Anda di halaman 1dari 26

QKJ3013 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN TUGASAN 2

NAMA PELAJAR : MUHAIDIN BIN ZAIDI NO. MATRIK NO. TELEFON KUMPULAN EL PROGRAM : D20102040148 : 019-4694375 : UPSI01 (A121PJJ) : AT05J BAHASA MELAYU

NAMA PENSYARAH : DR MIRZA AZNY BINTI MUSTAFA TARIKH SERAHAN : 9 NOVEMBER

2012
ISI KANDUNGAN

BIL. 1.0 2.0 3.0 PENGHARGAAN

PERKARA

MUKA SURAT 3 4 5 5 7 8 9 11 11 11 12 13 15 21 22 27 33 34

SOALAN TUGASAN 2.1. Tajuk Pilihan PENGENALAN 3.1. 3.2. 3.3. Kurikulum Pendidikan Khas Definisi Pendidikan Khas Keperluan Pendidikan Jasmani Suaian

4.0

3.4. Pedagogi Pendidikan Jasmani Suaian KONTEN 4.1. 4.2. 4.3. 4.4. Murid Masalah Penglihatan Definisi Ciri-ciri Masalah Penglihatan Keperluan dalam pendidikan

5.0 6.0 7.0

PROSEDUR AKTIVITI PENGGUNAAN ALATAN CONTOH AKTIVITI DISERTAKAN ILUSTRASI / GAMBAR / RAJAH / JADUAL 7.1. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

8.0 9.0

KESIMPULAN RUJUKAN

1.0.

PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. atas limpah dan hidayahNya, saya

dapat menyempurnakan tugasan ini. Pada kesempatan ini, dengan berbesar hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus ini kerana memberi saya peluang untuk menghasilkan tugasan berkaitan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian di sekolah. Tajuk yang saya pilih ialah Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (Murid Masalah Penglihatan). Dalam menjayakan tugasan ini, saya juga memberi setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan kerana turut memberi sumbangan, sokongan dan dorongan berupa buah fikiran dan pandangan yang bernas. Begitu juga, terima kasih saya kepada orang perseorangan yang telah memberi komen dan teguran dalam menjayakan penghasilan tugasan ini. Semoga jasa baik mereka diberi ganjaran yang sewajarnya oleh Allah S.W.T. Akhir kata, saya mengharapkan keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. terhadap usaha yang telah saya laksanakan ini. Saya juga berharap agar tugasan ini dapat membantu saya merancang aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian dengan selamat dan berjaya serta mampu mengembangkan bakat dan potensi sedia ada murid seterusnya memberi keyakinan dan semangat kepada saya dalam meneruskan kerjaya sebagai pendidik pada masa-masa akan datang.. Sekian, terima kasih.

2.0.

SOALAN TUGASAN 2 1. 2. Pelajar dikehendaki menyediakan satu tugasan berkaitan teknik

pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani suaian di sekolah. Dalam tugasan tersebut, pelajar hendaklah berupaya menyediakan kandungan seperti berikut: a. b. c. d. e. f. g. 2.1. Tajuk Pilihan d. Teknik dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (Murid Masalah Penglihatan) Pengenalan Konten Prosedur aktiviti Penggunaan alatan Contoh aktiviti disertakan ilustrasi/gambar/rajah/jadual Kesimpulan Rujukan

3.0.

PENGENALAN Pendidikan Jasmani Suaian adalah bidang khusus dalam pengajaran Pendidikan

Jasmani yang menyediakan kurikulum serta keperluan bagi menyesuaikan bidang Pendidikan Jasmani dengan keperluan golongan istimewa. Pendidikan Jasmani Suaian membenarkan pelajar istimewa mengikuti kelas dengan lancar tanpa ada sekatan atau batasan. Pendidikan Jasmani Suaian didefinisikan sebagai pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang diajar berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubah suai bedasarkan kekangan dan batasan pelajar yang mengikutinya. Pendidikan Jasmani Suaian sama seperti Pendidikan Jasmani yang diajar di dalam kelas biasa. Pendidikan Jasmani disesuaikan daripada aktiviti Pendidikan Jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada golongan individu kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat dan berjaya serta mencapai kepuasan diri. Faktor utama yang perlu diambil kira dalam melaksanakan pendidikan Jasmani Suaian ialah potensi dan keupayaan individu untuk melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu aktiviti yang sangat penting kepada semua pelajar di sekolah termasuk pelajar berkeperluan khas.Pelajar berkeperluan khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Aktiviti pendidikan jasmani suaian ini penting kepada mereka kerana ia merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi. 3.1. Kurikulum Pendidikan Khas

Pendidikan untuk semua menegaskan bahawa semua kanak-kanak berhak diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanakkanak adalah menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Individu berkeperluan khas yang berada dalam Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Dowm, Perkembangan Lewat, Autisme dan Hiperaktif. Kurikulum Kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid

berkeperluan khas. Hal ini disebabkan tahap pencapaian pendidikan murid-murid berkeperluan khas ini amat rendah, dan peningkatan pencapaian adalah perlahan dan minimum. Objektif yang terdapat dalam kurikulum sedia ada pula terlalu tinggi untuk murid berkeperluan khas menguasai kemahiran yang sesuai dengan tahap keupayaan masing-masing. Oleh itu, terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus, dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan: Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut; a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; dan

b)

murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.

Sebagai memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan bahawa guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Oleh itu, Kurikulum Pendidikan Khas perlu dibina supaya pembelajaran yang diperoleh di dalam bilik darjah dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian. Kurikulum Pendidikan Khas juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum kepada murid-murid berkeperluan khas supaya mereka dapat berfungsi sebagai individu yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat. 3.2. Definisi Pendidikan Khas Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Menurut Slavin (1997), mendefinisikan pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada murid-murid yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi, dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas. Mereka tidak akan dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan sekolah biasa. Kanak-kanak istimewa yang memerlukan pendidikan khas boleh digolongkan dalam 7 kategori seperti berikut : 1. 2. Kanak-kanak kerencatan akal Kanak-kanak bermasalah pembelajaran

3. 4. 5. 6. 7. 3.3.

Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi Kanak-kanak cacat penglihatan Kanak-kanak cacat fizikal Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Keperluan Pendidikan Jasmani Suaian Pendidikan Jasmani Suaian adalah bidang khusus dalam pengajaran Pendidikan

Jasmani yang menyediakan kurikulum serta keperluan bagi menyesuaikan bidang Pendidikan Jasmani dengan keperluan golongan istimewa. Pendidikan Jasmani Suaian membenarkan pelajar istimewa mengikuti kelas dengan lancar tanpa ada sekatan atau batasan. Pendidikan Jasmani Suaian didefinisikan sebagai pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang diajar berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubah suai bedasarkan kekangan dan batasan pelajar yang mengikutinya. Pendidikan Jasmani Suaian sama seperti Pendidikan Jasmani yang diajar di dalam kelas biasa. Pendidikan Jasmani disesuaikan daripada aktiviti Pendidikan Jasmani tradisional bertujuan untuk menyediakan peluang kepada golongan individu kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat dan berjaya serta mencapai kepuasan diri. Faktor utama yang perlu diambil kira dalam melaksanakan pendidikan Jasmani Suaian ialah potensi dan keupayaan individu untuk melakukan aktiviti tersebut. Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun matapelajaran pendidikan jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia, subjek ini nyata signifikan kerana merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh matapelajaran-matapelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, subjek ini

menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat. Aktiviti Pendidkan Jasmani Suaian untuk golongan khas kurang diberikan perhatian pada masa ini. Di Malaysia tidak banyak tempat yang disediakan sesuai untuk memberi peluang kepada golongan khas untuk beriadah terutamanya di luar kawasan sekolah khas. Golongan normal mudah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, kemudahan dan peralatan sesuatu jenis aktiviti riadah tetapi golongan khas pula sukar mendapat peluang untuk turut serta aktiviti yang dijalankan. Begitu juga dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajarpelajar biasa. Oleh itu, aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian merupakan aktiviti yang penting kepada murid-murid berkeperluan khas di sekolah. Murid-murid khas ini mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Justeru aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian ini bukan sahaja aktiviti fizikal semata-mata malah merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi oleh murid-murid berkeperluan khas. 3.4. Pedagogi Pendidikan Jasmani Suaian Elemen yang perlu diberi perhatian semasa melaksanakan pengajaran atau pedagogi Pendidikan Jasmani Suaian ialah i. ii. Mengurangkan masa aktiviti bermaksud tempoh masa sesi pengajaran bergantung kepada rangsangan. Memaklumkan keputusan untuk mendapatkan maklum balas dan penghargaan kepada daya usaha dan kejayaan mereka manakala yang lemah diberikan motivasi.

iii.

Membiasakan aktiviti.

murid-murid

dengan

senaman

terutamanya

aktiviti

memanaskan badan dan gerak kendur sebelum atau selepas sesuatu iv. v. Melibatkan pergerakan yang aktif dan boleh merangsang murid untuk menyelesaikan masalah. Memasukkan kemahiran verbal dan persembahan grafik untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Semasa menyampaikan sesuatu dalam pengajaran dan pembelajaran kita, teknik penyampaian kita adalah penting di mana ianya merupakan kaedah yang digunakan untuk menarik perhatian pelajar. Teknik juga merupakan muslihat yang digunakan guru untuk menyampaikan bahan dan isi pengajaran kepada murid secara optimum. Jelasnya, teknik juga adalah suatu kemahiran yang digunakan guru untuk pengelolaan dan perlaksanaan kaedah pengajaran untuk menjalankan pelbagai langkah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk mengajar pendidikan jasmani suaian. Berikut adalah beberapa teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas iaitu: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. Teknik main peranan Teknik bercerita Teknik simulasi Teknik sumbangsaran Teknik permainan Teknik syarahan Teknik soal jawab Teknik Kuiz Teknik Sosio-drama Teknik Ajuk Hafaz Teknik Soal jawab

4.0.

KONTEN

4.1.

Murid Masalah Penglihatan Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya sukar atau tidak dapat

melakukan tugasan seperti membaca atau menulis tanpa menggunakan alat bantuan khas. Gangguan penglihatan berlaku apabila penglihatan seseorang individu tidak dapat dibantu untuk mencapai tahap penglihatan normal. Gangguan penglihatan boleh disebabkan oleh penyakit yang dialami, trauma, serta masalah kongenital ataupun keturunan. Terdapat pelbagai takrifan yang digunakan untuk menentukan keterukan gangguan penglihatan. Antara takrif yang lazim digunakan di Malaysia ialah penglihatan terhad yang ditakrifkan sebagai akuiti visual lebih teruk dari 6/18 sehinggalah lebih baik dari 3/60 manakala buta ditakrifkan sebagai akuitivi visual yang lebih teruk daripada 3/60 (WHO 1997).

Gambar 1 : Kanak-kanak masalah penglihatan 4.2. Definisi Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.

Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi) Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:

Tidak dapat melihat langsung. Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen. Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.

4.3.

Ciri-ciri Masalah Penglihatan Ciri-ciri kanak-kanak masalah penglihatan dari segi kognitif: 1. 2. 3. Tidak memahami benda-benda abstrak. Cth : berkenaan warna Pengamatan dan daya anggaran sesuatu jisim amat lemah kerana terbatas ( kecuali melalui pengalaman) Tidak memahami konsep bentuk (cth ; pyramid itu seperti kon, kon itu seperti segitiga) Ciri-ciri kanak-kanak masalah dari segi psikomotor 1. 2. Kanak-kanak ini amat takut kepada persekitaran. Tahap keyakinan mereka amat kurang. Daya untuk membuat keputusan terhadap satu permasalahan amat lemah. Mereka amat memerlukan bimbingan orang dewasa. Cth : menyentuh sesuatu.

4.4.

Keperluan dalam pendidikan Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku Manual On The

Management of Children With Visual Impairement yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria di atas iaitu: Sentuh Pandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman. Pendengaran Bercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan bendabenda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan. Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali. Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada orang yang bertanya , Adakah anak anda mahu aiskrim?, cadangkan kepada orang itu supaya bertanya terus kepada kanak-kanak. Bau Pastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain.

Rasa

Galakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi. Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya. Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gamba rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop. Bagi setiap kanak-kanak low vision, mereka mesti dinilai dari segi fungsi visual bagi menentukan tahap penglihatan mereka yang masih ada dengan bantuan alat khas ataupun tidak. Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan baki penglihatan dengan optimum. Penilaian ini mungkin melibatkan preskripsi dan latihan penggunaan alat-alat untuk kanak-kanak kategori ini.

5.0.

PROSEDUR AKTIVITI

Pendidikan Jasmani melibatkan aktiviti fizikal dikalangan pelajar dan lebih berisiko berlakunya kecederaan jika guru gagal untuk mengambil langkah keselamatan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Kefahaman berkenaan keselamatan dalam Pendidikan Jasmani amat penting bagi mencegah berlakunya kecederaan terhadap murid melalui cara pengajaran atau latihan yang lebih baik. Pengawasan yang cekap merupakan tanggungjawab setiap guru pendiidkan jamani. Mereka bukan sahaja dijangka cekap dalam setiap aktiviti yang dikendalikannya, malah mereka diharap berkeupayaan untuk mengawasi murid dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru pendidikan jasmani seharusnya mempunyai panduan am yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan. Kecederaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani sering berlaku disebabkan guru tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai aktiviti yang dijalankan ditambah pula kegagalan merancang pengajaran dan latihan dengan berhati-hati. Oleh itu guru seharusnya menetapkan dan menerangkan peraturan keselamatan untuk kemudahan pendidikan jasmani kepada pelajar sebelum melakukan akitiviti. Guru juga seharusnya mempunyai rancangan pengajaran atau program latihan yang teliti. Langkah-langkah keselamatan perlu diambil bagi mencegah kemalangan semasa sesi pendidikan jasmani. Bagi aktiviti yang melibatkan penggunaan alatan sukan, guru harus memastikan peralatan sukan yang digunakan adalah sentiasa selamat. Alat-alat pencegah kemalangan mesti diwajibkan kepada pelajar seperti memakai pad lutut dan siku untuk pelindung lutut dan siku dalam permainan goalball. Bagi aktiviti tertentu, pelajar tidak dibenarkan melakukannya secara bersendirian dan perlu kepada pembantu atau penyokong. Seperti aktiviti gimnastik dalam pendidikan jasmani dan aktiviti angkat berat atau latihan beban mesti menggunakan penyokong untuk membantu pelajar melakukan aktiviti. Guru boleh mengajar palajar cara menyokong dan setiap pelajar mesti diajar untuk berbuat demikian. Jika

perlindungan atau langkah keselamatan gagal disediakan, aktiviti perlulah diubah suai mengikut kreativiti guru agar lebih selamat. Bagi setiap pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru harus bijak memilih aktiviti kepada pelajar. Risiko kecederaan dalam pendidikan jasmani akan meningkat jika guru gagal memilih aktviti yang sesuai dengan pelajar berdasarkan umur, saiz dan tahap keupayaan atau kemahiran pelajar. Aktiviti mestilah dirancang dengan rapi dan mengikut perinsip-perinsip ansur maju. Arahan yang diberi mestilah jelas terutamanya bagi aktiviti yang baru diperkenalkan untuk mengelakkan kesilapan yang mungkin mendatangkan kecederaan. Guru mesti memastikan semua pelajar memahami dengan jelas setiap arahan yang diberikan sebelum memulakan aktiviti fizikal. Aktiviti yang dipilih mestilah sejajar dengan kebolehan pelajar. Pemilihan aktiviti yang sesuai amat penting untuk mengekalkan motivasi pelajar untuk belajar dan memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani tercapai. Guru tidak boleh memaksa pelajar melakukan aktiviti diluar kemampuan atau keinginan pelajar tersebut seperti pelajar dengan kaki yang sakit tidak boleh dipaksa untuk melompat. Selain itu, aktiviti yang dipilih mestilah mengambil kira perbezaan kebolehan pelajar dan menyediakan program yang berperingkat demi mementingkan ciri-ciri individualistik pelajar. Pelajar yang berkebolehan rendah mestilah melakukan aktiviti yang mengikut tahap kebolehannya. Apabila seseorang pelajar tercedera semasa aktiviti pendidikan jasmani, adalah penting untuk guru mendokumentasikan secara terperinci kecederaan yang berlaku itu. Laporan kecederaan itu akan menjadi rujukan doktor dan mahkamah jika kes itu menjadi kes mahkamah. Ia juga menolong kita mengenalpasti dan menghapuskan faktor-faktor yang menyebabkan kecederaan tetapi boleh dicegah.

Dalam kes serius yang memerlukan pelajar dihantar ke hospital, kemudahan ambulan, kenderaan sekolah dan kenderaan sendiri hendaklah digunakan. Semasa menggerakkan pelajar yang tercedera, perhatian diberi supaya tidak menambahkan ketenatan pelajar. Ringkasnya, Guru perlulah membahagikan slot pengajaran dengan cuba menggunakan pelbagai strategi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak boleh hanya memberi arahan dan bercakap sepanjang waktu kerana golongan kurang upaya ini tidak boleh menerima arahan terlalu banyak dan secara berterusan. Tetapi, perlu diingatkan, setiap murid mempunyai kecacatan dan masalah yang berbeza. Justeru, guru boleh menentukan arahan mengikut kesesuaian tahap kecacatan dan ketidak upayaan murid dengan memberi arahan secara individu.

5.1.

PROSEDUR AKTIVITI PERMAINAN GOALBALL

Pendidikan Jasmani Suaian (Murid Masalah Penglihatan) Fasa Persediaan Aktiviti 1 i. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan dengan bimbingan guru. ii. Murid meneroka kawasan aktiviti / gelanggang goalball. kepada pasangan masing-masing dengan bimbingan guru. Cadangan soalan guru: a. Sebelum melakukan sebarang aktiviti, apakah yang perlu kita lakukan? b. Apakah anggota badan yang terlibat dalam aktiviti balingan bawah badan? c. Apakah yang boleh ditemui di permukaan gelanggang? iii. Secara berpasangan, murid membuat balingan bawah tangan bola berloceng

Aktiviti 2 i. Mengenal pasti ciri-ciri gelanggang goalball. Cadangan soalan guru: a. Apakah ciri-ciri gelanggang goalball? b. Apakah perbezaan gelanggang ini berbanding gelanggang permainan lain? c. Mengapakah garisan gelanggang perlu ditimbulkan? d. Apakah yang akan terjadi sekiranya gelanggang ini tidak ditimbulkan? e. Mengapa perlu ada batasan / garisan kepada ruang aktiviti ( gelanggang )? f. Adakah setiap ruang dalam gelanggang goalball ini mempunyai saiz yang sama? Fasa Imaginasi Penjanaan dan sintesis idea Aktiviti 1 i. Guru memberi penerangan tentang permainan goalball. ii. Secara berkumpulan, murid akan bermain goalball untuk mendapatkan gambaran dan memahami permainan tersebut. iii. Murid merancang idea dan strategi permainan secara berkumpulan. Cadangan Soalan guru a. Bagaimanakah susunan posisi ahli kumpulan anda dalam meenjaga gawang gol pasukan dari di bolosi pihak lawan? b. Bagaimanakah caranya anda berkomunikasi dengan rakan sepasukan semasa dalam permainan c. Guru memberi penerangan tentang permainan goalball. d. Guru memberi penerangan tentang permainan goalball. e. Guru memberi penerangan tentang permainan goalball.

iv. Setelah merancang strategi murid akan bermain permainan goalball dengan strategi yang telah dirancang tadi. v. Murid menentukan kelebihan dan kekurangan strategi permainan yang digunaakanoleh kumpulan masing-masing. Cadangan soalan guru a. Apakah kelebihan dan kekurangan strategi yang yang pasukan kamu gunakan? b. Bagaimanakah kamu mengesan arah pergerakan bola? c. Bagaimanakah kamu berkomunikasi bagi menentukan sipa yang perlu bertindak? Fasa Perkembangan Penambahbaikan dan menilai Aktiviti 1 i. Murid menilai semua strategi yang telah dirancang. ii. Murid menilai melalui pengalaman pergerakan dan membuat pembetulan melalui aplikasi ulangan. Contoh soalan guru a. Adakah strategi yang kamu rancangkan pada awal tadi sesuai? b. Mengapa strategi kamu perlu diubah / dikekalkan? Fasa Tindakan Pelaksanaan dan amalan berterusan Aktiviti 1 i. Aktiviti permainan goalball antara pasukan. Contoh soalan guru a. Adakah strategi yang digunakan berjaya?

b. Apakah idea lain yang kamu temui semasa permainan? c. Apakah perasaan kamu setelah bermain permaainan ini? Aktiviti 2. i. Refleksi permainan Contoh soalan guru a. Apakah masalah, kelemahan/ kelebihan kamu dalaam permainan/ aktiviti tadi? b. Apakah kelebihan dan kekuatan kamu semasa aktiviti tadi? c. Apakah idea-idea yang perlu diperbaiki? Aktiviti 3. i. Aktiviti menyejukkan badan.

6.0. 6.1.

PENGGUNAAN ALATAN PERALATAN

Bola Goalball ( Berloceng ) Pad lutut dan siku Blindfolds Wisel Penggunaan Alatan Secara Berpasangan i. Secara berpasangan, murid membuat balingan bawah tangan bola berloceng kepada pasangan masing-masing dengan bimbingan guru. Penggunaan Alatan Secara Berkumpulan i. Secara berkumpulan, murid akan bermain goalball untuk mendapatkan gambaran dan memahami permainan tersebut. Penggunaan Alatan Secara Berkumpulan i. Aktiviti permainan goalball antara pasukan.

7.2.

CONTOH AKTIVITI DISERTAKAN ILUSTRASI / GAMBAR / RAJAH / JADUAL

Aktiviti 1 AKTIVITI MEMANASKAN BADAN Tujuan aktiviti memanaskan badan adalah: i. meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk meningkatkan prestasi); ii. meransang aktiviti sistem saraf pusat (meningkatkan fungsi transmisi saraf iii. kontraksi otot menjadi lebih efisyen); iv. mengurangkan masa reaksi ; v. meningkatkan koordinasi; vi. mengurangkan risiko kecederaan; dan vii. meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi. 1. Senaman Regangan Statik

2.

Senaman Regangan Dinamik

Aktiviti 2 MENEROKA KAWASAN AKTIVITI i. Murid meneroka kawasan aktiviti / gelanggang goalball.

Aktiviti 3 MURID MEMBUAT BALINGAN BOLA BERLOCENG KEPADA PASANGAN i. Secara berpasangan, murid membuat balingan bawah tangan bola berloceng kepada pasangan masing-masing dengan bimbingan guru.

Murid membuat balingan bawah tangan bola berloceng kepada pasangan

Murid menyambut bola berloceng Aktiviti 4 i. Guru memberi penerangan tentang permainan goalball. ii. Secara berkumpulan, murid akan bermain goalball untuk mendapatkan gambaran dan memahami permainan tersebut. iii. Murid merancang idea dan strategi permainan secara berkumpulan.

Murid bermain goalball secara berkumpulan

Aktiviti 5 i. Aktiviti permainan goalball antara pasukan.

Permainan goalball antara pasukan Aktiviti 6 AKTIVITI GERAK KENDUR / MENYEJUKKAN BADAN i. Selepas aktiviti intensiti tinggi (latihan/pertandingan) terdapat jumlah darah yang banyak menuju ke jantung. ii. Jangan berhenti bergerak secara tiba-tiba kerana ini akan menyebabkan pengumpulan darah di vena pada kaki dan tangan. Ianya juga boleh mengganggu peredaran darah ke jantung, otak dan otot. iii. Pergerakan perlahan selama 5-10 minit (jalan, aktiviti aerobik intensit rendah) boleh membantu menggalakkan peredaran darah elak pening/pengsan. Ini diikuti dengan senaman regangan (regangan statik). iv. Masa ini paling baik untuk senaman regangan kerana: kebolehan otot memanjang secara maksimum; dan dapat membantu mengurangkan pengumpulan asid laktik

Aktiviti-Aktiviti Gerak Kendur / Menyejukkan Badan Secara Berpasangan