Anda di halaman 1dari 50

FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH

Kurang didikan agama oleh ibu bapa Berlaku apabila seseorang yang kurang kekuatan iman menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan . Ibu bapa seharusnya memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing masing. Seperti yang kita lihat dalam televisyen dan dengar dicorong radio bahawa kebanyakan masyarakat kita terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah akibat daripada pegangan agama yang rapuh.

Pengaruh rakan sebaya Psikologinya seseorang itu lebih mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan berbanding dengan orang lain.Hal ini demikian,dapat dilihat bahawa rakanrakan merupakan orang yang paling rapat dengan diri kita.Fenomena yang berlaku ini dapat dilihat apabila pengaruh rakan sebaya adalah sangat kuat. Pemberontakan diri Faktor ini boleh terjadi disebabkan oleh seseorang itu ingin memberontak terhadap sesuatu autoriti. Contoh yang dapat dilihat adalah anak-anak yang memberontak atau memprotes terhadap ibu bapa mereka apabila sesuatu yang diingini tidak dipedulikan oleh ibu bapa. Gangguan Emosi Sesetengah individu mengunakan dadah adalah untuk melupakan masalah yang dihadapinya kerana dadah dapat menghilangkan kawalan otak dan mengkhayalkan .Hal ini demikian menyebabkan seseorang itu lupa untuk seketika masalah yang dihadapinya . Keaadaan inilah yang menyebabkan seseorang itu mengambil dadah secara berterusan untuk mendapatkan kesan lupa dan euphoria yang lama.

Ibu bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka Ini dapat dilihat apabila ibu bapa yang sibuk bekerja ,lupa untuk memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja .Mereka hanya mementingkan materilistik semata-mata sehingga tiada langsung masa yang diluangkan bersama anak-anak bagi mengetahui aktiviti semasa yang mereka lakukan .Hal ini demikian menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan perkara-perkara yang tidak diduga ini. Bak kata pepatah melayu ada menyebut melentur buluh biarlah dari rebungnya ,bermaksud ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka sejak dari kecil lagi dengan memberikan didikan yang sempurna .

Punca Penyalahgunaan Dadah


Terdapat beberapa punca atau sebab penglibatan penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja. Di antaranya ialah: 1. Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah. 2. Pengaruh Rakan Sebaya Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa. 3. Tekanan / Depressi Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.

4. Kurang Pendidikan Ugama Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan yang di anggap hina. 5. Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal ini adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi disekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua media ini juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah.

APA ITU DADAH?


Istilah Drug dalam Bahasi Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan menurut Kamus Dewan.Untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada drug,perkataan use,"misuse" atau abuse perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug.Manakala dalam pengertian Bahasa Malaysia,dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan.Ini bermakna perkataan penyalahgunaan atau salahguna tidak boleh diikuti dengan perkataan dadah.Perkataan dadah sudahpun menunjukkan yang ia disalhgunakan.Dalam hal ini,perkataan penggunaan atau penagihan adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga masalah-msalah yang berkaitan dadah.

JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:(a)Opiat -Heroin,morfin,candu dan kodein (b)Kanabis -Ganja,hashish (c)Depresan -Sadatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranqualizer. (d)Stimulan -Jenis amfetamin dan kokain (e)Halusinogen -Lyseregic acid diethylamide(LSD) meskalin,psilosibin (f) Designer Drugs -Satu kumpulan analog kepada bahan kimia yang telah terbukti mempunyai kesan farmakologi Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut(gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

APAKAH PERGANTUNGAN KEPADA DADAH?

1. Terdapat dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan iaitu:(a)Pergantungan secara Psiki/Psikologi Pergantungan secara psikik/psikologi merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa (b)Pergantungan secara Fizikal Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan pengih memerlukan dadah untuk proses fsiologi yang biasa dan jika penggunaan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.Gejala-gejala tarikan ialah tandatanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa yang tertentu.Antara tanda-tanda pergantungan ialah sakit perut,muntah-muntah,menggeletar dan sebagainya. 2. Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasa diambil tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan .Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan /kelegaan yang sama.Peningkatan daya tahan tidak semestinya berlaku kepada seseoran yang bergantung kepada dadah. 3. Seseorang bergantung kepada dadah apabila:(a)Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian. Penggunaan dadah mengatasi lain-lain keperluan hidup seperti makan dan minum (b)Daya tahan meningkat (c)Mengalami gejala tarikan apabila tidak mengambil dadah

(d)Merasa terdesak atau gian untuk mengguna dadah,lebi-lebih lagi apabila cuba mengurangkan atau berhenti menggunakan dadah dan tidak dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan (e)Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti mengguna dadah untuk beberapa waktu. 4. Faktor-faktor mempengaruhi kesan-kesan dadah Kesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut:(a)Jenis Dadah Perbezaan dari kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat iaitu samada ia merosot (contohnya heroin) atau merangsangkannya(contohnya amfetamin dan kokain) atau merosot dan merangsangkannya (contohnya ganja) (b)Jumlah Digunakan Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar,Contohnya,dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut. (c)Cara Penggunaannya Kesan dadah bergantung kepada cara(samada ditelan,suntik,hidu,hisap atau diguna bersama dadah lain),jangkamasa dan kekerapan mengguna. (d)Keadaan Individu Kesan adalah bergantung kepada unur,jantina,berat badan,kesihatan,daya tahan, pengalaman penggunaan dadah,mood dan aktiviti penagih. (e)Situasi Ketika Mengguna Keadaan/tempat mengguna dadah dan samada ada atau tiada orang lain hadir bersama.

Faktor penyalahgunaan dan ketagihan dadah PERSEKITARAN atau asuhan? Tiada siapa yang mahu ketagih dadah. Penagih bukannya sengaja menagih dadah semata-mata untuk memusnahkan kehidupan sendiri dan menyakitkan hati orang yang menyayangi mereka. Malangnya masyarakat sering memandang serong terhadap mereka, dan berpendapat mereka yang patut disalahkan kerana ketagihan mereka itu, walhal mereka boleh berhenti jika mereka benar-benar mahu. Masyarakat pada umumnya menanam perasaan bimbang dalam diri mereka terhadap perkataan penagih dan apabila menghadapi golongan penagih, orang ramai lebih suka buat-buat tak nampak dan menuju ke arah lain. Berbeza daripada pandangan tersebut, ketagihan kepada bahan seperti dadah, alkohol atau nikotin (dari tembakau) bukan berpunca daripada keazaman yang lemah atau akhlak yang kurang baik. Ahli sains telah mengkaji individu yang menagih dadah dan mendapati bahawa fungsi otak mereka terjejas akibat dadah yang diambil. Memahami ketagihan Sesetengah individu lebih cenderung menagih dadah. Seperti penyakit lain, kecenderungan menagih berbeza-beza di kalangan insan, dan bergantung kepada bilangan faktor risiko yang terbabit. Pendek kata, faktor risiko dan faktor pelindung adalah seperti daya magnet pada kutub yang bertentangan. Seseorang yang menghadapi beberapa faktor risiko adalah lebih terdedah kepada ketagihan berbanding seseorang dengan hanya mempunyai satu faktor risiko. Sebaliknya terdapat faktor pelindung yang berlawanan dengan faktor risiko, justeru mengurangkan risiko seseorang mengalami ketagihan. Beberapa contoh faktor risiko dan faktor pelindung adalah seperti berikut: Namun, tidak ada satu faktor tunggal yang menentukan sama seseorang akan menjadi penagih dadah kerana seluruh prosesnya amat rumit dan mengambil kira banyak pemboleh ubah. Antaranya termasuk jantina dan bangsa, peringkat tumbesaran dan persekitaran sosial semasa membesar. Ketagihan sejenis penyakit otak Opioid, iaitu dadah paling kerap disalahgunakan di seluruh dunia, mengikat kepada reseptor dalam otak untuk merangsang penghasilan dopamin, sejenis bahan yang wujud secara semula jadi yang membuat kita rasa gembira. Walaupun opioid dalam bentuk morfin dan ubat pelega kesakitan preskripsi

mempunyai peranan sah (apabila digunakan sebagai pelega kesakitan di bawah pengawasan perubatan), penggunaan secara rekreasi atau sebagai amalan biasa boleh menyebabkan ketagihan apabila otak tidak dapat berfungsi secara normal tanpa opioid . Ketagihan dan kebergantungan kepada dadah bukan satu kejadian rambang. Mungkin masalah hidup, ketidakselesaan, gangguan emosi atau kesakitan fizikal menyebabkan seseorang mula menyalahgunakan dadah yang seterusnya mengundang kebergantungan sepanjang hayat mereka. Terdapat dua ciri umum yang dilihat dalam masalah ketagihan dan kebergantungan kepada dadah iaitu dorongan nafsu yang kuat untuk mengambil dadah (tanpa keupayaan untuk mengawal pengambilan) dan sindrom penarikan yang menyebabkan ketidakselesaan fizikal dan kehilangan motivasi apabila dadah tidak diberikan. Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan kebergantungan atau ketagihan. Ketagihan (kebergantungan) dadah ialah penggunaan bahan secara berulang, walaupun ia mendatangkan kesan negatif dan kadang kala berbahaya . Oleh kerana kesannya terhadap otak dan gejala tarikan serius yang boleh menyebabkan kesakitan fizikal, ketagihan ialah sejenis penyakit kronik (jangka panjang) dengan kadar berulangan yang tinggi. Ditambah pula dengan tanggapan buruk masyarakat terhadap masalah ini, individu yang cuba mengatasi ketagihan mereka menghadapi masalah besar untuk menanganinya. Ketagihan dan kebergantungan kepada dadah ialah penyakit progresif. Keadaan ini boleh menyebabkan penagih hilang harga diri apabila mereka rasa mereka harus disalahkan, hilang punca kewangan apabila ketagihan mereka menyebabkan mereka mengabaikan tugas mereka, dan kehilangan sokongan daripada orang tersayang yang tidak dapat membantu mereka. Ramai keluarga yang mengabaikan atau menyembunyikan hakikat bahawa orang tersayang mereka mengalami ketagihan dan kebergantungan kepada dadah. Dalam keadaan paling buruk, individu tersebut mungkin dipinggirkan atau tidak diterima oleh keluarga masing-masing, menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak pilihan. Tidak kira punca atau sebab seorang individu mula menyalahgunakan dadah, sama ada sebagai sesuatu aktiviti yang menyeronokkan atau untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah lain, hakikatnya ialah usaha melepaskan diri daripada belenggu ketagihan memerlukan bantuan. Merawat masalah ketagihan Menyedari bahawa ketagihan berpunca daripada ciri fisiologi dan juga persekitaran, kaedah rawatan paling berkesan ialah pendekatan serampang dua mata yang menangani keperluan atau ketagihan fizikal dan juga keperluan psikologi dan emosi penagih. Walaupun orang ramai sudah biasa dengan kaedah pemulihan ketagihan, iaitu seseorang penagih dimasukkan ke sebuah institusi perubatan sepanjang rawatan, terdapat satu lagi pilihan rawatan yang dikenali sebagai terapi penggantian dadah (DST) di mana penagih dirawat dengan ubat untuk mengurangkan keinginan tetapi tanpa perasaan amat gembira (euforia) yang dikaitkan dengan penggunaan dadah sebenar.

Dengan cara ini, kebergantungan otak kepada kesan dadah akan berkurangan sehinggalah pesakit berkenaan boleh mengelakkan diri sama sekali daripada menggunakan dadah. Ada dua jenis DST yang boleh digunakan: * Buprenorphine - sejenis rawatan baru dalam bentuk tablet yang diletakkan di bawah lidah. Sebagai opioid agonis separa, ia mengikat kepada reseptor opioid dalam otak dengan cara yang sama seperti dadah opioid tanpa kesan penuh supaya penggunaannya tidak menyebabkan perasaan euforia. Jika pengguna cuba mengambil lebih daripada dos yang diperlukan, dia akan mengalami gejala tarikan. Dalam kes ini, buprenorphine akan bertukar daripada agonis separa kepada antagonis. Buprenorphine juga mengandungi naxolone, yang menyebabkan gejala tarikan serius jika tidak diambil mengikut arahan. Ini bertujuan mengurangkan kemungkinan rawatan disalahgunakan, memudahkan pesakit mendapatkan rawatan dan mengurangkan kos penyeliaan jangka panjang pesakit. Bentuk rawatan ini memberikan peluang kepada pesakit yang bergantung kepada opioid untuk bertukar lebih awal kepada terapi di rumah dan pengambilan dos yang tidak kerap (selang sehari), membolehkan pesakit meneruskan kehidupan mereka, sama ada bekerja atau menguruskan rumah tangga. * Methadone - sejenis ubat oral cecair yang diambil setiap hari di pejabat doktor atau klinik methadone di bawah penyeliaan langsung. Methadone ialah sejenis opioid agonis penuh yang mengaktifkan reseptor opioid dalam otak, merangsang reseptor untuk menghalang isyarat sakit dan menyebabkan perasaan euforia. Namun, pemantauan rapi diperlukan kerana pengguna mungkin menambahkan dos untuk mencetus perasaan euforia.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1214&pub=utusan_malaysia&sec=kesi hatan&pg=kn_07.htm#ixzz2PrBbfMSZ Utusan Melayu (M) Bhd

Apakah itu Dadah? Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda! Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalahmasalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna".

Dadah dan Ciri-cirinya Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang Diperoleh secara haram Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang Jenis-jenis Dadah Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut : Opiat dan Opiat sintetik Stimulan Ganja Halusinogen Depresen Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna Apa itu Opiat? Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

Jenis-jenis opiat

1. Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara

2. Morfin

Morfin

Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik. Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik Nama Jalanan : "M", "White Powder", "Monkey", "Morpho" Morfin Mentah Bentuk blok / serbuk Bertanda "999" Mengandungi 70% - 90% morfin Juga dipanggil Heroin No.1 Bes Morfin Seperti serbuk kopi halus Mengandungi 60% - 70% morfin Pil-pil Morfin Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid Pil kecil berwarna putih / coklat pucat 3. Heroin

Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin. Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang pink"

4. Kodein

Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk. Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik Nama Jalanan : Ubat batuk

5. Opiat Sintetik

Tablet Metahadone Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti "methadone", "pethidine", "dipipanone" dan "dextropropoxyphene". Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini "methadone"digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita. Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik Nama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"

Stimulan Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain.

Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin

Amfetamin Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan "Methylenedioxy methamphetamine" adalah dadah yang sangat berbahaya. Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur ("chasing the dragon")

2. Methamphetamine

Syabu / Ice "Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam

kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh "methaphetamine hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk "chasing the dragon" Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon") Nama Jalanan : "Ice"

3. Kokain

Serbuk Kokain Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.

Pokok Koka

Daun Koka

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.

Cocaine Snorting Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake" Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk "granusles". "Crack" mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA

Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy) "Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil "feel good drug" dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda. Cara Menggunakan : Menelan Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"

Ganja/Kanabis

Pokok Ganja Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok "cannabis sativa". Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana "tetrahydrocannabinol" (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Daun ganja Jenis-jenis Ganja/Kanabis 1. Kanabis Herba Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok "genus kanabis" yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan. Kandunan THC : 0.25% - 8% Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman) Nama Jalanan : "Ganja

2. Hashish

Hashish

Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam. Kandungan THC : 4% - 12% Cara Menggunakan : Menghisap

3. Minyak Hashish Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara. Kandungan THC : Sehingga 60% Cara Menggunakan : Menghisap

"Bong" - Alat untuk menghisap ganja

Menghisap ganja menggunakan "Bong"

"Bong" buatan sendiri menggunakan botol

Halusinogen Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan

deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar. Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies" pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.

Depresen 1. Ubat "Depresen"

Barbiturates Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan "tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh.

Tranquilizer Contoh ubat "sedative" ialah "barbiturates" manakala contoh "tranquilizer" ialah "erimin-5", "rohypnol" dan "valium".

Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko "Erimin-5" sejenis "sedative" yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna "club drugs" untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih heroin juga menganggap "erimin-5" sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi. "Rohypnol" sejenis "sedative" yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai "club drugs", bahkan juga sebagai "rape drugs" oleh perogol. "Rohypnol" boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

2. Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya. Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.

3. GHB

GHB "Gamma-hydroxybutyrate" (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau "gamma-hydroxybutyric acid" tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai "rape drugs" kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja. Cara Menggunakan : Menelan Nama Jalanan : "G", "Grieviuos bodily Harm", "Liquid Ecstasy"

4. Ketamin

Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat.

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)

Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara "smoked" atau "snorted" untuk mendatangkan khayalan seperti bius.

Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna 1. Steroid

Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan Steroid sejens ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steriod kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.

Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.

Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan.

Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius : SUMBER Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.

3. Daun Ketum

Daun Ketum Daun ketum atau "species mytragynine" yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Air Ketum Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya.

Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

4. Ubat-ubatan Selain daripada ubat bius dan "depresen", lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit ("pain killer") dan sebagainya. Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah: - Pergantungan secara fizikal Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya. - Pergantungan secara psikologikal Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.

Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah) Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos

dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila : Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman. Daya tahan meningkat. Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan. Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk beberapa waktu Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah : a) Jenis dadah Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya ganja). b) Jumlah digunakan Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut. c) Cara penggunaannya Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna. d) Keadaan individu Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana : Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencubacuba untuk merasainya sendiri Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut. Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya. Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya. Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkaraperkara yang memberi manfaat dan berfaedah. Masalah dan tekanan rumah tangga Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak. Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar. Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru. Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama. Akibat Penagihan Dadah Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu : kesan kepada penagih kesan kepada keluarga kesan kepada masyarakat kesan kepada Negara 1. Kesan Kepada Penagih Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah. Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja. Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan. Pitam, pengsan, & berperasaan ganas Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut

2. Kesan Kepada Keluarga Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Rumah tangga menjadi porak peranda. Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka 3. Kesan Kepada Masyarakat Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah 4. Kesan Kepada Negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah : Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi. Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan. Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya. Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah : Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja. Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.

Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja. Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah. Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga. Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga. Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan

Undang-undang Dadah Malaysia

Akta Dadah Berbahaya 1952 Tafsiran Pengedaran Dadah termasuklah semua seperti mengilang, memgimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan. Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.
Click Here To Zoom

Akta Racun 1952

Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubatubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952

Akta Rawatan/Pemulihan 1983 Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut : Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988 Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui : Mengesan Membeku Merampas aset pengedar Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah : Seksyen 39(B) ADB 1952 Seksyen 6(B) ADB 1952 Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985

Akta Langkah-langkah Pencegahan khas Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut : Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah. Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu. Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan: Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952 Tidak dibicarakan di mahkamah Proses Siasatan:

Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan. Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah. Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Dalam Negeri. Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.

Dadah-Dadah Lain Yg Popular :


Nospan

Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah (50 Sen Sebiji). Biasanya ia ditelan 10-20 biji sekaligus & akan semakin bertambah di kemudian hari untuk memberikan kesan khayal yg sama - SUMBER Nospan (Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk melegakan hidung berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal tekak .

Pengambilan yang berlebihan boleh mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran Neutroksin Ensifalus.

Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja membunuh diri

Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang selera makan, mulut kering, sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit, tekanan darah tinggi dan halusinasi. Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman kekal.

Pil Kuda
Click Here To Zoom

Pil Kuda (Methamphetamine - dadah sintetik campuran bahan kimia) adalah pil paling tersohor di Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di mana Thailand adalah pengeluar pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara.

Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD (Penyakit Psikotik - hilang tumpuan), masalah tidur & obesiti yg melampau.

Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.

Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam masa yang singkat Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yg kekal.

Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat. Di antaranya adalah : 1. Racun tikus Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera 2. Serbuk Kaca Kalimantang 3. Pencuci lantai 4. Klorox 5. Ubat Nyamuk 6. Abu tulang manusia yg dibakar

Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah Chase The Dragon. Pil dimasak menggunakan dapur & asap yang keluar disedut.

Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil suku sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.

Jadi tidak hairanlah mengapa terdapat kes-kes pemandu lori & bas ekspress yang ditahan positif pil kuda. Semuanya kerana ingin memaksa badan supaya sentiasa cergas & dapat berjaga untuk memandu di malam hari.

Menghisap pil kuda tidak mengkhayalkan tapi menyebabkan penagih akan berasa seperti Superhero. Rajin yang luar biasa, otak jadi pickup, cakap banyak dan tekun dalam buat sesuatu kerja.

Kepada mak bapak, jangan gembira sangat kalau tengok anak rajin sangat buat kerja. Sebelum ni kalau pemalas, tiba2 je jadi rajin tgh sapu sampah depan rumah pukul 2-3 pagi!! PELIK!! Buat spotcheck dalam beg sekolah, pakaian dan bilik tidur.

Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan meningkat secara mendadak.

Terdapat kes di mana penagih dalam pengaruh kesan pil kuda merogol adiknya sendiri -BERITA

Dalam kepala memikirkan seks jer..dikatakan juga pil kuda dapat memberikan seseorang itu melakukan hubungan seks dengan tempoh yg cukup panjang tanpa berasa letih. Sebab tu ia dipanggil pil kuda..penagih akan menjadi lalok & galak seperti kuda..

Ramai pelajar mengambil pil kuda kerana ia dikatakan boleh meningkatkan prestasi pembelajaran terutama ketika musim peperiksaan. Ia dikatakan membolehkan seseorang pelajar berjaga sepanjang malam untuk belajar tanpa rasa letih dan mengantuk.

Walaupun seseorang merasakan yang dengan tenaga berlebihan ini, dia boleh terus membaca, tetapi hakikat sebenarnya, tidak ada apa-apa ilmu yang diperoleh

kerana apa yang dibaca tidak akan kekal dalam ingatannya.

Kesan Pil kuda: 1. Paranoia berkelakuan / tingkahlaku pelik 2. Halusinasi - lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud 3. Delusi - kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang 4. Meth mouth kerosakan pada gigi 5. Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak 5. Sawan,tegang otot,menggeletar

Gigi seorang penagih pil kuda tegar

Permasalahan akibat pil kuda :

SOALAN :

LEBIH sembilan tahun lalu, saya terbabit dengan penggunaan pil kuda. Ketika mengambil dadah itu, nafsu seks saya amat kuat sekali hinggakan tiap-tiap hari saya melakukan onani selepas menonton cerita lucah.

Lama-kelamaan saya menjadi ketagih onani. Kesan sekarang ialah air mazi saya sangat mudah keluar walaupun zakar tidak tegang. Zakar saya sekarang menjadi lemah dan tidak tegang seperti dulu.

Untuk pengetahuan doktor, sekarang saya 100 peratus bebas dari pengaruh pil kuda. Umur saya sekarang 25 tahun, masih bujang dan akan berkahwin tahun ini. Tolong nasihatkan saya dari segi rawatan atau pengambilan ubat yang sesuai supaya zakar saya dapat kembali tegang seperti dulu demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Anda mungkin juga menyukai