Anda di halaman 1dari 10

TuanTulis http://mivec.wordpress.

com PERINTAH AM BAB D PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1973 Bahagian 1 Peraturan 3B Kegagalan memberi dan mematuhi Akujanji 1. Seseorang yang gagal memberi akujanji setelah dikehendaki berbuat demikian oleh pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan atau ketua jabatannya boleh dikenakan tindakan tattertib. Seseorang pegawai setelah memberi akujanji dan gagal mematuhi termaterma akujanji boleh dikenekan tindakan tatatertib.

2. Bahagian 2

Peraturan 4(1) Seseorang pegawai pada setiap masa hendaklah memberi taat setianya kepada Agong, Negara dan Kerajaan. (2) Seseorag pegawai tidak boleh: a) Membelakangkan tugasa awamnya demi kepentingan peribadinya; b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercangah dengan tugas awamnya; c) Berkelakuan dengan apa cara yang menyebabkan syak munasabah bahawa i) Dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercangah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaanya sebagai seorang pegawai awam atau; ii) Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri; d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama dan mecemarkan nama perkhidmatan Awam; e) kurang cekap atau kurang berusaha; f) tidak jujur dan tidak amanah; g) tidak bertanggung jawab;

TuanTulis http://mivec.wordpress.com h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengarah atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan pegawai-pegawai lain; i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkat perintah; j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya. LARANG-LARANGAN LAIN DALAM PERKHIDMAMTAN AWAM Disamping tatakelakuan di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Peraturan yang sama juga telah menggariskan larang-larang lain seperti berikut: i) Gangguan Seksual Peraturan 4A

Seseorang pegawai awam tidak boleh melakukan ganguan seksual terhadap orang lain iaitu: a) b) cubaan untuk merapati orang lain secara seksual; melakukan perbuatan bersifat seksual yang menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut. Perlakuan bersifat seksual termasuklah secara lisan, bertulis dan ianya tidak terhad ditempat kerja atau diwaktu kerja selagi mencemarkan nama perkhidmatan awam. Peraturan 5

ii.

Pekerjaan Luar

Peraturan ini menggulungkan dua jenis pekerjaan luar sebagai : a) Pekerjaan yang dijalankan berdasarkan jawatan yang dipegang oleh seorang pegawai atau yang diarah oleh ketua jabatan seperti menjadi ahli lembaga kepada syarikat-syarikat yang kerjaan mempunyai keptingan. Pekerjaan yang dijalankan atas kepentingan persendirian atau untuk faedah saudara mara atau bagi mana-mana badan yang tidak mencri keuntungan yang dia ialah seorang pemegang jawatan dalam badan tersebut.

c)

Bagi jenis pekerjaan dibutiran (a), sekiranya tiada apa-apa penetapan mengenai amaun pendapat yang boleh disimpan maka perkara ini hendaklah dirujuk kepada pihak Perbendaharaan untuk mendapatkan penetapan kadar yang boleh diterima.

TuanTulis http://mivec.wordpress.com Bagi pekerjaan luar dibutiran (b), seorang yang ingin menjalankan pekerjaan luar hendaklah memperolehi kebenaran secara bertulis dari ketua jabatan. Ketua jabatan dalam menimbangkan permohonan tersebut hendaklah mempastikan tidak bercnggah dengan tatakelakuan pegawai awam dibawah peraturan 4 dan khususnya hendaklah mempastikan pekerjaan luar itu; a) b) b) tidak dilakukan dalama wakktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki melaksanakan tugas rasminya; tidak dengan apa-apa cara cenderung menjejaskan kebergunaan pegawia itu sebagai pegawai perkhidmatan awam; dan tidak akan dengan apa-apa cara cenderung bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam atau menjadi tidak selaras dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang perkhidmatan awam. Peraturan 6

iii)

Pakaian

Cara berpakaian semasa bertugas akan ditentukan oleh kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan dan Pihak Berkuasa Lain. iv) Menyalahguna Dadah Peraturan 7

Seseorang pegawai tidak boleh menggunakan/menggambil menyalah gunakan /menagih dadah merbahaya kecuali bagi maksud perubatan. Jika seseorang yang diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan sebagai menggunakan mengambil menyalahgunakan, menagih dadah berbahaya, pegawai tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja. Bagaimanapun sekiranya pegawai telah mencapai umur persaraan pilihan, pegawai boleh ditamatkan demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49. v) Hadiah Peraturan 8

Pegawai dilarang memberi/menerima hadiah daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan tugas rasmi. Jika seseorang pegawai merasa ragu-ragu tentang bentuk, amaun atau hadiah yang sukar ditolak, maka penerimaan hadiah itu hendaklah mendapatkan kebenaran ketua jabatan samaada hadiah itu boleh disimpan atau dikembalikan. Walaubagaimanapun ketua jabatan boleh membenarkan seseorang pegawai menerima surat pujian semperna persaran/pertukaran dari mana-mana persatuan,

TuanTulis http://mivec.wordpress.com badan, orang atau membenarkan pungutan sumbangan secara sepontan oleh pegawi di bawah jagaanya bagi maksud pemberian hadiah semperna persaran, pertukaran, perkahwinan atau apa-apa peristiwa lain yang sesuai. vi) Menerima/Memberi Keraian Peraturan 9

Seseorang pegawai tidak boleh menrima/memberi keraian sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasminya atau keraian itu dengan apa-apa cara sejajar dengan tatakelakuan pegawai awam di bawah peraturan 4. vii) Pemunyaan Harta Peraturan 10

Seorang pegawai dikehendaki membuat pengisytiharan harta dalam keadaankeadaan berikut: a) b) c) d) Pada tarikh dilantik; Pada bila-bila masa dikehendaki oleh Kerajaan; Memperolehi harta baru; Melupuskan harta

Mana-mana pegawai yang hendak memperoleh harta yang tidak sejajar dengan tatakelakuan di bawah peraturan 4, sebelum memperolehi harta itu hendaklah meminta kebenaran daripada ketua Setiausaha Kementerian terlebih dahulu. Dalam memutuskan sama ada hendak memberikan kebenaran atau tidak Ketua Setiausaha Kementerian hendaklah mengambilkira perkara-perkara yang berikut: a) b) saiz, amaun atau nilai harta berbanding dengan emolumen pegawa itu dan apa-apa pendapatan persendiran yang sah; sama ada pemerolehan atau pemegangan harta itu akan atau mungkin akan bercanggah dengan kepentingan atau, dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai awam, atau dengan apa-apa cara menjadi tidak selaras dengan peraturan 4; apa-apa factor lain yang dianggap perlu oleh KSU Kementerian bagi menjaga keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam.

c) viii)

MenyenggaraTaraf Hidup Melebihi Emolumen/Pendapatan Yang Sah Peraturan 11

TuanTulis http://mivec.wordpress.com 1. Seorang pegawai boleh dipanggil oleh Ketua Jabatan supaya memberi penjelasan bertulis dalam tempoh 30 hari bagaimana ia boleh menyenggara taraf hidup tersebut jika ternyata pegawai itu: a) c) menyenggara sesuatu taraf kehidupan yang melebihi emolumen nya dan pendapatan persendirian lain yang sah jika ada; atau mempunyai kawalan atau memiliki sumber kewangan atau harta (alih atau tidak alih) yang nilainya tidak seimbang dengan atau tidak boleh semunasabahnya dijangka telah diperolehi oleh pegawai itu dengan emolumenya dan apa-apa pendapatnya persendirian yang sah.

2.

Pemjelasan pegawai itu akan dilapor kepada pihak berkuasa tatatertib dan terpulang kepada pihak berkuasa tatatertib berkenaan untuk mengambil tindakan yang difikirkan wajar. Peraturan 12

ix)

Meminjam Wang 1.

Seseorang pegawai tidak boleh meminjam wang dari mana-mana orang/menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam/dengan apa-apa cara meletakkan dirinya dibawah suatu oblikasi kewangan kepada manamana orang. Pegawai boleh meminjam wang /menjadi penjamin kepada mana-mana orang yang meminjama wang daripada bank, insuran, koperasi atau syarikat kewangan yang dilesenkan di bawah akta bank dan institusi kewangan 1989 atau menaggung hutang dengan cara memperolehi barangbarang melalui perjanjian sewa beli yang bersyarat. Seorang pegawai boleh menanggung hutang-hutang berikut: a) b) c) d) e) jumlah wang yang dipinjam atas cagaran tanah yang digadaikan, jika jumlah wang yang dipinjam tidak melebihi nilai tanah. over daraf atau kemudahan keredit lain yang diluluskan oleh insitutsi kewangan. Jumlah wang yang dipinjam daripada penanggun insuran atas cagaran polisi insuran. Jumlah wang yang dipinjam daripada kerajaan, badan berkanun atau mana-mana badan koperasi; atau Jumlah wang yang kena dibayar atas barang-barang yang diperolehi melalui perjanjian sewa beli.

2.

3.

TuanTulis http://mivec.wordpress.com x) Keterhutangan Yang Serius Peraturan 13

Tanggungan hutang menyebabkan kesulitan kewangan yang serius, iaitu i) Agreget hutang/tanggungan tak bercagar lebih 10 kali emolumen bulanannya kecuali pinjaman pendidikan. ii) Penghutang penghakiman (Judgement Debtor) dan tidak dijelaskan dalam tempoh 1 bulan. iii) Bankrap atau pemakan gaji tal solven (insolvent)

Keadaan pegawai yang berada dalam keadaan keterhutangan yang serius itu telah memburukkan nama Perkhidmatan Awam. Adalah menjadi tanggungjawab pegawai itu melaporkan kepada ketua jabatan jika dia merasakan hutangnya akan menyebabkan kesusahan berat. xi) Meminjamkan Wang Peraturan 15

Seseorang pegawai tidak boleh meminjam dengnan faedah. xii) Tidak Boleh Terlibat Dalam Pasaran Hadapan Peraturan 16

Tidak boleh terlibat dalam pasaran niaga hadapan sebagai pembeli atau penjual, dalam pasaran tempatan atau luar negara. xiii) Refel Dan Loteri Peraturan 17

Tidak boleh megadakan refel atau loteri harta persendirian xiv) Penerbitan Buku Dan Karya Peraturan 18

Tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. xv) Pernyataan Awam Peraturan 19

Tidak boleh membuat pernyataan awam kecuali mendapat kebenaran menteri berkenaan. xvi) Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal Peraturan 20

Tidak boleh menjadi penyunting akhbar/majalah/jurnal kecuali, penerbitan;

TuanTulis http://mivec.wordpress.com i) ii) iii) iv) xvii) Jabatan Prifesional Pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik Diluluskan secara bertulis oleh Ketua Jabatan. Kegiatan Politik Peraturan 21

Pegawai Kumpulan Pengurusan Tinggi (KPT) dan Kumpulan Pengurusan Profasional (KPP) dilarang mengambil bahagian dalam politik atau memakai lambing pati politik khususnya tidak boleh: i) ii) iii) iv) v) vi) Membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik; Menerbit/mengedar buku/artikal/risalah mengenai politik; Merayu undi Agen pilihanraya tempat mengundi Bertanding apa-apa jawatan Memegang apa-apa jawatan.

xviii) Membawa Prosiding Undang-Undang Dan Bantuan Guaman Peraturan 22 Tidak boleh membawa apa-apa perbicaraan undang-undang bagi kepentingan peribadinya akibat tugas rasminya tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada KSU Kementerian. Seorang pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman berbangkit daripada perbicaraan mahkamah yang dibawa terhadapnya atas tugas-tugas rasmi boleh memohon bantuan guaman kepada KSU melalaui Peguam Negara. xix) Tidak Hadir Bertugas Peraturan 24

Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh diambil tindakan tatatertib. Ketidakhadiran Termasuklah tidak hadir bagi aapa-apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki bertugas.

TuanTulis http://mivec.wordpress.com BAHAGIAN 3 1. PROSIDING JENAYAH Peraturan 28

Pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah. Prosedur jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seseorang pegawai: i) Penahanan Kerja Peraturan 44

Pihak berkuasa Tatatertib boleh membuat keputusan sama ada hendak menahan kerja pegawai yang telah dituduh di mana-mana mahkamah setelah menerima laporan daripada Ketua Jabatan beserta dokumendokumen seperti: Salinan kertas/surat pertuduhan/saman terhadap pegawai. Jika ditangkap, tarikh dana waktu pegawai ditangkap/jika disaman tarikh saman disampaikan. Sama ada pegawai itu dalam jaminan atau tidak Apa-apa maklumat yang berkaitan.

Gaji tidak boleh kurang daripada emolumen. ii) Gantung Kerja Peraturan 45

Jika pegawai disabitkan oleh Mahkamah, pihak berkuasa tatatertib yang berkuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat hendaklah sama ada atau tidak pegawai itu merayu terhadap sabitan itu, menggantung pegawai itu daripada menejalankan tugasnya berkuatkuasa mula dari tarikh sebitanya sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib di bawah Peraturan 29. Pegawai tidak berhak menerima apa-apa emolumen sepanjang penggantungan kerja. ii) Pegawai-pegawai Yang tertakluk Kepada Prosiding Syariah Diuruskan mengikut tatacara prosiding kes jenayah. PROSEDUR SURCAJ Surcaj bukan hukuman tatatertib di bawah peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993. Surcaj dinyatakan di bawah Peraturan 51, Peraturan yang sama. Walau demikian surcj mempunyai unsure-unsur tatatertib.

TuanTulis http://mivec.wordpress.com PENAMATAN PERKHIDMATAN DEMI KEPENTINGAN AWAM PERATURAN 49

Di bawah peraturan 49 peraturan yang sama, penamat perkhidmatan awam boleh dibuat oleh pihak berikut: i) jika kerajaan mendapati atau jika representasi dibuat kepada kerajaan bahawa adalah wajar perkhidmatan seseorang pegawai ditamatkan demi kepentingan awam, kerajaan boleh meminta laporan yang penuh daripada ketua jabatan dimana pegawai itu sedang atau telah berkhidmat. laporan yang tersebut dalam sub peraturan 1 hendaklah menggandungi butir-butir berhubung dengan kerjaan dan kelakuan pegawai itu dan ulasan-ulasan ketua jabatan jika ada. iii) adalah sah disisi undang-undang bagi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untk mengesyorkan kepada Kerajaan bahawa perkhidmatan seseorang pegawai itu di tamatkan demi kepentingan awam walaupun prosiding tatatertib belum dijalankan di bawah mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini.

ii)

Bedasarkan peruntukan perakuan penamatan perkhidmatan boleh di buat oleh Kerajaan tau mana-mana pihak kepada kerajaan termasuk kepada ketua jabatan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Berkenaan. HUKUMAN TATATERTIB Jenis Hukuman Tatatertib i) ii) iii) iv) v) vi) vii) amaran; denda; lucuthak emolumen; tangguh pergerakan gaji; turun gaji; turun pangkat; atau buang kerja. Peraturan 38

TuanTulis http://mivec.wordpress.com Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan ke atas seseorang pegawai mana-mana satu atau apa-apa kombinasi dari dua atau lebih daripada hukuman-hukuman di atas mengikut bidangkuasa yang diberikan kepadanya. RAYUAN TATATERTIB Seseorang pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib, kecuali mengenai kes-kes tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat, yang diambil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profasional) boleh membaut rayuan kepada Lembaga Rayuan tatatertib dalam tempoh 14 hari (dikira dari hari esoknya selepas menerima surat pemberitahuan hukuman, sekiranya hari esoknya jatuh pada hari Ahad atau cuti umum maka dikira hari berikutnya.

Anda mungkin juga menyukai