Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Kemahiran Saintifik Di Kalangan Murid Sekolah Rendah.

Kemahiran saintifik adalah penting kepada murid sekolah rendah. Antara kepentingankepentingan terhadap murid sekolah rendah adalah memastikan murid dapat mengkaji dan memahami tentang alam ini. Setiap objek yang ada di alam ini mempunyai kegunaannya serta, asal- usulnya kemudia murid dapat mencari jawapan kepada setiap permasalahan yang berlaku di sekitar murid. Disamping itu, murid juga dapat membuat keputusan secara bersistem mengikut urutan yang betul. Oleh yang demikian maka penyiasatan yang dijalankan oleh murid dapat diajlankan dengan lancar dan berkesan serta memberi makna kepada murid. Sebenarnya kemahiran saintifik yang terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulative sering digunakan oleh guru ketika di dalam kelas tanpa disedari. Ini kerana dalam pengajaran sains kemahiran proses sains amat penting selain dapat menarik minat murid untuk mempelajari sains dan membuat murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Secara tidak langsung dapat memperkembangkan potensi diri murid dan berfikir secara mencapah. Matapelajaran sains merupakan matapelajaran yang praktikal. Dalam hal ini , guru perlu menggunkan pendekatan pengajaran secara praktikal berbanding teori. Dalam konteks ini murid bebas melakukan eksperimen untuk menguji sesuatu teori yang dipelajari semasa di dalam kelas. Secara tidak langsung semasa aktiviti ini dijalankan murid dapat merasai sendiri pengalaman dan dapat mengaitkan sesuatau konsep yang telah dipelajari semasa di dalam kelas. Dengan ini murid akan mudah faham dan tidak mudah lupa dengan apa yang telah dipelajari. Kelemahan murid adalah menguasai konsep sains itu sendiri. Masalah akan menjadi rumit jika murid tersebut tidak dapat menghubungkaitkan sesuatu konsep yang telah dipelajari. Sebagai guru kita kena akur dan menyedari bahawa tahap pemikiran murid sekolah rendah ini masih lagi terhad dan mempunyai pemikiran yang berbeza-beza dikalangan murid. Menyedari akan hal ini guru harus memilih pendekatan yang sesuai agar murid dapat memahami konsep sains dengan lebih mudah. Guru perlu memupuk kemahiran saintifik seawal dari sekola rendah kerana seseorang guru sains boleh membantu murid memahami prosedur dan piawai kerja seorang saintis.

Melakukan aktiviti dalam makmal dengan meniru budaya kerja saintis membolehkan hasil sains yang didapati itu betul dan tepat serta boleh diterima pakai oleh murid lain. Kemahiran saintifik memberi penekanan kepada nilai murni dan sikap saintifik supaya dapat melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan seimbang dari segi jasmani, intelek,rohani dan emosi . Murid sewajarnya menyedari bahawa pengetahuan sains dan teknologi adalah menyumbang dalam pembangunan negara dan sector perindustrian. Murid murid semuda ini arus didedahkan dengan penemuan- penemuan baru melalui penyelidikan sains ke arah mencapai kesejahteraan kehidupan manusia sejagat. Kesimpulannya bahawa kemahiran saintifik perlu ada pada setiap murid seawal di sekolah rendah. Kemahiran saintifik perlu ada pada murid supaya murid dapat menguji dan memahami alam sekitar . Kemahiran ini juga membantu murid dalam mencari jawapan kepada sesuatu masalah . Murid juga dapat membuat keputusan secara bersistematik dan mendapat jawapan yang tepat. Murid juga boleh berfikir secara kreatif dan krirtis. Apabila murid sudah dapat menanam minat pada diri masing-masing tidak hairanlah murid tersebut akan mendapat pencapaian yang cemerlang apabila mereka ini berada ditahap yang lebih tinggi. Justeru itu, tidak hairanlah murid ini akan menjadi saintis yang berdaya juang tinggi dan dapat bersaing dengan saintis dari luar negara. Golongan inilah yang akan membantu membangunkan sector pembangunan dan perindustrian negara ini.