Anda di halaman 1dari 3

• MESYUARAT AGUNG PIBG kali ke -38

Kalendar Peristiwa, SK Bukit Bertam No Comments

Disediakan oleh HILDA AIN BINTI HASSAN Webmaster Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan
Selama.

Tarikh : 13 Mac 2009

Masa : 3.00 - 6.00 p.m.

Tempat : Dewan SK Bukit Bertam

Aktiviti:

Mesyuarat PIBG dimulakan dengan sesi pendaftaran ibu bapa. Setiap peserta
diberikan nombor cabutan bertuah dan cenderahati semasa pendaftaran. Setelah ibu
bapa mengambil tempat, Ustaz Ahmad Fadhil Bin Che Ros memulakan majlis
dengan bacaan doa. Majlis dimulakan dengan persembahan oleh murid-murid Pra
sekolah. Ini diikuti pula ucapan Yang Dipertua PIBG, Encik Abdul Kalam bin Haji
Abdul Aziz dan seterusnya merasmikan mesyuarat PIBG. Seterusnya upacara
merasmikan pentas Dewan SKBB yang baru turut dilakukan. Majlis diteruskan
dengan ucapan Penasihat PIBG oleh Encik Abdul Rahim bin haji Mohd yang juga
merupakan Guru Besar SKBB.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan usul oleh AJK PIBG dan ibu bapa.
Antara perkara yang dibentangkan ialah laporan tahunan PIBG SK Bukit Bertam,
penyata kewangan, rekod kehadiran, kutipan yuran dan tugas AJK PIBG. Ibu bapa
turut mengemukakan soalan kepada AJK PIBG. Sesi soal-jawab berjalan dengan
lancar. Majlis diserikan dengan cabutan bertuah dan diakhiri tepat jam 6.00 p.m

Ibu bapa mengambil tempat


Persembahan oleh murid-murid Pra sekolah

Upacara merasmikan pentas Dewan SKBB yang baru


Barisan AJK PIBG

Barisan pemenang hadiah cabutan bertuah

Anda mungkin juga menyukai