Anda di halaman 1dari 53

Tamadun islam dan tamadun asia

TAMADUN INDIA

SEJARAH DAN KERAJAAN

SEJARAH,KERAJAAN, DAN PENTADBIRAN.

Zaman Awal/Hindu
Zaman prasejarah (100000SM1000SM) -zaman paleolitik -zaman mesolitik -zaman neolitik

Zaman Lembah Indus (3000SM-1500SM) -dibina oleh bangsa Dravida. Dikenali sebagai Tamadun Harappa dan Mohenjo-Daro di lembah sungai Punjab. -telah mencapai tahap pencapaian yg sangat tinggi dalam semua aspek kehidupan seperti agama, budaya, kebendaan, nilai,kepercayaan. -Harappa dan Mohenjo-Daro sgt popular kerana terdapat sistem perancangan bandar yang tersusun. Antaranya Kolam Mandi Agung, Benteng Pengwal Banjir

Lembah Indus

Zaman Vedik (1500SM-1000SM) -tamadun lembah indus merosot dan kedatangan bangsa aryan dari asia tengah dan poland memulakan peradaban baru.zaman ini terbahagi kpd 2 zaman veda awal zaman veda akhir -lahirnya budaya baru indo-arya.mereka meluaskan pengaruh hingga keseluruhan utara india.orang tempatan ditentang dan dijadikan hamba. -sistem kasta wujud sejak kedatangan orang aryan ke india.mereka mengasingkan diri dpd orang tempatan yg menjadi hamba kpd mereka. Sistem kasta berdasarkan warna kulit dan pekerjaan. mereka terdiri dpd 4 golongan =

Sistem kasta
brahmin-terlibat dalam hal keagamaan seperti sami dan pendeta ksyatria-terlibat dalam pentadbiran dan ketenteraan vaisya-terlibat dalam halhal perniagaan dan perdagangan. sudra-golongan hamba berkhidmat kpd ketigatiga golongan diatas
brahmin

ksatria

vaisya

sudra

Empayar Maurya(326SM-185SM)
-diasaskan oleh Chandragupta Maurya. -bermulanya pemerintahan bercorak empayar. Berjaya menakluki sebahagian besar india kecuali selatan india dan Kalinga. -antara pemerintah terkenal ialah asoka. -pemikiran dan dasar politik maharaja asoka berubah dari penaklukan secara kekerasan kepada spiritual apabila beliau memeluk agama buddha kesan dari perang kalinga.

Zaman serangan luar (185SM-320SM)


-kesan kehadiran alexander the great, wujudnya masyarakat indo-greek yang menjadi kelompok nomadik yang bergerak dari asia tengah hingga ke india dan mengancam china dan menyebabkan maharaja shih huang ti membina tembok besar china

Tembok besar china

Empayar Gupta (320M-520M)


-diasaskan oleh Chandragupta I -diteruskan oleh samuderagupta (tokoh ketenteraan dan kesenian) -empayar ini berjaya meluaskan kuasa jajahannya kesuluruh utara india dan beberapa tempat di selatan india . -raja terakhir Vishnugupta

peta empayar Gupta

Zaman India Selatan (300SM-300SM) -wujud kerajaan-kerajaanChera, Chola dan Pandhya


-dikenali sebagai zaman sangam kerana sumbangan dalam bidang kesusasteraan.

Tamil sangam (academy of learning)

ZAMAN PERTENGAHAN 1200-1750M


-dikenali sebagai zaman islam
-kuasa baru wujud di india,iaitu islam -faktor yang mendorong kepada proses islamisasi ialah jalan perdagangan daratan dan lautan -dengan kehadiran islam pd abad ke 8 melalui muhammad alqasim yang berjaya menguasai wilayah sind pada 709 M wujudlah kuasa yang dominan tanpa menyekat kewujudan kuasa kuasa tempatan. -mendorong kewujudan kerajaan-kerajaan islam di india.

Dinasti Ghazni
-Diasaskan oleh sabuktigin yg berbangsa turki. Penggantinya mahmud al-ghazni dianggap sebagai permulaan islam di india kerana berjaya menakluk banyak kawasan di utara dan barat india. -seterusnya,dinasti ghazni di perintah oleh 13 sultan yang lemah, hal ini menyebabkan kemerosotan dinasti ini.

Sultan Mahmud al-Ghazni

Dinasti Ghuri
-diasaskan oleh muhammad al-ghuri yang berasal dari afghanistan. Meletakkan seluruh utara india utara di bawah kekuasaan islam.

Masjid di zaman dinasti Ghuri

-seorang hamba,qutbuddin aibak menuduhkan kerajaan delhi yang dikenali sebagai kerajaan mamluk/hamba. -qutbuddin aibak ialah panglima siltan muhammad al-ghuri -diperintah oleh 26 orang sultan termasuk seorang wanita,roziyya.

Kesulatanan India/Delhi

Antara masjid di zaman dinasti Delhi

Dinasti Khalji
-diasaskan oleh jalaluddin -merupakan pemberontak yang membunuh sultan terakhir kesultanan delhi -Jalaluddin dibunuh oleh menantunya,alauddin -seterusnya dinasti tughluq diasaskan oleh ghiyasuddin tughluq,panglima sultan alauddin.menerusi satu rampasan kuasa. -dinasti tughliq memperlihatkan perkembangan ilmu pengetahuan. -pada dinasti ini,muncul ilmuan islam,ibnu batuta dan . -lenyap akibat serangan orang mongol islam,timurlank.

Empayar Mughal (1526M-1857M)


-Diasaskan oleh muhammad zahiruddin babur. Zaman kegemilangan terutama pada pemerintahan maharaja akbar(1556-1601M).jahangir(1605-1627M).shah jehan(1628-1958M) dan aurengzeb(1658-1707M). -kejayaan yang dicapai oleh empayar mughal adalah dari segi seni bina hasil gabungan islam,dan hindu contohnya taj mahal

Muhammad Zahiruddin Babur

Shah Jehan

Jahangir

Alauddin Khalji

Zaman penjajahan barat(mulai 1750M)


-bermulanya dengan kedatangan british yang menjajah melalui syarikat timur british india(1600-1857M). -kemerdekaan india(15 ogos 1947).

Mahatma Karamchand Gandhi

KELUARGA DAN MASYARAKAT

Asrama/Varnasramadharma
Sistem kekeluargaan ada 4 peringkat kehidupan
1 Brahmacarya -iaitu zaman bujang perlu menimba bnyak ilmu dan kemahiran . 2 Grhastra -iaitu orang yang berumahtangga dan menikmati kehidupan berkeluarga dan mempunyai anak. 3 Vanaprahasta -iaitu tahap orang tua, telah menyelesaikan tanggungjawab kaluarga dan mendalami agama 4 Sannayasa -iaitu orang yang pertapa yang menumpukan perhatian kepada khidmat masyarakat, menyampaikan nasihat dan ajaran kerohanian

SISTEM JATI
-Sistem ini berfungsi mengikut pengkhususan pekerjaan dan membentuk kumpulan mengikut identiti sosial dan ekonomi. -bagi setiap jati ada satu republik yang mempunyai undangundang,kawasan atau wilayah,unit politik, sosial, dan ekonomi yang terkecil. -keanggotaan jati adalah mengikut kelahiran. -dalam sistem ini, berlaku pengasinagn sosial yang bertujuan menjaga identiti sesuattu kelompok atau status.

Kedudukan Kaum Wanita


Wanita mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat dan keistimewaan serta ketinggian kedudukan mereka dapat dilambangkan dari kewujudan apa yang dikenali
sebagai mother

goddes.

Dalam masyarakat vedik,misalnya wanita diberi kedudukan tinggi dan dihormati. Dalam masyarakat dravida di india selatan, kaum wanita yang digelar amma amat dihormati tetapi tidak setaraf lelaki.

Pekerjaan mereka berbeza mengikut kawasan dan yang bersesuaian mengikut alam sekitar mereka. Cukai yang diperolehi daripada hasil eksport menambahkan pendapatan negara dan raja menggunakan hasil-hasil ini untuk memajukan negeri mereka. Pedagang dikehendaki membayar cukai kepada antapala (pegawai tol) yang bertanggungjawab menjaga keadaan jalan raya.

BIDANG EKONOMI

Kerajaan-kerajaan dibahagikan kepada wilayah, bahagian,daerah, dan kampung dan diperintah oleh raja. Raja bukan seorang yang autokratik,kerana mereka menghormati beberapa prinsip demokrasi seperti pemilihan raja dan penguatkuasaan undang-undang.

BIDANG POLITIK

BIDANG PELAJARAN
Tujuan pendidikan ialah untuk mencari kebahagian dalam kehidupan seharian. Matapelajaran yang diajar ialah teks-teks veda.

PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG Kesusasteraan-muncul epik terkenal seperti mahabhrata dan ramayana. Perkembangan bidang astronomi, matematik dan ilmu perubatan Ilmu perubatan india cenderung kepada fisiologi dan kaitannya dengan yoga. Matematik india memperkenalkan sistem nombor iaitu angka brahmin dan khorasti. Falsafah-wujud 2 aliran pemikiran; -menolak kitab veda, seperti buddhisme,jainisme,carvaka -bersumberkan kitab veda,seperti rig veda,yajur veda,sama veda dan atharva veda.

SUMBANGAN ISLAM DALAM TAMADUN INDIA Gabungan elemen-elemen asing iaitu arab, parsi yang

disesuaikan dengan keperluan tempatan oleh orang mongol Banyak bangunan yang indah dibina oleh Shah Jehan seperti Taj Mahal dan masjid dan bangunan-bangunan di agra.

Masjid Besar Delhi

Taj Mahal

Kota Agra

Kota Merah

Masjid dinasti Ghuri

Kota Lahore

TAMADUN CHINA

SEJARAH KERAJAAN DAN PENTADBIRAN


Bermula di sekitar Sungai Kuning atau Huang He di utara China. Pada 3950-1750sm terdapat Budaya Yangshao di lembah sungai itu di China. Budaya ini kemudian digantikan secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan yang muncul sejak pertengahan kurun ke-2 SM. Seterusnya,kebudayaan Longshan telah digantikan dengan Zaman Gangsa. Gangsa telah dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja dinasti Shang. Pemimpinnya ialah Huang Ti atau Maharaja Kuning. Kemudian,muncul kumpulan atau keluarga kuat yang menubuhkan sebuah dinasti awal iaitu Dinasti Hsia(xia) yang dibina oleh Yu. Bertitik tolak dari perubahan yang berlaku ke atas kegiatan manusia di Sungai Kuning dan Sungai Yang Tze, maka secara beransur-ansur terbinanya Tamadun China

PERKEMBANGAN
Salah satu tamadun tertua di dunia seperti Tamadun Mesopotamia,Mesir,India,dan Greek. Terdapat empat tahap atau peringkat perkembangan Tamadun China iaitu :

Zaman Pembinaan Zaman Keagungan Zaman Peralihan Zaman Moden

Zaman Pembinaan
Munculnya kerajaan-kerajaan yang silih berganti seperti Dinasti Hsia,Dinasti Shang,Dinasti Chou,Dinasti Chin,dan Dinasti Han. China dapat disatukan oleh Shih Huang Ti di bawah Dinasti Chin. Dinasti Chin berahir dengan kemunculan Dinasti Han

Zaman Keagungan
Dinasti Han merupakan sebuah dinasti agung dan dikagumi. Ia hilang kekuasaan pada tahun 1000 masihi apabila berlaku pemberontakan dalaman.Ini membawa kepada zaman kekacauan dan perpecahan selama 350 tahun. Ini telah menyebabkan pemisahan utara dan selatan china. Zaman ini berakhir apabila Dinasti Sui yang singkat menyatukan China. Maharaja Yang Ti menjalankan dasar penindasan ke atas rakyatnya yang membawa kepada pemberontakan yang mengakhiri dinasti ini Dinasti yang menggantikannya ialah Dinasti Tang yang membina keagungan Tamadun China dan merupakan zaman keemasan dalam bidang kesusasteraan China.

Zaman Peralihan
Zaman ini merupakan zaman pencerobohan orang gasar ke atas China. Dinasti Song ditakluki oleh tentera Mongol pada tahun 1271 masihi. Orang Cina kembali berkuasa apabila berlaku pemberontakan petani yang telah memulakan zaman Dinasti Ming. Semasa zaman Dinasti ini aktiviti pelayaran telah dimulakan dimana dikatakan telah sampai ke Asia Tenggara,Lautan india dan menyususi pantai timur Afrika. Ekspedisi ini dihentikan pada tahun 1433 China telah sekali lagi ditawan pada tahun1644 oleh orang-orang Manchu.

Zaman Moden
Merupakan detik paling penting yang mengubah Tamadun China iaitu pada tahun 1839-1842 apabila China dikalahkan oleh kuasa barat dalam perang Candu.

MASYARAKAT DAN BUDAYA

SISTEM KEKELUARGAAN
Sistem keluarga merupakan asas (wu lun) dalam tradisi budaya china iaitu: Hubungan antara seorang pemerintah dengan seorang rakyat Hubungan antara seorang bapa dengan anak lelakinya. Hubungan antara seorang abang dengan adik lelakinya Hubungan antara seorang suami dengan isterinya Hubungan antara seorang lelaki dengan kawan lelakinya.

Dalam Tamadun China tiga kelas atasan


RAJA

SIDA-SIDA

BANGSAWAN

Confucius membahagikan kepada empat Sarjana Petani Tukang Pedagang

NILAI DAN ETIKA DALAM KONFUCIANISME


Kung Fu Tze lahir pada zaman pemerintahan dinasti Zhou di negeri Lu.Beliau percaya bahawa moral manusia membantu pemerintah yang baik. Konsep Dao Konsep Ren dan Yi Konsep Junzi/Chung Tzu Konsep Shu Konsep Chung Konsep Li Konsep Yi Konsep Ming Konseo Zhi

KONSEP DAO
Konsep dao (Jalan atau Cara) adalah merupakan suatu konsep moral atau satu set peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu.

KONSEP REN DAN YI


Ren merujuk kepada kasih sayang dan perikemanusiaan.Amat penting berkelakuan baik terhadap orang lain. Jika seseorang tidak hormat kepada orang lain ,dia pasti tidak akan dihormati oleh masyarakat.

KONSEP JUNZI/CHUNG TZU


Ia merupakan sifat-sifat kebaikan termasuk kesederhanaan dan kebiasaan.

KONSEP SHU
Belas kasihan dan toleransi

KONSEP CHUNG
Kesedaran melakukan kebaikan untuk diri dan orang lain.

KONSEP LI
Sopan santun dan budi bahasa

KONSEP YI
Buat sesutu dengan cara yang betul dalam situasi tertentu

KONSEP MING
Lakukan sedaya upaya dalam setiap tugasan

KONSEP ZHI
Ketulusan dalam tingkah laku,tidak menipu diri sendiri dan orang lain

Nilai-nilai pendidikan,politik dan ekonomi


Pendidikan merupakan asas penting dalam pembinaan seorang manusia diamana ia dapat meningkatkan kualiti manusia itu. Beliau menegaskan seseorang pemimpin mesti mempunyai personaliti yang bermoral dan menjalankan tugas-tugasnya secara adil,menjalankan kebajikan ke atas rakyat dan mentadbir negara dengan baik. Walaupun konfucious menentang pekerjaan berniaga,tetapi beliau berpendapat seseorang peniaga seharusnya tidak memeras dan berlaku tidak adil dalam urusan perniagaan.

PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

Tamadun china merupakan pencipta pelbagai bahan-bahan yang digunakan secara meluas sekarang. Mereka merupakan pelopor bagi teknologi sebelum orang barat menemuinya selepas beberapa abad. Penggunaan belerang (gunpowder)
Penciptaan bunga api

Pembuatan kertas Teknologi percetakan Pembuatan kompas Sistem peperiksaan Tulisan dan dakwat
Mendorong penciptaan wang kertas

Orang China juga mahir dan juga pelopor dalam matematik.merekamenemui konsep Al-Gebra
Kesenian
Seni lukis Kaligrafi Arca Sajak Seni tari

Sumbangan Islam kepada tamadun China

Tamadun china menerima banyak pengaruh, antaranya Islam. Antara pengaruh Islam ialah bidang perubatan,ilmu falak,ilmu geografi, seni bina, pelayaran ,persenjataan. Bidang seni bina.
Memperkenalkan sini bina arab di negara China seperti Masjid Huaisheng di bandar Guangzhou Masjid Qingjing di bandar Quanzhou, Masjid Cenderawasih di bandar Hangzhou dan lain-lain .

Bidang ilmu falak (astronomi)


Wujud balai cerap di beijing maharaja China Kublai Khan menubuhkan kalender Islam (1271) Penciptaan glob yang pertama di China oleh pakar islam

Bidang perubatan islam


Wujud hospital islam Farmasi islam Amalan perubatan islam

Bidang senjata
menciptasejenis meriam yang menggunakan batu besar sebagai pelurunya. Pada tahun 1273, meriam tersebut telah memainkan peranan penting dalam sejarah China. Meriam tersebut juga menjadi terkenal di China dalam tempoh waktu yang panjang.

Bidang geografi
Maharaja China melantik pakar-pakar Islam menyunting catatan geografi China. Catatan Geografi di China terdiri daripada 600 jilid buku yang disunting selama 18 tahun, dan merupakan catatan geografi pihak kerajaan yang pertama dalam sejarah China.

Bidang pelayaran
- Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia Tenggara merupakan kejayaan yang terkenal di China malah di seluruh dunia -Peta pelayaran laut yang disunting oleh Laksamana Chen Ho merupakan peta pelayaran laut yang paling awal di China

Anda mungkin juga menyukai