Anda di halaman 1dari 16

Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya, Nama yang

baik tidak tersebut Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama; Resam di dunia juga dusebut, Orang yang mati meninggalkan nama

Pantun ini disampaikan sebagai pesanan tidak langsung bahawa orang yang berbudi hendaklah dikenang. Orang yang berbudi, pasti akan disebut-sebutwalauoun telah meninggal dunia.

Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun

Jasa dan budi orang senantiasa dikenang.Biarkan kecil, budi itu tetap dihargai. Seseorang yang mengasihi yang lain, apabila kasihnya diterima hubungan tersebut akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.

Tema dan Persoalan


Tema
kelebihan orang yang berbudi

Persoalan
(a) ketinggian nilai budi (b) sikap mengenang budi (c) budi yang tidak luput walaupun seseorang itu telah meninggal dunia (d) budi yang mengikat hubungan sesama manusia dan menjadikan seseorang itu sangat terhutang budi

Bentuk Pantun
"Pantun Empat Kerat(Budi)" ini adalah puisi terikat. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris serangkap. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata dalam sebaris. Bilangan suku kata dalam setiap baris juga terdiri daripada sembilan hingga sebelas suku kata. Rima akhir pantun ini ialah abab.

Gaya Bahasa
Repetisi contohnya: Terang bulan terang di paya Simile contohnya: Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun. Asonansi (Pengulangan bunyi vokal-a,e,i,o,u) contohnya: Jika tak kenang kepada saya Aliterasi(Pengulanagan bunyi konsonan-bukan a,e,i,o,u) contohnya: Jika tak kenang kepada saya Rima akhir (Pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi) terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak tersebut.

Nilai
Nilai menghargai budi yang dihulurkan.contohnya , budi yang diterima walaupun sedikit atau kecil menjadi suatu yang berharga dan dikenang selalu. Nilai keikhlasan.contohnya, ditunjukkan menerusi tindakan menghulurkan budi kepada insan lain.

Pengajaran
Setiap orang hendaklah memberikan sumbangan untuk mewujudkan keharmonian dalam kehidupan. Setiap orang yang yang memperoleh sumbangan mesti mengenang budi walaupun budi itu tidak sebenar mana. Setiap budi atau jasa yang diperoleh mesti diberikan setinggi-tinggi penghargaan kerana budi atau jasa itu sukar dibalas dan diganti. Seseorang itu akan disebut atau diingati atas setiap perbuatannya sama ada baik atau buruk.

Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik; Kalau tak pandai menumbuk samba. Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab.

Isteri yang cantik tidak dianggap sempurna jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur. Kitab selalunya dibaca oleh orang yang berpengetahuan.Oleh sebab itu, jika orang yang dianggap tidak berilmu menunjukkan kemahiran, pihak lain pasti akan jetawa kerana tidak percaya.

Ambil segulung rotan saga, Suruh ambil mari diurut; Orang yang tidak pernah Duduk termenung harimau tua, berkuasa tidak akan dapat Melihat kambing mencabut berbuat apa-apa kepada rakyat janggut biasa apabila kuasanya telah hilang.

Kupu-kupu terbang melintang, Keupayaan seseorang yang Hinggap mrnghisap bunga layu; Hati di biasanya dianggap hanya layak dalam menaruh bimbang, Melihat ikan berada di bawah akan memanjat kayu. menimbulkan kebimbangan kepada orang atasan. Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pangkalan; Hairan sekali Apabila orang bawahan mendapat hati saya, Burung terbang disambar kuasa dan berjaya menjatuhkan ikan. orang yang berada di tempat yang tinggi dan berpengaruh, tentulah akan menimbulkan kehairanan pada pandangan umum.

Tema pantun ialah menyampaikan sindiran untuk memberikan pengajaran kepada kita.
Persoalan ialah: (a) kepentingan membuat kerja-kerja dapur bagi kaum wanita (b) sesuatu yang luar biasa itu membawa petanda buruk dan orang yang melihatnya akan berasa bimbang (c) kekuasan yang tidak akan kekal kuasanya

(d) keupayaan orang yang lazimnya dianggap lemah, tetapi mampu melakukan perkara yang mengagumkan

Pantun ini terdiri daripada lima rangkap.


Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris serangkap.

Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara empat hingga lima patah kata.
Bilangan suku kata dalam setiap baris pun hampir sama, iaitu antara sembilan hingga sebelas sulu kata. Rima akhir pantun ialah abab.

Inversi

contohnya, hati di mana Anafora. contohnya, Apa guna berkain batik,


Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik,

Kalau tak pandai menumbuk sambal


Asonansi(pengulang bunyi vokal-a,e,i,o,u)

contohnya, hairan sekali hati saya


Aliterasi(pengulang konsonan-bukan a,e,i,o,u)

contohnya, ikan kering lagi ketawa

Nilai nasihat-menasihati.contohnya, golongan wanita mesti mahir dalam urusan masak memasak.
Nilai merendah diri.contohnya, sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kemahiran kita perlulah dirujuk kepada mereka yang lebih arif Nilai keyakinan diri.contohnya, membuktikan kebolehan diri supaya tanggapan negatif orang lain terhadap keupayaan kita dapat dihapuskan.

Kaum wanita hendaklah belajar tentang urusan-urusan di dapur


Seseorang itu perlulah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah Janganlah memperoleh kuasa melalui saluran yang salah

Anda mungkin juga menyukai