Anda di halaman 1dari 2

Arahan: Baca petikan di bawah dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, para hakim, guru-guru dan seterusnya hadirin yang dikasihi. Negara Bersih Rakyat Sejahtera. Itulah tajuk pidato saya pada hari ini. Hadirin yang dikasihi, Negara bersih membawa maksud sesebuah kawasan yang berada di bawah kekuasaan kerajaan tertentu yang terhindar daripada kekotoran. Manakala rakyat sejahtera pula bermaksud keadaan penduduk di kawsan tersebut berada dalam keadaan yang baik dalam semua aspek kehidupan. Justeru, saya ingin menegaskan kesahihan tajuk pidato saya pada hari ini menerusi hujah-hujah saya yang berikut. Hujah saya yang pertama, kebersihan negara menjamin kesejahteraan rakyat dari aspek kesihatan. Pencemaran alam sering berlaku sejak akhir-akhir ini. Antaranya, kegiatan pembuangan sampah di merata-rata tempat, pelepasan asap dari kilang, pembuangan sisa toksik ke dalam sungai dan lain-lain lagi di negara kita. Sesungguhnya, semua aktiviti tersebut mendatangkan bahaya. Rakyat di negara ini akan mudah dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan rakyat dari aspek kesihatan, semua pihak haruslah menjalankan tanggungjawb masing-masing untuk membanteras aktiviti-aktiviti yang dapat menyebabkan pencemaran alam ini. Hujah saya yang kedua, kebersihan negara membawa kesejahteraan kepada rakyat dari aspek sosial. Apabila negara kita bersih, rakyat akan berasa lebih selesa untuk menjalani kehidupan mereka. Hasilnya, hubungan yang baik dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Maka sewajarnya, kebersihan negara terus dipelihara sampai bila-bila. Seterusnya, hujah saya yang ketiga, kebersihan negara dapat membawa kesejahteraan kepada rakyat dari aspek ekonomi. Suasana yang bersih akan menyerlahkan keindahan sesebuah negara. Hal ini dapat menarik lebih banyak pelancong berkunjung ke negara kita. Dengan cara itu, ekonomi penduduk di negara kita akan bertambah baik. Akhir kata, marilah kita bersama-sama memastikan kebersihan negara kita terus terpelihara kerana negara bersih, rakyat sejahtera. Sekian, terima kasih.

Nama : ____________________________

Tarikh : _______________________

Arahan : Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan petikan.

1. Penyampai pidato tersebut mungkin sekali A juri pertandingan pidato itu. B peserta pertandingan pidato itu. C penonton pertandingan pidato itu. D guru penasihat pertandingan pidato itu. 2. Mengapakah pencemaran dapat membahayakan rakyat? A pencemaran menyebabkan rakyat terdeah kepada pelbagai penyakit. B pencemaran menyebabkan rakyat membuang sampah merata-rata. C Pencemaran menyebabkan asap dari kilang dilepaskan oleh rakyat. D pencemaran menyebabkan semua rakyat bertanggungjawab. 3. Apabila negara bersih, perpaduan rakyat mudah dibentuk kerana A rakyat mampu hidup berdikari. B rakyat lebih suka melakukan aktiviti di luar. C tidak ada lagi rakyat yang bersikap pengotor. D rakyat dapat melakukan pelbagai aktiviti luar bersama-sama dengan selesa. 4. Bagaimanakah kedatangan pelancong dapat meningkatkan ekonomi rakyat? A pelancong membantu rakyat menjual pelbagai jenis barang. B pelancong menggalakkan setiap rakyat berniaga. C pelancong akan menggunakan wang mereka untuk berbelanja. D rakyat dapat menjual barangan mereka dengan harga yang lebih mahal.

Anda mungkin juga menyukai