Anda di halaman 1dari 2

PERPADUAN ASAS KEJAYAAN NEGARA Salam sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi majlis, barisan hakim yang arif

lagi bijaksana, dif-dif jemputan yang mulia serta hadirin yang saya hormati. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Perpaduan Asas Kejayaan Negara. Perkataan perpaduan ini sering kita dengar dalam media massa seperti televisyen. Namun, adakah kita tahu maksud perpaduan dan mengamalkannya? Perpaduan boleh dikatakan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya.Perpaduan dipupuk m e l a l u i i d e o l o g i n e g a r a s u p a y a s e t i a p a n g g o t a masyarakat dapat membentuk satu identiti, nilai bersama dan satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. 1 Malaysia Itulah kata hikmat yang membawa sejuta harapan dan sejuta makna kepada seluruh warga Malaysia kerana perpaduan sangat penting dan misi utama negara. Tanpa perpaduan, sesebuah Negara itu pasti akan pincang dan huru-hura. Di Amerika contohnya, pada asalnya Negara ini mempunyai sentimen perbezaan warna kulit yang sangat teruk. Walau bagaimanapun, perbezaan ini tidak lagi diguna pakai sehingga Barrack Obama diangkat sebagai presiden Amerika yang ke-44 bagi Negara republik itu. Hadirin sekalian, Selain itu, peristiwa hitam 13 Mei tidak harus kita lupakan dan jadikan tragedi itu sebagai satu pengajaran yang berguna kepada kita. Pada masa kini, Malaysia menjadi terkenal di seluruh dunia kerana perpaduan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Bandingkanlah dengan negara-negara lain di dunia, Malaysia adalah salah satu contoh terbaik dan dicemburui segenap pihak. Dewasa ini, masih ada lagi anasir-anasir yang cuba menggugat perpaduan negara kita tetapi kerana semangat 1 Malaysia, kita tidak mudah terpengaruh. Sidang dewan yang dihormati, Perpaduan dalam sesebuah Negara sangat selaras dengan kemajuan Negara. Tanpa perpaduan, kita tidak akan rasa aman dan sentiasa berada dalam ketakutan. Jika Negara kacau bilau, sudah tentu ekonomi Negara jatuh malah lebih teruk lagi jika sesebuah Negara itu terlibat dalam peperangan. Marilah kita renungkan dan imbas kembali tragedi yang menimpa di Negara Somalia dan Nigeria. Sehingga kini, perang

saudara masih lagi tercetus sehingga ekonomi Negara mereka jatuh. Hal ini berlaku kerana mereka tidak bersatu dan sering bercanggah pendapat sehingga membawa bencana peperangan. Wahai hadirin sekalian, Inikah yang kita mahu? Adakah kita berasa perpaduan itu suatu perkara yang ringan?Sudah tentu jawapannya tidak. Perpaduan sememangnya penting bagi setiap Negara di dunia. Pada zaman teknologi ini, peperangan merupakan satu sifat yang tidak bertamadun. Ini kerana peperangan akan membentuk sifat dendam dan banyak kesan yang negatif. Oleh sebab itu, perpaduan adalah perkara yang perlu kita amalkan. Merujuk pada sejarah Malaysia, kerana perpaduan jugalah Negara kita dapat mencapai kemerdekaan daripada pihak British. Pada masa itu, semua kaum telah bersatu menentang pihak British supaya mereka kembali ke tempat asal mereka. Kita telah membuktikan yang kita mampu mentadbir Negara sendiri tanpa bantuan mereka kerana kita telah bersatu. Itulah perpaduan yang kita mahukan. Natijahnya di sini, perpaduan merupakan asas kepada kejayaan negara. Andai lima prinsip rukun Negara menjadi pegangan, saya yakin bahawa Malaysia akan menjadi negara yang terbaik serta mempunyai rakyat yang bersatu padu tanpa mengenal agama dan bangsa. Bersatu Teguh Bercerai Roboh Sekian, salam 1 Malaysia.