Anda di halaman 1dari 3

Sumbangan Tamadun Islam Dalam Bidang Sains & Teknologi

Bidang Fizik
1) Falsafah Fizik Islam Falsafah fizik Islam tidak menafikan metafizik. Metafizik adalah benda yang tak boleh dinampak tapi wujud. Selain itu, keseragaman hukum fizik adalah bukti Allah esa. Fenomena ganjil merupakan tanda keagungan Allah. 2) Tokoh-tokoh fizik muslim i) Al-Biruni (973M-1048M) Beliau telah mengukur graviti spesifik (ketumpatan relatif) logam dan bahan bukan logam dengan darjah kejituan yang tinggi. Beliau juga telah membincangkan tentang tekanan dan keseimbangan bendalir dan juga penyeksaan ke atas air dari mata air.

ii)

Abu Barakah Al-Baghdadi (1077-1165M) Beliau mengkaji msalah pecutan jasad terjatuh dan terluncur. Beliau juge memikirkan konsep masa dari sudut laib dengan menimbangkannya sebagai sesuatu yang berhubung dengan proses yang akan berlaku daru segi translasi sahaja.

iii)

Al- Haitham / al- Hazen (965-1038M) Menjalankan eksperimen untuk menentukan gerakan lurus bagi cahaya, sifat baying-bayang, penggunaan kana dan mengkaji secara matematik tentang fenomena yang penting dalma optik. Beliau juga merupakan pengasas dalam bidang optic dan konsep momentum seperti yang dijelaskan dalam bukunya Kitab al-Manazir. Selain itu, beliau mengkaji tentang hokum pantulan dari permukaan satah ke permukaan cekung serta parabola dan abresasi sfera iaitu mendapati bahawa tumpuan sinar pada satu titik selepas melalui cermain parabola. Kajian pembiasan menggunakan kameraobskura telah menghubungkan perubahan lintasan dengan perubahan halaju apabila cahaya melalui dari satu medium ke medium yang lain.

Bidang Kejuruteraan
Sumbangan saintis muslim dalam bidang kejuruteraan tidak banyak ditemui secara khusus bukan kerana tidak banyak ciptaan mereka tetapi keran mereka lebih banyak menumpukan usaha-usaha ke arah penggunaan teknologi yang dicipta tetapi tidak menumpukan kepada bidang pembukuan atau penulisan. Falsafah kejuruteraan Islam i) ii) Prinsip dan konsep memudahkan urusan, member keselesaan dan menyenangkan kehidupan tetapi tidak samapai melalaikan. Menjimatkan tenaga, memudahkan kerja dan mengurangkan masa, tetapi tidak menyebabkan kemalasan. Megutamakan estetika tanpa membelakangi etika dan amanah terhada tanggungjawab serta kerja.

Sumbangan dalam bidang kejuruteraan i) Ibnu Razzaz - Mencipta perkakas dan alat-alat hidraulik dan kegunaan diterangkan dalam bukunya Marifat al-Hiyal Hinsiyyah. Ibnu Haytham - Mencipta jam air yang pertama yang telah dihadiahkan oleh Harun alRashid kepada Charlemange. Tawi al-Din - Telah menerangkan kaedah mengepam air deangan menggunakan roda berskoop. Satu perkara yang menakjubkan tentang alat ini ialah kemampuannya mencipta silinder piston untuk mengepam air ke atas pada kurun ke-12.

ii)

iii)

Bidang Perubatan
Falsafah perubatan dalam Islam Setiap penyakit ada ubatnya, ajal dan maut di tangan Allah. Kesakitan adalah ujian Allah untuk menguji ketabahan dan kesabaran seseorang. Sumbangan dalam bidang perubatan i) Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi Ahli perubatan pertama yang membezakan antara campak dan cacar. Selain itu, beliau menyediakan beberapa jenis ubat daripada tumbuhan dan tanaman, merekodkan banyak kes klinik dengan tepat. Beliau juga membahagiukan ubat kepada 3 kategori

ii)

iii)

iaitu, galian (mineral), sayuran dan benda hayat (biological) serta menjelaskan fungsi masing-masing. Ali ibn al-Abbas al-Ahwazi Menerangkan hubungan rangkaian urat dengan arteri dan mencipta serta menerangkan pelbagai jenis pil, bedak, sirap, salap dan sebagainya Abu Qasim al-Khalafi Tokoh perubatan Islam yang paling banyak mencipta alat perkakas yang digunakan dalam bidang perubatan terutama sekali pembedahan.

Bidang Kimia
Teks yang berkaitan kimia muncul di Iskandariah dan China pada masa yang sama iaitu sebelum permulaan zaman Masihi. Kimia Islam merupakan pewarisan kepada kimia Iskandariah Yunani. Pembentukan dan perkembangan kimia Islam dalam zaman permulaannya iaitu abad ke 7 dan ke 8 Masihi, adalah sangat penting sebagai sumber kepada kimia Latin dan asas kepada perkembangan kimia moden. Falsafah Kimia Islam Kimia Islam berpendirian bahawa kefahaman ciptaan dalam alam dan proses kimia bukan menjadi tujuan akhir tetapi bertujuan untuk menambahkan keimanan kepada Allah dan meningkatkan darjah rohani. Sumbangan Ahli Kimia Muslim i) Jabir Ibnu Hayyan (abad ke-8M) Beliau telah mengeluarkan teori belerang-raksa (sulphurmercury) dan teori keseimbangan (al-mizan). Teori belerangraksa : symbol kimia untuk jantan & betina tatkala percantuman antara dua benda atau prinsip ini menghasilkan penjelmaan segala kejadian. Muhammad Abu Bakar al-Razi (865-925M) Menerangkan dengan terperinci kaedah-kaedah meleburkan logam, proses pengasingan secara pemejalwapan, penyulingan, penghabluran, penurasan dan sebagainya. Selain itu, beliau menerangkan berbagai alat radas pengujian kimia seperti, bikar, kelalang, fial, kaserol, lampu nafta relau peleburan. Al-imbik, pastel dan berbagai lagi.

ii)

Anda mungkin juga menyukai