Anda di halaman 1dari 15

TEORI HUMANISTIK

CARL ROGERS ABRAHAM MASLOW

Pengenalan
Fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik. Individu akan berkembang secara semula jadi sekiranya kehidupan, persekitaran dan keperluan mereka adalah sesuai dan mencukupi. Sekolah harus mengutamakan pendidikan afektif, disokong dengan pendidikan berasaskan ilmu pengetahuan.

Carl Rogers
Pengalaman setiap individu adalah fenomenalogikal Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diproses melalui proses komunikasi

Prinsip pendekatan Pendidikan Rogers


1. Mengutamakan pendidikan berpusatkan murid (LearnerCentered Education)

2.Prinsip yang berasakan kebebasan (freedom to learn) Pembelajaran merupakan suatu jenis naluri ingin tahu (curiosity) Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dicapai dalam situasi pendidikan yang kurang terancam Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan apabila murid mengambil inisiatif dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran Membimbing murid menilai hasil pembelajarannya. Aktiviti P&P hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata

Pandangan Rogers terhadap Pembelajaran


Manusia dilahirkan dengan potensi mengejar kesempurnaan kendiri. Pembelajaran merupakan naluri manusia semula jadi. Murid yang mengambil inisiatif dalam P&P dan melibatkan diri sepenuhnya mendapat hasil pembelajaran yang amat berkesan. Pembelajaran yang berkesan ialah belajar pembelajaran(learn to learn), iaitu belajar bagaimana belajar.

ABRAHAM HAROLD MASLOW


Pembelajaran yang berkesan adalah mengikut kepada motif pelajaran sendiri. Mengaitkan motivasi intrinsik dalam Teori Keperluan beliau.

KONSEP & PRINSIP


Keperluan adalah kehendak manusia Diklasifikasikan kepada 2 iaitu: - Fisiologi (Asas) -Psikologi (Keperluan sekunder)

Seorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder

Hierarki Keperluan Maslow


Sempurna kendiri Penghargaan kendiri

Keperluan kasih sayang


Keperluan Keselamatan Keperluan fisiologi

Kesempurnaan kendiri & Keperluan perkembangan


Apabila keperluan asas telah dipenuhi, Manusia akan mencari matlamat hidup dan berusaha ke arah sempurna kendiri dalam potensi diri yang ada pada mereka.

Ciri-ciri Keperluan Maslow

Keperluan yang paling asas dalam hierarki perlu dipenuhi dahulu. Keperluan yang lebih tinggi akan muncul kemudian semasa manusia melalui proses perkembangan. Keperluan fisiologi dan keselamatan muncul semasa masih bayi, keperluan kasih sayang dan rasa harga diri muncul semasa remaja dan keperluan untuk sempurna diri muncul semasa pertengahan umur.

Implikasi konsep keperluan dalam Amalan Bilik Darjah


- Guru berperanan untuk : Pastikan keperluan asas murid dipenuhi. Jadikan iklim bilik darjah adalah kondusif untuk mereka menjalankan aktiviti P&P. Bersifat penyayang Memupuk nilai penghargaan kendiri. Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan murid dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka. Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan

Bugental (1967)
Pengalaman dan psikologi manusia adalah berlainan dengan haiwan Kajian tema utama mahzab humanis adalah kehidupan manusia yang bermakna Kajian tingkah laku manusia merangkumi proses dalaman yang subjektif serta tingkah laku yang ditonjolkan luaran. Kaijan mahzab humanis adalah berlandaskan kepada teori psikologi dan psikologi gunaan. Keduanya saling membantu dan tidak boleh dipisahkan.

Pertimbangan asas diberi kepada perbezaan individu. Kajian psikologi mahzab humanis berlandaskan sumbangan idea yang menjadikan kehidupan manusia yang bermakna dan sejahtera.