Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

PERINTAH AM BAB E
RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

PERINTAH AM BAB E: RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN


Latar Belakang Jenis-jenis Rumah Kerajaan PeraturanPeraturan Tanggungjawab Pegawai Yang Mendiami Rumah Pekeliling Perkhidmatan / Surat Pekeliling Perkhidmatan / Surat Pekeliling Am Yang Berkaitan

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

LATARBELAKANG Bukan tanggungjawab Kerajaan untuk menyediakan perumahan melainkan bagi anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Bagi anggota yang mustahak berada setiap masa dekat dengan tempat bekerja, berdasarkan kemampuan Kerajaan, perumahan masih disediakan bagi pegawai tertentu i.e. hospital, sekolah berasrama dan Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja.

JENIS RUMAH KERAJAAN Rumah Biasa Kerajaan Rumah Khas Jawatan Rumah Khas Jabatan Rumah Biasa Jabatan Rumah Kediaman Luar Negeri Kediaman Rasmi

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

RUMAH BIASA KERAJAAN Rumah selain daripada rumah khas Jawatan dan rumah khas Jabatan (pool quarters) Pegawai Yang Layak: semua pegawai yang sedang berkhidmat layak memohon rumah biasa kerajaan. Pegawai perlu memohon kepada Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.

RUMAH KHAS JAWATAN Rumah yang dikhaskan kepada pegawai-pegawai atasan yang diperuntukan rumah khas berdasarkan jawatan yang disandang oleh pegawai. Pegawai Yang Layak: Pegawai Daerah Pengetua

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

RUMAH KHAS JABATAN Rumah Kerajaan yang didirikan khas oleh Jabatan untuk seseorang pegawainya yang mustahak berada setiap masa dekat dengan tempat bekerja kerana kepentingan perkhidmatan pegawai. Pegawai Yang Layak: Pegawai yang dikehendaki tinggal atas panggilan ( on-call ). Contoh: Pegawai Perubatan atau Pegawai Paramedik.

RUMAH BIASA JABATAN Rumah biasa kerajaan yang dimiliki oleh sesuatu Jabatan Kerajaan ( department pool quarters ). Pegawai Yang Layak: semua pegawai dalam agensi berkenaan layak memohon rumah biasa Jabatan. pegawai perlu memohon kepada Pegawai Perumahan agensi masing-masing.

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

RUMAH KEDIAMAN LUAR NEGERI Rumah yang disewa atau dimiliki oleh Kerajaan untuk kediaman pegawai-pegawai yang ditempatkan berkhidmat di kedutaan-kedutaan atau Pejabat-pejabat Kerajaan Malaysia di seberang laut. Pegawai Yang Layak Semua pegawai Kerajaan yang berkhidmat di luar negeri layak disediakan rumah kerajaan di luar negeri.
Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1994

KEDIAMAN RASMI Rumah yang disediakan bagi Ketua Perkhidmatan dan pegawai tinggi tertentu yang dikenalpasti oleh Kerajaan boleh disediakan kediaman lengkap dengan kelengkapan dan perabot rumah. Pegawai Yang Layak; Ketua Perkhidmatan dan pegawai tinggi yang dikenalpasti oleh Kerajaan.
Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1997 Surat Pekeliling Am Bil.1 Tahun 2001

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

MES KERAJAAN Pada biasanya Mes disediakan di dalam sesuatu daerah Polis atau Tentera. Pegawai Yang Layak: Pegawai Kanan ( termasuk Inspektor Polis ) dan Pegawai Rendah untuk anggota Polis atau Tentera.

ASRAMA KERAJAAN Kemudahan ini biasanya disediakan khas untuk Jururawat pelatih di hospital atau pusat latihan. Pegawai Yang Layak: Jururawat atau Pembantu Jururawat di hospital atau pusat latihan.

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

PERATURAN Kerajaan berhak memperuntuk rumah.


Perintah Am 5(a) Bab E: Walau apapun peruntukan lain dalam bab ini, Kerajaan berhak memperuntukkan sebarang rumah kediaman kepada mana-mana pegawai yang difikirkannya sesuai untuk mendapat rumah, atau menyuruh pegawai-pegawai berkongsi rumah.

PERATURAN Pegawai boleh diarah kosongkan rumah


Perintah Am 5 (b) Bab E: Kerajaan atau Pegawai Perumahan boleh menghendaki seseorang pegawai itu mengosongkan sesebuah rumah untuk tujuan membaikinya atau lain-lain sebab yang munasabah dengan memberi tempoh satu bulan tanpa memberi pegawai itu rumah lain sebagai gantinya.

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

PERATURAN Rumah yang diperuntukkan boleh ditarik balik.


Perintah Am 5 Bab E: Pegawai Perumahan berhak menarik balik mana-mana rumah yang telah diuntukkan kepada seseorang pegawai apabila pegawai itu tidak mengambil alih rumah tersebut dalam masa yang ditetapkan olehnya, biasanya tidak melebihi tempoh 30 hari. Sesebuah rumah yang telah ditarik balik itu boleh diuntukkan semula oleh Pegawai Perumahan kepada mana-mana lain yang telah memohon.

PERATURAN Sewa Rumah


Perintah Am 6 Bab E: Seseorang Pegawai yang dibenarkan mendiami sesebuah rumah Kerajaan atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya akan dikehendaki membayar sewa mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa melainkan jikalau ia telah dikecualikan daripada membayar sewa mengikut syarat-syarat perkhidmatannya.
Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1997, Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1996 dan Bil. 4 Tahun 2002

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

PERATURAN Pegawai mesti mematuhi peraturan.


Perintah Am 7 Bab E: Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan atau sesebuah rumah yang disewakan khas untuknya oleh Kerajaan, akan dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan dalam bab ini.

PERATURAN Dilarang meminda rumah.


Perintah Am 8 Bab E: Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat tambahan atau pindaan kepada mana-mana bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Kerja Raya tempatan. Mereka juga akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan kepada bangunan atau perabut-perabut di dalamnya yang bukan disebabkan oleh penggunaaan yang sepatutnya.

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

PERATURAN Dilarang menyewakan rumah


Perintah Am 8 Bab E: Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada menyewakan mana-mana bahagian rumah yang telah diuntukkan kepadanya. Selain daripada keluarga pegawai dan orangorang gajinya, seta tetamu-tetamu sementara, tidak ada orang lain yang boleh dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut. Sesebuah rumah itu tidak boleh digunakan untuk kegunaan lain melainkan sebagai tempat kediaman pegawai sendiri.

PERATURAN Dilarang berternak binatang.


Perintah Am 10 Bab E: Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada memelihara binatang-binatang ternakan, termasuk ayam itik, di manamana bahagian rumah, dibawahnya atau dalam kawasannya.

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

PERATURAN Tanggungjawab membersih kawasan.


Perintah Am 11 Bab E: Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai yang mendiami rumah Kerajaan menjaga dengan sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan juga dalam kawasan rumahnya, termasuk kerja-kerja memotong rumput dan membuang sampah sarap seperti tin-tin kosong, botol-botol dan lain-lain lagi.

PERATURAN Melaporkan kerosakan.


Perintah Am 12(a) Bab E: Setiap pegawai adalah dikehendaki melaporkan kepada Jabatan Kerja Raya kerosakan atau kekurangan tentang rumah yang didudukinya apabila sahaja kerosakan atau kekurangan itu berlaku atau diketahui. Kegagalan pegawai melaporkan hal ini boleh mewajibkan pegawai membayar sebahagian atau semua perbelanjaan membaiki atau mengganti yang diperlukan.

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

PERATURAN Pegawai kena membayar kerosakan.


Perintah Am 12(b) Bab E: Di mana kerosakan atau kekurangan di (a) atau ke atas perabot-perabot atau alat-alat perkakas Kerajaan telah disebabkan bukan kerana penggunaan yang berpatutan maka pegawai boleh dikehendaki membayar semua atau sebahagian daripada belanja membaiki atau menggantikannya seperti yang ditaksirkan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri atau belanja sebenar mengikut kontrak.

PERATURAN Laporan Memasuki Rumah.


Perintah Am 13(a) Bab E: Seseorang pegawai yang telah diperuntukkan sebuah rumah Kerajaan oleh Pegawai Perumahan hendaklah melaporkan perkara itu kepada Jabatan Kerja Raya tempatan dengan menyatakan tarikh ia bercadang hendak memasuki rumah tersebut. Pegawai akan dikehendaki untuk menandatangani satu sijil akuan masuk rumah mengambil alih tanggungjawab atas segala barang-barang, perkakas-perkakas dan perabotperabot dalam rumah tersebut.

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

PERATURAN Laporan tarikh masuk kepada Pegawai Perumahan.


Perintah Am 13 (b) Bab E: Pegawai adalah dikehendaki melaporkan tarikh sebenar ia masuk ke rumah tersebut kepada Pegawai Perumahan yang akan memberitahu Ketua Pejabatnya supaya memotong sewa daripada gajinya pada tiap-tiap bulan. Salinan-salinan pemberitahuan pegawai perumahan itu hendaklah dihantar kepada Akauntan Negara dan Juru Audit Negara.

PERATURAN Laporan mengosongkan rumah.


Perintah Am 14 (a) Bab E: Seseorang pegawai yang akan berpindah dari rumah Kerajaan hendaklah melaporkan hal itu kepada Jabatan Kerja Raya tempatan dan juga Pegawai Perumahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh ia bercadang hendak mengosongkan rumah tersebut.

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

PERATURAN Pegawai mesti menyerah kunci.


Perintah Am 14 (b) Bab E: Pegawai dikehendaki untuk menyerahkan kunci rumah tersebut dan menandatangani satu sijil akuan keluar rumah.

KADAR SEWA Perintah Am 16 Sewa dikira dari hari masuk Perintah Am 17 Sewa dipotong dari gaji Perintah Am 18 Letrik, air dll. adalah tanggungan pegawai Perintah Am 19 Sekiranya menduduki rumah kelas tinggi dari kelayakan pegawai, sewa yang dikenakan adalah mengikut kadar sewa rumah yang pegawai layak.

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

KADAR SEWA Perintah Am 21 Sekiranya pegawai ingkar berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian, pegawai akan dikehendaki untuk membayar sewa dua kali ganda dari sewa yang sedang ia membayar dikira dari tarikh ia diberi notis berpindah.

KADAR SEWA Perintah Am 22 seseorang pegawai yang telah diberikan pinjaman perumahan dan masih tinggal di rumah Kerajaan bila rumahnya telah siap dibina boleh dikenakan sewa sebanyak dua kali ganda yang patut dibayarnya.

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

KADAR SEWA

PELBAGAI
Kadar sewa rumah Kerajaan yang terpakai adalah seperti di Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1977. Penetapan kelayakan kelas rumah kerajaan mengikut lingkungan gaji adalah seperti di perenggan C1, Lampiran C, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002. Pegawai yang telah dikenalpasti dan disediakan Rumah Khas Jabatan tiada pilihan untuk menduduki rumah tersebut dan boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya ingkar.

LAYAK ITP? SEWA? LAYAK PERBEZAAN ITP?


Berdasarkan perenggan 19, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1996, pegawai yang menerima kemudahan perumahan tidak akan layak Imbuhan Tetap Perumahan dan tidak dikenakan bayaran sewa.

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

PELBAGAI
Pegawai yang bercuti sebelum bersara dibenarkan untuk menduduki rumah tersebut selama tidak melebihi 30 hari lagi selepas hari cutinya (bukan untuk RKJ atau Rumah Khas Jawatan) Pegawai yang mendiami RKJ hendaklah mengosongkan rumah tersebut di hari akhir ia bekerja tetapi dibenarkan tinggal selama tidak lebih 30 hari lagi, sekiranya tidak ada pegawai lain yang berhak.

PELBAGAI
Imbuhan Tetap Perumahan ( ITP ) dicatatkan pendapatan dalam Penyata Gaji dan dikontra potongan kadar sewa bagi merekodkan hasil Kerajaan, walaupun sewa tidak dikenakan kepada yang menduduki rumah Kerajaan. Jabatan Akauntan Negara (Perenggan 19, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1996) sebagai dengan kepada pegawai

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

CONTOH 1
ITP lebih daripada kadar sewa rumah Kelas Rumah - C Sewa Rumah - RM 350 sebulan ITP Slip gaji Kod Pendapatan ITP RM700/900 - RM 700/ RM 900 sebulan - Sewa Kuarters Putrajaya - 1065 Potongan Bayaran Sewa Rumah RM 350

CONTOH 2
ITP kurang daripada kadar sewa rumah Kelas Rumah - C Sewa Rumah - RM 350 sebulan ITP Slip gaji Kod Pendapatan ITP RM165 - RM 165 sebulan - Sewa Kuarters Putrajaya - 1065 Potongan Bayaran Sewa Rumah RM165

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

BAYARAN PERUMAHAN KHAS


Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2002

ELAUN PERUMAHAN WILAYAH


Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001

Kadar yang pegawai layak ialah 50% daripada kadar ITP bagi pegawai yang menduduki: Rumah Khas Jawatan; Rumah Khas Jabatan; dan Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan Dengan syarat pegawai tidak menyewakan rumah sendiri; Perkhidmatan Tentera, Polis, Bomba, Penjara dan Unit Pencegah Penyeludup tidak layak bayaran ini.

Menggantikan kemudahan Had Kadar Sewa Rumah yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987. EPW diperkenalkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001. Pegawai yang bertukar Wilayah antara Sabah (termasuk Labuan), Semenanjung dan Sarawak layak EPW.

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

ELAUN PERUMAHAN WILAYAH


Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001

Takrif berasal pegawai ditentukan berasaskan asal pegawai dengan memberi perhatian kepada asal ibu dan bapa pegawai: Pegawai dan ibu bapa yang dilahirkan di Wilayah yang sama dianggap berasal dari Wilayah yang sama; Pegawai yang ibu bapanya dilahirkan di Wilayah yang sama dianggap berasal dari Wilayah atau tempat lahir ibu bapanya; Pegawai yang ibu bapanya dilahirkan di Wilayah yang berbeza boleh memilih untuk menentukan Wilayah asalnya berdasarkan kepada tempat lahir ibu atau bapanya; dan Jika terdapat kes-kes selain di atas, bolehlah dikemukakan kepada JPA untuk dipertimbangkan.
JPA(S)63/75/2/(SW61) bertarikh 12 Oktober 2001

Pegawai yang bertukar Wilayah ertinya:


Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Semenanjung. Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak; atau Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sarawak dan Pegawai yang berasal dari Sarawak yang dilantik dan/ atau ditempatkan berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan).

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

Bagaimana menentukan asal pegawal?


Ibu Semenanjung Sabah Sarawak Bapa Semenanjung Semenanjung Semenanjung Pegawai Sabah Sabah Sabah Asal Semenanjung Sabah Boleh memilih

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI Pegawai hendaklah mengisi Borang JPA(EPW) yang terdapat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001 Borang tersebut dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pertimbangan.

Pegawai Yang Bertukar Wilayah Yang Tidak Layak: Menduduki rumah Kerajaan (termasuk menduduki rumah kerajaan yang diperuntukkan kepada suami atau isteri); pegawai yang membeli rumah dalam stesen dengan menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan; pegawai bercuti tanpa gaji; dan pegawai berkursus melebihi 3 bulan.

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) National Institute of Public Administration

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN Ketua Jabatan hendaklah mempastikan bahawa pegawai yang bertukar Wilayah layak dibayar EPW. Merekodkan takrif berasal pegawai dan penerimaan EPW dalam buku perkhidmatan pegawai.

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai