Anda di halaman 1dari 12

BAHASA MELAYU

PANITIA BM SKPG2

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Bulatkan jawapan yang betul. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Suhaila sedang ________________ bahan-bahan yang hendak digunakan untuk memasak sambal tumis. A. mengisar B. merebus C. mengukus D. menumbuk 2. Cikgu Raziuddin sedang _____________ subjek Matematik di dalam kelas Tahun Tiga Zamrud. A. menerang B. mengasuh C. mengajar D. mendidik 3. Pada setiap hari Jumaat, Syuhada ditugaskan untuk ______________ sampah. A. mengumpul B. mengemas C. menyusun D. menyapu 4. Sekolah kita akan menjalankan aktiviti ___________ pada hari Sabtu ini, kata Cikgu Emilia.

BAHASA MELAYU

PANITIA BM SKPG2

A. gotong-royong B. bersama-sama C. bantu-membantu D. tolong-menolong

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Murid- murid tahun 3 Perdana sedang ______________ membersihkan kelas. A. bermandi-manda B. bergotong royong C. bermain -main D. berlari-lari

Soalan 6 hingga soalan 9. Pilih kata adjektif yang sesuai.


6. Pak Samad berasa _____________ apabila teringat akan anaknya yang nakal itu. A. hampa B. bimbang C. sedih D. cemas

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

BAHASA MELAYU

PANITIA BM SKPG2

7. Majlis hari jadi Encik Zaidi yang ke-29 tahun disambut dengan _____________ sekali. A. suram B. bosan C. gembira D. meriah 8. Bayi perempuan itu sangat ________________ dan mencuit hati. A. indah B. segak C. molek D. comel 9. Wah, sungguh ______________ rumah Datuk Kamaluddin! A. kecil B. lebar C. besar D. lapang

Soalan 10 hingga soalan 12. Pilih kata ganti nama diri yang sesuai.

BAHASA MELAYU

PANITIA BM SKPG2

10.Sudahkah ________________ menziarahi Cikgu Fahmi? tanya Lin kepada Lai Meng. A. kamu B. anda C. mereka D. kalian 11.Cikgu Salmi ke bilik sukan. __________ hendak mengambil bola jaring. A. Baginda B. Mereka C. Beliau D. Dia 12. ________________ mesti bermain dengan bersungguh-sungguh, kata Erma kepada Rakan-rakannya. A. Mereka B. Kamu C. Kami D. Kita

Soalan 13 hingga soalan 15. Pilih kata seru yang sesuai berdasarkan ayat yang diberi.
13.____________, saya tidak percaya Zafirul boleh kalah! A. Oh B. Eh C. Amboi D. Syabas 14.____________, tingginya lompatan Balqis! A. Eh B. Cis C. Wah

BAHASA MELAYU

PANITIA BM SKPG2

D. Aduh 15._____________, kamu telah berjaya dalam pertandingan badminton tadi! A. Amboi B. Wahai C. Aduhai D. Syabas

Soalan 16 hingga soalan 20 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
16.Rumah nenek Rizalyang kami kunjungi amat daif, kata Fida kepada ayahnya. A. pergi B. tengok C. datang D. ziarahi 17. Bakti atlet sukan paralimpik sekolah itu akan terus dikenang. A. Budi B. Jasa C. Harapan D. Bantuan

18.Ayah mengenakan hukuman yang adil terhadap Sazali dan Suzaili. A. betul B. tegas C. bernas D. saksaman

BAHASA MELAYU

PANITIA BM SKPG2

19.Fazli terpaksa akur dengan keputusan perlawanan itu. A. kecewa B. setuju C. marah D. derita 20.Mangsa-mangsa bah telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara. A. banjir B. hujan C. ribut D. alam

Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah.

21.Pak Seman memikul _________________ pisang untuk di bawa pulang ke rumahnya . A. sesikat B. setandan C. sesisir D. sebiji

Soalan 22 berdasarkan gambar di bawah.

BAHASA MELAYU

PANITIA BM SKPG2

22.Pak Seman _________________ baja untuk menyuburkan lagi tanaman sayursayurannya. A. menyiram B. menyimbah C. menabur D. merenjis 23.Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Pak Daud mempunyai empat ekar tanah getah. A. Mengapakah Pak Daud mempunyai tanah getah ? B. Berapa ekarkah tanah getah yang dipunyai oleh Pak Daud ? C. Bagaimanakah Pak Daud mendapat tanah ? D. Siapakah yang membeli tanah getah ?

24.Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Di manakah Faris dan Aidil menginap ?


A. Faris dan Aidil pergi ke Johor. B. Mereka menginap di sana selama tiga hari. C. Faris dan Aidil menginap di Hotel Legend di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur. D. Faris dan Aidil tidak mahu menginap di sana. 25.Lisa bukan sombong tetapi pendiam orangnya.

BAHASA MELAYU

PANITIA BM SKPG2

Perkataan berlawan bagi pendiam ialah A. bising B. pemurah C. pemarah D. peramah

Soalan 26 hingga soalan 28 Pilih jenis ayat yang betul.


26.Amboi, pandainya kamu menggunakan computer! kata Kesuma. A. Ayat tunggal B. Ayat perintah C. Ayat seruan D. Ayat majmuk

27.Firash dan Farhan gemar bermain bola sepak. A. Ayat seruan B. Ayat majmuk C. Ayat tunggal D. Ayat perintah 28.Nenek sedang menyiram pokok bunga anggerik A. Ayat majmuk B. Ayat seruan C. Ayat perintah D. Ayat tunggal

Soalan 29 dan soalan 30 Pilih ayat yang betul. 8

BAHASA MELAYU

PANITIA BM SKPG2

29.A. Iman sedang dibaca buku. B. Setiap hari, ayah menghantar saya ke sekolah dengan kereta. C. Faizal membantu ibunya jualan kuih di tepi jalan. D. Perlawanan bola jaring itu diadakan dari padang sekolah.

30.A. Bagaimanakah alat yang digunakan untuk bermain hoki ? B. Farid berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya. C. Minta hantarkan kuih ini kepada jiran kita. D. Aduh, cantiknya tenunan kain ini.

Soalan 31 hingga soalan 35. Baca berita di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut. KUALA LUMPUR, 21 Januari Seorang kanak-kanak perempuan yang berumur lapan tahun telah dilaporkan hilang sejak semalam. Kanak-kanak perempuan yang berbangsa Melayu itu dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak dia pergi ke taman permainan petang semalam. Ibu bapa kepada kanak-kanak yang bernama Aryssa itu memberitahu mereka mula mencari anak mereka selepas dia tidak pulang ke rumah sehingga waktu Maghrib. Namun begitu, usaha mereka tidak berjaya menemui Aryssa. Jiran-jiran mereka yang turut membantu untuk mencari Aryssa juga gagal menemui kanak-kanak itu. Ada saksi memberitahu bahawa dia ternampak Aryssa menaiki sebuah kereta yang berwarna merah. Ibu bapa kanak-kanak itu telah membuat satu laporan polis tentang kehilangan anak mereka. Mereka juga meminta bantuan kepada orang ramai untuk sama-sama mencari anak mereka. Gambar kanak-kanak perempuan yang hilang itu telah ditampal di merata tempat dan juga disiarkan di dalam 9

BAHASA MELAYU

PANITIA BM SKPG2

surat khabar. Jika ada sesiapa yang terlihat kanak-kanak ini diminta melaporkan segera ke balai polis yang berhampiran.
31. Bilakah tarikh kanak-kanak itu hilang ? A. 2 Januari B. 12 Januari C. 20 Januari D. 21 Januari 32. Maklumat di bawah berkaitan tentang kanak-kanak itu kecuali . A. Aryssa B. India C. Perempuan D. Lapan tahun

33. Saksi melihat kanak-kanak itu menaiki sebuah . A. motosikal B. kereta C. teksi D. bas 34. Siapakah yang turut membantu ibu bapa kanak-kanak itu mencari anak mereka yang hilang ? A. Pemandu teksi B. Kawan-kawan C. Jiran-jiran D. Nenek

35. Tindakan yang perlu diambil sekiranya terlihat kanak-kanak itu ialah .. A. Tidak mengambil tahu

10

BAHASA MELAYU

PANITIA BM SKPG2

B. Menolong kanak-kanak itu C. Memberitahu ibu bapa kanak-kanak itu D. Melaporkan segera ke balai polis yang berhampiran

Soalan 36 hingga soalan 40 Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut. Taman Negara Kuala Tahan letaknya di negeri Pahang. Taman Negara ini merentasi tiga buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Hutan tropika yang tertua di dunia terdapat di taman Negara ini. Hutan ini berusia lebih 130 juta tahun. Selain itu, gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan terletak di taman negara ini juga. Antara kemudahan yang terdapat di taman negara ini ialah tempat penginapan, pengangkutan dan tapak perkhemahan. Pihak pengurusan Taman Negara Kuala Tahan telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti restoran, klinik dan pasar mini kepada para pengunjung.

36. Di manakah letaknya Taman Negara Kuala Tahan? A. Pahang B. Terengganu C. Kelantan D. Perak

37. A. B.

Berapakah usia hutan tropika tertua yang terdapat di taman negara ini? 130 juta tahun 130 ribu tahun 11

BAHASA MELAYU

PANITIA BM SKPG2

C. D. 38.

130 tahun 130 ratus tahun Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah .

A. Gunung Kinabalu B. Gunung Everest C. Gunung Tahan D. Gunung Mulu 39. A. B. C. D. 40. A. B. C. D. Yang berikut ialah kemudahan yang ada di Taman Negara Kuala Tahan Restora pasar raya pasar mini klinik Erti kata bagi pengurusan dalam petikan ialah. penjagaan pentadbiran pemelihara penyediaan

kecuali

12

Anda mungkin juga menyukai