Anda di halaman 1dari 5

4.

Pembudayaan Ilmu dan PengukulanBahasa

Ilmu adalah penting kepada masyarakat Melayu yang telah setia dengan Islam. Sebagai buktinya, mereka menjadikan di kalangan mereka yang mempunyai ilmu yang tertinggi sebagai rujukan di istana dan ini telah menggantikan golongan dukun dan pawing-pawang konteks pembudayaan ilmu pengetahuan, tamadun Melayu berperanan memberikan makna yang tepat terhadap konsep dan budaya ilmu yang perlu diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang bertamadun . Kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu juga telah membuatkan mereka lebih minat untuk belajar setiap ilmu yang terdapat waktu itu. Ini dapat dibuktikan menerusi, kewujudan pusat-pusat keilmuan seperti Acheh dan Pattani, di samping melahirkan ramai tokoh ilmuan. Penibuhan institusi pengajaran dan pendidikan yang penting seperti istana , masjid madrasah dan pondok. Istilah-istilah meunasah , rangkang dandayah bagi masyarakat merupakan tahap-tahap atau peringkat-peringkat pendidikan yang diamalkan (Azyumardi,2000:156) Oleh itu, pembudayaan ilmu dikatakan perlu dalam pembinaan tamadun yang kukuh dan utuh. Mengikut Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55), beliau telah menggariskan beberapa panduan yang dapat merealisasikan matlamat dan hasrat tersebut. Antaranya adalah: i) Mementingkan ilmu pengetahuan . ii) Berkekalnya hasil ilmiah. iii) berterusnya usaha keilmuan. iv) Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan. v) Sikapnya hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagi merealisasikan budaya keilmuan. vi) Member pengiktirafan terhadap peranan kaum wanita. Jika kita mengamati sejarah Islam secara keseluruhan, kita akan dapati bahawa kejayaan, kemenangan dan kekuatan ummah disebabkan oleh umat Islam dengan pemahaman yang sebenar dan tulen,mengamal ajaran Islam secara sempurna dan menyeluruh dalam pelbagai dimensi kehidupan malah pembudayaan ilmu pengetahuan telah mengakar dan sebati di dalam jiwa mereka. Hal ini disingkap oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16) dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada Islam,nescaya kita mampu menegakkan peradaban moden seperti yang dikecapi oleh zaman kegemilangan Islam dahulu. 4.1 Pembinaan Jati diri dan modal insan

Konsep kemuliaan insane dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat bertamandu dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia. Istilah peradapan yang diperjuangkan oleh masyarakat Melayu merangkumi ketinggian akhlak dan budi pekerti perlu mengatasi nilai-nilai material yang diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat hari ini. Justeru, dalam usaha membina jati diri manusia Melayu ini ia memerlukan kebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam. Apa yang jelas mutahir ini ialah nilai-nilai kemuliaan insane ini semakin terhakis akibat gelombang modenisasi dan globalisasi yang melanda umat Melayu Islam di Negara kita khususnya. Ia juga dapat diperincikan menerusi :Pengaruh nilai individualistic dan meluaskan fahaman meteralisme.

Sistem Pemerintahan Tamandun Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses sejarah yang berkesinambungan yang dapat dibuktikan melalui pel bagai sumber sejarah dan kaedah arkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau Negara bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari politik-politik atau kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya.Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor Ria, Lingga dan sebagainya (Zainal Abidin, 2001:196:Abdul Aziz, Mengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang pernah menjadi Negeri-negeri Melayu bersekutu. Negeri-negeri Melayu Tidak bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasan utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu-Islam. Sistem politik dahulu dimana diperintah oleh sultan telah diserap masuk ke dalam Tamandun Malaysia dan telah dijadikan sebagai Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perlembagaan Malaysia telah menulis bahawa Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu merupakan satu komponen yang penting dalam pemerintahan Negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan ketua utama negara yang mengetahui tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badan pemerintahan, badan perundangan dan badan kehakiman. Mengikut sistem pemerintahan Malaysia. Yang Di-pertuan Agong tidak mencampuri urusan politik negara ini. Ini adalah satu daripada sistem yang berlainan daripada sistem pemerintahan yang asal dimana Baginda tidak mempunyai kuasa yang mutlak untuk mentadbir dalam negara ini. Sebaliknya, Baginda bertindak atas arahan Perdana Menteri atau Jemaah Menteri. Sistem Perundangan Dalam konteks sejarah, politik-politik Melayu merupakan kamus perundangan sendiri yang berasaskan adat Melayu dan undang-undang Islam.Antara cacatan awal mengenai undangundang Islam si Tanah Melayu adalah pada prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di Sungai Terasat., Kuala Berang, Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan 22 Februari 1303m. Ia mengandungi beberapa cacatan tentang hokum Islam yang perlu dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab ppemerintahan melaksanakan dan menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang,rejam atau hokum sebat ke atas penzinaan, hokum menuduh zina dan tentang ketaksamaan antara semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan(Wan Ab Rahman, 2004:90).Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemenrintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah(1592:1614) di bawah pengaruh Undang-undang Melaka. Dalam era penjajahan misalanya di eraBritish, mereka tidak banyak merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malay Union(Abdul Monir, 2005:68).

Agama Dan Adat Istiadat Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja menjadi factor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam Pelembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini tertaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan menerusi peruntukan ini, pihak keraja pusat menerusi Jabatan Agama Islam dalam pelbagai bidang seperti melaksanakan pembangunan agama islam dalam pelbagai bidang seperti melaksanakan pentadbiran hokum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yang terbatas dan tertentu sahaja. Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia, tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan Melayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama tetapi bagi pengnut agama Islam kerajaan boleh mengubal undang-undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng atau sesat. Dalam konteks pengamal adat dikalangan orang Melayu, Ahmad Ibrahim(1987:316) menjelaskan bahawa apabila orang Melayu ini menganut agama Islam, adat yang lama yang mereka amalkan telah diubahsuai agar ia selari dengan ajaran Islam. Bahasa, kesenian dan kesusateraan Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun Melayu, juga meneruskan peranannya sebagai bahasa pengantaraan luas dalam tamadun Malaysia, terutama dalam aspek pendidikan. Dengan penyebaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh Arab, bahasa Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang dikenali sebagai tulisan jawi. Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi diangkat sebagai bahasa ligua franca dan wahana ilmu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agama Islam telah meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Istilah-istilah yang baru dan cara penghujahan dan penyataan yang baru demi mengungkapkan penegasan dan penghujahan yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik.(Abu Hassan,2001:179) Pengaruh Islam dalam kesenian di Malaysia ini jelas kelihatan pada batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasan rumah, Sungguhpun Islam melarang umatnya membuat ukiran-ukiran patung dan lembaga-lembaga yang berunsur seni yang paling diminati oleh orang Melayu. Seni muzik dan tarian Timur Tengah juga telah dapat mempengaruhi kesenian orang Melayu. Walaupun Islam tidaklah menggalakkan kesenian jenis ini, tetapi kesenian inilah yang nampaknya Berjaya mempengaruhi budaya orang Melayu.Alat-alat muzik dan tarian-tarian dari Timur Tengah telah meresap masuk dan diterima dengan baik oleh orang Melayu khususnya. Alat-alat seperti rebana san kompang yang merupakan alat muzik yang diharuskan oleh Islam telah menjadi alat-alat muzik orang Melayu bagi mengiringi tarian rebana dan zapin. Tarian-tarian asli Melayu juga mula diiringi oleh alat-alat muzik ini. Selain itu wayang kulit , seni tari, seni ukir, seni tenun, seni ayaman, seni kulinali dan muzik nyanyian juga menarik minat penduduk tempatan.

Bagi kesusteraan Melayu trasisional, kedatangan Islam membuka lembaran baru dalam kehidupan masyarakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar baru kepada masyarakat turut juga membawa memperkenalkan tulisan yang wajar dan sesuai untuk dikembangkan penggunaan di Alam Melayu. Dengan itu, Kertas yang telah sekian lama digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih peranan yang dimainkan oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam juga diperkenalkan penggunaan (Siti Hawa, 2002:6). Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh masyarakat Melayu serentak dengan mereka menerima agama Islam dan mereka hanya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri(Siti Hawa,2012:10). Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkan bahawa mereka tidak berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun Melayu yang penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi komponen penting atau terus teras kepada budaya dan tamadun Melayu. Ini kerana pihak penjajah Belanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasai intitusi politik, pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa yang sama , mereka tidak pula menghalang perkembangan bahasa, sastera dan kesenian Melayu. Malah ada di kalangan mereka yang bertidak sebagai penaung atau pengkaji bahasa, sastera dan kesenian yang terus menerus berkembang(Wan Hashim, 2001:112) Buktinya ialah Stanford Riffles, merupakan orang yang pertama telah memperkenalkan konsep The Malayan Nation, the Malay race, wilayah Melyu dan mengkonsepsi sejarah orang Melayu berdasarkan falsafah romantic, teori social dan biologi Eropah(Shamsul Amri, 2003:90) Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyakan negeri Malayu khususnya bekas Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terenganu dan Johor menggunakan bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam mesuarat, surat menyurat dan penulisan minit (Wan Ab Rahman, 2004:92). Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak berjaya meminggirkan bahasa Melayu, namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran Inggeris di semua peringkat. Rendah, menengah dan tinggi (universiti) pada awal abad ke-20. Bahasa Inggeris mula bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian tinggi Selama hamper tiga suku dekat bahasa Inggeris menduduki tangga pertama dibandingkan dengan bahasa Melayu(Wan Hashim, 200587). Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan telah memperakui bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi bagi Malaysia. Akta pelajaran juga menyatakn bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di institusi-institusi pengajian. Akta 1961 juga telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam system pendidikan negara. Dalam dasawarsa lepas, bahasa Melayu dilihat agak kehilangan arah dan masih tercari-cari jati khususnya di kalangan warga Malaysia sendiri. Mereka lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak sebagai bahasa pertuturan seharian. Ini ditambah lagi dengan kehadiran bahasa SMS yang cukup di kalangan remaja dan para pelajar khususnya. Keadaan ini membimbangkan pihak kerajaan unutk memantau malah mengambil tindakan terhadap manamana pihak yang menyalahgunakan dan mencemarkan kesesuaian bahawa kebangsaan ini.