Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN CERAMAH BIG PPG PERINGKAT 2 FASA 2

Ceramah Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang untuk guru-guru SJK(C) Chung Hua Rantau telah berjaya dilaksanakan pada 1 Mac 2013 (Jumaat). Ceramah ini bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 5 petang. Seramai 20 orang guru, termasuk Guru Besar dan 3 orang Guru Penolong Kanan, telah menghadiri ceramah ini. Ceramah ini dikelolakan sepenuhnya oleh 4 orang guru yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, sebagai memenuhi kehendak program Bina Insan Guru (BIG) Peringkat Kedua Fasa 2. 4 orang guru tersebut telah memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja Ceramah, di mana Puan Yong Huei Bing bertugas sebagai Setiausaha, Puan Lee Ling Sze sebagai Bendahari, Cik Chin Mei Yean sebagai AJK Makanan dan Puan Liew Sau Kum sebagai AJK Alatan ICT. 4 orang guru tersebut juga menjadi penceramah dalam ceramah ini. Sebelum ceramah bermula, guru-guru menikmati makan tengah hari di kantin sekolah. Ceramah ini diadakan di Bilik Mesyuarat. Puan Yong Huei Bing memulakan ceramah dengan slot Teachers Change Lives sebagai set induksi. Slot seterusnya bertajuk Guru Sebagai Insan Mulia dan disampaikan oleh Puan Lee Ling Sze. Puan Liew Sau Kum menyampaikan slot bertajuk Kualiti Peribadi dan Profesionalisma Guru manakala Cik Chin Mei Yean mengakhiri ceramah dengan slotnya yang bertajuk Pembelajaran Berterusan dan Sepanjang Hayat. Guru-guru yang menghadiri ceramah telah memberi respons yang merangsangkan. Mereka berpendapat bahawa ceramah sebegini dapat memberi peringatan kepada mereka tentang nilai-nilai dan tanggungjawab seseorang guru, seterusnya memberi motivasi kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Anda mungkin juga menyukai