Vitamin
Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain. Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil. Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien. Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.
Sejarah
Perkataan vitamin telah diusulkan oleh seorang pakar biokimia yang berbangsa Poland pada tahun 1912.Vita di dalam bahasa Latin bemaksud kehidupan dan mine -amine adalah adalah kata tambahan dari amine; kerana pada masa itu ramai yang menyangka bahawa semua vitamin adalah amine dan sekarang kesalahan ini telahpun disedari. Nilai memakan makanan tertentu bagi mengekalkan kesihatan telah diketahui lama sebelum vitamin dikenal pasti. Orang-orang Mesir purba tahu bahawa memberi pesakit makan hati akan membantu merawat rabun malam, yang kini diketahui akibat kekurangan vitamin A. Pada 1747, pakar bedah Scotland, James Lind menyedari bahawa makanan sitrus membantu menghalang beri-beri (scurvy), penyakit yang mampu membawa maut di mana kolagen tidak terbentuk dengan sempurna, dan ciri-ciri yang muncul adalah luka lambat sembuh, pendarahan pada gusi, dan rasa sakit yang teruk. Pada 1753, Lind menerbitkan Treatise on the Scurvy. Hasil apa yang dijumpainya, bagaimanapun tidak diterima secara meluas. Sebagai contohnya, Dalam ekspedisi Artik Tentera Laut Di Raja pada abad ke 19, ia dipercayai secara meluas bahawa penyakit beri-beri boleh dihalang dengan kebersihan diri yang baik di atas kapal, senaman berkala, dan mengekalkan moral kaki-tangan kapal, bukannya dengan permakanan makanan segar. Ini mengakibatkan ekspedisi tentera laut itu masih diserang penyakit beri-beri. Ketika Robert Falcon Scott melakukan dua ekspedisinya ke Antartika pada awal abad ke-20, teori perubatan ketika itu ialah penyakit beri-beri diakibatkan oleh makanan dalam tin yang tercemar.
Vitamin
Fungsi Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi. Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan. Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin E
Vitamin K
Larut dalam air: Vitamin C Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.
Vitamin
Vitamin v) Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A. vi) Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1. vii) Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2. viii) Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D. ix) Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E. x) Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K.
Lesen
Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported //creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/