Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan

kerja kursus PJM 3112 yang diberikan oleh pensyarah.dalam masa yang ditetapkan tugasan ini dapat disiapkan dengan baik sekali. Penerangan yang jelas tentang kerja kursus projek telah pun diberikan oleh pensyarah subjek. Kesungguhan beliau memberi penjelasan dan kata-kata motivasi telah menyuntik semangat saya yang telah untuk menghasikan sesuatu yang terbaik. Bukan senang menjadi guru,bukan tugas mudah menjadi guru yang masih belajar, namun ia bukanlah penghalang untuk saya meneruskan cita cita dan harapan untuk berjaya. Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung mengerah keringat membantu saya menyiapkan kerja kursus ini terutamanya rakan sekerja yang tidak jemu berkongsi ilmu. Melalui tugasan ini, saya memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan yang berguna melalui Pendidikan Jasmani seperti perkara yang berkait dengan pengurusan atau penganjuran sesebuah sukan di sekolah nanti. Banyak perkara yang baru telah saya dapat dan akan dimanfaat untuk bekalan hari mendatang. Sesungguhnya, ilmu yang tidak diduga ini akan saya gunakan ketika mengajar kelak. Pelbagai aspek termasuklah proses pemerolehan ilmu dan aspek sosial yang banyak interaksi dilakukan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Setelah mendengar taklimat tugasan daripada pensyarah , saya merasakan tugasan ini memberikan cabaran yang besar di mana ia memerlukan interaksi bersama orang lain utuk mendapatkan sumber yang betul. Selain itu ini merupakan subjek yang baru bagi saya. Dalam usaha untuk menyelesaikan kerja kursus ini, saya terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan dugaan yang boleh mematahkan semangat juang saya bagi menyiapkan tugasan ini. Antaranya adalah saya kekurangan masa untuk melakukan tugasan ini kerana pada masa yang sama saya juga perlu menghadapi Kejohanan Olahraga Tahunan di mana kami pelajar semester 5 perlu mengajurkan kejohanan ini bersamaan dengan tarikh serahan tugasan ini. Selain itu, masalah kekangan masa dan sumber rujukan untuk kami rujuk sikit sebanyak mengganggu proses menyiapkan tugasan ini bersama

Selepas selesai menyiapkan kerja kursus ini, kami melakukan penyemakan dan melakukan kolaborasi dengan pensyarah dan kawan sekelas lain. Selepas itu, ujian amali pengurusan sukan mengenai Kejohanan Sukan Permainan Sukan Tradisional anjuran PISMP 5.12 Ini bertujuan supaya kerja yang kami hasilkan ini bertepatan dengan kehendak arahan tugasan. Dari sini banyak perkara yang baik dapat kami ambil untuk menjadi guru nanti iaitu dapat mempelajari ilmu tentang kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia ini. Dengan ilmu yang saya perolehi ini akan saya amal apabila menjadi seorang guru kelak. Saya akan pastikan pembelajaran yang mengikut cara yang betul dan tersusun dengan apa yang kami pelajari iaitu penialaian dan pemantauan. Berada di bawah bimbingan pensyarah yang sangat prihatin ,serta tunjuk ajar yang murni, membuatkan saya berpuas hati akan tugasan yang dihasilkan. Dalam melaksanakan tugasan terutamanya berkumpulan mengajar saya erti sabar dan disiplin yang tinggi kerana guru yang benar-benar berjaya ialah guru yang mengibaratkan dirinya seperti lilin yang terus menyinar diikuti dengan sinaran lilin yang baru. Moga apa yang dihasilkan benar benar berkualiti, insyaAllah. Sekian terima kasih.

Yang Benar,

(Mohamad Hafizan Bin Zainuddin)

Anda mungkin juga menyukai