Anda di halaman 1dari 30

Pengenalan Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskerta yaitu buddhayah, yang merupakan bentuk jamak dari

buddhi (budi atau akal) diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.Dalam bahasa Inggris, kebudayaan disebut culture, yang berasal dari kata Latin Colere, yaitu mengolah atau mengerjakan. Biasa diertikan juga sebagai mengolah tanah atau bertani. Kata culture juga kadang diterjemahkan sebagai "kultur" dalam bahasa Indonesia. Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni. Bahasa, sebagaimana juga budaya, merupakan bahagian tak terpisah dari diri manusia sehingga banyak orang menganggapnya diwariskan secara genetis. Ketika seseorang berusaha berkomunikasi dengan orang-orang yang berbeza budaya dan menyesuaikan perbezaan-

perbezaannya, membuktikan bahawa budaya itu dipelajari. Budaya adalah suatu pola hidup menyeluruh. budaya bersifat kompleks, abstrak, dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komuniti. Unsur-unsur sosio-budaya ini tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial manusia. Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapat memberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat konkrit. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang (Shamsul Amri

Baharuddin,2007:14). Maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat itu. Bidang sosio-budaya ialah semua aspek amalan hidup bersangkutan gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat, menyentuh bidang akhlak dalam pergaulan, kebudayaan dan kesenian, kesukanan, pendidikan, upacara

dan sambutan serta perayaan, dan termasuk akhlak masyarakat dalam pengurusan, urusniaga dan penyiaran, pengurusan dan lain-lain. Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.konsep kepelbagaian budaya di Malaysia.

Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ketika

mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pengertian dan Konsep Budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Andreas Eppink memberikan definisi terhadap kebudayaan, iaitu mengandungi keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur sosial, agama dan termasuk juga segala pernyataan intelektual dan astistik yang menjadi ciri khas sesuatu masyarakat. Edward B. Taylor mengatakan bahawa kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan kemampuan-kemampuan lain yang diperolehi seseorang sebagai anggota masyarakat.

Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat, kepelbagaian ialah perihal berbagaibagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksidan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Pendekatan kepelbagaian budaya adalah berasaskan teori multikultural yang dikemukakan oleh Kymlicka (2002) dan Dworkin (2001) tetapi diubahsuai untuk konteks pengembangan budaya di Malaysia. Pendekatan ini lebih sesuai kerana kepelbagaian budaya dalam konteks

Malaysia adalah merujuk kepada penerimaan dan merapatkan jurang hubungan antara kaum yang melibatkan kaum yang dominan dalam situasi sosial.

Kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Budaya Malaysia adalah budaya majmuk bukan lagi budaya tunggal oleh golongan majoriti, malahan sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi, konsep majmuk budaya telah difahami dan diterima. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting dalam masyarakat di negara ini. Setiap etnik telah memberi warna kepada pembentukan budaya kebangsaan di negara kita, kerana ciri-ciri setiap etnik (meskipun kecil bilangannya) menjadi aset negara, khazanah warisan negara dan tinggalan sejarah yang telah berakar umbi sekian lama. Setiap rakyat Malaysia berhadapan dengan realiti hubungan etnik, kerana di Malaysia terdapat lebih 200 suku kaum, biarpun yang kelihatan nyata adalah tiga komuniti etnik yang utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Setiap kaum dalam negara telah bertanggungjawab dalam pembangunan negara terutamanya di Malaysia. Sebagai contoh, kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang paling berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Fakta ini adalah hakikat yang telah membawa kepada kejayaan kaum Cina sejak dari awal penghijrahan mereka ke Tanah Melayu pada abad ke-19 (Sheela Abraham,1986:56). Tidak ketinggalan juga kaum India telah berjaya bersaing dengan kaum Cina dan kaum Melayu sehingga mendapat tempat di dalam ekonomi dan politik negara ini.

2. kepentingan kesedaran kepelbagaian budaya kepada guru.

Dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya, pendidikan dan pengajaran di sekolah seharusnya berupaya menekankan nilainilai persefahaman budaya dan toleransi antara kaum. Melalui pemahaman tentang budaya pelbagai kaum ini, penghayatan pelajar tentang hubungan antara kaum akan semakin baik, rapat dan tidak mewujudkan prasangka. Untuk tujuan itu, pelajar perlu diberikan kefahaman yang jelas tentang sejarah budaya yang menerangkan tentang kewujudan budaya pelbagai kaum di Malaysia serta elemen-elemen penting dan keunikan setiap budaya yang terbentuk. Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Oleh itu dalam konteks professional keguruan, dengan memahami budaya, seseorang guru itu akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan pelajar daripada pelbagai budaya. Dengan adanya pemahaman terhadap budaya ini, guru akan dapat menerapkan unsurunsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai-niai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri mereka. Seterusnya, mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat yang berbudaya. Dalam konteks pengajaran Sejarah mengandungi latar belakang demografi dan budaya, unsur kepercayaan dan adat resam, peranan guru bagi membangkitkan kesedaran tersebut dalam kalangan pelajar amatlah penting, kerana pelajar merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat dan akan membentuk komuniti mereka sendiri pada masa akan datang.

Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan kekeliruan maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Kepekaan guru terhadap murid yang mempunyai masalah berbahasa amat dituntut. Perhatian yang wajar perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah bahasa dan bertutur. Guru perlu menggalakkan murid-murid yang lemah bertutur supaya kerap berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid bangsa lain untuk memantapkan lagi pertuturan mereka.

Dengan itu, guru seharusnya mengintegrasikan mereka iaitu murid Melayu yang mampu bertutur dengan baik dengan murid Cina dan India yang lemah bertutur di dalam kumpulan pemulihan yang sama. Hal ini dapat membantu murid Cina dan India bertutur dengan lebih baik seterusnya mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan berkesan.

Selain itu, pengetahuan tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlulah dikaji dan diteliti bagi menambahkan dan meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan dan budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah. Pengetahuan awal guru terhadap budaya muridmuridnya amat penting dalam menyusun aktiviti pembelajaran terutamanya di dalam subjek Kajian Tempatan (KT) dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Kurikulum yang terkandung dalam kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) umpamanya mengandungi adab-adab dalam setiap budaya di Malaysia. Perancangan pengajaran dan pembelajaran guru perlu melibatkan

komunikasi dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid. Komunikasi merupakan medium dan saluran yang baik untuk menghubungkan individu dengan individu lain.

Justeru, guru lebih mudah mengajar dan membimbing murid adab-adab tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan yang melibatkan pelbagai kaum di dalam satu kumpulan. Melalui aktiviti ini, perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masingmasing akan berlaku dan secara tidak langsung aktiviti ini membolehkan jurang perkauman antara murid dapat dihapuskan. Penjelasan dan penerangan guru juga amat penting bagi mencari persamaan di dalam perbezaan yang terdapat dalam setiap kaum. Ciri-ciri persamaan dalam setiap budaya mampu membentuk hubungan yang harmonis sesama sendir isetelah murid-murid dewasa kelak.

Guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang samarata kepada setiap ahli kumpulan. Hal ini bermaksud setiap

kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengambil peranan penting untuk menjayakan tugasan yang diberi. Kejayaan dalam melaksanakan aktiviti tersebut akan membentuk nilai yang positif dalam kumpulan mereka. Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan baik, guru dapat mengelakkan prejudis antara murid yang berbeza budaya. Prejudis berlaku dalam bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang berbeza kelompok etnik terhadap kelompok etnik lain (Shamsul Amri Baharuddin,2007:12). Prejudis antara murid yang berbeza budaya perlu dikikis dan dihapuskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dan baik sangka antara murid dalam bilik darjah.

Seterusnya kesedaran guru tentang hubungan yang harmonis antara murid- murid pelbagai kaum akan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Kelancaran pengajaran dan pembelajaran banyak disumbangkan oleh kerjasama dan perhatian yang diberikan murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu, penyusunan kedudukan meja murid-murid dalam bilik darjah hendaklah melibatkan semua kaum.

Konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar. Sebarang gangguan dari murid akan menjejaskan tumpuan murid-murid lain dan guru. Sebagai contoh pergaduhan antara murid yang melibatkan perkauman merupakan kes serius yang dapat merosakkan imej negara. Oleh itu, penerapan nilainilai merentasi kurikulum harus diterapkan di dalam setiap mata pelajaran. Penekanan nilai-nilai positif dan moral pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan peribadi murid-murid dalam menghadapi masa akan datang. Guru harus lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat. Kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya adalah jelas dan tepat.

3. implikasi kepelbagaian sosio-budaya kepada sistem pendidikan di Malaysia. (Konsep Unity in Diversity)

Komposisi kaum dan etnik warga sekolah menggambarkan kepelbagaian social budaya dalam masyarakat. Budaya mikro yang menjadi amalan keluarga dan kaum etnik akan dibawa masuk ke dalam sekolah dan mempengaruhi sosiobudaya sekolah. Bergantung kepada kecekapan pengurusan sekolah untuk mewujudkan budaya yang sesuai untuk sekolah masing-masing. Antara Konsep Unity in Diversity terdapat tujuh unsur kebudayaan, iaitu peralatan dan kelengkapan hidup manusia, mata pencarian hidup dan sistem ekonomi, sistem kemasyarakatan, bahasa, kesenian, sistem pengetahuan dan sistem kepercayaan.

Dalam konteks pendidikan, budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid-murid dididik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Amalan dalam sistem persekolahan di Malaysia menjurus ke arah kebangsaan dan sistem berpusat, namun dalam perlaksanaannya wujud jenis-jenis sekolah yang berbeza. Oleh itu, budaya sekolah juga berbeza memandangkan warga sekolah-sekolah tertentu tergolong daripada kaum etnik tertentu.

3.1Guru

Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx berpendapat kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bahawan, pekerja dan bawah. Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan juga tidak ada pinggiran ditunjukkan oleh guru. Guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap, tingkah laku yang sesuai. Guru harus melayan keperluan murid kearah perkembangan potensi secara optimum. Murid harus dibantu untuk memahami kekuatan dan dan kelemahan yang ada pada diri mereka; setiap kelemahan perlulah diatasi dan kekuatan yang ada boleh ditingkatkan supaya digunakan untuk membantu murid lain yang memerlukannya.

Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui pengajuran kem motivasi dan sebagainya. Guru mesti membiasakan diri datang awal ke bilik darjah dan mempunyai amalan sentiasa menepati masa. Guru harus mengunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Memulakan set induksi yang menarik dan aktiviti pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan atau melakukan tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut.

Guru tidak harus melengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan akan hanya akan menamatkan pengajaran pada minit-minit akhir tempoh pengajaran. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti merangsangkan minda. Katakata motivasi dan penuh senyuman dan jenaka, pujian supaya suasana sentiasa ceria, di samping teguran harudslah merupai nasihat dan bukan sekadar leteran. Guru perlu menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid menjadi renggang dan menghilangkan minat untuk meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan batu api perkauman di kalangan murid. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan muridmurid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima dalam keadaan seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan oleh guru. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid mereka. Guru harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai halangan kepada mana-mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang yang sama pada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut. Guru mesti merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik. Guru bukan sekadar mengambarkan sepintas lalu isi kandungan tetapi boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasarkan pengalaman

pembelajaran tersebut. Rumusan boleh dibuat seperti susunan soal jawab, main peranan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun. Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuai serta

mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan yang sepatutnya. Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan. Guru yang berwibawa sentiasa memikirkan kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang. Fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh di capai, realisitik dan bijak dalam pengurusan masa. Guru yang berwawasan bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa peka dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dan bersungguhsungguh melaksanakan tugas. Demi memastikan objektif-objektif tercapai,

perancangan guru yang rapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Keutamaan diberikan kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir, kemahiran mengaplikasikan peralatan terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memilik wawasan yang jelas. Guru harus berkemampuan membuat pemantauan dan refleksi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memilik sahsiah sebagai guru yang berteladan baik serta mematuhi Tonggak Dua Belas, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam serta etika kerja. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada murid telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara

dalam pengajaran dan pembelajaran, ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Guru harus kreatif dan inivatif untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif, menarikdan menyeronokkan. Guru adalah segalagalanya. Dalam usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia, permulaan latihan guru untuk guru pelatih yang berminat dalam profesion keguruan dibuat dengan teliti. Pelatih harus terdiri daripada mereka yang berminat dan mempunyai sahsiah yang baik sahaja yang terpilih, langkah-langkah inovatif juga perlu dipergiatkan bagi menarik lebih ramai murid cemerlang menyertai profesion keguruan. Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat,dan berjiwa pendidik layak dan patut menjadi guru.Disamping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru, pemantapan kebajikan dan kerjaya terus diperbaiki dan diberi penekanan.

3.2 Murid

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru didalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik. Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Antara perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudia terhadap bangsa lain. Kepercayaan dan amalan agama yang tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke

dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakt dan seterusnya berupaya membentuk mesyarakat yang toleran kearah memacu pembangunan negara. Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, seberapa yang terdaya murid harus diingatkanan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pengunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kearah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina. Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, disamping

menggunakan segala sifat mudah akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya. Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting kearah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dijelmakan melalui cara bertutur, pengunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya. Guru yang menggunakan kemahiran berkomunikasi sering menjana suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan cara pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan. Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Guru mesti mengunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi yang berkesan. Guru diminta membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi

penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya misalnya kelas yang lebih teratur, bersih dan kemas. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negatif. Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkat kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Guru perlu membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilainilai murni, hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru. Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti perasaan kasih sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri mereka kearah pembentukan modal insan yang berkualiti. Tindakan murid boleh dijangka oleh guru. Guru boleh dapat mengurangkan kadar

ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak seimbang bukanlah ukuran subjektif bahawa kelas itu tidak dapat dibangunkan. Kecekapan yang ditunjukkan oleh bakal guru menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat transformasi menjadi sebuah rumah yang menepati slogan bilik darjahku, rumahku. Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal didalam setiap kelas, namun harus diingat bahawa bukan murid menjadi punca permasalahan. Kemahiran mengawal

kelas sebaik sahaja guru memasuki kelas merupa titik noktah penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid murid yang menimbulkan punca permasalahan harus dikenalpasti, supaya murid lain tidak menjadi pak turut. Guru mesti mencuba membantu menyelesaikan punca permasalahan dan meneruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai sehingga ia merasakan mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang disenangi guru. Ketegasan terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara dan pendekatan berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan mendera tetapi

lebih kepada pengajaran. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid memang mengambil masa yang lama. Murid harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya.

3.3Sekolah

Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Sekolah Premier iaitu sekolah yang mempunyai tradisi penajang seperti sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih dan sekolah di dalam persekitaran yang strategik serta infrastruktur yang baik seperti sekolah yang berjiran dengan Putrajaya dan Cyberjaya. Turut tersenarai adalah Maktab Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. Di peringkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (bahasa pengantar utama adalah Bahasa Kebangsaan), SJKC (bahasa pengantar Bahasa Cina) dan SJKT (bahasa pengantar bahasa Tamil). Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistimewaan masing-masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, pencaragam di Sekolah Menengah Tun Fatimah, pidato di Kolej Islam Kelang. Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi. Sekolah menengah teknik menawarkan bidang vokasional seperti ekonomi rumah tangga, pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala dalam bidang teknikal termasuklah kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip (ekonomi rumah tangga), SMT Chenor Sekolah

(pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah Alam (ketukangan mekanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan). Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawarkan dan menyediakan program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu, dalam dan luar negara. Di antara yang membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini adalah komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid-murid. Sekolah Premier ialah sekolah yang mempunyai sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah (historic institution) yang akan memperkayakan khazanah warisan negara. Sekolah ini menjadi lambang dan kebanggaan negara kerana kecemerlangannya. Sekolah ini melahirikan tokoh negara dan korporat seperti Victoria Institution (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab (Kelantan), Maktab Sultan Ismail (Kelantan) dan Sekolah Menengah St.John (Kuala Lumpur). Sekolah 100 tahun ialah sekolah yang dibina sebelum tahun 1905. Sekolah ini mempunyai ciri-ciri tinggalan sejarah dan sebahagiannya ialah sekolah premier. Diantara sekolah-sekolah yang tersenarai adalah Penang Free School (Pulau Pinang), Sekolah Tinggi Melaka (Melaka), Sekolah Menengah Lelaki Methodist (Kuala Lumpur) dan lain-lain lagi. Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan. Sekolah Model Khas contohnya SMK Meru Model Khas mengabungkan murid sekolah rendah pada peringkat Tahap II dan murid sekolah menengah dibawah satu bumbung, Ia merupakan konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif bagi murid yang berpontensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis (Pahang), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun (Kedah).

Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi

insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan pelajaran bagi ketiga-tiga kategori Pendidikan Khas. SMT memberi peluang pendidikan kepada murid bermasaalah pendengaran dengan menawarkan kursus-kursus anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujud sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengetasi masalah kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan disekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum. Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid disekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dilentur.

3.4 Kurikulum Tersirat

Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. (Saedah Siraj, 2001; Wiles andBondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986).Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainya bukan setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atauproforma kursus tetapi

merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. (Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994).

Inilah yang dikatakan Kurikulum Tersirat Idea kurikulum tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968)dalam bukunya Life in Classrooms yang dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973), Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan lain-lainlagi.Melalui kurikulum tersirat, kementerian pelajaran berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum .Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum sepertiaktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti unit kokurikulum.

Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, harus menyelitkan dan mengalakkan interaksi dalam kelas sosial.Oleh itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah guru harus menstruktur semula pengalaman pembelajaran murid supaya lebih menekankan kepada aspek-aspek nilai agar murid dapat menentukan baik buruk sesuatu tindakan yang mereka ambil.

Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Oleh itu, sebagai seorang pendidik tanggungjawab guru termasuklah perlu menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Penting bila murid keluar dari sistem persekolahan mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum/etnik.

Mata pelajaran: Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan Hari : Khamis Tarikh : 27/8/2012 Bilangan Murid: 32 orang Kandungan Akademik Tajuk : Menghayati Traditional Kaum Masing-masing : Keunikan Pakaian dan Makanan Yang Kita Waris. Kelas : 5 Barathi Masa : 60 minit

Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid sudah mengetahui jenis-jenis pakaian traditional dan jenis-jenis makanan traditional pelbagai kaum. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat: 1. Mengenal pasti pelbagai warisan budaya Malaysia. 2. Mengekalkan warisan budaya Malaysia. 3. Berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia. Penerapan Nilai: 1. Saling Hormat Menghormati antara Kaum Lain 2. Memupuk keadaan terhadap nilai positif yang dibawa dalam setiap budaya. 3. Menggalakkan kerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teknik pembelajaran : Perbincangan dalam kumpulan Kaedah pengajaran: KBKK, Koperatif, Kecerdasan Pelbagai Bahan Bantu Mengajar :Pakaian tradisional, Gambar pakaian dan makanan,tarian Tradisional.

Langkah/ Masa Set Induksi ( 5 minit )

Kemahiran/ Penyerapan Pengenalan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru menunjukkan beberapa gambar pelbagai kaum, jenis tarian, dan pelbagai hidangan yang dinikmati masyarakat . 2. Guru meminta pelajar menyatakan kaitan antara semua gambar yang diberikan. 3. Guru memperkenalkan topik pelajaran. -

Strategi/ Sumber Gambar kaum,tarian dan makanan ( lampiran) KBKK

Langkah 1 (15 minit)

Pendekatan Penjelasan Nilai

1. Guru menjelaskan perihal warisan budaya masyarakat Malaysia, iaitu pakaian dan makanan. 2. Murid berbincang dengan guru tentang arah dan alasan untuk mengekalkan warisan pakaian dan makanan masyarakat Malaysia. 3. Guru menjelaskan bahawa kita perlu berasa bangga dengan kekayaan warisan budaya pelbagai kaum di Malaysia kepada murid. -

Gambar pakaian dan makanan tradisional (Lampiran) Penerangan Soal jawab

Langkah 2 Pendekatan (15 minit) Penjelasan Nilai, Pembelajaran Koperatif

1. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk menjalankan aktiviti perbincangan. 2. Murid menyenaraikan cara serta sebab untuk mengekalkan dan mengamalkan warisan pakaian dan makanan dalam bentuk jadual. 3. Wakil kumpulan membentangkannya di dalam kelas.

Perbincangan pembentangan

Langkah 3 Pendekatan (20 minit) Penjelasan Nilai, Pembelajaran Koperatif

1. Guru mempamerkan pakaian traditional yang dipesan kepada murid dan dibawa dari rumah untuk dipakai dan diperagakan di dalam kelas. 2. Secara berkumpulan, murid

Penerangan Koperatif Kecerdasan Pelbagai

Pakaian tradisional

Buku skrap

menyenaraikan contoh lain warisan pakaian dan makanan pelbagai kaum di Malaysia. 3. Murid juga berbincang untuk menghasilkan buku skrap ringkas yang bertema Pakaian Traditional Warisan Kebanggaan Kita.

Penutup (5 minit)

Rumusan

1. Guru merumuskan tentang kepentingan menerima kepelbagaian agama dan budaya dalam masyarakat Malaysia, dan perlu merasa bangga dengan kepelbagaian tersebut yang juga dikagumi oleh masyarakat luar Negara.

Penerangan

Rumusan

Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya seperti Malaysia tidak terlepas daripada perselisihan perkauman yang mencetuskan konflik antara kaum yang mengakibatkan peristiwa berdarah danpembunuhan orang-orang yang tidak berdosa.

Walaubagaimanapun, peristiwa 13 Mei1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan negara Malaysia yang baru. Kerajaan Malaysia telah menggandakan usaha mereka bagi menyelesaikan masalah pelbagai kaum dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang. Sekiranya peristiwa berdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah pelbagai pandangan dan pendapat negatif dari luar yang menggambarkan tiada kesepaduan, toleransi dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Dengan itu, wajarlah budaya Malaysia dikekalkan kerana budaya ini melambangkan identiti dan imej negara menjadi mata dunia.

Dasar pendidikan telah dibentuk berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan mengambil kira kepentingan dan matlamat pendidikan bagi semua kaum. Usaha secara berterusan dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui teras pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu membina negara bangsa. Usaha menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum ini juga selaras dengan hasrat FPK, iaitu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sosial.

Masyarakat yang yakin kepada budayanya akan menunjukkan rasa hormat dan patuh kepada amalan dan larangan yang terdapat dalam budaya tersebut. Justeru, amalan positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dan kekuatan unsur-unsur yang terdapat di dalam budaya.

Oleh kerana itu, isu-isu yang melibatkan hubungan antara etnik perlu difahami dan dihayati. Dalam konteks pengajaran Sejarah, peranan guru bagi membangkitkan kesedaran tersebut dalam kalangan pelajar amatlah penting, kerana pelajar

merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat dan akan membentuk komuniti mereka sendiri pada masa akan datang.

Rujukan Budaya dan Pembelajaran, Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2011, Shah Alam, Selangor. Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur. Syed Ismail & Ahmad SUbki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1 Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur Montgomery,W.(2001). Creating culturally responsive, inclusive classrooms. Teaching Exceptional Children, Vol.33(4) pp 4-9. Sharifah Md. Nor. 2003.Siri Pendidikan Guru : Budaya dan Pembelajaran Selangor Darul Ehsan :Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kaedah Kumpulan

Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar

Pengayaan dan pemulihan

Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

kaedah guru menghadapi perbezaan murid

Pengajaran terancang

Mempelbagaikan bentuk penilaian Pengajaran dan Pembelajaran individu

Pembelajaran Koperatif

Refleksi Daripada subjek ini, saya telah menyentuh pada topik yang belum saya pernah berfikir secara mendalam, iaitu kepelbagaian budaya bangsa halangan murid-murid belajar dan usaha guru yang ingin memupuk perpaduan antara kaum. Budaya ialah pencorak yang membentuk imej luaran dan dalaman sesuatu masyarakat. Perwujudan kebudayaan berasaskan persamaan, kesedaran budaya dan perasaan kekitaan akan menjadi kriteria penting bagi mewujudkan identiti yang dapat dikongsi bersama dan dalam masa yang sama memudahkan usaha untuk membentuk integrasi nasional menerima dan memahami persamaan serta perbezaan kebudayaan antara kaum, saling menghargai keunikan budaya antara kaum. Dalam pengajaran harian, saya telah memasukkan unsur pelbagai kaum supaya pelajar dapat mengenalkan bagaimana adat resam bangsa lain dan saling membelajari. Disebabkan kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat lain, maka guru perlu menggunakan pelbagai aktiviti yang dapat memperkaitkan budaya bangsa dalam dan membolehkan pelajar mempelajari dari permainian ataupun semasa aktiviti kumpulan. Disebabkan guru sentiasa menjadi fasilitator, oleh itu guru tidak harus bersikap memberat sebelah terhadap sesuatu kaum ataupun tidak cukup memahami sesuatu bangsa kerana ini akan menyebabkan perselisihan faham antara murid dan guru walaupun kami sudah dewasa. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. Akhirnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan yang telah membantu dan member nasihat kepada saya semasa menghadapi masalah dalam kerja kursus ini.

Lampiran C Cara Mengekalkan dan Mengamalkan Warisan Pakaian Tradisional. bil 1 Cara Memakai pakaian tradisional semasa menyambut perayaan. Memakai pakaian tradisional semasa perkahwinan atau upacara keagamaan. Memakai pakaian tradisional semasa menyambut acara khas di sekolah. Mengadakan pertandingan pertunjukan fesyen pakaian traditional. Sebab Menunjukkan setiap kaum mempunyai keistimewaan pakaian traditional masing-masing. Sesuai dengan keadaan majlis.

Menanamkan rasa cinta dan bangga terhadap warisan pakaian traditional masyarakat Malaysia. Memperliahtkan keunikan aksesori pakaian tersebut.

Cara Mengekalkan dan Mengamalkan Warisan MakananTradisional. bil 1 Cara Menyediakan makanan traditional apabila rakan berkunjung ke rumah semasa menyambut perayaan. Memakai pakaian tradisional semasa majis perkahwinan atau upacara keagamaan. Menghidangkan makanan traditional semasa majlis jamuan dan acara khas di sekolah. Mengumpulkan resipi makanan traditional rakyat Malaysia untuk dijadikan koleksi. Sebab Berkongsi keenakkan makanan traditional yan dihidangkan. Meneruskan warisan turuntemurun. Menanamkan rasa cinta dan banga terhadap warisan makanan traditional masyarakat Malaysia. Menjadi panduan kepada masyarakat tempatan ataupun orang luar.