Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Berdasarkan tajuk tugasan amali yang diberikan, diperingkat awal lagi saya mengagihkan masa saya secukupnya

kerana pencarian bahan-bahan dan sumber rujukan amat terhad memandangkan kursus ini agak umum untuk dibincangkan dan ianya pula menjadi lebih spesifik kepada sains biologi pada tajuk tertentu seperti kepelbagaian spesies. Semasa menjalankan amali bagi Praktikal 3 di makmal

sains bersama-sama dengan rakan-rakan, pada awalnya amat sukar bagi saya dan rakan-rakan membezakan spesies kupu-kupu yang terdapat di ketiga-tiga buah pulau. Akhirnya kami memilih untuk membahagikan tugas mengira bilangan spesies dan bilangan individu. Kami menandakan setiap spesies yang dikenalpasti dengan menggunakan pensil warna bagi memudahkan kami membuat

pengecaman spesies serta memberi nama spesies mengikut taksonomi seperti dalam arahan tugasan.

Kesukaran ini lebih jelas dirasai pada peringkat mengira Indeks Kepelbagaian Simpson seterusnya mencari kesamarataan spesies. Saya juga kurang mahir menggunakan kalkulator saintifik dan ianya menjadi semakin rumit apabila mengira Indeks Keserasian Pielou. Namun, hasil daripada perbincangan dengan pensyarah dan tunjuk ajar beliau, masalah ini dapat diatasi oleh saya dan rakan-rakan terutamanya dalam memberi kedudukan (ranking) keutamaan untuk pemuliharaan bagi ketiga-tiga buah pulau tersebut.

Semasa menyediakan laporan juga, terdapat sedikit masalah kerana seperti yang dinyatakan di peringkat awal tadi, sumber rujukan amatlah terhad. Namun saya sedaya upaya mencari maklumat dari Perpustakaan Awam Kepala Batas ,akan tetapi agak menyedihkan saya tidak dibenarkan meminjam buku tersebut dan hanya boleh membuat salinan. Selain dari itu saya turut mendapatkan maklumat tentang tajuk ini dari Makalah di perpusatakaan tersebut disamping saya turut mendapatkan buku Biologi untuk STPM Edisi ke 2. Saya tidak dapat merujuk kepada rakan dalam kumpulan asal saya kerana semasa amali, kami berempat dipecahkan mengikut tajuk yang ditetapkan. Akan tetapi, dengan bahan rujukan 1

yang ada serta sedikit pemahaman yang saya baru perolehi, akhirnya laporan amali ini dapat saya siapkan.

Oleh yang demikian, sebagai rumusan daripada pengalaman yang saya lalui dari peringkat menjalankan amali sehingga menyediakan laporannya, saya lebih memahami bahawa sekiranya sesuatu kawasan atau sampel menunjukkan kekayaan spesis, tidak semestinya ia turut mempunyai kesamarataan spesis. Jadi atas pertimbangan pemikiran bersandarkan teori tertentu, barulah keutamaan kawasan yang mana untuk dipulihara dapat dikenal pasti. Oleh itu, kita sebagai manusia haruslah bertanggungjawab dalam memulihara kepelbagaian spesis yang ada di muka bumi ini. Ini kerana peranan manusia amat penting dalam menjaga keseimbangan alam termasuk keseimbangan ekosistem bagi menjamin

kepelbagaian spesis terus wujud, terus berkembang dan terpelihara untuk kajian dan keperluan generasi akan datang.

Bagi tugasan menyediakan nota dengan menggunakan pengurusan grafik untuk tajuk amali dan ekosistem (PCK), saya mengambil sumber dari laporan amali dan menggunakan rujukan yang sama . Saya membuat peta minda berdasarkan fokus hasil pembelajaran yang telah ditetapkan di dalam modul pembelajaran kursus. Apa yang mencabar bagi saya ialah semasa menyediakan pengurusan grafik untuk nota berkenaan ekosistem. Memandangkan jenis ekosistem yang perlu dibuat oleh setiap individu adalah berdasarkan undian, maka tajuk yang saya dapat juga agak terhad sumbernya. Namun sedaya upaya saya mencari bahan-bahan rujukan termasuklah buku teks Geografi Tingkatan 4 terbitan tahun 2003 serta maklumat dari laman sesawang. Apa yang paling mencabar bagi saya ketika mencari isi untuk mengenalpasti kepentingan, masalah serta cadangan mengatasi masalah yang dihadapi oleh ekosistem taiga. Di sini, saya tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kesimpulan sendiri kerana biom taiga ini tidak terdapat di Malaysia dan ianya harus bersandarkan fakta.

Melalui pengalaman yang saya lalui semasa menyediakan nota pegurusan grafik terutamanya tentang ekosistem , saya memperolehi pengetahuan baharu bahawa secara umumnya fungsi ekosistem adalah sama walaupun terdapat perbezaan dari segi perubahan iklim, lokasi serta organisma yang terlibat. Akan tetapi yang membezakan di antara ekosistem-ekosistem ini ialah masalah dan ancaman yang dihadapi ekosistem serta bagaimana mengatasi masalah ini. Ini kerana

penguatkuasaan undang-undang dan sesuatu dasar yang ditetapkan oleh sesebuah negara berkaitan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar termasuk ekosistem berbeza antara satu negara dengan negara yang lain.

Sebagai rumusan keseluruhan, ekosistem amat berkait rapat dengan kepelbagaian hidupan atau biodiversti. Sekiranya ekosistem tergugat dan mengalami

ketidakseimbangan akibat dari aktiviti manusia dan bencana alam semula jadi, maka sudah pasti kepelbagaian spesies juga turut terkesan dengan perkara ini. Terima kasih kepada pensyarah yang begitu banyak membantu dan membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini .