Anda di halaman 1dari 18

Pemuliharaan Ex-situ Tapirus indicus sp.

Tapir Facts
Kingdom :Animalia Phylum :Chordata Class :Mammalia Order :Perissodactyla Family :Tapiridae Genus :Tapirus Scientific Name: Tapirus Type :Mammal

Diet :Herbivore Size :100-150cm (39-59in) Weight :150-300kg (330-700lbs) Top Speed :48km/h (30mph) Life Span : 20-25 years Conservation Status: Endangered

Pada awalnya dikatakan spesies tapir merupakan spesies mamalia kedua yang paling banyak di Malaysia, namun kenyataan ini hanyalah berdasarkan pemerhatian secara kasar semata-mata. Disebabkan itu, usaha pemuliharaan sangat terhad kerana pihak autoriti hidupan liar beranggapan bahawa tapir berhadapan dengan kurang ancaman berbanding mamalia lain seperti harimau dan gajah.

Tabiat ekologi dan keperluan habitat tapir Malaya ini kurang difahami kerana hanya satu kajian sahaja yang pernah dilakukan pada lewat tahun 1970-an. Data tentang status populasi tapir ini juga sangat terhad. Pembangunan pelan pemuliharaan sangat mustahil dapat dilakukan tanpa data yang mencukupi. Pada tahun 2002, Zoo Copenhagen, dengan kerjasama PERHILITAN memulakan usahasama pemuliharaan Tapir Malaya, Tapirus indicus.

Projek Pemuliharaan Tapir Malaya (MTCP)


Data dikumpul menggunakan radiotransmitter, perangkap kamera dan kaedah pengiraan jejak untuk menentukan bilangan populasi tapir di Malaysia dan mengkaji keperluan ekologikal spesies tersebut. Semasa fasa pertama projek (2002-2006) 5 tapir berjaya ditangkap di mana 3 daripadanya berjaya dipantau untuk tempoh 12-14 bulan. Dua daripadanya hilang isyarat selepas beberapa bulan disebabakan oleh masalah teknikal pada transmitter.

Setelah data dikumpul, ternyata populasi tapir di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau hanyalah dalam julat 30-50 individu manakala 1500-2000 individu di seluruh Malaysia. Bilangan ini dijangka menurun kerana banyak individu yang sering ditemui dilanggar di jalanraya, masuk ke kawasan bandar dan tanaman kebun akibat kehilangan habitat.

Pusat Perlindungan Tapir Malaya (MTCC)


Terletak di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor. Kemudahan MTCC sangat ideal untuk aspek pemuliharaan ex-situ :
Kandang utama di bahagian tengah dikelilingi oleh kandang-kandang kecil yang boleh mereka akses pada bila-bila masa. Pelantar pemerhati untuk memudahkan pengkaji memerhatikan tabiat tapir tanpa mengganggu tapir.

Pusat lain : Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau, Pahang; Zoo Melaka

MTCC sekarang menjadi habitat kepada 12 ekor tapir (5 jantan dan 7 betina) didapati dari negeri-negeri Semenanjung Malaysia. MTCC berusaha menjaga kesihatan dan memastikan tapir bebas dari sebarang penyakit serta pair-up tapir untuk pembiakan pada waktu yang sesuai.

Antara cara yang diguna pakai ialah profil hormon dan ultra-sonography. Penyakit pula diperiksa menerusi analisa darah dan serum tapir, serta dengan kerjasama daripada Zoo Copenhagen untuk mengendalikan kajian DNA daripada komposisi DNA pada ibu jari.

Strategi/Aktiviti Lain Untuk Membantu Pemuliharaan


Kajian Mikro Habitat
Pada 2005-2006 PERHILITAN mengambil 5 pegawai penyelidik di Institut Biodiversiti. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti jenis habitat pilihan tapir. Kajian tersebut menggunakan 60 rakaman daripada 2 tapir dan komposisi flora dalam radius 10m dari setiap waypoint serta parameter tanah.

Setiap waypoint mewakili lokasi sebenar habitat tapir di dalam hutan yang boleh digunakan sebagai penanda aras kepada habitat tapir di seluruh Malaysia. Kajian ini kerjasama dengan UKM dengan anggaran peruntukan.

Kajian DNA
Kajian ini bermatlamat untuk mengkategori DNA tapir menggunakan mitochondrial DNA (mtDNA) and nuclear DNA untuk menjelaskan hubungan filogenetik dan struktur populasi tapir Malaya di Semenanjung Malaysia. Kajian ini dimulakan pada November 2006 dengan kolaborasi pegawai penyelidik, Mr. Jeffrine Rovie Ryan. MTCP juga bercadang untuk menggalakkan kajian yang sama untuk tapir Sumatra

Pembiakan dalam kurungan


Kajian ini bertujuan untuk mencirikan kitaran pembiakan dengan
menubuhkan profil plasma progesteron menilai air mani morfologi dan kualiti. Keputusan akan menyediakan maklumat yang berguna tentang status pembiakan tapir jantan dan betina dalam kemudahan-kemudahan lain dalam kurungan di seluruh negara dan membolehkan penggunaan pembiakan individu untuk meningkatkan populasi dalam kurungan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai