Anda di halaman 1dari 5

KISAH HAJI WIDA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Syukran ya pengacara majlis, Yang dihormati para hakim yang bijak bestari, Seterusnya hadirin yang dihormati

Marilah kawan, mari semua, Kita bersama dengar cerita, Kisah haji wida buat pedoman, Agar sentiasa menjadi ingatan. (Lagu)

Kawan-kawan nak tahu, haji wida dikenali sebagai Hajjatul Wada yang bermaksud haji perpisahan. Haji ini dikenali sebagai hajjatul wada kerana setelah menunaikan haji, Rasulullah telah wafat. Kawan-kawan, Setelah 9 tahun diMadinah, Rasulullah memberitahu penduduk Madinah bahawa baginda akan mengerjakan haji. Ramai penduduk Madinah berminat untuk turut serta bersama-sama Rasulullah ke Mekah. Allah berfirman dalam surah al-Imran ayat 53:


Maksudnya: Ya Tuhan kami, kami telah beriman dengan apa yang engkau turunkan dan kami telah mengikuti Rasul, kerana itu tetapkanlah kami bersama golongan orang yang memberikan kesaksian.

Panggilan haji telah tiba lagi, Menunaikan ibadah panggilan baitullah, Tanah suci Mekah, (Nasyid)

Ya Makatulmukarramah. Kawan-kawan, Sebagai umat islam, kita mesti berazam untuk menunaikan ibadah haji. Lihatlah kegigihan jemaah yang miskin menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji. Lihatlah kegigihan jemaah yang miskin menyimpan wang untuk menunaikan haji. Contohnya Mail Brahim 77 tahun mula menyipan wang sejak 1950 selama 61 tahun.

Ya asdiqoi, Pada 25 zulkaedah tahun ke-10 hijrah, Rasulullah bersama-sama 90,000 orang islam menuju ke Mekah untuk menegrjakan haji. Ramaikan kawan-kawan?? Jika dibandingkan dengan kuota jemaah haji pada tahu 2012, hanya 28,000 dari 936,000 orang yang mendaftar dibenarkan pergi.


Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah

Ya kawan-kawan, Rombongan Rasulullah mengambil masa 9 hari untuk sampai. Baginda berhenti di Zul Hulaifah lalu berihram. Kemudian meneruskan perjalanan untuk menunaikan haji sambil memuji-muji Ilahi. Labbaikallah hummalabbaik, labbaikala sari kalakalabbaikinnalhamda wanniqmata lakawalmur la syarikala.

Hadirin hadirat sekalian, Semasa baginda di mekah, maka turunlah wahyu yang terakhir sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Maidah ayat 3:


Maksudnya, pada hari ini telah ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah ku cukupkan kepada mu nikmat ku, dan telah ku redhai islam itu sebagai agama bagi mu

Kawan-kawan, Ketika berada dilembah Uranah, Arafah pada 9 zulhijjah tahun 10 hijrah, Rasulullah menyampaikan khutbah yang meminta manusia agar;

Bertakwa kepada Allah, Menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan, Menjalinkan hubungan silaturrahim, Menunaikan tanggungjawab kepada keluarga, Menjauhi perbuatan menceroboh harta dan nyawa, Meninggalkan riba, Berhati-hati melakukan setiap tindakan. (sajak)

Ya kawan-kawan, Khutbah terakhir dari Rasulullah ini menunjukkan betapa pentingnya amalan berpesan-pesan sesame kita. Berpesan-pesan kea rah kebaikan amat dituntut di dalam Islam. kita lihat hari ini, begitu banyak saluran mengajak kita agar saling mengingati, contohnya saluran media yang menyiarkan program agama seperti semanis kurma, tanyalah ustaz dan halaqah.

Kawan-kawan, Apabila mendengar khutbah Rasulullah itu, ada sahabat yang beregmbira kerana mereka menganggap bahawa agama islam telah sempurna. Namun, apabila Abu Bakar r.a mendengar keterangan Rasulullah S.A.W itu, maka dia tidak dapat menahan kesedihannya. Maka dia pun kembali ke rumah, lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar r.a menangis dari pagi hingga ke malam.

Kawan-kawan, Para sahabat tahu bahawa apabila tugas nabi telah sempurna, maka ajal nabi pun hampir tiba.

Ya kawan-kawan, Setelah 18 hari di Mekah, Rasulullah kembali ke Madinah. Dalam bulan Safar, Rasulullah sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat.

Hadirin hadirat sekalian, Pada pagi hari isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah, keadaan Rasulullah semakin lemah. Lalu baginda memanggil Fatimah supaya mendekatinya.

Baginda juga memanggil isteri-isterinya dan berwasiat kepada mereka:


Aku wasiatkan kepadamu agar menjaga solat dan apa-apa yang diperintahkan kepada kamu. Selepas itu baginda mengucapkan rumah.

sebanyak 3x sambil melihat ke arah lelangit

Wahai kawan-kawan.. Tidak lama kemudian, datanglah malaikat izrail memulakan tugasnya, mengambil roh baginda dari jasad, maka baginda pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan Aisyah r.a.

Dan tibalah waktu ajal bertamu Penuh ketenangan jiwamu berlalu Linangan air mata syahdu Iringi pemergianmu Oh sukarnya untuk umat menerima Bahkan payah untuk Umar mempercaya Tetapi iman merelakan jua Bahawa manusia,kan mati akhirnya. (Nasyid)

Hadirin Hadirat sekalian, Ingatlah bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Justeru, marilah kita berdoa agar kehidupan kita berakhir dengan husnul khotimah. Kegigihan dan keberanian pejuang Gaza merupakan contoh terbaik yang dapat kita lihat, dimana mereka syahid dalam mempertahankan tanah air mereka. Mati dalam keadaan husnul khotimah, syurga lah bagi mereka. Semoga mereka sentiasa dalam golongan para syuhada.

Kawan-kawan, Beginilah berakhirnya kisah hidup Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W, ketika berusia 63 tahun, baginda pergi meninggalkan kita. Di dalam satu hadis, Saidina Ali r.a meriwayatkan bahawa ketika menjelang saat kematian Nabi Muhammad, baginda telah menggerakkan kedua bibir baginda sebanyak 3x dan menyebut ummati, ummati, ummati..

Lihatlah kawan-kawan, Betapa sayangnya Rasulullah kepada kita, walaupun di saat- saat akhir, baginda masih mengingati umatumatnya..ayuh, marilah kita sama-sama berselawat ke atas nabi tanda cinta dan rindukan baginda..

.....
Sekian,wabillahi taufik walhidayah,wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

(2x)