Anda di halaman 1dari 4

KECERGASAN FIZIKAL Kecergasan Fizikal Dalam kehidupan seharian, kecergasan merupakan aspek penting bagi membolehkan seseorang bergerak

dan melakukan aktiviti seharian dengan baik. Selain dari kemahiran yang tinggi, kemampatan kecergasan juga memainkan peranan penting bagi seseorang pemain itu menunjukkan kesungguhan dalam mengharungi sesuatu perlawanan. Latihan yang bersistematik dan bermakna diperlukan untuk meningkatkan prestasi seperti yang diharapkan oleh setiap jurulatih dan peminat sukan. Kehidupan yang aktif dari segi fizikal adalah penting untuk meningkatkan taraf kesihatan individu. Amalan senaman yang berkala akan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan seterusnya boleh menjauhkan seseorang individu daripada beberapa penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, diabetes, penyakit tulang dan kanser (Howley dan Franks, 1997). Tahap kecergasan fizikal yang baik diterjemahkan sebagai melakukan kerja tanpa kelesuan yang menggunakan tenaga yang sedikit dan mempunyai tenaga simpanan untuk digunakan pada waktu senggang dan waktu kecemasan. Clarke (1997), dalam Baumgartner (1995) mendefinisikan kecergasan fizikal adalah kemampuan melakukan kerja harian dengan kesungguhan sepenuhnya tanpa lesu dan mempunyai baki tenaga untuk digunakan semasa kesenggangan dan ketika kecemasan. Menurut Prentice (1994), kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti riadah. Kecergasan fizikal seseorang individu itu akan mempengaruhi perlakuan dan kemahiran, terutama dalam aktiviti bersukan. Ahli fisiologi menyatakan bahawa kecergasan fizikal boleh dibahagi kepada dua aspek iaitu kecergasan dari aspek kesihatan dan kecergasan dari aspek lakuan motor. Menurut Prentice (1994), kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan fizikal. Beliau mendefinisikan kecergasan berasaskan kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik atau kekurangan pergerakan seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan berasaskan fizikal merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga, daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya. Charles Corbin dan Ruth Lindsey (1997) menyatakan kecergasan fizikal adalah kemampuan tubuh badan untuk berfungsi secara effisien dan efektif. Ia mengandungi kecergasan berlandaskan kesihatan dan berlandaskan kemahiran. Komponen tersebut mengandungi sebelas item yang berbeza. Setiap satu item tersebut akan melambangkan kualiti total kehidupan. Lima item dalam kecergasan berasaskan kesihatan ialah: Daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelembutan dan komposisi lemak badan. Manakala enam item lagi dalam

kecergasan berasakan kemahiran iaitu: kordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa, masa reaksi dan kepantasan. Semua komponen ini diukur bagi menentukan tahap kecergasan seseorang individu. Kecergasan fizikal juga bermaksud, sesuatu perkara yang tidak serupa untuk individu yang berbeza. The American Alliance for Health, Physical Education, Recreation, and Dance dan Presiden Majlis kecergasan fizikal dan sukan melaporkan didalam buku Fitness For Life an Individualized Approach (Allensn P.E, Harrison J.M, Vance B. (1995) bahawa kecergasan fizikal sebagai keadaan fizikal yang baik yang menyebabkan serta mengundang kepada : 1. Pencapaian yang bersungguh-sungguh dalam aktiviti harian. 2. Mempunyai risiko yang rendah terhadap kesihatan berbanding dengan kurang melakukan senaman. 3. Membentuk kecergasan berdasarkan penglibatan dalam pelbagai aktiviti fizikal. Satu cara untuk mengenalpasti tahap kecergasan fizikal ahli ialah dengan menjalani ujian kecergasan tertentu yang menggunakan bateri-bateri ujian mengikut komponen yang hendak diuji oleh penguji. Bateri-bateri ujian ini dapat menggukur bahagianbahagian badan secara khusus dan sistematik yang dapat menunjukkan kemampuan seseorang ahli sukan mengikut komponen kecergasan fizikal. Setelah menjalani dan mendapat keputusan ujian barulah dapat ditentukan kelebihan atau kelemahan seseorang atlit itu. Daripada kelemahan-kelemahan yang telah dikesan akan dapat memudahkan setiap jurulatih untuk merangka program latihan yang bersesuaian, bagi memperbaiki kelemahan atlit terbabit. Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan kewujudan ujian kecergasan. Dengan kesedaran peranan kecergasan kepada pembangunan negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan program Malaysia Cergas pada tahun 1985. Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut menyumbang ke arah kecergasan dengan kempen bertema mereka. Antara kempen yang berasaskan tingkah laku ialah 1998-Senaman dan Kecergasan, 2000-Kehidupan Keluarga yang Sihat, 2001Kesihatan Mental dan 2002-Promosi Persekitaran Sihat.

B e s r e n a m u n u t k s h i a t DENGAN proses urbanisasi, perkembangan teknologi yang pesat dan gaya hidup semakin sedentari, aktiviti fizikal atau senaman di luar menjadi semakin berkurangan dalam kehidupan kita. Kita mesti sedar bahawa aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan kita termasuk anak-anak. Secara keseluruhannya, bersenam memberi manfaat besar dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kesihatan kepada semua orang. Justeru, melakukan aktiviti fizikal secara kerap sangat penting untuk gaya hidup sihat. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menjadi aktif, mula dengan perlahan. Meningkatkan tahap aktiviti secara beransur-ansur penting supaya anda tidak terdedah kepada risiko kecederaan pada otot, ligamen dan sendi ataupun serangan jantung, apabila anda menjadi lebih aktif daripada biasa secara tiba-tiba , nasihat Dr. Mahenderan Appukutty, Ahli Majlis Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM). Jika anda atau ahli keluarga mengalami masalah kesihatan kronik seperti artritis, diabetes, penyakit jantung, asma, atau gout, dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui sama ada keadaan anda akan mengehadkan keupayaan anda untuk aktif. Kemudian, bincang dengan doktor atau pelatih fizikal yang diiktiraf tentang rancangan aktiviti fizikal yang sesuai. Apa yang penting jangan menjadi tidak aktif

langsung. Melakukan senaman aerobik berintensiti sederhana baik untuk kesihatan, walaupun hanya 30 minit seminggu , tambah Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM). Manfaat Aktiviti Fizikal Dr Tee berkongsi beberapa lagi manfaat aktiviti fizikal. Bersenam dan aktiviti fizikal membantu pencegahan osteoporosis dan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, sindrom metabolik dan kanser-kanser tertentu. - Bersenam dan aktiviti fizikal juga memainkan peranan penting dalam memperbaiki status kesihatan, meningkatkan kecergasan serta membantu mengawal dan melawan penyakit. - Mereka yang dilaporkan mempunyai tahap aktiviti fizikal dan kecergasan tinggi mengalami pengurangan risiko kematian sebanyak 20 hingga 35 peratus. *Peningkatan dalam kecergasan fizikal mengurangkan risiko kematian pramatang dan sebaliknya, kurang kecergasan akan meningkatkannya. " Mereka yang aktif menunjukkan 30 hingga 40 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser kolon, manakala wanita aktif mengalami 20 hingga 30 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser payu dara berbanding wanita yang tidak aktif. Berikut merupakan panduan untuk membantu anda dan keluarga mengamalkan gaya hidup yang aktif. - Pilih menaiki tangga berbanding lif atau eskalator di pejabat, pusat membeli-belah dan sebagainya. - Pilih berjalan ke kedai, surau atau tempat sembahyang yang berdekatan, daripada memandu kereta. - Lakukan kerja-kerja rumah, seperti menyapu dan mengelap lantai. - Jika boleh, berjalan kaki ke tempat destinasi anda. - Melakukan aktiviti berkebun, seperti menyusun pasu bunga atau menjaga dan menyiram tanaman anda.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0408&pub=Utusa n_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz2PYTnjdnr Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai