Anda di halaman 1dari 9

Kaedah Untuk Mengatasi Masalah Pembuangan Bayi Individu Statistic menunjukkan kadar pembuangan bayi di negara kita semakin

meningkat dari setahun ke setahun. Hal ini memeningkan banyak pihak termasuk pemimpin dan ibu bapa. Perkara ini jika tidak dibendung segera, akan memberi banyak kesan negatif kepada negara. Suatu tindakan dan keputusan haruslah dibuat segera untuk mengelakkan masalah ini dari terus berleluasa dan sukar untuk diselesaikan. Selain itu, pembaziran wang negara juga dapat dielakkan. Hal ini kerana, setiap tahun kerajaan Malaysia memperuntukkan jutaan ringgit untuk membiayai kos ibu hamil dan anak luar nikah. Selain itu, pertambahan bilangan anak tak sah taraf juga boleh membawa kepada kes jenayah seperti rompak, ragut dan sebagainya. Sebenarnya terdapat banyak pilihan atau kaedah yang boleh digunakan dalam menyelesaikan permasalahan ini. Walaubagaimanapun untuk mengubah sesuatu perkara itu haruslah bermula dengan individu itu sendiri. Pertama sekali, setiap orang hendaklah memperlengkapkan diri mereka dengan didikan agama yang sempurna. Agama mengajar dan memimpin manusia kearah kesejahteraan dunia dan akhirat. Oleh itu wajib bagi manusia menuntut ilmu agama. Walaubagaimanapun, bak kata pepetah arab ilmu yang tidak diamalkan, ibarat pohon yang tidak berbuah. Maksudnya disini segala suruhan yang diajar dalam agama hendaklah diamal dan dipatuhi, bukan belajar semata-mata tanpa pengamalan. Dalam Islam contohnya, telah mengajar umatnya supaya menjauhi perbuatan zina. Namun kita lihat pada hari ini, ramai manusia yang mengaku dirinya beragama islam tetapi tanpa segan silu berpeluk cium di khalayak ramai. Mereka ini orang belajar agama, tetapi tidak mengamalkan apa yang disuruh dilarang dalam agama. Maka hasilnya, bayi-bayi kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa hasil kerakusan manusia memenuhi gelojak hawa nafsu. Perkara kedua yang membawa kepada gejala pembuangan bayi ialah faktor pemakaian. Pada hari ini berbagai-bagai fesyen wanita yang menjolok mata laris di pasaran. Hasilnya pemuda-pemuda yang baru menginjak dewasa mula tergoda. Anakanak gadis menjadi mangsa. Tak mengapalah, itu dunia mereka. Tetapi bagaimana

dengan benih yang mula bercambah hasil hubungan haram ini? Adakah layak dia menghuni kaki lima masjid, tempat pembuangan sampah, hutan belukar? Adakah benih ini tidak layak digelar manusia? Fikir-fikirkanlah. Jangan pula seratus peratus hendak disalahkan kaum lelaki kerana kononnya meraka tidak pandai mengawal nafsu. Pada masa yang sama, harus juga melihat kepada orang wanita yang sebagaimana dalam hadis, nabi ada menyebut. Mafhumnya mereka ini memakai pakaian tetapi bertelanjang. Kesimpulannya di sini pakaiaan dan pemakaiaan memainkan peranan penting dalam meningkatkan hawa nafsu manusia terutamanya sang lelaki. Kaedah ketiga ialah dengan menjaga perhubungan antara lelaki dan wanita. Namun kita lihat pada hari ini remaja berlainan gender bergaul bebas tanpa mempeduli pantang larang agama dan adat. Sebagai contoh berpeleseran di pusat beli belah dengan bercampur lelaki dan wanita, berdisko, berkaraoke. Apabila insan-insan berlainan jantina ini bergaul bebas tanpa batasan, maka akan timbul satu keinginan lain. Iaitu keinginan terhadap seks. Di peringkat ini agak susah bagi sesiapa sahaja untuk mengelak seandainya iman dan takwa senipis kulit bawang. Waima pak imam sendiri pun boleh rebah. Kesimpulannya jagalah maruah kita sebagai lelaki mahupun wanita. Kaedah terakhir ialah berfikir dahulu baik buruk kesan sesuatu perkara sebelum mencuba. Bagi wanita yang belum berkahwin apakah kesan yang akan dihadapi olehnya sekiranya melakukan persetubuhan haram? Kesan terhadap keluarga? Bayi, kalau-kalau ada? Siapa yang hendak menjaganya? Bagaimana pula kesannya kalau dia berkahwin terlebih dahulu? Di sini kita dapat lihat segala kesan baik dan buruk sesuatu perkara. Tidak kiralah kesan jangka masa panjang atau pendek. Sebenarnya banyak kesan yang akan timbul untuk setiap pilihan di atas. Yang pertama, melemgkapkan diri dengan ilmu agama. Dengan belajar agama seseorang akan dapat membentuk pribadi dan sahsiah yang lebih unggul.

Institusi Kekeluargaan Keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk

keperibadian unggul dalam diri anak-anak. Banyak langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi gejala buang bayi ini. Setiap institusi kekeluarggan bermula daripada ibu bapa yang bakal mencorak halatuju kehidupan anak-anak. Maka sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa memberi pendidikan yang betul kepada anak-anak. Perkara ini termasuklah pendidikan dari segi agama, pegaulan, adat dan sebagainya. Bak kata pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya yang membawa maksud kalau hendak mendidik anak biarlah bermula dari kecilnya, bukan masuk universiti duhulu baru hendak rotan. Anak-anak kecil jika diasuh dididik untuk bersembahyang apabila besarnya tidak perlu disuruh lagi. Hal ini kerana sudah terbiasa dengan tanggungjawab itu. Begitu juga dari segi pergaulan mereka dengan rakan-rakan, pemakaian, hubungan antara jantina dan sebagainya. Perkara ini secara tidak langsung akan akan menyelamatkan mereka daripada terjebak dengan hubungan seks luar nikah lantas menjauhkan mereka dari gejala buang bayi. Langkah kedua, ibu bapa hendaklah memantau pergerakan anak-anak. Dengan cara ini ibu bapa boleh mengetahui aktiviti dan gerak kerja yang dilakukan anak-anak. Selain itu ibu bapa juga hendaklah memberi kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya kepada mereka. Hal ini kerana, apabila seseorang anak itu tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa, mereka akan merasa diri mereka tersisih. Lebih buruk lagi jika mereka mula memeberontak. Ada juga dalam kalangan anak-anak terutamanya remaja akan mencari kasih sayang di luar. Mereka biasanya akan mencari seseorang yang berlainan jantina untuk menagih dan mencurahkan kasih sayang. Maka kesempatan ini mudah di ambil peluang oleh iblis dan koncu-koncunnya, menghasut manusia mencuba aksi yang terlarang. Realitinya jika ibu bapa memberi perhatian terhadap anak-anak mereka, sekurang-kurangnya ibu bapa dapat tahu segala rasa yang bergelodak atau masalah yang menimpa anak-anak, namun alasan sibuk mencari rezeki sering dijadikan sebab untuk tidak mempedulikan perihal zuriat mereka sendiri. Apakah nilai seorang anak dapat dibeli dengan wang ringgit? Adakah harta

berjuta ringgit itu boleh menggantikan tempat bergantung mereka apabila tua nanti? Tidak mungkin. Dengan ini sedarlah ibu bapa diluar sana. Jaga dan didiklah anakmu bagai menatang minyak yang penuh kerana mereka pewaris bangsa. Curahlah kasih sayang senuhnya terhadap mereka. Maka renunglah kata-kata Saidina Abu Bakar yang berbunyi jika kamu mahu melihat kehebatan sesuatu bangsa, maka lihatlah anak-anak mudanya. Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa hendaklah mengetahui latar belakang sahabat-sahabat anak mereka. Hal ini untuk mengelakkan anak-anak berkawan dengan orang yang tak sepatutnya. Sebagai contoh mat rempit, penagih dadah dan kaki botol. Adalah tidak sukar untuk menyiasat latar belakang mereka ini. Salah satu kaedahnya adalah dengan bertanya kepada anak-anak sendiri. Selain itu ahli keluarga juga boleh berkunjung ke rumah rakan-rakan anak mereka. Dengan ini hubungan silaturrahim dapat dipupuk. Ahli keluarga juga boleh duduk semeja berbincang tentang bagaimana cara terbaik menyelesaikan permasalahan remaja, khususnya yang menjurus ke arah seks bebas dan pembuangan bayi. Namun demikian, pada hari ini ibu bapa seakan alpa dengan siapa anak-anak mereka berkawan, lebih teruk lagi membiarkan anakanak mereka bergaul bebas lelaki dan wanita tanpa ada sedikit rasa ingin menegur. Malah ada satu kes yang berlaku di negara kita suatu ketika dahulu, yang mana ada satu pasangan suami isteri ini sanggup membiarkan anak teruna mereka

bersekedudukan di dalam bilik di rumah mereka sendiri. Ibu bapa jenis apakah mereka ini? Langkah terakhir yang boleh menjadi panduan kepada ibu bapa ialah mereka sepatutnya menjadi idola atau contoh yang baik kepada anak-anak. Sebagai contoh jika ibu bapa hendak menyuruh anak-anak solat lima waktu, merekalah yang sepatutnya melaksanakan terlebih dahulu. Mana mungkin ibu bapa yang seumur hidupnya tidak pernah menunaikan solat mahu memaksa anak-anak bersembahyang. Begitu juga dari aspek didikan moral dan rohani. Ibu bapa sepatutnya menunjukkan contoh tauladan terbaik buat anak-anak. Hal ini termasuklah dalam aspek ibadah, pergaulan, sahsiah dan budi pekerti. Malangnya dewasa ini sering kita lihat di dada-dada akhbar, bagaimana tergamaknya seorang bapa menodai anak gadisnya sendiri, abang merogol

adik, datuk raba cucu dan berbagai-bagai kes lagi yang membuatkan sesiapa saja yang mendengarnya naik darah. Dimanakah rasa tanggungjawab mereka terhadap keluarga? Manusia jenis apakah mereka ini? Jikalau atap tempat berlindung sudah mula runtuh menimpa kepala, dimanakah tempat insan-insan yang lemah seperti anak gadis ini hendak bernaung. Hal ini sebenarnya tidak lain dan tidak bukan berpunca daripada kegagalan ibu bapa membentuk pribadi yang unggul dalam diri mereka sendiri. Jadi tidak hairanlah kalau anak-anak suka mencuri seandai bapa sendiri pecah amanah, tidak peliklah kalau anak-anak menghisap dadah jikalau bapa sendiri penagih arak, dan bukan anehlah kalau anak-anak bersekedudukan kalau bapa sendiri kaki perempuan. Kesimpulannya, ibu bapa menjadi idola paling baik dalam menerapkan keperibadian dan sahsiah unggul dalam diri anak-anak. Oleh itu, sebagai murabbi, muaddib dan muallim, seluruh ahli keluarga amnya hendaklah menjadi idola dan contoh terbaik buat anak-anak yang kian meningkat dewasa dari sehari ke sehari. Kerajaan Dalam sesebuah masyarakat atau negara institusi yang terbesar sekali ialah institusi kerajaan. Institusi ini memainkan peranan paling penting dalam membentuk jati diri, tingkah laku, fiil perangai, dan sahsiah sebahagian besar rakyatnya. Sebagai contoh cuba kita bandingkan tahap kebersihan di Kuala Lumpur dan Singapura. Sudah semestinyalah negara kita jauh ketinggalan dalam aspek ini. Di sini timbul persoalan, adakah sikap rakyat Singapura sendiri yang pembersih secara semulajadi ataupun peranan pemerintah yang akhirnya membentuk sikap sebegini dalam masyarakatnya. Di Singapura, sesiapa yang membuang sampah sesuka hati akan didenda, tetapi tidak di Malaysia. Di sini bukanlah niat saya ingin membanding-banding negara sendiri dengan negara jiran, namun peranan pemerintah atau kerajaan itu yang menjadi maksudnya. Sebenarnya berbagai-bagai langkah yang boleh dilaksanakan kerajaan dalam menangani masalah pembuanagan bayi di negara kita. Mnurut statistik, kadar pasangan yang ditangkap khalwat sentiasa meningkat dari setahun ke setahun. Pernahkah kita terfikir apa kaitan masalah khalwat dengan gejala pembuangan bayi dan mengapa kadar statistik meningkat walaupun kerajaan telah menggiatkan pelbagai

usaha dalam menangkap pasangan yang berkhalwat. Persoalan pertama tadi agak mudah untuk di jawab kerana apabila si jantan dan betina duduk berdua-duaan di tempat sunyi takkan sekadar nak berbual kosong atau hanya berpeluk cium? Sudah semestinya mahu melakukan aksi yang lebih panas lagi. Maka sembilan bulan kemudian terpaparlah di dada-dada akhbar berkenaan seorang anak manusia digonggong ibu kucing atau lebih tragic lagi di gilis lori pengangkut sampah. Persoalan kedua ialah mengapa kadar statistik kes khalwat mengalami

kemajuan yang amat membanggakan sekali walaupun pihak kerajjan dan NGO sudah berhabis ribuan ringgit bagi menangkap pelaku khalwat. Jawapannya juga agak mudah, cuma jarang disedari oleh sesiapa termasuklah pemimpin dan bijak pandai. Maka apabila terkantoinya si jantan dan betina tadi, maka diheretlah mereka ke balai dan mahkamah. Selang tidak lama, datang seorang penjamin lalu bebaslah mereka dengan bayaran denda serendah satu hingga tiga ribu setiap seorang. hari ni kita kantoi, minggu depan kita cuba lagi, tak pe sayang duit abang banyak. Kalau sekadar dua ribu tu celah gigi je.. kata seorang usahawan berjaya. Ini pula dialog budak sekolah tngkatan lima mak saya kerja cikgu je..tapi kalau setakat satu ribu tu tak payah risaulah, okey, lepas periksa ni kita try dekat hotel murah deapan tu pulak ye. Inilah akibatnya kalau kerajaan tidak peka tentang denda yang perlu dikenakan terhadap pelaku khalwat. Denda yang terlalu rendah menyebabkan pasangan sedang bercinta hilang rasa takut untuk melakukan perbuatan zina. Siapa yang harus dipersalahkan? Kerajan atau penggubal undang-undang? Walaubagaimanapun saya percaya

seandainya denda dinaikkan sehingga mencecah belasan ribu, bukan saja budak sekolah yang gerun untuk berkhalwat tetapi segala datuk-datuk dan menteri-menteri boleh demam. Lebih berkesan lagi sekiranya hukuman rotan dan sebat turut disertakan. Kesimpulannya di sini dalam menangani segala isu yang berkaitan dengan jenayah mahupun maksiat, jalan terbaik ialah dengan memberatkan hukuman terhadap pesalah. Antara tempat-tempat biasa dikunjungi anak-anak muda yang dahagakan hiburan dan seks ialah di kelab-kelab malam dan disko. Tempat-tempat sebegini biasanya menjadi pusat untuk berkenalan antara lelaki dan wanita, dan tempat mengatur pertemuan seterusnya. Disinilah juga tempat untuk berseronok lelaki dan perempuan,

serta tempat meneguk arak. Menurut kajian, kelab malam merupakan antara penyumbang terbesar kes zina dan buang bayi.Yang menghairankan saya di sini menagapa kelab-kelab malam terus sahaja dibenarkan beroperasi walhal betapa banyak kesan buruk akhibat daripada kewujudan tempat-tempat sebegini. Adakah kerana cukai yang dikenakan memeberi pulangan lumayan kepada Negara, sehingga kerajaan sanggup melihat semakin ramai anak-anak muda semakin hilang pedoman hidup? Adakah harga cukai sebuah pusat hiburan itu lebih besar nilainya daripada kehidupan anak-anak muda yang bakal mencorak pentadbiran negara suatu hari nanti? Inilah yang perlu sama-sama kita renung dan fikir. Sekali fikir memang cukai pusat hiburan merupakan satu sumber memperkukuh ekonomi negara, namun pada masa yang sama kesan negatif hasil kewujudan kelab malam pula, menjadi pembantut perkembangan ekonomi. Kesan negatif kewejudan kelab malam antaranya ialah meningkatnya kadar jenayah, kemalangan jalan raya akibat pengggunaan alkohol dan kerosakan masa depan anak-anak muda. Baru-baru ini saya terbaca sebuah artikel yang mengatakan kerajaan akan meluluskan lesen untuk kelab-kelab malam beroperasi dua puluh empat jam, konon-kononnya untuk menarik pelancong asing datang ke negara kita. Saya tidak ingin mengulas lanjut berkenaan tindakan tersebut. Walaubagaimanapun sebagai langkah bijak, pihak kerajaan haruslah dengan segera menghapuskan kelab-kelab malam di negara kita. Dengan arus teknologi yang semakin canggih sekarang, adalah sesuatu yang agak mudah untuk sesiapa sahaja mengakses pelbagai maklumat dalam internet. Malangnya ramai yang menyalahgunakan kemudahan tersebut. Ada diantara mereka ini, mengakses video klip dan gambar-gambar lucah. Hasilnya mereka mula tertarik untuk melakukan aksi sebagaimana yang mereka tonton. Peranan kerajaan yang ingin saya sebut di sini ialah dengan menyekat mana-mana laman web yang berunsur lucah, seks, supaya ia tidak menjadi tatapan muda-mudi. Keadaan bertambah buruk apabila pemberian netbook percuma kepada murud-murid dilaksanakan. Sebagaimana pepatah melayu harapkan pagar, pagar makan padi. Ramai golongan seperti mereka ini menggunakan kemudahan tersebut untuk memuat turun video dan gambar lucah. Cadangan saya di sini ialah kerajaan sepatutnya menarik balik keistimewaan pemberian netbook percuma tersebut. Hasilnya peruntukan kewangan yang diberi

dalam melaksanaan program tersebut boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah seperti program motivasi untuk pelajar dan sebagainya. Seterusnya, antara faktor utama peningkatan seks bebas di negara kita ialah berpunca daripada pengaruh filem. Jika kita perhatikan, sebahagian besar filem kita terutamanya yang bertemakan cinta dan aksi mengandungi banyak unsur-unsur lucah dan seks. Sebagai contoh filem remp-it, aku masih dara dan cuti-cuti cinta. Itu tidak dikira lagi filem-filem dari Eropah sana. Raelitinya filem menjadi acuan utama yang mempengaruhi budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat. Sebagai contoh kita ambil filem remp-it. Sesiapa yang pernah menonton filem ini, sudah tentu anda masih ingat segala aksi mendebarkan baik di jalan raya mahupun di atas katil. Bagaimana pemakaian yang ditonjolkankan watak-watak dalam filem tersebut. Pergaulan. Adab kesopanan dan budi bahasa. Sedar tidak sedar filem-filem sebegini mula menjadi budaya dan ikutan masyarakat. Segala adat, pantang larang, agama mula ditinggalkan kerana takut dianggap kolot. Sebaliknya seks bebas, pemakaian ranggi, perbuatan biadab mula diterima sebagai budaya orang moden dan dianggap perkara biasa. Hasilnya bumi Malaysia yang terkenal dengan kesopanan orang-orangnya bakal tinggal sejarah. Apa kejadahnya semua ini? Adakah kerana ingin mengaut untung lebih, nasib anak bangsa diperjudikan? Cadangan saya disini, kerajaan hendaklah menubuhkan badan yang betul-betul berautoriti dalm menapis filem tempatan dan luar Negara. Kaedah seterunya ialah kerajaan hendaklah menganjurkan banyak seminar, program, atau ceramah yang berkaitan denagn pencegahan seks bebas dan pembuangan bayi. Hal ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pemuda pemudi terhadap bahaya dan kesan negatif seks bebas. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang kurang ilmu pengetahuan mereka dalam perkara-perkara seperti ini. Programprogram sedemikian bolehlah dilaksanakan di peringkat sekolah mahupun universiti. Kaedah seterusnya ialah dengan memberi perlindungan terhadap ibu-ibu hamil luar nikah. Bukanlah niat kerajaan untuk menggalakkan perempuan-permpuan, mengandung terlebih dahulu sebelum berkahwin, tetapi dengan tindakan sedemikian sekurang-kurangnya bayi-bayi dalam kandungan tidak lagi perlu berhujan panas di dalam semak atau di tangga masjid apabila mereka lahir nanti. Di rumah pelindunagn

ini juga phak berwajib mahupun NGO bolehlah menhulur sumbangan berupa motivasi, sokongan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya ibu hamil ini akan merasakan diri mereka masih ada harga walaupun telah menjual maruah dan harga diri yang jauh lebih bernilai. Selain itu badan yang mengurus rumah perlindungan juga boleh menrapkan unsur-unsur agama dan sahsiah dalam diri ibu-ibu, dengan harapan apabila mereka keluar nanti mereka sudah betul-betul insaf dan kembali ke pangkal jalan.