Modul Lembangan Saliran
Modul Lembangan Saliran
SMK. DATO SRI AMAR DIRAJA, MUAR TEMA : GEOMORFOLOGI TAJUK: LEMBANGAN SALIRAN SUB TAJUK ; SUNGAI DAN KERJANYA Sungai boleh dianggap sebagai satu jentera atau alat yang melakukan dua kerja utama iaitu membuang air yang berlebihan di permukaan bumi dan melakukan kerja-kerja gondolan ke atas permukaan bumi dengan kuatnya. Pada tugasan menggondolkan permukaan bumi sungai melakukan tiga kerja yang utama iaitu menghakis permukaan bumi yang dilaluinya; mengangkut bahan-bahan yang dilarut dan dihakisnya serta memendapkan bahan-bahan yang diangkutnya . I. MEKANISME / PROSES-PROSES HAKISAN Sungai menghakis tebing dan dasar alurnya melalui empat cara: 1. Tindakan hidraul/ hidrulik Tindakan hidraul dilakukan oleh hempasan air sungai terhadap tebing dan dasar alurnya . Hempasan air akan menggali keluar dan mencungkil bahan-bahan batuan keluar pada struktyur batuan yang longgar. Tindakan ini kadang-kadang dapat memecahkan batuan yang lebih padat. Proses ini sangat berkesan di kawasan air terjun. 2. Geseran Geseran dilakukan oleh bahan-bahan yang dibawa dan diangkut oleh air sungai seperti batu tongkol, batu kelikir, pasir, kelodak dan sebagainya. Bahan-bahan ini terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuknya akan menggeser dinding dan dasar alur sungai semasa air mengalir. Geseran sangat berkesan sewaktu banjir kerana pertambahan bahan dan isipadu air. 3. Lagaan Lagaan dilakukan oleh bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai apabila bahan-bahan itu berlaga sesame sendiri. Akibatnya bahan-bahan itu akan pecah dan menjadi lebih kecil. 4. Larutan Larutan berlaku apabila air sungai mengalir merentasi kawasan batuan yang mengandungi mineral yang mudah larut. Air sungai yang mengandungi asid lemah akan melarutkan bahan pada dinding dan dasar alur sungai yang mengandungi mineral mudah larut seperti batu kapur dan batu garam. II. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HAKISAN 1. Halaju air Semakin deras /laju aliran air tenaga kinetik yang terhasil juga tinggi. Keupayaan melakukan kerja sungai juga tinggi maka kadar hakisan meningkat. 2. Kecerunan Semakin curam sesuatu cerun tindakan daya graviti juga tinggi maka halaju sungai juga akan tinggi . Ini meningkatkan tenaga kinetik maka kadar hakisan meningkat. 3. Bentuk alur /Geometri sungai Bentuk alur sungai yang semakin lurus akan melancarkan aliran sungai ini akan meningkatkan kadar hakisan kerana tiada halangan yang boleh menyekat kederasan aliran sungai. Bahagian cekung sungai , kadar hakisan meningkat. 4. Jenis batuan Sahrom2012 1
2. 3.
Sahrom2012
VI.
PEMENDAPAN SUNGAI Pemendapan berlaku apabila air sungai tidak mampu lagi untuk menggerakan bahan-bahan yang
dibawanya kerana tenaga untuk mengangkut beban sungai menjadi kurang disebabkan oleh aliran air yang sangat perlahan. Pemendapan biasanya berlaku di bahagian hilir sungai atau muara sungai dan ditebing cembung sungai. Dalam proses pemendapan, bahan-bahan yang lebih berat dan besar seperti batu tongkol akan dimendapkan terlebih dahulu manakala bahan yang lebih kecil dan ringan seperti pasir dan lempung akan dimendapkan kemudian terutamanya di bahagian muara sungai. VI. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMENDAPAN 1. Halaju air 2. Isipadu air 3. Kecerunan 4. Bahan muatan 5. Halangan
VII.
Sahrom2012
3. TETAMBAK
4. DELTA
Sahrom2012
Sahrom2012
Jeram
Delta
Dataran Banjir
Tetambak
Sahrom2012