Anda di halaman 1dari 85

Disediakan oleh: AMIRA BINTI ZAINUL ABIDIN NORSHAFILA BINTI AZMI NOR AMANU BINTI YUNUS

Pra Sejarah Malaysia


Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama Perak Man atau Orang Tampan. Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik. Selain kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama.

Ukiran-ukiran yang terdapat di dalam sebuah gua di Tambun, Perak yang dianggarkan dilukis pada tahun 3000 SM.

Pada bahagian lain batu kapur yang berdekatan dengan Gua Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki juga telah dijumpai. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari. Turut dijumpai di gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama, tembikar China dan manik kaca.

Lukisan purba di Gua Badak, Lenggong,Perak

Gua Madai, Sabah

Gua Tagut, Kelantan

Gua Balambangan, Sabah

Gua Tempurung Lakaran ini merupakan plan komunis untuk membunuh pembesar British iaitu Sir Henry Gurney dan plan mereka berjaya apabila Henry Gurney di bunuh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser.

AMIRA BINTI ZAINUL ABIDIN NORSHAFILA BINTI AZMI NOR AMANU BINTI YUNUS

PENGENALAN
Artifak : sebarang benda yang dibuat atau diubahsuai oleh manusia misalnya tembikar tanah, arca, manik, pecahan porselin, pecahan tembikar, damar, anak panah, alat batu, gendang dan gangsa. Ekofak : hasil tinggalan aktiviti manusia yang dapat dilihat dalam bentuk kulit siput, sisa tulang binatang, flora dan fauna, dan bekas pembakaran. Fitur : objek atau mana-mana data yang tidak boleh dipindahkan dan berada kekal ditempatnya seperti bekas saluran air, struktur candi, struktur bangunan, dan makam. Kebiasaannya bukti fitur yang ada hanya dilukiskan semula ataupun diambil gambarnya sahaja.

Kawasan-kawasan penting yang memiliki data artifak, ekofak dan fitur ini misalnya : Perak yang terdapat di gua Gunung Runtuh di Lembah Lengong dan Kota Tampan. Terengganu terdapat di gua Batu Tok Bidan di gunung Bewah. Di Sarawak terdapat di sekitar gua Niah dan gua Kain Hitam. Gua Cha di Kelantan.

Dalam keadaan tidak ada rekod bertulis maka data artifak sangat penting dapat membantu menentukan usia sesebuah masyarakat dan seterusnya membantu menjelaskan sejarah awal Malaysia. Walaupun kebanyakan artifak yang ada adalah daripada batu dan gangsa tetapi ia tidak bermaksud bahan buatan daripada material yang lain tidak wujud.

Di Semenanjung Malaysia jumpaan artifak menunjukkan bahawa manusia telah menduduki seawal-awal 74,000 tahun yang lalu melalui jumpaan di Gua Gunung Runtuh, Perak. Manakala jumpaan di Gua Niah pula membuktikan manusia telah menduduki kepulauan Borneo seawal-awal 40,000 tahun yang lalu. Justeru, bermula daripada utara Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sabah dan Sarawak telah ada bukti-bukti yang menunjukkan aktiviti manusia zaman lampau.

Mereka tinggal di gua-gua dan memperoleh makanan melalui aktiviti berburu. Mereka memasak makanan di dalam gua dan kadang-kadang mengkebumikan mayat di tempat yang sama. Pada zaman Neolitik antara artifak yang dijumpai ialah alat pemotong makanan, pemukul batu, cincin atau gelang, mangkuk, periuk dan kapak.

Jumpaan lain misalnya alat pengetuk batu (Nut Craker) yang digunakan memotong makanan. Artifak zaman Mesolitik turut dijumpai misalnya batu yang pipih dan simetri pada kedua-dua sisinya untuk kegunaan harian. Batu kelikir ini dipercayai untuk kegunaan harian misalnya memotong makanan oleh manusia zaman awal.

Penemuan tembikar ini menunjukkan bahawa mereka telah mahir membuat sendiri tembikar berasaskan bahan-bahan tempatan. Selain itu jumpaan yang agak menarik di Gua Cha meliputi artifak berbentuk cincin atau gelang (bracelit) yang diperbuat daripada batu. Di Gua Niah melalui ekpedisi Tom Harrison, turut dijumpai banyak tingalan seramik yang dipercayai untuk tujuan kehidupan harian.

Pada zaman Paleolitik, alat-alat utama yang digunakan untuk berburu, memotong, atau memepertahankan diri diperbuat daripada batu. Matlamat penciptaan alat-alat batu itu ialah untuk membantu mereka meneroka sumber alam sekitar. Alat-alat itu dibentuk daripada alat-alat batu sungai dan secara amnya alat-alat batu itu dikenali sebagai alat pemotong kapak. Terdapat juga alatan yang memiliki pemegang. Peralatan yang digunakan lebih mengutamakan fungsi untuk memenuhi keperluan hidup manusia semasa berburu

Selain jumpaan di Perak dan Gua Cha, terdapat juga jumpaan lain yang meliputi era Mesolitik seperti kepala kapak empat segi bujur, pisau di sungai Tembeling; dan juga pinggan, piring, ketul batu pengasah dan periuk tanah liat di Gua Cha dan di Perak. Jumpaan pisau tembeling menunjukkan telah wujud daya pemikiran tinggi, misalnya rekacipta barangan daripada tanah liat dan telah melapah daging menggunakan pisau (pisau tembeling).

PENEMUAN ARTIFAK
Muzium Perak
Ditubuhkan pada 1883 dan siap sepenuhnya pada 1886 Muzium Perak adalah muzium tertua yang dibina khas untuk mengumpulkan dan mempamerkan pelbagai koleksi bahan sejarah, artifak, spesimen flora, fauna dan sosio budaya masyarakat di tanah Melayu.

Muzium Arkeologi Lenggong adalah muzium Prasejarah Pertama di Malaysia yang dibina di kawasan tapak Paleolitik

Rangka binatang

Perak Man

Muzium Sarawak
Satu daripada tengkorak manusia tertua di dunia telah dijumpai dan dikelilingi oleh arang yang berusia 40,000 tahun. Ia merupakan penemuan terawal dan merupakan homo sapiens pertama dijumpai di Selatan Asia. Jauh di bahagian dalam mulut gua tersebut adalah tempat pengebumian Neolitik yang menempatkan 166 tapak pengkebumian.

Penemuan terawal homo sapien

Tengkorak berlekuk yang terdapat di Lobang Kuala. Contoh tertua HOMO SAPIENS yang pernah ditemuai di Asia Tenggara.

Seramik
Delta Sungai Sarawak merupakan tapak utama di mana ribuan serpihan seramik telah ditemui dan digali semenjak 1948. Kebanyakannya bertarikh antara kurun ke 11 hinggalah 13M. Serpihan ini dipercayai berasal dari negara China dan sebahagiannya dari Thailand, Vietnam, Jepun dan Eropah.

Mangkuk yang mempunyai bibir tebal dengan tapak yang kecil, tebal dan rata serta mempunyai bulatan dasar kecil, kedua-dua belah tidak berglasir - Dinasti Song.

Seramik terawal yang dijumpai dan digali adalah daripada bahagian barat mulut Gua Niah. Seramik-seramik ini berupa tempayan atau bekas yang tidak berukir, botol dan bekas yang berbentuk bundar. Kesemua barangan tembikar ini kasar buatannya, diperbuat menggunakan tangan, keras dan dibakar dengan api sederhana. Menurut kajian oleh Barbarra Harrison, kebanyakkan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara pengebumian neolitik

Seramik yang terawal

Serpihan seramik

Adalah menjadi tradisi lama komuniti Melanau sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia, simati akan diberikan pakaian dan dibaringkan di ruangan rumah. Satu pinggan biru dan putih diletak di bawah kepalanya, sementara pinggan seramik diletakkan di bawah kedua-dua tangan dan kakinya. Berhampiran dengan si mati diletakkan objek-objek tembaga dan seutas manik

Beberapa hari kemudian, mayat tersebut dibawa keluar daripada rumah itu dan disimpan di ruang khas untuk jangkamasa yang minimum dalam tahun yang sama. Kemudian tulang-tulangnya dikumpulkan ke dalam sebuah tempayan besar. Manakala yang lain seperti pinggan, mangkuk dan manik dikebumikan bersama-sama dengan tempayan tersebut.

Gendang Dong Son

Gendang Dong Son (Dusun) berusia 300 tahun sebelum masihi yang juga terdapat di Tanah Melayu, Jawa dan tempat-tempat lain di sekitar Nusantara. Pentarikhan Radiokarbon menunjukkan asal-usul gendang tembaga/gangsa ini didahului oleh gendang di Vietnam dan berasal dari Tamadun Dong Son di Vietnam.

Patung gangsa Dong Son bertarikh 500 tahun sebelum masihi.

CONTOH ARTIFAK LAIN


Sekeping dinar emas zaman Parameswara, yang harga pasaran semasanya 25 juta Euro (RM126 juta)

Keris tradisional yang diikat dengan rehab

Pedang Samurai terhebat pernah dicipta menggunakan 12 jenis besi. Tetapi, beberapa pengkaji Jepun yang meneliti keris Tempa Melaka yang dicipta oleh seorang Melayu bernama Sang Guna terperanjat apabila mendapati ia dicipta menggunakan lebih 21 jenis besi.

Skrol Diraja Dinasti Ming

Teko aneh yang digunakan oleh pelayaran Laksamana Chang Ho

200 rangka manusia dari Gua Niah, Sarawak

Syiling zaman Kesultanan Melayu Melaka

Batu Bersurat Kuala Berang, Terengganu yg bertarikh 1303 TM

RUJUKAN
http://resammelayu.com/2010/06/pengumpul-artifakmelayu-khazanah-warisan-bangsa.html http://ayobhussin.com/melayupurba/asal_ usul_melayu_terus_dikaji.htm http://ujid.tripod.com/history/990323artifakr aub.html http://petikanbuku.blogspot.com/2009/04/a rtifak-tanahair-di-luar-negara.html

Seni Peribumi
Jah~Hut Mah Meri Pua Kumbu

Jah~Hut

Pengenalan
Jah Hut ialah satu suku kaum orang asli yang tinggal di Pahang, Malaysia.

Pada tahun 2000, jumlah penduduk Jah Hut ialah 2,442 dan pada tahun 2005, anggarannya ialah lebih kurang 4,000 orang yang tinggal di 11 buah kampung yang terletak di sepanjang tebing barat Sungai Pahang dari Jerantut di utara ke Temerloh di selatan.

Antara kampung-kampung ini termasuk Kg.Pos Penderas dan Kampung Keboi di dalam hutan tropika yang terletak di daerah Jerantut, Pahang. Kampung Seboi merupakan salah satu kampung yang terkecil antara penempatan-penempatan orang Jah Hut dengan hanya kira-kira 100 orang. Orang Jah Hut tinggal di rumah gaya Melayu yang dibina di atas kaki bajang.

Bahasa Jah Hut


Bahasa yang ditutur oleh orang Jah Hut dikenali sebagai bahasa Jah-hut" dan merupakan sebahagian bahasa MonKhmer yang pula merupakan satu cabang keluarga bahasa . Dalam bahasa Jah Hut, 'Jah' bermaksud 'orang' dan 'Hut' bermaksud 'bukan' atau 'tidak'; bagaimanapun, penterjemahan harfiah ini tidak dapat menerangkan kata majmuknya disebabkan 'bukan orang' ini memang bukan erti yang dimaksudkan. Bahasa Jah Hut telahpun menyerap banyak perkataan bahasa Melayu dalam perbendaharaan katanya . Loghat-loghatnya termasuk Kerdau, Krau, Ketiar Krau (Terengganu), Kuala Tembeling, , Ulu Ceres (Cheres), dll.

Kepercayaan
Raja Panglima Batin Pawang Menteri Poyang(pengamal perubatan) 7 semangat roh dalam diri. 1) Semangat orang 2) S.angin 3) S.Hantu 4) S.rusa 5) S.Khinzir 6) S.lalat 7) S.Hiblis

Kegiatan ekonomi
Kegiatan-kegiatan pertanian utama orang Jah Hut ialah penorehan getah, penanaman padi, dan penternakan ayam. Kegiatan pengukiran kayujuga diamalkan dan bukan sahaja merupakan satu sumber pendapatan untuk orang Jah Hut, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka. Walaupun orang Jah Hut tinggal di dalam hutan, mereka tidak terpencil secara langsung dan telah berdagang dengan orangorang berhampiran sejak beberapa ratus tahun.

Seni Pengukiran Kayu Jah-hut


Suku kaum ini memang terkenal dengan ukiran-ukiran kayu(arca). Setiap ukiran mempunyai pelbagai tujuan dan maksud dari segi kepercayaan,mistik,keagamaan,lagenda,serta menggambarkan kehidupan mereka. Kebiasaannya ukiran kayu berbentuk patung figura haiwan dan manusia serta alam ghaib seperti hantu. Ukiran(arca) akan dinamakan dengan karektor masingmasing kebanyakkannya hantu. Kesemua ukiran hanya menggunakan alatan tangan sahaja.

Senarai nama tokoh pengukir kayu suku kaum JAH-HuT


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Along b Hitam Ayau b Bandak Batin Hitam b Wahi Bujai b Ali Jatim b Bani Kassim b Wahi Menteri Bani b Wahi Puteh b Debos Salleh b Kahang Gaga b Pandak

Jenis-jenis kayu
1. Merbau 2. Cengal 3. Tembusu hutan 4. Sena 5. Merpati 6. Kemuning 7. Rhu bukit 8. Raja kayu 9. Arang 10.Rengas

BAPAK DAN ANAK PAKAI CHAWAT

Bes egik-Hantu keji

Mah Meri

SEJARAH
Mah Meri bermakna "Orang Hutan" sementara dalam istilah bahasa Mah Meri disebut "bersisik". Kaum Mah Meri (Mah=manusia,penduduk,orang, Meri= hutan), asalnya dikenali sebagai Besisi, juga memanggil diri mereka Ma Betisek , yang bermaksud, manusia bersisik ikan". Mereka juga dikenali sebagai Orang Laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja sebagai nelayan. Mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh. Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan besar yang digelar orang Senoi.

Jumlah Orang Asli Mah Meri hanyalah kira-kira 1,000 orang sahaja yang tinggal di kawasan-kawasan tertentu di sepanjang pantai Negeri Selangor termasuk Pulau Carey. Kebanyakan Orang Asli Mah Meri adalah nelayan dan sejumlah besar dari mereka juga mempunyai bakat mengukir kayu. Terdapat kira-kira 25 individu yang tinggal di Kampung Bumbun dan Kampung Kurau menghasilkan ukiran patung Mah Meri yang terkenal apabila mereka tidak turun ke laut. Selain dari beberapa ukiran yang mereka hasilkan untuk kegunaan mereka sendiri, para pengukir ini menghasilkan sejumlah kecil ukiran kayu yang indah berdasarkan tempahan yang diterima dari pengumpul seni ukiran yang ada di antaranya berasal dari luar negara.

SENI UKIRAN KAYU


Ukiran kayu Mah Meri bukan dicipta untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi. Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi. Ukiran kayu kaum Mah Meri melambangkan roh atau semangat yang wujud dan mempunyai pengaruh ke atas pelbagai aspek kehidupan mereka sama ada secara positif atau pun negatif.

Ukiran yang dinamakan Moyang Sauh (Anchor Spirit) dipercayai berpengaruh ke atas keselamatan para nelayan ketika mereka turun ke laut. Moyang Sauh yang digambarkan dalam ukiran Mah Meri mempunyai bentuk seakan-akan seekor ikan atau naga laut menjadikannya sebuah ukiran yang kelihatan menyeramkan namun sangat indah pada masa yang sama.

Untuk memastikan para nelayan selamat pulang, bomoh Mah Meri akan menghasilkan ukiran Moyang Sauh dan mengadakan satu upacara di tepi pantai dengan menyediakan pulut kuning dan makanan yang lain sambil meminta pertolongan Moyang Sauh agar nelayan mereka selamat di laut hinggalah mereka pulang ke darat. Ukiran serta makanan tersebut kemudiannya ditinggalkan di tepi laut setelah upacara tersebut selesai.

Ukiran Moyang Puting Beliung (Tornado Spirit) pula ialah semangat yg menjaga bumbung rumah mereka dari diterbangkan angin bila berlaku ribut. Moyang Naga (Colossal Dragon Spirit) pula dipercayai menyebabkan gempa bumi dengan setiap pergerakannya.

Harimau Berantai Kaum Mah Meri percaya ukiran patung Harimau Berantai melambangkan jeimaan semula semangat harimau. Dalam dongeng Mah Meri, harimau ditangkap dan dibunuh menggunakan perangkap Dewi Besi. Semangatnya akan kembali membunuh orang yang menjerat harimau menggunakan perangkap yang sama. Oleh itu, kaum Mah Meri terlebih dahulu akan mendapatkan restu daripada semangat ini sebelum mereka memasang perangkap dawai besi.

Ukiran Mah Meri juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mereka untuk menyembuhkan penyakit seperti demam, sakit perut dan penyakit yang berkaitan dengan pembuangan air kecil. Untuk mengubati pesakit, salah seorang ahli keluarga pesakit tersebut perlu menghasilkan ukiran kayu yang melambangkan roh atau semangat yang dipercayai berpengaruh ke atas penyakit tersebut. Ukiran ini kemudian diberikan kepada bomoh mereka yang akan menjalankan upacara bagi mengalihkan penyakit tersebut dari pesakit kepada ukiran kayu itu dan kemudian membuangnya ke laut atau ke dalam hutan, lalu secara simboliknya mengeluarkan penyakit itu dari badan pesakit.

Keindahan ukiran ini terserlah bukan sahaja pada alunan urat kayu nyireh (nyireh batu dan nyireh bunga) yang indah atau warna kayu yang menarik tetapi juga pada rekabentuk ukiran itu sendiri yang ringkas tetapi sungguh anggun serta membawa makna di dalam budaya kaum Mah Meri.

Nyireh Bunga

Nyireh Batu

Kayu Nyireh Batu lebih keras tetapi ia lebih bersinar dan berkilauan. Kayu Nyireh Bunga kebiasaannya digunakan untuk membuat ukiran topeng dan permainan. Setiap ukiran tertakluk kepada tafsiran pengukir yang menghasilkannya, kepakaran pengukir untuk membentuk kayu ini serta keunikan mutu kerja pengukir tersebut. Ukiran berukuran satu kaki tinggi memakan masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan.

SENI ANYAMAN
Selain daripada ukiran kayu, hasil anyaman juga memainkan peranan yang penting dalam budaya Mah Meri lebih-lebih lagi bagi kaum wanita Mah Meri. Sebelum mereka dianggap layak untuk berkahwin, seorang wanita kaum Mah Meri perlu menguasai kemahiran menganyam pelbagai jenis barangan seperti bakul memburu, bekas simpanan, tikar serta perhiasan upacara.

FESTIVAL NENEK MOYANG


Masyarakat Mah Meri juga terkenal dengan Festival Nenek Moyang yang bertujuan untuk menyeru semangat roh nenek moyang mereka. Penari Mah Meri akan memakai topeng berukir dan anyaman cantik dari daun mengkuang dan nipah. Mereka ini selalu mempersembahkan tarian bedasarkan dongeng Moyang Naga. Semasa perayaan ini, mereka akan menari dengan iringan muzik dan masyarakat Mah Meri akan berkumpul di kampung dengan memakai topeng untuk memuji moyang mereka. Sambutan bermula dari awal pagi dan sampai ke kemuncak perayaan pada pukul 9-10 pagi. Tiada yang akan keluar bekerja pada hari itu dan sambutan berhenti selepas pukul 1 petang kerana mereka percaya bahawa roh-roh nenek moyang telah pergi.

PENGUKIR
Pion anak Bumbong Anak jati Kampung Orang Asli Pulau Carey. Beliau adalah dari kalangan masyarakat Mahmeri yang mengusahakan kraf ukiran kayu dengan membuat ukiran topeng dan patung hampir 40 tahun. Seni ukiran ini telah diwarisi sejak turun temurun dari nenek moyang beliau. Keunikan hasil rekaan patung dan topeng yang dihasilkan oleh beliau adalah dari ukiran tangan dan tidak menggunakan peralatan seperti mesin.

Layon anak Bumbong Beliau adalah salah seorang Orang Asli Mah Meri salah satu suku kaum Orang Asli yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Layon yang berusia 54 tahun terkenal dengan ukiran yang dinamakan Buai Latep sambil dan handal membentuk ukiran yang terbaik daripada bongkah kayu. Buai latep merupakan salah satu dari pelbagai bentuk permainan tradisional yang telah digunakan oleh kaum Mah Meri sejak dahulu lagi.

Tetapi, buai latep adalah lebih dari sekadar sebuah permainan ianya juga melambangkan cabaran serta dugaan hidup terutamanya di antara lelaki dan wanita. Cara untuk menyelesaikan permainan tersebut adalah sama dengan cara menyelesaikan masalah dalam kehidupan yang memerlukan kesabaran, tumpuan serta berfikir secara kreatif kerana selalunya masalah kehidupan bukanlah begitu mudah untuk diselesaikan.

Pua Kumbu

Pengenalan
Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm. Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi.

Motif-motif Pua Kumbu


Motif Engkeramba Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkaramba ditenun dengan teknik ikat. Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang. Biasanya, motif engkeramba hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja. Ini adalah kerana mereka benar-benar mahir menenun cara ikat.

Motif Fauna
Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau dan tikus kasturi, rusa dan serangga. Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi). Adalah menjadi kepercayaan kaum Iban bahawa buaya adalah jelmaan saudaramara mereka. Motif ular pula tidak ditenun dengan sewenang-wenangnya kerana binatang ini membawa petanda buruk. Kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu.

Motif katak pula ditenun dengan gaya seperti manusia. Menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak. Selampai dikatakan mempunyai kuasa menciptakan bayi.

Motif harimau dan tikus kesturi sering dikarang dalam bentuk abstrak. Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian. Burung pula dikatakan pembawa alamat baik. Kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan. Motif rusa pula mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu. Motif-motif serangga seperti labah-labah, kunang-kunang, kala jengking dan lipan sering dimasukkan dalam tenunan pua.

Motif Flora
Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua. Antara tumbuh-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bunghabungaan. Antara motif yang ditenun ialah motif bulan, awan larat, alat tenun dan sebagainya.

Proses Pembuatan
Cara Ikat Benang kapas yang hendak ditenun diikat pada beberapa bahagian tertentu dengan tujuan menahan pewarna daripada meresapi bahagian tersebut. Ikatan dibuat mengikut corak yang dikehendaki. Kadang-kadang proses ini dibuat beberapa kali mengikut corak dan warna yang diingini. Warna-warna yang sering digunakan adalah warna coklat tua, biru kehitaman dan merah bata. Apabila proses mewarna sudah selesai, benangbenang kapas itu dikeringkan. Setelah benang betulbetul kering barulah ikatan-ikatannya dibuka. Kemudian benang itu ditenun. Tenunan dibuat secara kosong tanpa menyelangnyelikan benang bagi menghasilkan corak. Corak yang terhasil adalah daripada kesan proses ikat.

Cara Pilih Benang kapas yang hendak ditenun dicelup ke dalam pewarna. Kemudian benang-benang itu dikeringkan. Setelah kering, benang-benang itu ditenun. Selain daripada benangbenang yang diwarnakan, benang kosong iaitu benang yang tidak bewarna juga digunakan. Tenunan dibuat dengan cara menyelang-nyelikan benang di atas tenunan kain dasar untuk membentuk corak kain. Dengan itu terhasillah corak-corak kain yang berbentuk timbul.

Anda mungkin juga menyukai