Anda di halaman 1dari 1

1) Pada abad ke-16, ekonomi feudalisme yang mengutamakan pertanian sebagai sumber utama di China telah menyebabkan status

ekonomi perdagangan diletakkan sebagai lapisan paling rendah dalam bidang ekonomi dan para pedagang telah dipandang hina. 2) Namun begitu, aktiviti perdagangan di China tetap berjalan lancar dengan adanya sistem pengangkutan yang baik . Sungai-sungai telah dijadikan jalan perhubungan yang utama. Contohnya, Sungai Yangtze membolehkan perdagangan dijalankan di seluruh lembangan tengah. 3) Sungai-sungai barat pula membolehkan perdagangan dijalankan di selatan dan Sungai Peiho serta Sungai Kuning memudahkan perhubungan timur dan barat di sebelah utara. 4) Sistem jalan air ini telah diperluaskan lagi dengan pembinaan Terusan Besar yang menganjur di Peking di sebelah utara ke Hangchow, selatan Sungai Yangzte.

Anda mungkin juga menyukai