Anda di halaman 1dari 10

SISTEM SARAF AUTONOMIK Pengenalan Organ-organ di dalam tubuh badan kita (viscera) seperti jantung, perut dan usus

adalah dikawal oleh sistem yang dinamakan sistem saraf autonomik. Autonomik secara umumnya bermaksud self-governed (pemerintahan sendiri). Sistem ini boleh didefinisikan sistem saraf motor yang mengawal kelenjar-kelenjar, otot-otot kardiak, dan otot licin. Juga dikenali sebagai sistem motor visera untuk membezakannya daripada sistem motor somatik yang mengawal otot-otot rangka. Organ sasaran utama sistem saraf autonomik ialah visera toraks dan bahagian rongga abdomen dan sesetengah struktur dinding badan, termasuklah sistem salur darah cutaneus, kelenjar peluh dan otot piloerektor. Sistem saraf autonomik ialah sebahagian daripada sistem saraf periferi dan ia mengawal banyak organ dan otot-otot di dalam badan. Dalam kebanyakan situasi, kita tidak sedar tentang pergerakan sistem saraf autonomik ini kerana fungsi-fungsinya yang berlaku tanpa dikawal atau secara autonomik. Sebagai contoh, kita tidak sedar apabila salur-salur darah kita berubah saiz atau apabila jantung kita berdegup dengan lebih pantas. Walaubagaimanapun, penggunaan terapi biofeedback menunjukkan bahawa sesetengah orang dapat dilatih untuk mengawal beberapa fungsi sistem saraf autonomik seperti kadar denyutan jantung atau tekanan darah. Efektor visera tidak bergantung pada fungsi sistem saraf autonomik, tetapi menyesuaikan aktivitinya mengikut keperluan badan. Contohnya, jantung tetap berdenyut walaupun semua saraf autonomik mengalami masalah, tetapi sistem saraf autonomik mengawal kadar denyutan jantung semasa bersenam atau berehat. Jika saraf somatik yang mengawal otot rangka tidak dapat berfungsi, otot-otot menjadi lumpuh dan tidak dapat lagi berfungsi. Tetapi jika saraf autonomik yang mengawal kardiak atau otot licin tercedera, otot-otot lebih peka terhadap gerakbalas(denervation hypersensitivity). Sistem saraf autonomik penting dalam dua waktu iaitu pada waktu kecemasan atau tertekan (memberi kesan fight or flight) dan pada waktu bukan kecemasan yang membolehka n kita berehat dan menghadam makanan (rest and digest). Sistem saraf autonomik mengawal otot-otot kulit (folikel-folikel rambut dan otot-otot licin), otot-otot sekitar salur-salur darah (otot-otot licin), otot-otot mata (iris, otot licin), otot-otot perut, usus dan pundi kencing (otot licin) dan otot-otot jantung (otot nadi). Selain itu, sistem saraf autonomic turut mengawal kelenjar-kelenjar dalam badan.

Pusat Kawalan Fungsi Autonomik Sistem saraf autonomik bukanlah sistem saraf yang dikawal secara sendiri. Semua output asalnya daripada sistem saraf pusat dan semua inputnya dari korteks serebral, hipotalamus, medula oblongata dan cabang somatik sistem saraf periferi. Bahagian-bahagian dalam sistem saraf autonomik i. ii. Sistem saraf simpatetik Sistem saraf parasimpatetik

Sistem saraf simpatetik Sistem saraf simpatetik bermula dari saraf tunjang. Secara spesifiknya, sel-sel badan neuron yang pertama(neuron pregangalionik) terletak di dalam saraf tunjang toraks dan lumbar. Akson-akson daripada neuron-neuron ini dibawa kepada rantaian ganglia yang terletak berhampiran saraf tunjang. Dalam kebanyakan kes, neuron ini akan melakukan proses sinaps dengan neuron yang lain di dalam(post-ganglionic neuron) ganglion. Beberapa neuron preganglionik dipindahkan kepada ganglia yang lain yang berada di luar rantaian simpatetik dan melakukan proses sinaps di situ. Neuron post-ganglionik kemudiannya dipindahkan ke kawasan sasaran samada otot atau kelenjar.

Dua lagi fakta tentang saraf-saraf simpatetik: Proses sinaps yang berlaku di dalam ganglion menggunakan acetylcholine sebagai neurotransmitter, manakala sinaps yang berlaku di dalam neuron post-ganglionik menggunakan norepinephrine sebagai neurontransmitter. Namun begitu, terdapat satu pengecualian iaitu neuron post-ganglionik simpatetik yang merangsang kelenjar peluh menggunakan acetylcholine memberi kesan tindakan lawan atau lari(fight or flight) dengan cara meningkatkan penjanaan tenaga badan dan menghentikan proses penghadaman. Sekiranya ia berlaku, tindakan tesebut akan memberi kesan seperti berikut: i. Melencongkan aliran darah jauh dari usus perut(Gastro-intestinal) dan kulit melalui proses penyempitan salur darah(vasoconstriction). ii. Darah mengalir ke otot-otot rangka, kadar paru-paru dikekalkan dan ditingkatkan (sehingga 1200% dalam kes otot rangka) iii. Membesarkan bronkiol peparu yang membenarkan pertukaran oksigen yang lebih banyak pada alveolar iv. Meningkatkan kadar denyutan jantung dan kontraksi sel-sel nadi kardiak(miosit) yang membekalkan mekanisme untuk meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot rangka.

v.

Membesarkan anak mata dan merehatkan lensa/kanta mata untuk membenarkan lebih banyak cahaya memasuki mata.

vi. vii.

Berlaku proses pengembangan(vasolidation) salur koronari untuk jantung. Memberhentikan proses peristalsis.

Sistem saraf parasimpatetik Sel-sel badan sistem saraf parasimpatetik terletak di dalam saraf tunjang(sacral region) di dalam medula oblongata. Dalam medula, saraf kranial II, V, IX dan membentuk fiber preganglionik simpatetik. Fiber preganglionik daripada medula atau saraf tunjang membawa impuls kepada ganglia berhampiran dengan organ sasaran dan berlaku proses sinaps di situ. Proses sinaps ini menggunakan acetylcholine sebagai neurontransmitter. Daripada ganglion ini, neuron post-ganglionik membawa impuls ke organ sasaran dan menggunakan acetylcholine sekali lagi pada terminalnya. Memberi kesan tindakan rehat dan hadam(rest and digest), menyebabkan sistem saraf kembali tenang dan menjalankan fungsi-fungsinya yang biasa dan proses penghadaman berjalan seperti biasa. Ia adalah seperti berikut: i. Melebarkan salur darah supaya dekat dengan usus perut untuk meningkatkan pengaliran darah ke kawasan ini. Proses ini penting untuk menghadamkan makanan, disebabkan lebih banyak metabolisme diperlukan di perut untuk badan. ii. Sistem saraf parasimpatetik boleh mengecilkan diameter bronkiol apabila keperluan oksigen berkurangan iii. Ketika proses akomodasi/penyesuaian diri, sistem saraf parasimpatetik menyebabkan berlakunya pengecutan pada anak mata dan lensa. iv. Sistem saraf parasimpatetik merangsang pengeluaran air liur dan aktiviti peristalsis, proses penghadaman dan penyerapan nutrien-nutrien oleh badan. Ia turut melibatkan ereksi pada organ seks melalui saraf pelvik spanknik

Berikut merupakan ringkasan tentang kesan stimulasi simpatetik dan parasimpatetik. Kesannya adalah bertentangan di antara satu sama lain. Sasaran Mata Iris Otot silia & lensa Pembesaran anak mata Pengenduran untuk visual jauh Pengecilan anak mata Pengecutan untuk visual dekat Pengeluaran Kesan simpatetik & jenis reseptor Kesan parasimpatetik (otot)

Kelenjar lakrimal (air Tiada mata)

Sistem integumentari (kulit) Kelenjar peluh Pengeluaran (muscarinic) Tiada kesan

merokrin (penyejukan) Kelenjar peluh apokrin Pengeluaran (bau) Otot piloerektor Ereksi rambut Tiada kesan Tiada kesan

Tisu adipos

Pengurangan pemecahan lemak Meningkatkan pemecahan lemak

Tiada kesan

Medula adrenal Sistem darah Daya & kadar jantung Arteri koronari Salur darah visera Salur rangka Salur darah kulit darah peredaran

Pengeluaran hormon (nikotin)

Tiada kesan

Meningkat Pengembangan , pengecutan Pengecutan Pengembangan otot Pengecutan

Berkurangan Sedikit pengembangan Pengembangan Tiada kesan Pengembangan, kemerah-merahan Tiada kesan

Pembekuan meningkat

Platlet darah)

(pembekuan

Sistem pernafasan Bronki & bronkiol Pembesaran (bronchodilation) Pengecilan (bronchoconstriction) Tiada kesan Kelenjar mukus Pengurangan pengeluaran Peningkatan pengeluaran

Sistem perkumuhan Buah pinggang Dinding pundi kencing Uretra Mengurangkan pengeluaran urin Tiada kesan Kontraksi, penahanan urin Tiada kesan Kontraksi Rehat, urin dikeluarkan

Sistem penghadaman Kelenjar liur Usus perut Cecair usus perut Hati Pengeluaran enzim pankreas Pengeluaran insulin pankreas Meningkat Berkurangan Tiada kesan Pengeluaran mukus tebal Berkurangan Berkurangan Pemecahan glikogen Berkurangan Pengeluaran sedikit serous Meningkat Meningkat Sintesis glikogen Meningkat

Sistem pembiakan Ereksi organ seks Pengeluaran kelenjar Tiada kesan Tiada kesan Stimulasi Stimulasi Tiada kesan

Orgasm, peranan otot Stimulasi licin Uterus Rehat Kontraksi bersalin

Tiada kesan

FUNGSI SENSORI Deria Umum Deria ialah perasaan atau kesedaran yang berlaku di otak hasil daripada pentafsiran utusan deria yang sampai ke otak dari struktur-struktur lain, seperti kulit tubuh, otot dan sendi dan dari organ-organ deria istimewa. Struktur-struktur yang menimbulkan deria adalah seperti berikut : i. ii. iii. Hujung gentian saraf yang menerima rangsang deria itu. Saraf deria yang membawa utusan deria itu ke otak. Pusat deria di otak yang mentafsirkan utusan itu dan menyimpannya sebagai ingatan.

Setiap hujung gentian saraf deria adalah struktur istimewa yang menerima rangsang deria tertentu. Deria boleh terbahagi kepada : i. ii. Deria istimewa : bau-bauan, rasaan, penglihatan dan pengdengaran Deria umum :~ deria permukaan : sakit, sentuhan, suhu ~ deria dalam : tekanan, sakit dalam

Sifat-sifat Deria Deria yang muncul akibat galakan dari luar tubuh seperti pendengaran, penglihatan, rasaan, bau-bauan, tekanan, sakit luar dan suhu. Organ-organ ini dikenali sebagai organ penerima deria luar. Deria yang muncul akibat galakan dari dalam tubuh, seperti perasaan lapar, dahaga dan sakit dalam. Organ-organ yang menyedarkan perasaan ini dikenali sebagai organ penerima deria dalam.

Deria kulit tubuh Hujung gentian saraf yang didapati di dalam kulit tubuh menerima deria sakit, suhu dan sentuhan.

Kulit

Deria Pembauan Hujung gentian saraf yang menerima deria pembauan adalah didapati di lapisan selaput di rongga hidung. Kebanyakkan hujung gentian saraf itu didapati di bahagian atas rongga hidung. Bahan-bahan yang menggalakkan deria pembauan ialah gas dan bahan pepejal halus yang larut dalam lendir rongga hidung.

Saraf otak pertama(saraf olfaktori) - umbi olfaktori(bonggol bau) - pusat pembauan(bertempat di permukaan bawah copeng temporalis.

Hidung

Deria Rasa Organ deria rasa ialah lidah. Permukaan lidah diliputi oleh selaput mukosa. Permukaan atasnya kasar kerana adanya tompok-tompok di dalam selaput mukosnya. Tompok-tompok ini membentuk beberapa jenis papila yang mengandungi tunas deria rasa. Pusat deria rasa bertempat di copeng parietalis. Terdapat beberapa urat saraf yang menerima deria rasa dari ruang mulut ke otak, iaitu: i. ii. iii. iv. Saraf ke-7 (muka/fasia) membekalkan 2/3 bahagian depan lidah Saraf ke-9 (gloso faring) membekalkan 1/3 bahagian belakang lidah Saraf ke-5 (trigemina) Saraf ke-12 membekalkan otot lidah

Deria Penglihatan mata Biji mata terletak di dalam lesung biji mata yang dikenali sebagai soket atau lesung mata. 7 daripada tulang tengkorak membentuk soket itu. Tulang-tulang ini melindungkan biji mata (melainkan bahagian depannya). Bantal lemak yang didapati di belakang biji mata memberi perlindungan yang selanjutnya. Setiap biji mata dibekalkan dengan 6 otot jalur yang menggerakkannya.

Keseimbangan & pendengaran Salur separuh bulat yang didapati di bahagian belakang labrin tulang berfungsi membantu dalam imbangan kedudukan dan keseimbangan. Ada 3 salur separuh bulat iaitu: i. ii. iii. Salur atas(supra) Salur belakang(postika) Salur sisi luar(latera)

Ketiga-tiga salur itu bersudut tepat di antara satu sama lain. Tiap-tiap satu terletak dalam satah sendiri. Gerakan kepala atau pertukaran dalam kedudukan tubuh menggerakkan bendalir limfatika dalam di salur separuh bulat dan vestibula.

Bendalir limfatika dalam bergerak - merangsangkan sel-sel saraf khas mengalir ke saraf vestibula vestibula keluar dari salur separuh bulat dan bersatu dengan saraf koklia membentuk saraf otak ke-8(saraf oditori) bahagian vestibula dari saraf ke-8 menjalar ke serebelum bahagian koklia menjalar ke copeng temporalis serebrum.

Perasaan pening dan loya pada masa belayar adalah disebabkan oleh gangguan yang terdapat di bendalir limfatika dalam dan di salur separuh bulat. Imbangan letakan tubuh dan keseimbangan juga bergantung kepada rangsang deria yang dialirkan ke serebelum dari otot dan sendi.

Anda mungkin juga menyukai