan peralatan elektrik berkuasa lebih 2000W, RCCB bersaiz 40A sudah mencukui. Jika lebih dari 20 unit dan mempunyai peralatan elektrik 2000W ke atas, RCCB 63A diperlukan. Gunakan RCCB yang mempunyai kepekaan 100mA. Sekiranya pendawaian dilakukan dalam konduit GI (paip besi bergalvani), wayar elektrik yang perlu digunakan adalah jenis double insulated (2 lapis penebat). Ini kerana jika kerja pendawaian dilakukan dalam elektrik paip besi, sekiranya dilakukan dengan kasar ia boleh menyebabkan lapisan penebat wayar terkoyak. Oleh itu wayar double insulated diperlukan supaya penebat wayar elektrik masih dalam berkeadaan baik sekiranya lapisan pertama penebat telah terkoyak.

Sekiranya dua atau lebih unit kapasitor digabungkan secara selari, maka unit kapasitansnya boleh dijumlah begitu sahaja. Rujuk gambar di sebelah. Pengetahuan ini amat berguna sekiranya anda sering terlibat dalam kerja pembaikan peralatan elektrik atau elektronik Situasi 1 Satu kipas siling didapati tidak berpusing walaupun suis telah dihidupkan. Setelah diperiksa, didapati kapasitor pada kipas tersebut telah rosak. Kapasitor tersebut bernilai 2uF, tetapi pada masa itu anda hanya mempunyai dua unit kapasitor 1uF. Penyelesainnya, sambungkan kedua2 kapasitor 1uF tersebut secara selari. Dengan itu anda telah 'mencipta' kapasitor bernilai 2 uF dan pasangkan ia pada kipas tersebut. Situasi 2 Satu monitor komputer LCD didapati tidak menyala. Setelah diperiksa, terdapat satu unit kapasitor 80 uF pada bahagian inverter telah rosak. Kapasitor 80uF biasanya sukar didapati di kedai. Oleh itu, anda boleh menggabungkan kapasitor bernilai 47uF, 22uF dan 10uF (kapasitor pada nilai ini biasa dijual di kedai elektronik) untuk mencipta kapasitor bernilai 79uF. Walaupun tidak mendapat nilai 80uF, tetapi ia masih boleh digunakan.

Kita biasa ternampak para peniaga di pasar2 malam menghidupkan lampu kalimantang dengan menggunakan bateri kereta 12V. Mungkin ada antara kita yang tertanya bagaimana lampu kalimantang yang memerlukan bekalan voltan 240V boleh dihidupkan dengan bateri kereta yang bervoltan 12V sahaja. Sebenarnya mereka telah menggantikan litar elektrik lampu kalimantang tersebut menggunakan electronic ballast 12V. Alat ini akan menukarkan voltan arus terus 12V ke voltan tinggi arus ulang alik pada frekuensi tinggi. Gambar di bawah menunjukkan litar elektrik lampu kalimantang yang biasa.

Untuk membolehkan lampu kalimantang dapat dihidupkan dengan menggunakan bateri 12V, tiub kalimantang hendaklah disambungkan dengan electronic ballast sahaja seperti gambarajah di bawah.

Electronic ballast 12V boleh didapati di kedai2 elektrik ataupun pasaraya2 tertentu seperti Mydin. Harganya tidak melebihi RM10.

Penggunaan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di dalam rumah mungkin agak asing di kalangan orang awam, tetapi ia sekarang telah digunakan meluas pada lampu jalan dan peralatan elektrik yang berkualiti tinggi. Walaupun harga ballast elektronik agak mahal, tetapi ia menjanjikan kecekapan yang tinggi penjimatan tenaga elektrik sehingga 40% dan ini akan dapat menampung kos pembelian tersebut. Ballast elektronik boleh dipasang pada lampu kalimantang di rumah. Secara umumnya, litar lampu kalimantang adalah seperti gambarajah di bawah. (Nota: Tanpa kapasitor, lampu kalimantang masih boleh berfungsi)

Sekiranya ballast elektronik digunakan, pendawaian lampu kalimantang hendaklah diubah seperti gambarajah di bawah

Kelebihan menggunakan ballast elektronik adalah; Choke/ballast elektronik mempunyai nilai faktor kuasa yang tinggi (lebih kurang 0.95), oleh itu kurang menggunakan arus elektrik untuk menghidupkan tiub kalimantang dan ini akan memanjangkan jangka hayat pendawaian lampu. Kurang lesapan kuasa pada ballast elektronik, ini akan menyumbang kepada penjimatan bil elektrik Lampu tidak berkelip2 semasa dihidupkan Tiada bunyi berdengung semasa lampu menyala Siaran TV atau radio tidak terganggu semasa lampu dihidupkan Tiada penggunaan starter Memanjangkan jangkahayat tiub kalimantang

Kelebihan2 yang disenaraikan di atas hanya boleh diperolehi pada ballast elektronik yang mahal dan berkualiti tinggi. Ballast elektronik yang dijual di kebanyakkan kedai2 elektrik atau pasaraya2 tertentu (biasanya harga di bawah RM10) mempunyai beberapa kelemahan iaitu: Mempunyai nilai faktor kuasa yang rendah (dalam lingkungan 0.6) dan nilai ini tidak boleh diperbaiki dengan meletakkan kapasitor seperti dalam pendawaian lampu kalimantang menggunakan ballast magnetik. Ia akan memjana arus hormonik dan ini boleh merendahkah nilai Total Harmonic Distortion (THD) pada bekalan kuasa elektrik. Nilai THD yang terlalu rendah akan menjejaskan peralatan elektrik yang lain untuk berfungsi dengan baik Direka untuk kegunaan lampu di dalam rumah. Oleh itu ia tidak sesuai digunakan untuk lampu kalimantang di luar seperti lampu di gelanggang sukan.

Walaubagaimana, anda boleh menggunakan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di rumah untuk menikmati kadar penjimatan bil elektrik. Kesan akibat nilai faktor kuasa dan THD yang rendah tidak memberi kesan yang ketara kepada pengguna.

ELCB - Earth Leakage Circuit Breaker (Pemutus Litar Bocor ke Bumi) RCCB - Residual Current Circuit Breaker (Pemutus Litar Arus Baki) Yang manakan penggunaan perkataan yang betul untuk alat seperti gambar di atas ELCB atau RCCB ? Jawapannya : Kedua-duanya betul untuk masa sekarang. ELCB terbahagi kepada 2 bahagian: ELCB kendalian voltan ELCB kendalian arus = RCCB

RCCB adalah nama lain bagi ELCB kendalian arus. Penggunaan perkataan RCCB untuk ELCB kendalian voltan adalah tidak betul. Walaubagaimanapun, pengunaan ELCB kendalian voltan ini telah lama dihentikan dan syarikat pengeluar tidak lagi mengeluarkan ELCB jenis ini lagi. Oleh itu, kesemua ELCB yang terdapat di pasaran kini adalah ELCB kendalian arus atau RCCB. Tetapi anda masih boleh menemui ELCB kendalian voltan ini pada papan agihan bekalan elektrik di bangunanbangunan lama yang dibina sekitar tahun 1940an dan 1950an. Nota : RCCB juga kadang-kala dikenali sebagai RCD (Residual Current Device)

Struktur dalaman RCCB terdiri daripada 5 bahagian utama iaitu suis uji, gelung pengimbang, gelung pemutus litar, suis pemutus litar dan teras besi toroid. Dalam keadaan biasa, arus wayar live adalah sama dengan arus pada wayar neutral dan gelung pengimbang akan menghasilkan medan elektromagnet yang sekata. Apabila terdapat arus bocor ke bumi, medan elektromagnet pada gelung pengimbang akan menjadi tidak sekata dan ini akan menghasilkan voltan pada gelung pemutus litar. Apabila arus bocor ke bumi melebihi nilai sensitiviti RCCB, suis pemutus litar akan mendapat bekalan voltan yang mencukup dari gelung pemutus litar untuk memutuskan bekalan elektrik Sebagai contoh, sebuah RCCB yang mempunyai kepekaan 0.3A telah dipasang pada papan agihan sebuah rumah. Arus yang dibekalkan oleh RCCB pada ketika itu adalah 4A. Tetapi kebocoran arus ke bumi telah berlaku sebanyak 0.4A dan ini menyebabkan arus yang kembali ke RCCB tidak sama dengan arus yang dibekalkan. (Arus yang kembali = 4 - 0.4 = 3.6A). RCCB akan memutuskan bekalan elektri (trip) kerana arus bocor ke bumi melebihi nilai kepekaan RCCB tersebut.

Soalan: Rumah saya menggunakan lampu downlight jenis skru, tetapi prestasinya amat mengecewakan. Walaupun saya menggunakan lampu jenama Philips, tetapi tidak sampai 3 bulan, 10 daripada 23 mentol lampu sudah terbakar. Saya juga sudah tukar kepada jenama lain, tetapi sama juga masalahnya. Sekarang ini saya sudah tukar lampu downlight jenis cucuk (plug in) dengan magnetic ballast di luar. Nampaknya sudah 4 bulan lampu masih OK dan tidak berkelip-kelip. Bolehkah bagi pandangan mengenai masalah downlight ini ? Jawapan: Lampu downlight jenis skru yang anda maksudkan itu adalah lampu kalimantang kompak dengan ballast terbina dalam (self ballasted compact fluorescent lamp). Lampu ini mampu bertahan sehingga 10,000 jam sekiranya ia mendapat voltan elektrik yang 'bersih' (kurang mengalami herotan).

Lampu jenis ini tidak digalakkan digunakan dalam kuantiti yang banyak dalam sesebuah premis. Ini kerana lampu ini akan menjana arus harmonik dan sekiranya lampu ini banyak digunakan, ia akan menyebabkan tenaga elektrik dalam rumah anda mengalami herotan (distortion). Rujuk gambarajah di bawah. Kesan herotan ini akan bertambah buruk sekiranya terdapat peralatan elektronik yang berkualiti rendah dan murah sedang beroperasi pada masa yang sama. Selain itu, sekiranya rumah anda berhampiran dengan kawasan perindustrian, penggunaan mesin-mesin elektrik yang terdapat dalam kilang juga boleh menyumbang herotan pada bekalan elektrik rumah anda.

Kesan herotan inilah yang menyebabkan lampu jenis ini sering rosak. Bekalan elektrik yang terherot juga memberi kesan kepada peralatan elektrik yang menggunakan motor dan transformer seperti peti sejuk, mesin basuh, aircond, kipas, adapter laptop, televisyen dan sebagainya. Ia akan menyebabkan motor atau transformer lebih panas dan ini akan memendekkan jangkahayatnya. Pihak pengilang boleh sahaja merekabentuk lampu ini supaya kurang membebaskan harmonik, tetapi saiz lampu akan menjadi lebih besar dan juga lebih mahal. Oleh itu, lampu downlight jenis skru ini tidak boleh digunakan dalam sesebuah rumah dalam kuantiti yang banyak, bolehlah sekadar 1 atau 2 unit sahaja. Untuk situasi rumah anda ini, penggunaan downlight dengan magnetic ballast di luar adalah penyelesaian terbaik kerana ia tidak menjana arus harmonik, juga tidak sentitif terhadap kesan herotan bekalan elektrik. Penggunaan tenaga elektrik akan meningkat sedikit berbanding penggunaan lampu downlight jenis skru disebabkan tenaga haba yang terjana pada magnetic ballast tersebut, tetapi ia menjanjikan jangkahayat yang lebih lama. Atau boleh juga cuba lampu LED jenis skru jika anda tidak memerlukan cahaya yang terang. Tetapi penjualan lampu LED masih belum meluas, tetapi jika berminat boleh didapati secara online di lelong.com.my. Lampu LED tidak menjana arus harmonik dan juga tidak sentitif kepada kesan herotan bekalan elektrik. Jangkahayat lampu LED boleh mencapai sehingga 30,000 jam

Artikel ini menerangkan tentang pendawaian elektrik tiga fasa untuk bangunan besar bukan domestik seperti hospital, bangunan bertingkat, kilang dan sebagainya. Contoh pendawaiannya ditunjukkan pada gambar di sebelah ini (Maaf lukisan kurang cantik, tiada masa untuk lukis guna komputer. Harap boleh faham. Klik pada gambar untuk besarkan, klik sini untuk muaturun gambar ini dalam format PDF). Secara asasnya, sistem pendawaian elektrik tiga fasa untuk bangunan bermula dari pencawang elektrik dan papan suis utama (atau MSB - main switch board). Daripada MSB, bekalan elektrik akan diagihkan ke bangunan-bangunan atau tingkat bangunan yang lain. Kadang-kala pencawang elektrik tidak diperlukan sekiranya saiz bangunan tidak begitu besar.

Secara terperinci, pendawaian elektrik tiga fasa bermula dari bekalan 11kV dari TNB, masuk ke High Tension (HT) Tranformer untuk diturunkan kepada 415V. Bekalan elektrik 415V disambungkan pada VCB (Vacuum Circuit Breaker) yang kemudiannya ke sambung pada MSB. Daripada MSB, bekalan elektrik akan diagihkan ke setiap aras atau bangunan melalui ACB ( Air Circuit Breaker). Daripada ACB, bekalan elektrik kemudian diagihkan ke pengguna melalui MCCB ( Moulded Case Circuit Breaker), RCCB (Residual Current Circuit Breaker) dan MCB (Miniature Circuit Breaker). Bekalan elektrik setiap aras atau bangunan mungkin akan diagihkan lebih dari 1 ACB. Litar selepas ACB juga mungkin boleh mengandungi beberapa MCCB, bagitu juga dengan litar selepas MCCB yang mungkin terdiri daripada beberapa RCCB. Semua itu bergantung kepada kebijaksaan jurutera yang merekabentuk pendawaian tersebut berdasarkan kepada beban dan kos. VCB, ACB, MCCB biasanya dilengkapi peranti yang dikenali sebagai Protection Relay (PR). Alat ini berfungsi untuk mengesan sebarang kebocoran arus ke bumi dan seterusnya memberi isyarat kepada VCB/ACB/MCCB untuk memutuskan bekalan elektrik. PR ini perlu ditentukur ( calibrate) sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Untuk kegunaan pihak bomba semasa kebakaran, MCCB akan disambungkan pada satu peranti iaitu suis bomba (Fireman Switch). Suis ini membolehkan pihak bomba memutuskan bekalan elektrik ke sesuatu tempat. Suis ini biasanya dipasang pada pintu masuk pejabat atau di tangga kecemasan.

Anda mungkin juga menyukai