Anda di halaman 1dari 6

JENIS-JENIS HIASAN IKAN AIR TAWAR Pengenalan Pemeliharaan ikan akuarium atau ikan hiasan merupakan satu hobi

yang digemari di serata dunia. Ikan-ikan hiasan diberi gelaran "living jewel". Terdapat berbagai-bagai spesis, bentuk, warna dan kelakuan ikan hiasan yang menjadi daya tarikan kepada orang ramai untuk memilikinya. Di Malaysia, perniagaan ikan hiasan ini bermula pada awal tahun lima puluhan di Johor. Pada mulanya ikan-ikan hiasan hanya ditangkap di sungai, anak-anak sungai dan paya, Belum terdapat lagi ternakan yang dijalankan pada masa itu. Ikan-ikan yang ditangkap dihantar kepada orang tengah yang kemudiannya menjualkannya pula ke Singapura. Kaedah penangkapan benih liar ini berjalan hingga awal tahun lapan puluhan. Apabila pembukaan tanah secara meluas mula merebak untuk tujuan pertanian dan juga perusahaan, penggunaan pestisid dan pencemaran dari industri memberi kesan yang mendalam kepada persekitaran akuatik dan menyebabkan hidupan akuatik terjejas teruk. Secara tak langsung ia memberi kesan kepada pengusaha-pengusaha ikan hiasan yang mengharapkan bekalan ikan mereka dari habitat semula jadi. Untuk mengatasi masalah ini mereka mula berusaha secara serius untuk menternak ikan hiasan. Pada hari ini terdapat lebih daripada 400 ladang yang mengusahakan bidang ternakan ini; 90% darinya mengeluarkan ikan hiasan sementara 10% lagi mengeluarkan tumbuhan akuatik. Industri ini mempunyai potensi yang tinggi untuk berkembang dengan adanya sokongan dari pihak kerajaan. Pada masa ini terdapat lebih dari 500 varieties daripada 200 spesis ikan hiasan diternak di Malaysia. Kebanyakan daripada ikan-ikan ini berasal dari benua Afrika dan Amerika. Ikan-ikan ini boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang besar seperti Cichlids, Catfishes, Characins, Anabantids, Cyprinodonts dan juga Cyprinifomes. Ikan-ikan yang dibincangkan di sini mewakili kumpulan mereka memandangkan bilangan mereka terlalu besar untuk dibincangkan satu persatu. Spesis yang disentuh kebanyakannya berasal dari luar negeri dan agak asing bagi kita. Kebanyakan dari spesisspesis tempatan tidak dibincangkan kerana kebanyakannya sudah dikenali ramai. Kumpulan-Kumpulan Ikan Akuarium Air Tawar 1. Cichlids Tergolong dalam famili Cichlidae dan berasal dari kawasan tropika, benua Amerika dan Afrika serta beberapa spesis dari Timur Tengah dan Asia. Majoriti adalah ikan air tawar walaupun terdapat beberapa spesis yang boleh hidup dalam air payau dan air masin. Ikan dewasa bersaiz di antara 2 cm hingga 91 cm. Sesetengah spesis adalah berwarna-warni menyebabkan ianya sangat menarik untuk dijadikan sebagai ikan akuarium. Famili Cichlidae ini beleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kepada taburan, saiz, diet dan kelakuan. Famili Cichlidae Nama Saintifik: Pelmatochromis subocellatus pulchcr Boulenger, 1901 Nama Am : Krisbensis Berbadan kecil dengan ukuran panjang standard kira-kira 8 cm. Ikan betina kecil sedikit dari ikan jantan. Berasal dari delta sungai Niger di Nigeria. Ia mudah dibela, mudah membiak serta boleh bercampur dengan ikan lain di dalam akuarium. Nama Saintifik: Apistogramma agassizi Nama Am : Agassizi Terdapat di Lembah Amazon iaitu di air yang bergerak sederhana serta kolam-kolam yang berdekatan dengan sungai. Ikan pertama dibawa ke Eropah pada tahun 1933. Sejenis ikan yang menarik dan tidak terlalu besar; saiz maksimum sekitar 8 cm. Ikan betina lebih kecil dari ikan jantan. Nama Saintifik : Aequidens curviceps Nama Am : Flag Dwarf Chichlid Di Amerika Selatan spesis ini boleh didapati di sungai Amazon. Ikan ini boleh mencapai saiz 9 cm tetapi di dalam akuarium jarang mencapai saiz lebih duri 8.0 cm. Ia adalah sejenis ikan yang menarik dan tahan lasak. Nama Saintifik : Aequidens pulcher Nama Am : Blue Acara Boleh didapati dalam jumlah yang banyak di dalam air yang bergerak perlahan atau pun yang tidak bergerak di Amerika Tengah dan juga Amerika Se1atan, seperti Panama, Venezuela dan Tlinidad. Kebanyakannya bersaiz kurang dari 8 cm di dalam akuarium. Ia sejenis ikan yang pendiam. Warna asasnya ialah kuning hingga kuning coklat dengan warna belakang yang agak hijau kehitaman. Bahagian tepinya berwarna biru terang. Nama Saintifik : Apisiogramma ramirezi Myers & Harry, 1948 Nama Am : Ramirez Spesis ini dijumpai oleh Manuel Vicente Ramirez dan Herman Blass pada tahun 1947 di Venezuela. Warna asas ikan ini ialah kuning merah jambu ke ungu dan beransur cerah di bahagia perut Nama Saintifik : Cichlasoma festivuni Nama Am : Flag Cichlid Ikan ini boleh dijumpai di Brazil di dalam anak-anak sungai, tasik, kolam dun juga kolam-kolam yang terjadi akibat dari banjir. Spesis ini biasanya dijumpai bersamasama dengan ikan Angel Brazil yang terkenal iaitu Pterophylum scalare berdekatan dengan tebing di celahcelah tumbuhan akuatik yang tebal. Spesimen yang pertama telah dibawa ke Eropah pada tahun 1908. Maklumat pertama mengenai pembiakannya telah diterbitkan pada tatun 1911. Berwarna kuning kelabu dengan kilatan meta1ik yang terang. Nama Saintifik : Cichlasoma meeki Nama Am : Fire-Mouth Spesis ini dijumpai di Yucatan, di Mexico di dalam anak-

anak sungai, kolam mata air dan juga sungai-sungai bawah tanah. Spesimen pertama telah dibawa ke Eropah pada tahun 1937 dan telah menarik minat penggemar ikan-ikan akuarium. Mempunyai warna asas biru kelabu dengan warna ungu yang bergemerlapan. Di bahagian perut berwarna merah oren. Nama Saintifik : Cichlasoma octofasciatum Nama Am : Jack Dempsey Spesis ini telah dikenali dengan nama yang salah iaitu C biocellatum untuk sekian lama. Boleh didapati di lembah Sungai Amazon. Dipercayai ikan yang paling cantik dalam genusnya. Ia juga sejenis ikan yang agak tahan lasak serta mudah membiak. Ikan ini boleh mencapai saiz 20 cm. Nama Saintifik : Cichlasoma severum Nama Am : Severum Cichc1id Di Amerika Selatan, ikan ini boleh dijumpai di Brazil iaitu di Sungai Amazon dan juga di Peru. Ikan yang menarik ini telah dipelihara oleh penggemar ikan di Eropah sejak tahun 1904 lagi. Panjang maksimum ikan ini ialah 18 cm. Badannya agak tinggi, leper dan kelihatan bulat. Warna asasnya ialah hijau atau hijau coklat dengan bintik-bintik biru hijau. Nama Saintifik : Astronotus ocellatus Nama Am : Oscar Di Amerika Selatan ikan ini boleh didapati di Sungai Amazon, Sungai Parana, Rio Paraguay, Rio Negro dan Guyana. Ikan ini merupakan golongan yang tereantik sekali dalam kumpulan ikan Cichlid. Tetapi kerana saiz yang besar serta kerakusannya maka tidak ramai yang berminat untuk memeliharanya. Boleh mencapai saiz sehingga 30 cm. Pada saiz 10 cm sudah bersedia untuk membiak. Spesis ini mempunyai tabiat pemakanan yang mudah kerana ia makan apa sahaja. Nama Saintifik : Plerophyllum scalare Nama Am : Angelfish Di Brazil spesis ini boleh didapati di lembah Amazon yang dibanjiri air. Boleh juga didapati di anak-anak sungai yang mengalir dari sungai Amazon ke Peru dan Equador. Spesimen hidup yang pertama dibawa ke Eropah pada tahun 1911. Ia hidup di air yang bergerak sederhana iaitu dicelah-celah lubang pada batu-batu. Kawasan tersebut biasanya dipenuhi dengan alga. Bo1eh mencapai saiz maksimum 14 cm. Warna asas ikan ini ialah hijau kelabu dengan sinaran keperakan. Nama Saintifik : Symphysodon discus Heckel, 1846 Nama Am : Discus Seperti juga angelfish, ikan ini juga berasal dari Iembah Amazon. Ia mudah dijumpai dicelah-celah tumbuhan di bahagian sungai yang agak sunyi dan juga di celah-celah batu. Ia mengasuh anak-anaknya di kawasan cetek di bawah daun-daunan dari spesis Nymphaea. Mula dibiakkan pada tahun 1934. Ikan ini boleh mencapai saiz 20 cm. Nama Saintifik : Hemichronis bimaculatus Nama Am : Jewel Cichc1id Ikan ini mudah didapati di seluruh Afrika di dalam air tawar dan juga air payau. Salah satu dari spesis Cichlid yang mempunyai taburan yang luas. Boleh mencapai saiz 20 cm di habitat semula jadi Matang pada saiz 8-10 cm. Mempunyai warna asas merah perang hingga kuning kehijauan, warna menjadi lebih terang pada masa musim mengawan.

2. Anabantids Anabantids adalah kumpulan ikan terbesar yang terdapat di Afrika dan Asia. Ia dikenali kerana mempunyai kebolehan bernafas dengan menggunakan organ yang dikenali sebagai labyrinth yang terletak di dalam ruang insang di atas insang. Dengan organ ini spesis ini boleh hidup di dalam air yang mempunyai oksigen terlarul yang sedikit, di samping membolehkannya bergerak di daratan. Mempunyai pelbagai warna yang cantik serta bentuk badan yang berbeza-beza. Famili Anabantidae Nama saintifik : Betta splendens Nama Am : Siamese Fighting Fish Mudah diperolehi di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia dan Thailand dalam air yang tidak bergerak, parit, sawah padi dan lain-lain lagi. Spesimen yang pertama dibawa ke Eropah pada lahun 1874. Mempunyai saiz di sekitar 6 cm. Mempunyai warna asas merah perang. Terdapat warna-warna lain hasil dari cross breeding. Ikan betina mempunyai warna yang kurang menarik dari ikan jantan. Nama Saintifik : Trichopsis vittatus Nama Am : Croaking Gouramy Sejenis ikan yang mudah dijumpai, selalunya bersamasama dengan Betta, di seluruh Asia Tenggara. Ia hidup di sungai-sungai kecil yang dipenuhi dengan tumbuhan. Sejenis spesis yang menarik serta kurang menimbulkan masalah. Ia terkenal sebagai pemusnah nyamuk kerana gemar memakan larva nyamuk. Mempunyai saiz 6 cm, sementara ikan betina lebih kecil dari yang jantan. Nama Saintifik : Trichogaster leeri Nama Am : Pearl Gouramy, Sepat Mutiara .Berasal dari Sumatera, Borneo, Thailand dan Malaysia. Mudah dijumpai di sungai dan anak-anak sungai yang ditumbuhi dengan tumbuhan. Boleh juga didapati di air yang tidak bergerak yang mempunyai tumbuhan. Spesis ini adalah antara yang terbaik dan tercantik dalam kumpulan ikan labyrinth. Pada masa musim mengawan warna merah diperutnya menjadi semakin terang. Mencapai saiz maksimum 12 cm di habitat semulajadi. Nama Saintifik : Trichogasler microlepis Gunther, 1861 Nama Am : Moonlight Gouramy Berasal dari Thailand dan boleh membesar sehingga 15 cm. Spesis ini boleh dikenali dengan warnanya yang putih perak serta mempunyai sisik yang halus. Walaupun mempunyai satu warna sahaja, ia masih dianggap sejenis ikan yang cantik. Nama Saintifik : Trichogaster trichopterus Nama Am : Three Spot Gouramy; Sepat biru Boleh dijumpai di Asia Tenggara iaitu di Malaysia, Thailand, Burma, Vietnam serta kepulauan Indonesia. Mula diimport sejak dari tahun 1896 lagi. Boleh mencapai saiz maksimum 15 cm. Mempunyai warna hijau perang, gelap di bahagian belakang serta kuning perang di bahagian perut. 3. Catfishes Catfish atau ikan keli adalah kumpulan ikan yang pelbagai dari segi bentuk badan, saiz, kehidupan dan taburannya

adalah meluas. Terdapat lebih daripada 2,000 spesis dan sehahagian besarnya terdapat di perairan air tawar kawasan tropika sementara sebahagian kecilnya dari Eropah. Boleh didapati di mana-mana juga kecuali di kawasan kutub utara dan selatan. Ikan ini kerap dilihat sebagai ikan yang agak ganjil kerana bentuk badannya serta warnanya yang kurang menarik. Kebanyakan ikan keli adalah ikan dasar dan boleh dijumpai di bahagian dasar kolam di mana terdapat banyak makanan serta kurang pemangsa. Famili Calliehlhyidae Nama Saintifik : Brochis splendens Nama Am : Green Catfish Mempunyai bentuk perut seperti perut ikan salmon dan berwarna hijau buah zaitun di kiri dan kanan badan. Panjangnya kira-kira 7 cm. Mempunyai muncung yang agak pelik. Nama Saintifik : Corydoras aeneus Nama Am : Bronze Catfish Spesis ini sudah menjadi semakin popular. Taburannya di serata Guiana dan Trinidad di Amerika Tengah. Ianya boleh mencapai panjang 7.5 cm. Ikan jantan adalah lebih kecil daripada ikan betina. Ikan ini berwarna peranng karat hingga ke1abu perang bergantung dari mana tempat asalnya. Nama Saintifik : Corydoras melanistus Reagan, 1912 Nama, Am : Black Spotted Corydoras Spesis ini berasal dari Guiana dan Venezuela. Ada kemungkinan besar spesis ini boleh dijumpai di tempat lain tanpa perbezaan yang nyata. Nama Saintifik: Corydoras natterei Steindachner, 1877 Nama Am : Blue Corydoras Spesis ini hampir sama dengan C. aeneus. Warnanya kebiruan dan terdapat bintik hitam pada ruji paling hadapan sirip dorsal dan juga bintik yang kurang jelas pada dasar sirip adipos. Panjangnya sekitar 6 cm. Nai1ta Saintifik : Corydoras paleatus Nama Am : Peppered Corydoras Ia berasal dari Amerika Selatan dan terdapat dengan banyaknya di Rio de la Plata dan juga di daerah Rio Grande do Sul dan Santa Catharina di Brazil. Spesis air tawar ini telah dibawa ke Eropah pertama kalinya pada tahun 1880 dan semenjak itu telah menjadi ikan yang popular sehingga sekarang. Badannya berbentuk kon. Panjang maksimum adalah 7.5 cm. Warna asasnya ialah kelabu hijau hingga hijau buah zaitun. Ikan jantan adalah lebih kecil dari ikan betina. Seperti juga lain-lain spesis Corydoras, C. paleatus adalah omnivorus. . Nama Saintifik : Corydoras punctatus Nama Am : Spotted Catfish Spesimen yang pertama dijumpai oleh Bloch dari Surinam. Boleh membesar sehingga 6 cm. Ikan jantan lebih kecil dari ikan betina. Nama Saintifik : Corydoras julu Nama Am : Leopard Catfish Warna ikan ini sangat menarik iaitu kelabu perak dengan sedikit kehijauan. Operkulumnya berwarna metalik. Boleh mencapai saiz 6 cm.

Famili Locariidae Nama Saintifik : Hypostomus plecostomus Nama Am : Algae Sucker Catfish Panjang ikan ini ialah lebih kurang 25 cm. Walaupun begitu, di dalam akuarium saiznya adalah lebih kecil. Suka melekapkan diri pada batu-batu. Famili Schilbeidae Nama Saintifik : Kryptopterus bicirrhus Nama Am : Thailand Glass Catfish Mempunyai taburan yang luas iaitu di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Borneo Nama Saintifik : Kryptopterus macrocephalus Nama Am : Malaysian Glass Catfish Kawasan taburannya sama dengan K. bicirrhus. Di kawasan semula jadi boleh membesar sehingga 20 cm. Sejenis ikan omnivorus. 4. Cypriniformes Kumpulan ikan yang besar yang termasuk di dalamnya jenis-jenis ikan akuarium yang paling popular seperti barb, rasbora, danio, loach dan ikan emas. Terdapat lebih dari 2,000 spesis ikan di dalam kumpulan ini. Cypriniformes terdapat di Afrika, Eropah, Asia dan di bahagian selatan Amerika Utara. Ikan-ikan dari kumpulan ini telah lama diperkenalkan sebagai makanan dan juga untuk sukan memancing. Famili Cobitidae Nama Saintifik : Noemachelius barbatulus Nama Am : Stone Loach Boleh dijumpai di seluruh Eropah kecuali di Utara Scotland, Norway, utara dan tengah Sweden dan juga di kawasan Mediteranean. Suka tinggal di anak-anak sungai yang bergerak laju serta di tasek yang mempunyai air yang jernih serta berbatu. Badan ikan ini panjang dan hanya boleh membesar setakat 4 cm sahaja di dalam akuarium. Ikan liar boleh mencapai saiz sehingga 15cm. Nama Saintifik .. Botia hymenophysa Nama Am : Tiger Loach Boleh dijumpai di Malaysia, Thailand, Singapura dan kepulauan Indonesia. Panjang maksimum ialah 21 cm, tetapi di dalam akuarium hanya membesar setakat 15 cm sahaja. Berwarna kelabu mutiara hingga kekuningan bergantung kepada habitat dan saiz ikan tersebut. Nama Saintifik : Botia macracantha Nama Am : Clown Loach Boleh didapati di kepulauan Indonesia dan Australia. Jarang membesar lebih dari 15 cm di dalam akuarium, Boleh mencapai saiz 20 cm di habitat semula jadi. Mempunyai warna oren muda. Nama Saintifik : Acanthopsis choirorhynchus Nama Am : Long Nose Loach Sukar didapati. Boleh matang pada saiz 6 cm. Boleh dibiakkan di dalam akuarium.

Famili Cyprinidae Nama Saintifik : Balantiocheilus melanopterus Nama Am : Silver Shark Spesis ini agak besar dan boleh mencapai saiz 30 cm. Di Borneo dan Thailand pula bersaiz 20 cm. Berwarna keperakan, Nama Saintifik : Barbus everetti Nama Am : Clown Barb Berasal dari Asia Tenggara. Ia adalah di antara spesis Barbus yang terbesar yang boleh mencapai saiz 11 cm. Nama Saintifik : Barbus lateristriga Nama Am : T - Spanner Barb Ikan ini mudah dijumpai di anak-anak sungai serta kolamkolam di Asia Tenggara seperti di Malaysia, Sumatra dan Borneo. Antara spesis Barbus terbesar dan boleh mencapai saiz 20 cm di habitat semula jadi tetapi hanya 10 cm di dalam akuarium. Mempunyai warna hijau buah zaitun hingga hijau perang dengan warna merah keemasan di tepi badan sementara yang betina mempunyai warna oren kemerahan hingga putih di bahagian perut. Nama Saintifik : Barbus nigrofasciatus Nama Am : Black Ruby Barb Terdapat di kawasan yang mempunyai tumbuhan yang tebal dan air bagerak perlahan di Sri Lanka. Bersaiz 6 cm. Mempunyai warna hijau buah zaitun hingga kuning kelabu serta terdapat empat belang hitam pada badannya. Nama Saintifik : Barbus pentazona Nama Am : Five Banded Barb Berasal dari Sumatera. Sejenis ikan yang cantik, suka hidup aman serta mudah membiak. Nama Saintifik : Barbus tetrazona Nama Am : Tiger Barb Boleh didapati di Burma, Vietnam, Malaysia, Thailand, Sumatera dan Borneo iaitu di kawasan yang airnya tidak bergerak atau pun bergerak perlahan serta mempunyai lapisan humus yang tebal di dasarnya, Mempunyai warna merah jambu terang kekuningan. Bahagian belakang berwarna perang keemasan sementara di bahagian perut berwarna putih. Terdapat empat belang hijau kehitaman pada badannya. Sukar untuk menentukan jantan betina daripada warnanya. Nama Saintifik : Carassius auratus Nama Am : Goldfish Spesis ini telah pun diternak sejak berkurun lalu sebagai sumber makanan yang penting. Banyak artikel yang telah ditulis untuk memperkatakan ikan ini. Pembiakan telah menghasilkan berbagai-bagai jenis ikan dengan warna yang berbeza-beza. Nama Saintifik : Epalzeohynchus kalopterus Nama Am : Flying Fox Boleh didapati di Kepulauan Indonesia serta Thailand. Boleh membesar sehingga 15 cm. Warnanya bergantung kepada habitat. Nama Saintifik : Labeo chrysophekadion Nama Am : Black Shark Spesis ini berasal dari Asia Tenggara serta Kepulauan Sunda dan boleh mencapai saiz 60 cm. Apabila matang memerlukan akuarium yang besar. Mempunyai warna

baldu kehitaman yang cantik. Nama Saintifik : Brachydanio albolineatus Nama Am : Pearl Danio Terdapat di Asia Tenggara seperti Thailand, Burma, Sumatera dan Malaysia. Boleh hidup di air yang bergerak perlahan atau pun laju. Sejenis ikan yang aktif dan pantas berenang. Suka hidup berkumpulan. Bersaiz sekitar 5 cm. Nama Saintifik : Brachydallio rerio Nama Am : Zebra Danio Terdapat di India serta Burma di kawasan air yang tidak bergerak, sawah padi, anak-anak sungai serta sungaisungai besar. Spesimen pertama dibawa ke Eropah pada tahun 1905. Digemari oleh peminat-peminat ikan akuarium. Bahagian tepi ikan ini berwarna biru dengan empat garisan kuning perang yang memanjang. Saiz maksimum 6 cm. Nama Saintifik : Rasbora borapetensis Nama Am : Redtail Rasbora Sejenis ikan yang cantik dan membesar pada saiz 4.5 cm. Sangat sesuai untuk akuarium. Di habitat semula jadi hidup dalam kumpulan yang kecil. Nama Saintifik : Rasbora heteromorpha Nama Am : Harlequin Rasbora Ikan ini mendiami kawasan yang berair yang tidak bergerak atau yang bergerak di kawasa tanah rendah di Asia Tenggara kecuali Sumatera. Pertama kali dibawa ke eropah pada tahun 1906. Nama Saintifik : Rasbora maculata Nama Am : Spotted Rasbora Mudah ditemui diserata Asia Tenggara. Hidup berkumpulan di air yang tidak bergerak atau pun bergerak perlahan. Mendiami kawasan air yang terdedah, cetek dan berpaya dengan dasar berlumpur yang penuh dengan tumbuhan akuatik seperti spesis Cryptocoryne. Suka mendiami air yang sedikit berasid (pH sekitar 6.3). Antara yang tercantik di dalam genus Rasbora. Membesar pada saiz 2.5 cm. Nama Saintifik : Tanichthys albonubes Nama Am : White Cloud Mountain Fish Banyak didapati di daerah Canton, China. Mendiami air yang tidak bergerak dan bergerak serta anak-anak sungai yang-mengalir dari gunung. Mempunyai warna yang menarik. Boleh membesar sehingga 4 cm. 5. Cyprinid Cyprinid adalah kumpulan besar yang terdiri dari ikan-ikan bersaiz kecil yang hidup di air tawar dan air payau. Oleh kerana ikan-ikan ini mempunyai gigi pada rahang mereka selalunya dirujuk sebagai toothcarp. Mereka boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang melahirkan anak (livebearer) dan yang bertelur (killifish). Kebanyakan livebearers terdiri dari famili Poeciliidae. Famili Poeciliidae Nama saintifik : Xiphophorus helleri Nama Am : Swordtail Ikan ini mendiami kawasan Amerika Tengah iaitu di sungai-sungai yang mengalir ke Teluk Mexico. Agak susah

untuk menerangkan warna asal ikan ini kerana susah untuk menemui spesis yang asli. Terdapat berbagai-bagai variasi. Nama saintifik : Xiphophorus maculatus Nama Am : Platy Berasal dari Mexico di mana ia ditemui di kolam-kolam serta anak-anak sungai di dalam hutan tropika berdekatan dengan Veracruz dan Oaxaca. Terdapat 150 corak yang boleh diperhatikan pada spesis ini. Nama saintifik : Xiphophorus variatus Nama Am : Parrot Platy Juga berasal dari Mexico. Kadang-kadang ia disangkakan sebagai X. maculatus. Ia mula ditemui pada tahun 1931. Ia boleh membesar sehingga 8 cm. Terdapat berbagai-bagai variasi warna dan corak. Variasi warna termasuklah badan yang berwarna biru, merah dan hitam, ekor berwarna merah atau pun kuning, sirip dorsal berwarna kuning serta bintik-bintik pada badan. Nama Saintifik : Poecilla reticulata Nama Am : Guppy Berasal dari Amerika Selatan iaitu di Venezuela, Guiana serta Kepulauan Carribean iaitu di Barbados dan Trinidad. Ikan ini tinggal dikolam yang tidak bergerak dan juga di sungai-sungai yang mengalir perlahan. Ikan jantan boleh mencapai 3.5 cm sementara ikan betina pula 6 cm. Ikan jantan mempunyai berbagai-bagai variasi warna dan bentuk. Warna asas untuk jantan dan betina ialah kelabu perak ke warna hijau. 6. Characins Characin adalah kumpulan yang besar. Ikan-ikan kumpulan ini boleh dijumpai di bahagian selatan dan tengah Amerika Selatan dan Afrika. Mereka mempunyai Weberian Apparatus iaitu tulang yang menyambungkan pundi renang dengan telinga dalam yang membolehkan mereka mendengar bunyi berfrekuensi tinggi. Walau pun kebanyakan characin mempunyai adipose fin, terdapat juga beberapa genera yang tidak mempunyainya. Terdapat lebih kurang 30 genera dan 200 spesis di Afrika dan 250 genera serta 1,000 spesis di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Famili Erythrinidae Nama Saintifik : Paracheirodon innesi Nama Am : Neon Tetra Spesis ini berasal dari Brazil iaitu dari lembah Sungai Amazon. Ia bokh di dapati di kawasan hulu sungai di dalam air yang tidak mempunyai tumbuhaan atau pun sedikit tumbuhan sahaja. Pertama kali dibawa ke Eropah pada tahun 1936. Warna asas adalah kelabu perak dengan jalur neon pada badannya. Nama Saintifik : Astyanax mexicanus Nama Am : Mexican Tetra Boleh didapati di seluruh Mexico dan Texas. Nama Saintifik : Boehlkea fredcochui Nama Am Blue Tetra Berasa1 dari bahagian atas sungai Amazon. Warna asas ialah biru metalik. Bersaiz 4.5 cm panjang. Jenis ikan yang suka hidup berkelompok.

Nama Saintifik : Hemigrammus caudovittatus Nama Am : Buenos Aires Tetra Spesis ini berasal dari bahagian selatan Amerika Selatan. Dibawa ke Eropah pertama kali pada tahun 1922. 1a adalah antara spesis yang terbesar dengan panjang 10 cm. Berwarna gelap dengan bahagian be1akang hijau keperangan hingga ungu keperangan. Nama Saintifik : Hemigrammus erythrozonus Nama Am : Glowlight Tetra Berasal dari Amerika Selatan iaitu di lembah Amazon dan juga sungai-sungai lain. Berwarna kelabu keperangan dengan garisan merah emas di badannya. Panjang badan sekitar 4.5 cm. Nama Saintifik : Hyphessobrycon pulchripinnis Nama Am : Glowlight Tetra Berasal dari Brazil. Diimprot ke Jerman pada tahun 1937. Panjang maksimum ialah 4.2 cm. Ikan betina berwarna lebih merah dari yang jantan. Nama Sainlifjk : Hyphessobrycon rubostigma Nama Am : Bleeding Heart Tetra Ciri-ciri dan kelakuannya sama seperti spesis-spesis lain dalam genus Hyphessobrycon. 7. Jenis-Jenis Ikan Hiasan Lain Kumpulan ini mengandungi ikan-ikan hiasan yang popular yang tidak tergolong di dalam kumpulan-kumpulan ikan yang telah dibincangkan seperti Rainbow fishes, Electric fishes, Halfbeaks, Gobies dan lain-lain lagi. Famili Channidae Nama Saintifik : Channa micropeltes Nama Am : Red Snake Head Ikan ini tergolong dalam kumpulan ikan pemangsa. Ia mempunyai organ pernafasan tambahaan yang membolehkan mereka hidup di air yang mempunyai kandungan oksigen terlarut yang rendah. Ikan ini juga boleh bergerak di daratan iaitu dari satu kawasan berair ke kawasan yang lain untuk mencari makanan. Ia boleh membesar sehingga melebihi 1 meter. Faktor ini menyebabkan ia tidak begitu sesuai untuk dipelihara sebagai ikan hiasan apabila dewasa. Warna badannya juga menjadi tidak menarik pada peringkat ini. Famili Hemiramphidae Nama Saintifik : Hemirhamphodon pogonognathus Nama Am : Common Halfbeak Ikan ini boleh dijumpai di Asia Tenggara terutamanya di kepulauan Indonesia iaitu di kawasan air tawar dan juga air payau. Rahang bawah ikan ini memanjang dan mempunyai gigi-gigi halus dan berfungsi dalam memerangkap serangga-serangga yang berada di pemukaan air. Famili Osteoglossidae Nama Saintifik : Scleropages formosus Nama Am : Arowana Ikan Arowana adalah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan mahal. Ia merupakan kumpulan ikan air tawar

yang mempunyai banyak ciri-ciri primitif. Antara spesis ikan yang terkandung dalam famili ini tennasuklah Arapaima gigas. Pada amnya spesis pemangsa ini terbahagi kepada dua varieti utama berdasarkan kepada warnanya iaitu Arowana Emas dan Arowana Hijau. Jenis yang paling berharga ialah Arowana Emas Malaysia dan Arowana Merah Indonesia. Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa pada masa ini, jumJah populasinya di habitat semula jadi kian berkurangan. Daya biaknya yang rendah juga menjadi sebab utama populasinya sangat rendah. Ikan ini mula dilaporkan sejak tahun 1844 di kawasan Borneo, Bangka dan Sumatera. Kehadirannya di Semenanjung Malaysia telah dilaporkan pada tahuu 1931. Kini Arowana masih boleh didapati di beberapa batang sungai seperti Sungai Krian, Sungai Muda, Sungai Endau, Sungai Rompin, Sungai Pahang dan Sungai Terengganu. Ia biasa ditemui di kawasan sungai yang berlubuk dalam dan diteduhi pohon-pohon. Ikan ini juga boleh ditemui di Tasik Kenyir, Tasik Bera dan Tasik Bukit Merah. Walaupun taburannya meluas tetapi populasinya adalah amat rendah, Famili Nandidae Nama Saintifik : Badis badis Nama Am : Dwarf Chameleon Fish Spesis ini berasal dari Amerika Selatan, Afrika, India, Burma, Thailand dan Indonesia. Kebanyakannya agresif dan pemangsa. Spesimen pertama dibawa ke Jerman pada tahun 1905 dan pembiakan yang pertama telah berjaya dilakukan di Holland. Biasanya mendiami kawasan berair yang tidak bergerak. Jarang membesar lebih dari 5-6 cm. Mempunyai muncung yang besar dan mulut yang kecil. Ikan ini boleh mengubah warna badannya untuk menyesuaikannya dengan persekitaran. Pada asasnya ia berwarna merah perang gelap dengan ikan betina mempunyai warna yang kurang menarik dari ikan jantan.

Anda mungkin juga menyukai