Anda di halaman 1dari 7

PEMARKAHAN 1.

MENILAI RAKAMAN VIDEO JUMLAH

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2


TAJUK

PECAHAN I :MENILAI RAKAMAN VIDEO SESI P&P


KUMPULAN EL-B04 ( A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

SYARANI BT MD SARIFF

D20102054865

0136329970

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR MADYA DR.ABD RAHMAN BIN DAUD abdul.rahman@fppm.upsi.edu.my

TARIKH SERAH: 10 NOVEMBER 2012

ISI KANDUNGAN Pengenalan Kemahiran Menyoal Kebaikan / Kekuatan Kelemahan Penambahbaikan / Refleksi

Muka surat 1 2-4

4-5

Pengenalan Pengajaran Mikro ialah satu prosedur untuk melatih guru mengajar di bilik darjah. Menurut Calderhead (1984 ) , pengajaran mikro merupakan salah satu inovasi dalam latihan kemahiran mengajar di bilik darjah. Dalam pengajaran mikro, situasi pengajaran dan pembelajaran dipermudah dengan mengurangkan jangkamasa mengajar. Jumlah pelajar di dalam kelas juga dikecilkan agar pengajaran guru lebih terkawal. Guru dikehendaki melaksanakan hanya satu aspek atau satu jenis kemahiran mengajar daripada beberapa kemahiran yang disenaraikan. Kemahiran Menyoal

Kebaikan dan Kekuatan Berdasarkan video , saya telah memilih kemahiran menyoal , iaitu salah satu kemahiran yang penting dilakukan semasa guru menjalankan pengajaran mikro. Cikgu Norkhamidah Sulam telah menggunakan teknik menyoal sebagai pengenalan dan permulaan

pembelajaran. Tujuannya adalah untuk menarik minat dan tumpuan murid untuk mengikuti pembelajaran dari awal sehingga tamat pembelajaran. Penyoalan yang dikemukakan dapat menarik minat murid apabila beliau menunjukkan gambar sambil menyoal. Beliau dapat mengenalpasti sejauh mana pengetahuan sedia ada murid dan mencungkil idea melalui respon jawapan murid hasil dari soalan soalan yang dikemukakan.

Beliau juga mengemukakan soalan secara spesifik iaitu yang berkaitan dengan tajuk . Cara ini membantu beliau untuk menghuraikan konsep seterusnya memberi kefahaman yang jelas kepada murid. Beliau juga ada menyelitkan soalan-soalan sampingan untuk menambahkan kefahaman murid mengenai tajuk yang ingin disampaikan.Pengulangan soalan juga sentiasa dilakukan oleh cikgu Norkhamidah secara lisan dan tulisan sebagai pengukuhan kefahaman murid. Sebagai contoh, beliau meminta murid menjawab soalan dengan menulis semula di papan putih .

Di samping itu beliau menggunakan contoh-contoh yang berkesan semasa mengemukakan soalan iaitu menggunakan bahan realia seperti plastik, batu, daun kering dan beberapa bahan realia lain.Murid dapat menjawab soalan dengan tepat dan jelas apabila melihat contoh-contoh yang diberikan. Kemahiran menyoal juga berkesan apabila beliau meminta murid menjalankan aktiviti kendiri di dalam kumpulan dan secara individu. Sebagai contoh, dalam aktiviti kumpulan beliau

telah meminta murid melengkapkan puzzle . Setelah selesai,beliau menyoal murid berdasarkan aktiviti yang dilakukan.Dalam aktiviti secara individu pula, beliau telah mengemukakan soalan melalui lembaran kerja .

Beliau juga telah memberi penghargaan kepada murid apabila dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Sebagai contoh , beliau memberi ucapan bagus dan meminta murid menepuk tangan apabila dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.Selain itu, kemahiran menyoal dijalankan dengan baik apabila beliau membimbing murid untuk menjawab soalan. Beliau berperanan sebagai fasilitator dengan cara membimbing murid menjawab soalan dengan betul dan tepat.

Soalan-soalan yang dikemukakan adalah dengan suara yang kuat dan jelas. Murid dapat mendengar dengan baik dan seterusnya dapat menjawab soalan dengan berkesan. Nada suara yang tinggi di samping pengulangan jawapan adalah sebagai memberi penekanan kepada jawapan yang betul dan tepat

Akhir sekali, kebaikan atau kekuatan kemahiran yang ditunjukkan oleh cikgu Norkhamidah ialah beliau memberi peluang secara rawak untuk murid menjawab soalan . Ada kalanya beliau memilih murid untuk menjawab soalan dan akan beralih kepada murid lain apabila murid tersebut tidak dapat memberikan jawapan. Cara ini menggalakkan murid sentiasa bersedia untuk menjawab soalan guru.

Kelemahan Selain kebaikan , kemahiran menyoal juga mempunyai beberapa kelemahan. Di antaranya ialah pada awal pengajaran, bentuk penyoalan tidak menekankan apakah tajuk utama yang ingin diajar kepada murid. Terdapat beberapa tajuk kecil yang diselitkan bersama dalam menyoal murid. Tajuk besar kurang jelas dan menyebabkan murid kurang memahami konsep yang ingin disampaikan oleh guru.Contohnya terdapat beberapa tajuk dalam pengajaran iaitu Kegunaan Air , Alat-alat yang digunakan untuk bersuci dan Alat-alat yang tidak boleh digunakan untuk bersuci Bentuk penyoalan yang dikemukakan oleh guru tidak secara keseluruhan. Guru tidak memberi masa dan peluang untuk murid mencuba menjawab soalan yang dikemukakan. Keadaan ini boleh menyebabkan murid berasa kurang bersemangat untuk mencuba menyampaikan idea atau menjawab soalan .

Guru juga kurang menerima pendapat kerana tidak memberi murid masa berfikir (wait time ). Hasilnya , guru yang akan memberi jawapan atau dalam ertikata lain guru menyoal, guru sendiri yang menjawab. Murid tidak berpeluang untuk memberikan jawapan dan idea dan boleh menyebabkan kefahaman murid menjadi kurang jelas dalam memahami konsep sesuatu pelajaran.Kemahiran menyoal menjadi faktor murid kurang bertanya atau menyoal guru. Ini adalah kerana peluang untuk menyoal guru amat terbatas apabila guru lebih berperanan menyoal , memberi jawapan dan menghurai atau menerangkan pelajaran tanpa melibatkan murid sepenuhnya dalam teknik menyoal.

Selain itu, aktiviti yang dijalankan lebih bertumpu kepada aktiviti berkumpulan. Guru tidak memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain atau di antara kumpulan dengan kumpulan lain membentuk pembelajaran kendiri secara bersoal-jawab sesama mereka.Guru juga tidak memberi peluang kepada murid untuk menunjuk atau membentang kerja dan membuat persembahan di hadapan kelas. Aktiviti bersoal-jawab akan menjadi lebih berkesan apabila murid-murid diberi peluang untuk bersoal-jawab secara terbuka di hadapan kelas dan memberi peluang kepada setiap murid untuk menyoal kumpulan yang berkenaan. Aktiviti di dalam kelas akan lebih efektif dan murid berasa lebih bermotivasi dan seronok untuk belajar.

Guru suka menyebut jawapan atau fakta secara berulang-ulang. Keadaan ini boleh menimbulkan rasa jemu kepada murid kerana murid telah jelas dengan huraian atau jawapan guru.Di samping itu, guru menyoal murid secara meminta murid menulis jawapan di atas papan putih . Terdapat tulisan-tulisan yang kurang jelas dilihat dan menyukarkan kepada sesetengah murid untuk memahami pelajaran sepenuhnya.Di tambah pula dengan penjelasan guru yang terlalu cepat, beralih dari satu aktiviti kepada aktiviti lain tanpa memberi penekanan penyoalan yang spesifik. Penambahbaikan / Refleksi

Beberapa penambahbaikan boleh dilakukan sebagai refleksi hasil pengajaran yang disampaikan oleh cikgu Norkhamidah. Di antaranya ialah guru seharusnya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara student centre ( berpusatkan murid ). Dalam kemahiran penyoalan, guru boleh melibatkan murid secara aktif iaitu memberi peluang

murid bersoal-jawab sesama kumpulan atau individu. Guru hanya berperanan sebagai fasilitator membimbing murid untuk bermotivasi menjalankan aktiviti .

Guru juga boleh meminta dan memanggil beberapa orang murid ke hadapan kelas sebagai presenter ( model) yang berperanan menunjuk dan menerangkan bahan-bahan

pembelajaran. Seterusnya murid-murid lain diberi peluang untuk mengemukakan soalan berdasarkan tajuk. Guru perlu membimbing murid sekiranya murid tidak dapat menjawab soalan dengan tepat atau betul. Kesan dari kesilapan yang dilakukan sebagai contoh jawapan yang kurang tepat atau salah , menjadikan murid mudah mengingati dan tidak melakukan kesilapan lagi.

Selain itu, guru seharusnya memberi peluang kepada murid untuk menjawab soalan secara memberi sedikit masa kepada murid berfikir seterusnya dapat menjawab soalan dengan betul dan tepat. Guru tidak perlu memberikan jawapan secara spontan kerana murid sentiasa mempunyai sikap ingin mencuba.Sebaliknya guru harus lebih kreatif dan memotivasikan murid untuk menjawab soalan dengan cara memberi kata-kata semangat seperti bagus, tahniah dan sebagainya.

Guru juga harus mengemukakan soalan secara rawak dan melibatkan setiap murid. Ini dilakukan agar murid sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang soalan guru. Di samping itu, guru boleh memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti perbincangan secara berpasangan atau berkumpulan sebelum guru mengemukakan soalan.Guru perlu memberi peluang murid memberi idea hasil penyoalan guru. Sewajarnya soalan-soalan yang dikemukakan adalah soalan yang pelbagai termasuklah soalan tahap tinggi yang memerlukan murid memberi idea dengan kritis dan kreatif. Walaupun sukar, murid berpeluang untuk berbincang di antara satu sama lain bagi memberikan jawapan yang terbaik.

Langkah lain ialah guru seharusnya memberi peluang kepada murid untuk membuat rumusan melalui penyoalan yang sesuai . Murid akan berasa dihargai dan seronok apabila diberi peluang memberi idea untuk merumus sesuatu tajuk melalui soalan-soalan yang diberikan. Secara keseluruhannya, kemahiran menyoal mempunyai kebaikan dan kelemahan kepada guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran mikro. Guru perlu bijak menggunakan kemahiran menyoal yang berkesan agar murid bermotivasi dalam pembelajaran seterusnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar di samping guru menjadi lebih mahir dan lebih berkeyakinan dalam pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai