Anda di halaman 1dari 47

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

SHERIL MIEZA YUSHIMA BT MD YUSOFF NUR ANITA BT HASNAN PARIMALA A/P KUMARAN NARERMON QETKEAW ZALIKHA ASYRAN BT AKILUL NAZAR

Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)


Bimbingan Menjangka, Teater Pembaca

Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca

Know, What, Learn, How (KWLH)

Lingkaran Soalan, Tatacerita

Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Research (RADAR)

SURVEY, QUESTION, READ, REVIEW, RECITE (SQ3R)

Apakah teknik SQ3R ?


Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar. Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir . Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan Maklumat diperoleh melalui penyoalan. Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula

1. Survey - Tinjauan
Langkah

membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang di baca. Memfokuskan terhadap tajuk besar, tajuk kecil, gambargambar, ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, perenggan akhir di bahagian-bahaigian buku atau teks.
Menggunakan teknik bacaan pantas skimming dan scanning.

2. Question - Soalan
Langkah

yang memerlukan pelajar membina satu siri soalan mengenai perkara yang ingin diketahui pelajar berdasarkan topik/isu dalam teks. Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W1H. Dengan soalan yang dibina, pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

3. Read - Baca
Peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif dan cuba mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan yang dikeemukakan sebelum ini. Ketika membaca, pelajar akan menyenaraikan soalan tambahan berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginan mereka sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar juga akan mempersoal pendapat atau maklumat yang ditemuinya dalam teks.

4. Recite Imbas kembali


Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pelajar menyenaraikan dan memilih maklumat yang sesuai dan berkaitan dengan konteks tugasan. Pelajar juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat di dalam teks.

5. Review Baca semula


Pelajar dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat untuk mengesahkan jawapan kepada soalan yang dibuat pada peringkat recite . Pelajar juga perlu memastikan tiada maklumat atau fakta penting yang tertinggal.

TUJUAN SQ3R
Membolehkan pelajar membaca secara kritis. Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar. Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui. Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi.

KNOW, WHAT, LEARN, HOW (KWLH)

Apakah teknik KWLH ?

Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari.
Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.

Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.

KWLH
K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)

L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca)


H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat
tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)

K : What I know Know (Tahu) Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan. W : Want (Hendak/Ingin Tahu) Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca. L : What I learned Learn (Pelajari) Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, muridmurid menjawab soalan yang dibina sendiri. H : How much I want to know How (Bagaimana) Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain.

CONTOH TEKNIK KWLH

TUJUAN KWLH
1. Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang diberi untuk proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah disediakan. 4. Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang diberikan (semasa).

READ, ANALOGIZE, DISCUSS, APPLY, REVIEW/RESEARCH (RADAR)

Apakah teknik RADAR ?

R (Read) - Membaca A (Analogize) - Menganalogi

D(Discuss) - Berbincang
A( Apply) - Mengaplikasi R(Review/Research) - Menyemak/ Menyelidik

Read (Membaca)
Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain.

Analogize (Menganalogi)
Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan.

Discuss (Berbincang)
Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.

Apply (Mengaplikasi)
Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.

Review/ Research
Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan.

TUJUAN RADAR
Mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui.
Pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.

LINGKARAN SOALAN

LINGKARAN SOALAN
Lingkaran soalan yang sesuai digunakan oleh guru berupaya memantapkan penguasaan kemahiran membaca dalam diri muridmurid. Lingkaran soalan yang digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca sewajarnya dijalankan berdasarkan pendekatan yang sesuai. Menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam telah mencadangkan empat pendekatan yang sesuai dijalankan dalam KBSR yang diistilahkan sebagai pendekatan A, B,C dan D. Setiap pendekatan ini mempunyai lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.

Pendekatan A
Guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakannya, berbual tentang gambar dan menyerapkan isi pengetahuan daripada mata pelajaran lain. Guru seterusnya menunjukkan kad perkataan dan meminta murid menyebutnya. Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar dan menyebutnya.

Setelah guru mengenepikan kad gambar, murid diminta pula membaca kad perkataan. Guru turut menunjukkan kad-kad suku kata satu persatu untuk perkataan tadi misalnya, suku kata ba + ju. Akhirnya, guru membahagikan suku kata tadi pada huruf dengan menggunakan kad lain lalu meminta murid-murid membunyikan huruf-huruf itu, iaitu a (a), b (beh), u (u), j (jeh) = ba (ba) + ju (ju) = baju.

Pendekatan B
Pada peringkat permulaan, dua huruf sahaja diperkenalkan kepada muridmurid, iaitu huruf m dan s. Tujuan pengenalan kedua-dua huruf ini adalah untuk menarik minat murid di samping mempastikan mereka memahami konsep bunyi huruf. Guru seterusnya menunjukkan kad huruf m dan s lalu membunyikan keduaduanya, manakala murid mengikut sebutan guru. Guru berulang kali menunjukkan kad huruf dan membunyikannya hingga murid dapat menyebutnya dengan betul. Guru seterusnya meminta beberapa orang murid membaca bunyi hurufhuruf tersebut secara kumpulan dan individu contohnya, mu.ka, saya

Pendekatan C
Melalui pendekatan ini, Raminah Sabra dan Rahim Syam (1987:169-172) telah mengemukakan lapan langkah pelajaran yang berbeza. Sehubungan itu, lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru adalah berdasarkan kelapan-lapan langkah pelajaran tersebut.

Pelajaran 1 dan 2
Guru memulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal, a, i, u . Kad imbasan digunakan untuk meminta murid membunyikan huruf tersebut beberapa kali secara berselang seli. Guru memperkenalkan bunyi satu huruf konsonan misalnya, k.

Murid diminta menggabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal supaya menjadi suku kata contohnya, ka ki ku.
Murid-murid diminta lagi untuk berlatih menyebutnya sebelum diminta mencantumkan suku kata tersebut untuk menjadi beberapa perkataan yang bermakna contohnya, ka+ki = kaki dan ku+ku = kuku. Murid-murid diminta menyebut perkataan tersebut berulang kali dan menggabungkannya menjadi frasa atau ayat yang bermakna contohnya,kuku kaki ku

Pelajaran 3
Guru mengulang pelajaran lalu tentang bunyi huruf vokal a, i, u. Guru memperkenalkan pula satu atau dua lagi bunyi konsonan, iaitu b dan s. Guru meminta murid-murid melakukan latih tubi menyebut kedua-dua bunyi tersebut dengan menggunakan kad imbasan. Murid-murid diminta mencantumkan bunyi huruf b dan s dengan huruf-huruf vokal a, i dan u agar menjadi bunyi ba, bi, bu, sa, sidan su. Latih tubi dilakukan lagi sebelum murid-murid diminta mencantumkan suku kata tersebut menjadi perkataan misalnya, ba+ba = baba, bu+bu = bubu.

Guru membina beberapa ayat dan meminta murid membacanya contohnya, ibu baba.
Akhirnya, guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat lain serta membacanya.

Pelajaran 4
Guru boleh menggunakan huruf-huruf dan suku kata dalam pelajaran 1, 2 dan 3 untuk membina pelbagai perkataan dan ayat untuk meminta murid membacanya. Seterusnya, guru meminta murid mencantum suku kata contohnya, ka, ki, ku, ba, bi, bu menjadi beberapa perkataan dan meminta murid membacanya. Guru turut membina beberapa ayat misalnya, Abu buka bukuuntuk murid-murid membaca. Guru turut menggantikan perkataan Abu dengan perkataan lain misanya, baba atau ibu sebagai latih tubi murid. Guru seterusnya meminta murid membaca ayat contohnya, ibu baba buka buku baba.

Pelajaran 5
Guru memperkenalkan kepada murid-murid bunyi dua atau tiga konsonan lain misalnya, t, m dan d. Guru meminta murid membina suku kata misalnya, ta, ti, tu. Seterusnya, guru meminta murid membina perkataan misalnya,dada, muda, uda dan membacanya. Akhirnya, guru meminta murid membina frasa dan ayat daripada perkataan berikut misalnya, (i) dada dia budi ibu, (ii) mata dia budi uda.

Pelajaran 6
Guru meminta murid membina perkataan
suku kata tertutup misalnya, du+duk = duduk, lalu membacanya.

Murid-murid seterusnya diminta membaca ayat-ayat lain dan cerita berkaitan misalnya, muka budak itu masam, budak itu sakit kaki, ubat sakit kaki tidak ada.

Pelajaran 7
Guru memperkenalkan bunyi tiga konsonan lagi misalnya, r, p, n. Guru dan murid mencantumkan bunyi-bunyi konsonan ini dengan bunyi-bunyi vokal, a, i, u. Guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat baharu berdasarkan suku kata dan perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran ini dan pelajaran sebelumnya serta berlatih membacanya.

Pelajaran 8
Guru memperkenalkan bunyi vokal-vokal lain, iaitu o, e (pepet),e (taling). Guru meminta murid membina suku kata berdasarkan huruf vokal o misalnya, bo + tak = botak. Guru seterusnya membina suku kata dengan vokal e pepet dan e taling untuk membezakannya misalnya, emak dan esok. Guru meminta murid membaca beberapa frasa atau ayat misalnya, (i) kotak besar itu di situ (ii) ekor kuda. Guru seterusnya meminta murid mencantum suku kata untuk menjadi perkataan atau ayat yang bermakna dengan menulisnya di papan putih dan murid membacanya. Akhirnya, guru memperkenalkan lebih banyak huruf konsonan misalnya, l, g, h, f, j, c, y, z, w, q dan x serta memperkenalkan bunyi gabungan lambing huruf dalam ejaan misalnya, ng = bising, nga = bunga, sy (sya) = syarat, gh (gha) = ghaib dan ny = nyanyi.

Pendekatan D
Melalui pendekatan ini, guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan serta berbual tentang gambar tersebut. Guru memperkenalkan nama huruf-huruf tunggal misalnya, b, a, j, u dan meminta murid menyebutnya. Guru meminta murid mencantum huruf b dengan huruf a dan menyebutnya serta huruf j dan huruf u dan membunyikannya. Seterusnya guru meminta murid mencantumkan kedua-dua suku kata dan menyebut perkataan, iaitu baju. Guru menunjukkan pula kad perkataan baju dan meminta murid menyebutnya. Guru mengulang untuk perkataan lain. Akhirnya, guru menunjuk gambar dan perkataan yang telah dipelajari lalu bertanya, Ini apa? kepada murid-murid

TATACERITA

Pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan. Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. c) Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan

Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:


(a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid (b) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan (c) Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa (d) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting (e) Lakukan latihan (f) BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan penceritaan (g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan bahasa yang hendak disampaikan.

BIMBINGAN MENJANGKA

Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya untuk membantu murid membaca dan memahami. Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong (1992:86) mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca terarah Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera. Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman k epadakumpulan kecil atau keseluruhan kelas.

Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ke tika menjalankan aktiviti bimbingan membaca.

LANGKAH 1
Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman sedia adamurid berkaitan petikan yang akan dibaca. Sekiranya pengetah uan dan pengalaman murid kurang mencukupi maka, guru perlu menjalankanbeberapa aktiviti awal, iaitu (i) membaca petikan sepintaslalu, (ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid, (iii)menyenaraikan perkataan dan konsep baharu dan menghuraikan maknanya dan (iv) menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem sebagai pengukuhan pengetahuan dan pengalaman murid tentang isi petikan.

LANGKAH 2
Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan, guru menjelaskan kepada muridtentang tujuan pembacaan i tu. Penyataan tujuan pembacaan dapatditunjukkan melalui empat aktiviti, iaitu (i) mendapatkan isi-isi utamapetikan, (ii) memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks, (iii)mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk dan (iv) menghuraikangerak balas afektif terhadap petikan.

LANGKAH 3
Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnya berdasarkan pembacaan senyap.
Pembacaan kuat pula dijalankan hanyauntuk interpretasi terhadap sesuatu persoalan atau penghayatan keindahan bahasa dalam petikan.

Teknik pengajaran bacaan kuat tidak digalakkan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat ini.

LANGKAH 4
Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yang dijalankan ketika aktiviti mengenal pasti tujuan pembacaan.
Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkan pengalaman baharu yang dialami oleh murid. Perbincangan boleh dijalankan di peringkat kelas dan dijalankan oleh guru dengan melibatkan murid secara aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jika perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil.

LANGKAH 5
Merupakan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan berdasarkan aktiviti dalam keempat empat langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan dalam kelas atau sebagai kerjarumah berdasarkan tiga kaedah, iaitu : (i) melakukan ilustrasi peristiwa dalam petikan, (ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama dan (iii) melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca.

TEATER PEMBACA

Apakah Teater Pembaca?


1. Satu cara menghidupkan sebuah skrip pendek. (boleh diambil dari buku teks) 2. Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek. 3. Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca. 4. Pelakon tidak perlu menghafal dialog. 5. Persembahan sepenuhnya membaca teks. 6. Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan terbatas dan mimik muka. 7. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu muridmurid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolaholah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka. 8. Tidak melibatkan ruang yang luas 9. Tidak perlukan latihan yang lama. 10. Boleh dilaksanakan secara spontan. 11. Sesuai dalam melatih keterampilan berbahasa, ia melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja serta bersesuaian dengan situasi dan watak yg dilakonkan. 12. Teater pembaca ini menekankan aspek 'membaca'.

Pelaksanaan Teater Pembaca


1. Beberapa orang pelajar dipilih berdasarkan kehendak skrip.

2. Pelakon yang tiba gilirannya akan bergerak selangkah ke hadapan dan membaca dialog dengan penuh perasaan.
3. Setelah selesai membaca dialognya, dia akan berundur ke belakang. Ia akan dikuti dengan pelakon berikutnya, dan begitulah seterusnya.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai