Anda di halaman 1dari 25

NOORSHEILA BINTI SULAIMAN 205589 AMIR AZWAN BIN AZMAN 206784

SKIM CEPAT KAYA

Satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang

didepositkan selalunya lebih tinggi daripada


apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.

TAHUKAH ANDA ?
alexa.com

menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara yang teratas dalam senarai penglibatan rakyatnya dalam pelaburan internet jika dibandingkan negara-negara lain di dunia.

Skim cepat kaya

Skim Piramid
Skim Pozi

SKIM PIRAMID
Melibatkan perletakan/ susunan ahli secara automatik. Menentukan susunan jaringan mereka sendiri Front loading. Memaksa ahli membeli barangan @ servis dengan nilai yang tinggi & dalam masa yang sama ahli tidak menggunakan @ menjual barangan tersebut dalam jangka masa terdekat. Melibatkan skim pelaburan. Memberikan pulangan yang tinggi terhadap sebarang pelaburan di mana nilai minimumnya ditetapkan.

SKIM PONZI
Skim

Ponzi biasanya menawarkan pulangan jangka pendek yang luar biasa tinggi agar menarik pelabur baru. Pulangan tinggi yang diiklankan oleh skim Ponzi (dan dibayar) memerlukan jumlah aliran tunai yang semakin tinggi agar dapat mengekalkan skim berjalan.

Sistem ini akhirnya akan gagal kerana hampir tiada atau hanya sedikit pendapatan sebenar yang terhasil daripada tunai yang diterima oleh penganjur. Bagaimanapun, skim ini sering kali diganggu oleh pihak berkuasa tempatan lama sebelum ia gagal, disebabkan skim Ponzi disyaki dan / atau penganjurnya menjual sekuriti yang tidak didaftar

MODUS OPERANDI
Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yang sama atau lebih tinggi.

Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ia akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.

AYAT-AYAT SKIM CEPAT KAYA


"Anda

hanya perlu mengeposkan kepada .. orang yang kemudiannya akan membuat deposit kedalam akaun anda....." Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya tunggu wang terkumpul dalam akaun anda...." Dijamin tiada risiko, dan wang akan dipulangkan kembali.

Skim Pengambilan Deposit

Skim cepat kaya

Secara Haram

Skim Urusniaga Matawang Asing Haram

SKIM PENGAMBILAN DEPOSIT SECARA HARAM


Penganjur skim cepat kaya tidak mempunyai lesen di bawah seksyen6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 Penganjur skim cepat kaya biasanya menjanjikan pemulangan semulawang deposit berserta dengan faedah yang jauh lebih tinggai berbanding dengantawaran institusi kewangan berlesen Penganjur skim cepat kaya tidak melabur deposit yang diterima dalamsebarang perusahaan yang menguntungkan. Keuntungan yang di dakwa dibayar kepada para peserta sebenarnya adalah wang para pendeposit

SKIM URUS NIAGA MATA WANG ASING HARAM


Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara); Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet.

Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan ("panggilan margin") atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka .

SKIM PAK MAN TELO

Osman bin Hamzah adalah pengasas Skim Pak Man Telo. Tanpa mempunyai kelulusan tinggi, dia telah berjaya menganjurkan sebuah skim pelaburan piramid yang kompleks dan telah menarik penyertaan Iebih 50,000 orang pelabur termasuk golongan professional dan pegawai kerajaan, dengan nilai pelaburan mencecah RM99 juta. Skim tersebut dijalankan menerusi perniagaan miliknya, Pestama Enterprise yang beroperasi di Taiping, Perak.

Menjanjikan pulangan dividen sehingga 12% kepada para pelaburnya. Bagi meyakinkan orang ramai supaya menyertai skim pelaburan anjurannya, dia mendakwa perniagaan miliknya terlibat di dalam bidang hartanah, pengeluaran makanan, barang plastik dan elektrik, komputer, perhotelan, kasut dan pemilikan saham beberapa syarikat utama.

HUKUMAN
Di

Malaysia, mereka yang menjalankan Skim Cepat Kaya melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989. Mereka yang sabit dengan kesalahan dibawah akta tersebut boleh dihukum hukuman penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau keduaduanya.

KESAN
PELABUR
Dihukum mengikut Undang-undang Kehilangan wang simpanan boleh mengeruhkan hubungan antara keluarga, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling menjadi malas berusaha

PENGUSAHA

Tertekan & Berisiko tinggi Kesukaran hidup

BAGAIMANAKAH UNTUK
MELINDUNGI DIRI DARIPADA TERJEBAK DENGAN SKIM SEPERTI INI?

Ingatlah

pada kata hikmat ini - Sesuatu yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil untuk diterima akal, berkemungkinan besar merupakan satu penipuan. Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniagamata wang asing yang di beri kuasa. Semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan

Jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa untuk melabur

Berhati-hatilah dengan pelaburan yang dibuat melalui internet.


Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan yang tidak bertulis. Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpan kesemua dokumen yang berkaitan dengan pelaburan

KESIMPULAN

Rasulullah SAW melalui sabda bermaksud: Sesiapa merampas hak orang muslim dengan sumpah, dia wajib masuk neraka dan haram baginya syurga. -(Riwayat Muslim).

Maka berhati-hatilah dalam urusan mencari rezeki. Sebaik-baik cara mencari rezeki ialah dengan bersungguh-sungguh melakukan usaha, biarpun terpaksa berdepan dengan kesukaran. Allah menyediakan seluruh penjuru alam ini untuk dimanfaatkan oleh manusia.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai