Anda di halaman 1dari 26

a) Pemahaman Kajian Kes AMIN Untuk memenuhi keperluan tugasan kerja kursus pengurusan bilik darjah dan tingkah

laku.Kumpulan kami telah menjadikan Amin sebagai tajuk pilihan untuk menjalankan kajian ini. Amin memainkan peranan watak utama dalam kes ini.Amin bersekolah di Sekolah Berasmara Harian.Sebelum ini, Amin gagal memasuki sekolah ini, namun selepas rayuan dibuat oleh ayah Amin, Amin memperoleh peluang untuk menimba pengetahuan di sekolah ini.Pada peringkat permulaan persekolahan, Amin kelihatan gembira sahaja.Selepas tempoh 2 bulan, Amin mula tidak menghadirkan diri ke sekolah.Situasi bertambah serius apabila Amin tidak ingin tinggal di asrama yang disediakan oleh sekolah. Dia berjanji akan pergi ke sekolah sekiranya dibenarkan berulang-alik dari rumah setelah disoal oleh cikgu. Mengikut pemahaman saya, Amin ingin tinggal di rumah bersama dengan ibu bapa adalah untuk memastikan ayahnya memberi wang saraan kepada ibunya.Amin berasa dirinya dapat menjadi pelindung kepada ibunya sekiranya dia berada di rumah.Keadaan Amin yang tidak menunjukkan sebarang perubahan ke arah positif, telah menyebabkan ibu bapanya dipanggil ke sekolah supaya cikgu dapat memahami situasi Amin dengan lebih mendalam.Namun usaha tersebut ternyata sia-sia apabila ibu bapa hanya meluahkan

ketidakpuasan diri sahaja. Seterusnya, jika Amin dibenarkan untuk tidak tinggal di asrama, dia akan menghadapi masalah pengangkutan memandangkan ayahnya sibuk bekerja. Malah dia perlu bertukar dua jenis pengangkutan untuk sampai ke sekolah kerana jarak yang jauh antara rumahnya dengan sekolah.Perwatakan yang dapat lihat apabila Amin dikatakan memakai baju sepupunya yang berjenama ialah materialistik.Selain itu, Amin mungkin berasa terabai dalam keluarga tersebut dan ingin menagih kasih daripada kedua-dua ibu bapanya. Hal ini terbukti apabila Amin mengatakan, Ayah sayangkan kakak dan abang. Mereka pandai.Nak kereta ayah belikan.Mak pula sayangkan

adik.Sebab Amin selalu berdamping dengan Pak Longnya adalah kerana dia dapat menumpang kasih Pak Longnya dari segi kewangan dan juga emosi. Tambahan pula, Amin merupakan seorang remaja yang patuh kepada agama.Hal ini dapat dilihat apabila Amin memuntahkan makanan yang dibayar dengan wang yang dimenangi oleh ayahnya dalam perjudian.Selain itu, rakanrakanya turut menjumpai Amin tinggal di tepi Surau setelah melarikan diri daripada ayahnya.Amin juga melakukan pembohongan dengan kerap mengenai kemahiran bermain bolanya dan juga situasi kewangan keluarganya.Dia malu dengan keadaan keluarganya dan takut kawan-kawannya akan pandang rendah terhadap dirinya sehinggakan dia bertindak dengan bercakap bohong.

Perwatakan seterusnya yang dapat lihat dalam diri Amin ialah pemarah.Apabila ditanya oleh kawan mengenai adakah kereta yang buruk dimiliki ayahnya, dia segera melenting kerana pembohongannya telah terbongkar.Akhir sekali, Amin merupakan seorang remaja yang penuh dengan kedegilan.Walaupun Amin tahu bahawa dia tidak dapat sampai di sekolah tepat pada waktu sekiranya tidak tinggal di asrama namun dia tetap bertegas untuk berbuat demikian. Ayah Amin merupakan seorang yang amat menitikberatkan

pendidikan.Hal ini terbukti apabila ayah Amin inginkan pendidikan yang terbaik untuk Amin.Seterusnya, ayah Amin juga menyalahkan Amin kerana melepak di kedai abang longnya.Pada keesokan hari, Amin bangun lewat dan terpaksa menyusahkan dia untuk menghantarnya ke sekolah kerana tidak sempat mengejar bas.Sebenarnya, tujuan utama Amin berada di kedai itu adalah untuk menjaga perlakuan ayahnya.Ayah Amin juga selalu menolak tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada ibu Amin.Hal ini dapat dilihat apabila ayah Amin berkata, Awak maknya, ada dirumah, tengoklah dia!Berilah perhatian kepada Amin.Anak nak sayang, nak peluk, awak tolak dia, macam mana dia tidak merajuk.Perwatakan ayah Amin yang ketara ialah berat sebelah.Segala permintaan abang dan kakak Amin ditunaikan tetapi perkara yang sebaliknya berlaku kepada Amin.Di samping itu, ayah Amin gagal menjalankan

tanggungjawab sebgai seorang ketua keluarga kerana tidak memberikan wang


2

saraan kepada ibu Amin semasa ketiadaan Amin di rumah.Malah ayah Amin juga mempunyai perempuan simpanan di luar. Tindakan ayah Amin mencurangi ibu Amin telah diketahui oleh Amin semestinya akan meninggalkan kesan yang negatif kepada Amin. Selain itu, ayah Amin juga mempratikkan amalan yang buruk dalam kehidupan iaitu berjudi dan menggunakan wang yang tidak halal untuk belanja makan.Bak kata pepatah, Terhantuk baru tengadah, ayah Amin menyesal apabila Amin telah menghilangkan diri. Dari perspektif ibu Amin, dapat dilihat bahawa dia merupakan seorang yang mengabaikan tangungjawab diri sebagai seorang ibu.Hal ini dapat dibuktikan melalui kata-kata ibu Amin iaitu, Saya pun tak tahu mengapa Amin bersikap macam ini.Tidak seperti kakak dan abangnya.Mereka semua pandai.Sebagai seorang ibu haruslah mengetahui sebab anak bersikap memberontak.Selain itu, ibu Amin sering membandingkan Amin dengan abang dan kakaknya tidak kira dari segi sahsiah ataupun akademik.Abang dan kakak Amin sentiasa menunjukkan prestasi yang baik di mata ibunya manakala keadaan Amin untuknya adalah sebalik. Amin mungkin akan berasa cemburu kerana segala prestasinya tidak mendapat pengiktirafan daripada ibunya. Seterusnya, ibu Amin mengamalkan pepatah yang berbunyi, Kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran.Apabila dia lebih sanggup mengambil upah menjaga anak jiran daripada menghantar Amin ke sekolah.Dalam kes ini, dapat melihat dengan nyata bahawa Amin sangat dahagakan kasih sayang daripada ibunya namun tidak kesampaian. Akhir sekali, ibu dan ayah Amin sering menyalahkan satu sama lain apabila Amin bertindak di luar jangkaan seperti tidak mahu tinggal di asrama, melapak di kedai pak long, selalu bergaduh dengan adik perempuannya dan curi-curi keluar dari rumah. Mereka tidak pernah terfikir apakah sebab yang menyebabkan Amin bertindak

sedemikian.Penyesalan yang mereka tunjukkan selepas Amin menghilangkan diri adalah sia-sia.

b) Model yang digunakan untuk memahami kes yang dikaji Model Pengurusan Displin Menurut buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (2009), model pengurusan displin mempunyai lima jenis model pengurusan displin. Kumpulan kami telah memilih empat jenis model pengurusan displin daripada antara lima model untuk memenuhi soalan tugasan ini. Model pengurusan displin yang kami pilih ialah : i. ii. iii. iv. Model Modedifikasi Tingkah Laku oleh B.F.Skinner Model Displin Asertif oleh Lee Canter Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs Model Terapi Realiti oleh William Glasser

Model-model ini memberikan panduan tentang pengurusan displin dan tingkah laku dengan menggunakan pendekatan yang berbeza.Ada model yang menggunakan kawalan luaran sebagai pendekatan untuk menguruskan tingkah laku sehinggalah kepada model yang menggunakan kawalan kendiri sebagai pengurusan tingkah laku yang berkesan. (Haliza Hamzah, 2009) Menurut laman web edublogs (2012) menyatakan bahawa pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya akan dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan.

i.

Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F.Skinner Model modifikasi tingkah laku menggunakan prinsip peneguhan yang

menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini.(Haliza Hamzah, 2009) Model ini menekankan suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman yang berbentuk peneguhan positif dan peneguhan negatif. Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan menggunakan peneguhan. Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali sebagai satu

pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah laku secara berkesan. (Laman web blogspot, 2013) Terdapatnya dua jenis prinsip peneguhan yang wujud, iaitu peneguhan positif dan satu lagi merupakan peneguhan negatif.Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, markah merit dan sebagainya.Peneguhan positif adalah bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini.Manakala peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini. Guru melakukan peneguhan negatif apabila mengeluarkan rangsangan yang tidak diingini seperti murid membaca komik di belakang semasa guru mengajar. Apabila rangsangan dikeluarkan, guru dapat

mendapatkan tingkah laku murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian semasa guru mengajar.(Haliza Hamzah, 2009) Berdasarkan laman web blogspot (2013), pengukuhan positif dalam konteks bilik darjah diberikan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang diingini.Pengukuhan positif ini boleh diberi dalam bentuk ganjaran material dan kata-kata pujian.Manakala, pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Menurut buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (2009), dendaan yang menghukum tingkah laku yang salah adalah berbeza dengan prinsip
5

peneguhan.Dendaan ialah tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini manakala peneguhan negatif ialah tindakan yang diambil untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Secara umumnya, peneguhan positif dan peneguhan negatif adalah digunakan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini.Pembentukan tingkah laku boleh dilakukan dengan memberikan peneguhan yang berkala setiap kali selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Dalam kajian kes Amin, kami mendapati peneguhan negatif telah digunakan terhadap Amin oleh bapanya yang tidak membenarkan dia untuk pergi ke kedai bapa saudara.Hal ini telah menyebabkan Amin menjadi tidak mendengar katanya dan bertukar menjadi lebih ekstrem dari segi tingkah laku.Sepatutnya ayah Amin menggunakan peneguhan positif yang terdiri daripada nasihat ataupun kasih sayang yang banyak membantu terhadap perkembangan positif Amin. Sebaliknya, guru kelas Aminlah yang menggunakan peneguhan positif terhadap Amin.Hal ini kerana peneguhan positif sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan oleh guru untuk membentuk tingkah laku yang diingini.Guru Amin telah membawa Amin berjumpa dengan guru kaunseling untuk memahami masalah yang dihadapi oleh Amin sendiri supaya Amin boleh terus tinggal di asrama dan menumpukan perhatian dalam pembelajarannya. Dalam model ini, teguran daripada bapanya merupakan salah satu daripada contoh peneguhan negatif yang mensasarkan untuk mengurangkan tingkah laku Amin yang tidak diingini.Tetapi keadaan telah menjadi serius apabila dendaan tersebut memburukkan keadaan Amin. Kesimpulannya, model ini lebih tumpu kepada pembetulan tingkah laku yang ditunjukkan.

ii.

Model Disiplin Asertif Canter

Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan. Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid-murid berhak untuk mendapatkan suasana

pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku . Oleh yang demikian, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan.

Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai caracara untuk membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain. Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid-murid daripada

mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif. a) Guru yang agresif Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas. Guru-guru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan tegas seperti Duduk, Diam, Dengar sini!..Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar. b) Guru yang tidak asertif Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu muridmurid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten
8

dalam menangani tingkah laku murid. Kadangkala guru yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid yang melakukan tingkah laku terssebut. Mereka selalu menggunakan frasa-frasa seperti Tolonglah berkelakuan elok sikit atau Berapa kali cikgu cakap, tolong diam!. Mereka kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya muridmurid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-murid, tindakan guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan guru. Hal ini menyebabkan aktiviti P&P gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan. c) Guru yang asertif Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif sering membina hubungan saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah laku yang menggalakkan kerjasama antara gur dengan murid-murid. Canter berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunkan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru

diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk ancaman.

Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid. Mereka memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya,Peraturan awak. Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik darjah. Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan dan murid berasa takut dan terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak selesa. Hal ini akan menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan murid. Hasilnya murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap pembelajaran dan guru. Guru yang tidak asertif pula akan menjadikan murid berasa kurang selamat dan berputus asa di dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi keperluan murid dan seterusnya akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah pihak. Kadangkala jenis guru tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas dan kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah laku tersebut berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini akan menyebabkan murid berasa keliru dan akan membuatkan hilang rasa hormat murid terhadap guru. Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru dan murid. Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan masing-masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid-murid mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk memberikan jangkaan yang sesuai kepada kelas kita ialah angkat tangan untuk menjawab soalan atau Angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil

10

tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru asertif bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid. Berdasarkan kajian kes "Amin", Amin seorang pelajar yang tersepit di dalam masalah keluarga yang kucar kacir di mana ayahnya ada hubungan dengan perempuan lain dan ibunya tidak memberi perhatian kepadanya. Guru perlu menggunakan pendekatan disiplin asertif bagi menguruskan bilik darjah. Ini adalah kerana Amin memerlukan seseorang yang dipercayainya untuk meluahkan masalah yang dihadapinya. Amin selalu tidak menghadirkan diri ke kelas dan guru perlu mengambil langkah yang bijak dengan memberikan peneguhan yang positif serta pengiktirafan yang boleh didapati apabila Amin menunjukkan tingkah laku yang diingini. Ibu bapa Amin pula menggunakan pendekatan tidak asertif di mana masing-masing menyalahkan antara mereka. Amin perlukan bimbingan,kasih sayang tetapi dia tidak dapat semua itu. Ayahnya menunjukkkan sesuatu sikap yang negatif di mana selalu berjudi. Ini memberi impak yang besar kepada Amin.

11

iii.

Model Akibat Logikal Dreikurs Model Akibat Logikal Dreikurs menekankan kepentingan guru

memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga displin didalam bilik darjah. Guru harus diberi autonomi untuk membincangkan salah laku di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah. Di samping itu, guru perlu membimbingkan murid-murid untuk ingat-mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan peraturan, masalah displin akan dapat dikurangkan. (Haliza Hamzah, 2009) Menurut buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (2009), Dreikurs yang merupakan tokoh yang mengeluarkan model ini telah mengemukakan strategi untuk membantu murid-murid memperoleh displin kendiri berdasarkan kefahaman murid-murid terhadapa nilai-nilai sosial yang terdapat di

persekitarannya. Menurut laman web blogspot (2010), penumpuan utama model Akibat Logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Displin dapat dilihat melalui murid-murid yang mempunyai kawalan kendiri berdasarkan kepentingan persekitaran.Oleh itu, murid-murid haruslah dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan displin bilik darjah. Muridmurid yang dapat mengawal diri sendiri akan menunjukkan inisiatif, dapat membuat keputusan yang munasabah dan dapat memikul tanggungjawab yang memberikan manfaat kepada diri dan orang lain. Selain itu, murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan displin bilik darjah supaya amalan demokrasi perlu diaplikasikan.Displin yang berkualiti terbentuk di dalam bilik darjah yang mengamalkan demokrasi, iaitu guru dan murid dapat bekerjasama membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah.(Haliza Hamzah, 2009)
12

Selain itu, model ini juga menekankan bahawa guru perlu mengenalpasti punca salah laku murid.Dreikurs mendapati bahawa, tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif seperti mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan.(Haliza Hamzah, 2009) Model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu, murid-murid perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri

terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. (Laman web blogspot, 2010) Rasa kepunyaan terhadap bilik darjah merupakan matlamat utama dalam pembentukan tingkah laku murid.Murid yang mempunyai rasa kepunyaan apabila guru dan rakan-rakan memberikan perhatian dan menghormati hak mereka, melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti bilik darjah dan tidak meminggirkan mereka.Dreikurs mendapati bahawa, tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif.(Haliza Hamzah, 2009) Terdapat beberapa motif utama salah laku. Motif tersebut ialah: 1. Mendapatkan perhatian : Salah laku sering berpunca daripada murid sering kali cuba mendapatkan perhatian guru dengan cara yang salah. Guru tidak memberikan perhatian kepada tingkah laku yang tidak diingini tetapi memberi perhatian kepada tingkah laku yang diingini.

2. Membalas dendam : Murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat sebagai bersikap tidak adil dan bersikap autokratik. Pada peringkat ini, murid banyak dikawal oleh emosi negatif. Oleh itu, guru harus mengambil pendekatan yang bijak, cuba mengawal dan memahami emosi yang dialami oleh murid tersebut. Selain itu, guru cuba berbincang dengan murid supaya murid dapat melihat kesan daripada matlamat mereka yang salah.

13

3. Mencabar kuasa (konflik) : Banyak masalah displin berpunca daripada perebutan kuasa antara guru dan murid. Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru, guru harus mengelakkan diri daripada bersemuka dan melepaskan emosi kepada murid tersebut. Sebaiknya, guru harus bertenang dan panggil murid untuk berjumpa dengan guru secara individu. Kenal pasti punca kelakuan mereka dan guru perlu mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh mereka.

4. Menunjukkankekurangan : Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui motif sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai seorang yang lemah dan tidak upaya. Guru perlu peka apabila terdapat murid-murid sebegitu di dalam bilik darjah. Guru harus cuba menarik perhatian mereka dan beri peluang kepada mereka

menunjukkan keupayaan. Hargai usaha mereka dan beri pengiktirafan yang sesuai. Menurut laman web blogspot (2010), bagi murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu kenal pasti motif murid, bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya. Dalam kajian kes Amin, Amin telah pergi ke kedai bapa saudaranya dengan kerap untuk mendapatkan perhatian ayahnya.Hasil daripada itu, bapa Amin telah menegur Amin dan menghalang Amin daripada pergi ke kedai bapa saudaranya lagi.Bapa Amin berbuat begitu disebabkan dia terpaksa manghantar Amin ke sekolah dahulu barulah dia dapat pergi ke tempat kerjanya.Hal ini telah menyebabkan dia lewat sampai ke tempat kerjanya.Bagi sebab inilah ayahnya mengkehendaki Amin supaya tinggal di asrama sekolahnya.

14

Dalam kajian kes Amin, dia telah mencabar kuasa ayahnya.Dia telah memakai baju sepupunya yang berjenama.Tindakan ini tidak memberi muka kepada bapanya sedangkan bapanya tidak begitu kaya.Ibunya juga telah dicabar kuasa oleh Amin.Amin telah curi-curi keluar dari rumah meskipun ibunya tidak membenarkan dia berbuat demikian. Amin juga telah membalas dendam terhadap bapanya apabila dia lari daripada kereta ayahnya yang sedang dalam perjalanan untuk membawa dia pergi ke sekolah.Dia telah menipu ayahnya untuk melarikan dirinya sehingga bapanya tidak tahu dia berada di mana.

15

iv.

Model Terapi Realiti William Glasser Terapi Realiti bermula apabila Glasser telah mula membuat pandangan

tentang proses perubahan manusia , ia merupakan permulaan yang penting dalam psychological community . Pada tahun 1940 , isu kesihatan mental yang berkaitan dengan pengalaman manusia telah dijelaskan oleh teori psikoanalisis . Manakala pada tahun 1950 , ramai pengamal dan penyelidik menekankan kebolehan manusia untuk memilih dan mengawal pemikiran , perasaan dan tingkahlaku . Terapi Realiti bermula ketika teori Pemusatan Klien , Existensial dan Gestalt sedang berkembang. Terapi Realiti ini diasaskan oleh William Glasser seorang ahli psikologi di California pada tahun 1965 . Terapi ini menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan , ada pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut . Terapi ini berorientasikan tingkahlaku secara total atau

keseluruhannya yang melibatkan komponen doing , thinking , feeling dan physiology . Terapi ini juga menekankan aspek tingkahlaku dan pemikiran klien . Terapi ini juga menolak konsep mental illness atau sakit jiwa yang dipelopori oleh teori psikoanalisis . Matlamat terapi Realiti adalah untuk menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi untuk menilai dan menghargai tingkahlaku semasa. Terdapat beberapa matlamat yang diutamakan di dalam terapi realiti,Yang pertama ialah membantu klien untuk mencapai kebebasan atau autonomi dalam menentukan matlamat hidup tanpa bergantung kepada orang lain.Yang kedua ialah kearah membantu klien menerima reality dan berusaha merancang strategi untuk mencapai matlamat hidupnya yang lebih realistic.Seterusnya membantu klien untuk bertindak atau bertingkah laku dengan penuh tanggungjawab secara reality dalam mencapai matlamat hidupnya tetapi klien sendiri perlu menentukan apa yang baik bagi dirinya.

16

Menurut Gladding (1993),Matlamat teori reality untuk membantu klien memperjalaskan apa yang mereka mahu dalam hidupnya dan membantu klien mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang ada di sekelilingnya dan juga bentuk halangan-halangan yang wujud,ia juga dapat membantu klien agar mantap dari psikologi dan lebih rasional dalam membuat tindakan dan pemikiran. MengikutCorey (1982)pula,secara holistiknya,matlamat terapi adalah untuk membantu individu mencari jalan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan mereka dari segi kepunyaan,kebebasan,berkuasa dan berseronok dan memfokuskan kepada apa yang klien sedar dan membantu klien meningkatkan kesedaran itu. Idea utama dalam model terapi ini ialah tidak kira apa-apa yang telah berlaku pada masa yang lalu atau apa-apa yang berlaku pada masa sekarang, individu berhak memilih tingkah laku atau corak hidup yang boleh memenuhi empat keperluan asasnya. Pendekatan ini dibuktikan berkesan semasa

memberikan kaunseling kepada individu-individu yang mempunyai masalah tingkah laku dan sesuai diaplikasikan di dalam konteks bilik darjah. melalui terapi realiti, guru dapat membantu murid kenalpasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan. Guru juga dapat pastikan akibat realiti yang dipilih oleh murid samada membawa kepada kebaikan ataupun keburukan. Dalam Kajian Kes "Amin", tingkah laku yang ditunjukkan adalah tingkah laku yang negatif dimana Amin tidak mahu hadir ke sekolah. Akibat realiti yang boleh dilihat di sini ialah membawa kepada keburukan di mana pelajaran Amin terabai. Selepas itu, guru haruslah mengemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku. Guru telah berjumpa dengan ibu bapa Amin untuk membincangkan masalah anak mereka. Apabila tidak mencapai kesepakatan, guru telah membawa Amin berjumpa kepada kaunselor. Guru perlulah bertindak sebagai pembimbing murid.

17

Model ini pula berteraskan kepada murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan. Menurut William Glasser, murid mempunyai 4 keperluan asas yang perlu diberikan iaitu kasih sayang, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan, dan keseronokan. Dalam kajian kes "Amin", Amin berasa seronok apabila pergi ke restoran pakciknya. Ini disebabkan pakciknya selalu memberikan duit dan membawanya jalan-jalan. Amin tidak dapat semua apabila mereka sekeluarga telah berpindah dari Melaka. Guru kelas Amin perlulah mengaplikasikan tabiat-tabiat baik seperti mengambil berat,mendengar,menyokong,membantu,menggalakkan dan saling percaya dan mesra. Apabila guru mengaplikasikannya, Amin mungkin dapat hadir ke sekolah kerana suasana pembelajaran yang harmonis wujud. Guru telah membina hubungan dengan mengambil berat terhadap Amin. Ini menyebabkan Amin berasa selesa dan seronok untuk belajar lantas hadir ke sekolah. Guru juga sentiasa memberi galakan,bukan memarahi Amin yang mempunyai masalah yang besar di dalam keluarganya.

18

c) Strategi penyelesaian kes Menurut Zahari Bin Yusoof (2009), bila kita mengatakan pengendalian disiplin kita akan selalunya membayangkan sesuatu tindakan dari ukuran disiplin secara konvensional. Tindakan-tindakan seperti merotan, menampar,

menengking, memarahi serta mengugut pelajar adalah sesuatu yang biasa kita dengar dan seolah-olah tindakan yang tidak boleh ditukar. Apabila kita menyebut guru disiplin pula, kita akan membayangkan seorang yang tegas, mempunyai raut wajah yang garang, mempunyai susuk badan yang besar dan tegap, suara yang kuat apabila memarahi pelajar dan seumpamanya. Soalnya adakah itu sahaja cara atau pendekatan yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin? Sebelum bertindak atau melakukan sesuatu, seseorang itu perlu mengkaji terlebih dahulu risiko dan implikasi daripada hasil tindakannya itu.Dalam masa menilai dan mengkaji baik buruknya tindakan kita, itulah dikatakan kita telah membina, menyusun dan membentuk satu strategi.Strategi boleh juga dianggap sebagai perancangan untuk bertindak.Bagaimana, biIa, siapa, dimana, mengapa dan sebagainya dihujah dan dikupas terlebih dahulu dalam membentuk strategi dan kaedah penyelesaian masalah ataupun membuat keputusan.Dengan itu, strategi ini dapat meyakinkan pelajar atau klien apabila melihat kaunselor begitu beria-ia memberi perhatian dalam mencapai matlamat penyelesaian dan keputusan seperti yang pelajar atau klien itu sendiri hajatkan. Amalan kaunseling telah dianggap "pati" dalam apa jua program di sekolah. Oleh yang demikian bimbingan dan kaunseling telah berperanan membantu pelajar bagaimana caranya untuk belajar. Model Akibat logikal Dreikurs ini boleh dikaitkan dengan amalan kaunseling apabila ia menekankan guru perlu mengenalpasti punca salah laku murid dan murid tersebut perlu dibimbing untuk memahami perturan di dalam bilik darjah. Seperti dalam kes Amin ini, salah satu strategi yang dapat digunakan dalam masalahnya ialah dengan menggunakan model akibat logikal Dreikurs. Model ini memberi pengetahuan kepada guru di mana guru patut belajar cara untuk mengenalpasti
19

matlamat-matlamat murid yang salah ini dan cara menanganinya, memberi pengetahuan kepada guru di mana guru patut belajar cara untuk mengenalpasti matlamat-matlamat murid yang salah ini dan cara menanganinya. Apabila guru mula melihat tandatanda berlakunya salah matlamat, guru patut menyedarkan murid tersebut dengan berbincang dengan murid tindakan yang salahnya itu dengan suasana yang tidak terancam. Kaunseling merupakan salah satu jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah Amin ini kerana seorang kaunselor yang cekap dan berpengalaman luas akan menyediakan beberapa alternatif dalam dirinya terlebih dahulu. Alternatif dalamannya itu boleh digunakan bagi menggerakkan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar seperti Amin. Oleh itu, kaunselor itu sendiri hendaklah melakukan pilihan terhadap beberapa strategi terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. Waiaupun banyak strategi kaunseling yang hampir sama tetapi berguna serta dapat memberi pertolongan kepada Amin dalam mencapai matlamatnya. Selain itu, dalam model Disiplin Asertif Canter juga boleh dijadikan sebagai satu strategi yang baik untuk menyelesaikan masalah Amin ini. Canter menerangkan guru yang asertif tidak membawa imej yang garang dan kasar atau terlampau tegas. Guru yang asertif membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang membawa kepada kejayaan.Oleh itu, sebagai seorang guru, perkara pertama apabila murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab seperti dalam kes Amin ini, kita hendaklah berjumpa dengan anak murid kita dan bersemuka dengannya secara perseorangan dan bertanyakan masalahnya dahulu tanpa memarahinya. Seperti dalam model Disiplin, guru boleh menggunakan pendekatan asertif bagi memberi ruang untuk Amin meluahkan perasaannya terhadap guru yang dirasakannya boleh dipercayai pada ketika itu. Apabila langkah ini digunakan pastinya dapat mengurangkan tekanan dalam diri Amin. Dalam model Modifikasi Tingkah Laku Skinner menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini, guru berperanan sebagai pendorong utama kepada
20

murid-murid terutamanya apabila murid menghadapi masalah tingkah laku, guru sepatutnya memberikan perhatian yang lebih kepada dia agar dirinya rasa lebih dihargai dan cuba untuk memahami masalah mereka. Guru juga harus mengambil tahu tentang masalah pelajar kerana dengan cara ini guru senang untuk mendidik pelajar tersebut. Sebagai contohnya, menggunakan model tingkah laku yang memberi peneguhan positif kepada Amin untuk dia lebih bersemangat lagi dalam pembelajaran. Selain itu, guru boleh melibatkan Amin dengan kegiatan yang berfaedah. Di samping itu, ibu bapa hendaklah bertanggungjawab untuk memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak tanpa mempunyai perasaan pilih kasih antara adik-beradik. Mereka mestilah membekali anak mereka dengan didikan agama dan moral serta juga memerlukan kerjasama dan komitmen daripada sesama ahli keluarga. Justeru, bapa Amin perlulah sedar akan tanggungjawab sebagai seorang bapa yang merupakan tulang belakang keluarga yang dapat mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga. Ibu bapa harus bersikap lebih terbuka. Sebagai contohnya, dengan menggunakan model terapi realiti, ibu bapa Amin boleh membawa sekeluarga bercuti dan meluangkan masa sesama ahli keluarga untuk merapatkan keakraban antara satu sama lain. Dalam model Terapi Realiti oleh William Glasser ini, unsur kasih sayang amat ditekankan dalam tingkah laku individu. Perasaan kasih sayang dan dipunyai menjadi sebahagian daripada keperluan asas individu. Bukan sahaja di dalam bilik darjah kasih sayang antara guru dan murid menjadi keutamaan malah ia hendaklah ditekankan dalam institusi sebuah keluarga. Seperti dalam kes Amin ini, kita dapat lihat punca sebenarnyanya ialah Amin kekurangan kasih sayang daripada keluarga. Oleh yang demikian, dia terpaksa bertindak sedemikian kerana untuk mengambil perhatian keluarganya. Namun dalam pendekatan kasih sayang walaupun mengambil masa setengah tahun, namun penantian yang sebegitu lama amat berfaedah sekali dan mewujudkan insan yang berbudi bahasa, pandai berinteraksi, suka menolong, bersemangat untuk belajar dan amat memahami.

21

Selain itu, model Akibat Logikal Dreikurs juga menyatakan bahawa rasa kepunyaan terhadap bilik darjah perlu disemai dalam diri murid. Hal ini kerana rasa kepunyaan terhadap bilik darjah merupakan matlamat utama dalam pembentukan tingkah laku murid. Dalam kajian kes Amin, apabila Amin g agal mendapat rasa kepunyaan, kadangkala dia akan menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan tersebut. Sebagai contoh, Amin cuba mencabar kekuasaan ibu bapanya dan membalas dendam dengan menunjukkan tingkah laku yang agresif seperti tidak menghadiri ke sekolah dan tidak ingin tinggal di asrama. Di sini, Amin boleh mengambil tindakan dengan menegur sikap ayahnya yang kurang bermoral agar ayahnya sedar akan perhatian anaknya terhadap keluarga tersebut. Pada pandangan saya, ia bukanlah suatu kesalahan apabila yang muda menegur yang tua kerana kesalahan tetap merupakan kesalahan. Tetapi Amin hendaklah berbincang secara sopan dengan ayahnya untuk mengubah sikap ayahnya yang kurang bertanggungjawab supaya dapat menyelesaikan masalah yang timbul dalam kajian kes Amin ini. Dalam model Modifikasi Tingkah Laku, pendekatan peneguhan negatif boleh diberikan kepada ayah Amin dengan menegur secara tegas dengan suara yang berhemah dan bersopan atas tindakan ayahnya yang salah tersebut supaya ayah Amin dapat mengubah sikapnya. Hal ini kerana Amin perlukan bimbingan, kasih sayang tetapi dia tidak dapat semua itu. Akhlak menjadi benteng kepada semua ancaman gejala sosial di sekeliling mereka. Kesimpulannya, membesarkan anak bukan tugas mudah. Mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa mesti memahami perkembangan emosi dan fizikal anak-anak. Peranan guru juga melebihi segala-galanya untuk membentuk akhlak murid. Kasih sayang dan perhatian akan membantu memantapkan nilai-nilai disiplin yang baik. Model-model tingkah laku ini banyak dapat membantu menyelesaikan masalah Amin apabila aplikasi ini digunakan dengan betul dan tepat pada masanya.

22

Laporan Analisis Amin Kumpulan kami telah memilih tajuk Amin untuk membuat analisis

terhadap tugasan ini. Kajian kes Amin menceritakan mengenai konflik keluarga dan masalah tingkah laku di sekolah yang ditunjukkan oleh watak utamanya, Amin. Dalam kes Amin ini, jika masalah ini diterokai ia sebenarnya berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa. Oleh itu, sebagai seorang guru,perkara pertama apabila murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab seperti dalam kes Amin ini, kita hendaklah berjumpa dengan anak murid kita, bersemuka dengannya secara perseorangan dan bertanyakan masalahnya dahulu tanpa memarahinya. Seperti dalam model Disiplin Asertif Canter, Canter berpendapat bahawa pendekatan yang terbaik untuk mengurangkan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Oleh itu, guru boleh menggunakan pendekatan asertif bagi memberi ruang untuk Amin meluahkan perasaannya terhadap guru yang dirasakannya boleh dipercayai pada ketika itu. Apabila langkah ini digunakan pastinya dapat mengurangkan tekanan dalam diri Amin. Dalam kes ini, perkara yang dapat menyelesaikan masalah ini berdasarkan model Terapi Realiti oleh William Glasser ialah memberikan kaunseling dan motivasi diri kepada Amin untuk dia lebih bersemangat. Hal ini adalah kerana, asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individuadalah berasaskan kepada pilihan yang dibuat. Pilihan yang dibuat individu adalah berdasarkan kepada keperluan-keperluan asas mereka. Strategi ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.Model ini, merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang.Perkara ini amat penting

23

kerana umur kanak-kanak yang berusia 13 tahun ini biasanya memerlukan nasihat yang membina untuk membentuk peribadi yang baik dalam diri mereka. Selain itu, guru berperanan sebagai pendorong utama kepada muridmurid terutamanya apabila murid menghadapi masalah tingkah laku, guru sepatutnya memberikan perhatian yang lebih kepada dia agar dirinya rasa lebih dihargai dan cuba untuk memahami masalah mereka. Hal ini adalah selaras dengan Model Terapi Realiti yang menegaskan bahawa keperluan-keperluan psikologi asas murid termasuklah rasa dipunyai dan disayangi, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keperluan untuk bersuka ria. Kurikulum dan pengajaran seharusnya berdasaskan kepada keperluan asas ini. Guru juga harus mengambil tahu tentang masalah pelajar kerana dengan cara ini guru senang untuk mendidik pelajar tersebut. Sebagai contohnya, menggunakan model Modifikasi Tingkah Laku yang memberi motivasi diri kepada Amin supaya dia lebih bersemangat dalam pembelajaran. Dalam kes ini, perkara utama yang dapat menyelesaikan masalah ini ialah memberikan kauseling dan semangat kepada Amin supaya dia lebih berani dan yakin serta tabah dalam menghadapi segala cabaran dalam hidupnya terutamanya memberi kesedaran tentang kepentingannya dalam menimba ilmu pengetahuan dan lebih menumpukan kepada pembelajaran demi masa hadapannya kelak. Selain, guru boleh melibatkan Amin dengan kegiatan yang berfaedah dalam usaha memupuk sikap yang positif dalam diri Amin. Di samping itu, ibu bapa hendaklah bertanggungjawab untuk memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak tanpa mempunyai perasaan pilih kasih antara mereka. Didikan agama dan moral semestinya dibekalkan kepada anak-anak. Ini amat memerlukan kerjasama serta komitmen daripada sesama ahli. Justeru itu, bapa Amin perlulah sedar akan tanggungjawab sebagai seorang bapa yang merupakan tulang belakang keluarga yang dapat mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga. Ibu bapa harus bersikap lebih

terbuka.Sebagai contohnya,dengan menggunakan model terapi realiti, ibu bapa

24

Amin boleh membawa sekeluarga bercuti dan meluangkan masa sesama ahli keluarga untuk merapatkan keakraban antara satu sama lain. Dalam model terapi realiti William Glasser ini, unsur kasih sayang amat ditekankan dalam tingkah laku individu. Perasaan kasih sayang dan dipunyai menjadi sebahagian daripada keperluan asas individu. Bukan sahaja di dalam bilik darjah kasih sayang antara guru dan murid menjadi keutamaan malah ia hendaklah ditekankan dalam institusi sebuah keluarga. Seperti dalam kes Amin ini, kita dapat lihat punca sebenarnyanya ialah Amin kekurangan kasih sayang daripada keluarga. Oleh yang demikian, dia terpaksa bertindak sedemikian kerana untuk mengambil perhatian keluarganya. Namun dalam pendekatan kasih sayang walaupun mengambil masa setengah tahun, namun penantian yang sebegitu lama amat berfaedah sekali dan mewujudkan insan yang berbudi bahasa, pandai berinteraksi, suka menolong, bersemangat untuk belajar dan amat memahami. Pada masa yang sama, guru yang prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan murid-muridnya juga boleh memupuk rasa kasih sayang dalam persekitaran bilik darjah yang demokratik supaya Amin mendapat semangat dan motivasi diri untuk ke sekolah. Selain itu, model Akibat Logikal Dreikurs juga menyatakan bahawa rasa diri diterima dan merupakan sebahagian dalam bilik darjah perlu disemai dalam diri murid. Hal ini kerana rasa kepunyaan terhadap bilik darjah merupakan matlamat utama dalam pembentukan tingkah laku murid. Apabila murid gagal mendapat rasa kepunyaan, mereka akan bertindak dengan menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan tersebut. Dalam kajian kes Amin, apabila Amin gagal mendapat rasa kepunyaan, kadangkala dia akan menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan tersebut. Sebagai contoh, Amin cuba mencabar kekuasaan ibu bapanya dan membalas dendam dengan menunjukkan tingkah laku yang agresif seperti tidak menghadiri ke sekolah dan tidak ingin tinggal di asrama. Dalam kajian kes Amin, kami mendapati peneguhan negatif dalam model Modifikasi Tingkah Laku telah digunakan terhadap Amin oleh bapanya
25

yang tidak membenarkan dia pergi ke kedai bapa saudara. Hal ini telah menyebabkan Amin menjadi tidak mendengar katanya dan bertukar menjadi lebih ekstrem dari segi tingkah laku. Sepatutnya ayah Amin menggunakan peneguhan positif yang terdiri daripada nasihat ataupun kasih sayang yang banyak membantu terhadap perkembangan positif Amin. Tambahan pula, guru kelas Amin telah menggunakan peneguhan positif terhadap Amin.Hal ini kerana peneguhan positif sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan oleh guru untuk membentuk tingkah laku yang diingini.Guru Amin telah membawa Amin berjumpa dengan guru kaunseling untuk memahami masalah yang dihadapi oleh dirinya supaya Amin boleh terus tinggal di asrama dan menumpukan perhatian dalam pembelajarannya. Secara umumnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha mendidik anak. Ibu bapa mesti memahami perkembangan emosi dan fizikal anak-anak. Di samping itu, guru juga merupakan kunci kepada pembentukan tingkah laku seseorang murid. Pengurusan Disiplin Bilik Darjah yang berkesan perlu mempunyai asas pengurusan disiplin yang kukuh. Oleh itu, guru harus mengambil langkah untuk merancang satu bentuk pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan. Guru harus bijak menilai dalam menilai dan membuat pertimbangan yang menjurus kepada situasi sendiri.Peranan guru juga melebihi segala-galanya untuk membentuk akhlak murid. Kasih sayang dan perhatian akan membantu memantapkan nilai-nilai disiplin yang baik. Akhirullkalam,tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Jatuh bangun sesuatu bangsa bukan sahaja terletak di atas bahu guru, malah ibu bapa juga berperanan dalam menggalas pendidikan anakanak mereka.

26

Anda mungkin juga menyukai