Anda di halaman 1dari 21

BMM3104 INTERAKSI 1

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


Kemahiran mendengar dan bertutur atau kemahiran lisan adalah komunikasi bahasa yang paling asli. Seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar dan bertutur didapati turut menguasai aspek tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi, semantik dan idiom bahasa, iaitu yang diserap dan dipelajari melalui aktiviti mendengar sebagai proses menerima komunikasi dan bertutur sebagai proses menghasilkan bahasa (Abdul Aziz Abdul Talib, 1993:65). Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua kemahiran yang saling lengkapmelengkapi dan diajarkan kepada murid-murid supaya mereka boleh memahami dan menghayati perkara-perkara yang didengar dalam pelbagai situasi.

KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran bertutur pula merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

OBJEKTIF
Perbincangan tentang objektif kemahiran mendengar dan bertutur dijuruskan kepada (i) objektif pengajaran lisan dalam Sukatan pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

OBJEKTIF PENGAJARAN LISAN KBSR


Objektif pengajaran lisan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (Siti Hajar, 1999:1-2) adalah untuk membolehkan murid-murid:
Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang

terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah. Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakanrakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain (Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Bahasa Melayu, 1983:3).

OBJEKTIF PENGAJARAN LISAN KBSM


Objektif pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur turut termaktub dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM dan dinyatakan dalam bentuk matlamat dan objektif (Siti Hajar, 1999:34). Matlamat tersebut adalah untuk membolehkan murid-murid:
Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan dalam bidang ilmu

pengetahuan. Menggunakan Bahasa perhubungan harian

Melayu

dengan

berkesan

dalam

Objektif pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur KBSM pula adalah untuk membolehkan murid-murid:
Mendengar, memahami dan menilai pertuturan dalam siaran am

dan media massa. Bertutur dengar fasih dan lancar serta memberikan pendapat dan hujah-hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi.

PROSES DAN BENTUK


Kemahiran mendengar dan bertutur meliputi beberapa

proses dan bentuk yang perlu dikuasai oleh muridmurid. Kedua-dua kemahiran ini penting untuk aktiviti komunikasi dan disebabkan itu, murid-murid perlu menguasai proses dan bentuk khusus untuk kedua-dua kemahiran tersebut. Sehubungan itu, sebelum muridmurid boleh bertutur dengan baik, mereka perlu mahir, mendengar dan menguasai perkara-perkara yang didengar. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui proses dan bentuk kemahiran mendengar terlebih dahulu sebelum dibincangkan proses dan bentuk kemahiran bertutur.

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR

Proses dan bentuk mendengar meliputi dua cara,

iaitu (i) mendengar untuk mengenal pasti pelbagai bunyi sesuatu bahasa dan (ii) memahami maksud bunyi itu dan bertindak balas (Fatimah Abd. Rahman, Zainon Zainalabidin dan Zuariah Yusoff, 1992:9-12)

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR


Proses mendengar untuk mengenal pasti pelbagai bunyi

sesuatu bahasa, melatih murid-murid mengenal pasti dengan betul bunyi-bunyi yang berbeza, kombinasi bunyi dan intonasi, nada, tekanan serta jeda ayat. Guru biasanya menggunakan bunyi, perkataan, frasa atau ayat yang mengandungi unsur-unsur yang hampir sama bunyinya untuk melatih murid-murid mengenali bunyibunyi yang berbeza. Terdapat tiga contoh latihan mendengar untuk mengenal pasti bunyi yang boleh dijalankan oleh guru, iaitu (i) mendengar dan menyebut perkataan, (ii) latih tubi pemintal lidah dan (iii) memadankan perkataan dengan gambar.

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR


Proses mendengar untuk memahami dan bertindak

balas, menguji pemahaman murid terhadap apa yang diperdengarkan dan seterusnya bertindak balas. Terdapat tiga aktiviti yang boleh dijalankan, iaitu (i) aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang ringkas, (ii) aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas yang lebih lama, (iii) aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan perbincangan serta (iv) mendengar untuk mencantum maklumat.

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR


Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas

yang ringkas meliputi aktiviti sembilan aktiviti kesemuanya, iaitu (i) melakukan pergerakan mengikut arahan, (ii) menandakan butiran yang berkaitan,(iii) menandakan betul atau salah, (iv) menyusun gambar, (v) mendengar dan memilih gambar, (vi) melukis bahan berbentuk grafik, (vii) menandakan lokasi dan arah perjalanan, (viii) mengisi jadual dan (ix) teka siapa saya.

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR


Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas

yang lebih lama memerlukan murid menjawab soalan kefahaman, membuat ulasan, meringkaskan dan mencatat isi-isi penting daripada bahan yang didengar. Sehubungan itu, contoh aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru ialah (i) menjawab soalan kefahaman dan (ii) mencatat isi, mengulas dan membuat ringkasan.

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR


Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan

perbincangan pula merupakan langkah awal sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa. Aktiviti ini menjadi asas untuk aktiviti seterusnya walaupun masa yang diperuntukkan adalah singkat. Murid mendengar dan memahami bahan rangsangan sebelum menjalankan aktiviti seperti menterjemah dan menilai. Aktiviti yang dijalankan memerlukan murid berbincang secara kumpulan dan hasilnya dilaporkan secara lisan atau bertulis atau kedua-duanya sekali. Contoh aktiviti yang dijalankan oleh guru ialah, (i) mengkatogerikan fakta dan (ii) menilai perwatakan.

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR


Aktiviti mendengar yang terakhir, iaitu mendengar

untuk mencantum maklumat memerlukan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendengar petikan yang berbeza tetapi berkaitan. Mereka seterusnya perlu saling bertukartukar maklumat dan mencantumkan maklumat tersebut untuk membolehkan mereka menyempurnakan tugasan.

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN BERTUTUR


Pengajaran

dan pembelajaran kemahiran bertutur memerlukan perancangan yang teliti dan menyeluruh, agar murid dapat menguasai kefasihan dan kecekapan pertuturan. Oleh sebab kemahiran bertutur adalah kemahiran berkomunikasi, maka adalah penting untuk guru merangka pengajaran masing-masing berdasarkan fungsi bahasa. Dengan perkataan lain, fungsi bahasa menghuraikan proses dan bentuk kemahiran bertutur yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Terdapat tujuh fungsi bahasa yang perlu diberi penekanan oleh guru yang mengajar kemahiran bertutur, iaitu (i) fungsi peribadi, (ii) fungsi perhubungan, (iii) fungsi memberi arahan, (iv) fungsi menyoal, (v) fungsi merujuk, (vi) fungsi imaginasi dan (viii) fungsi menyampai maklumat (Maimunah Samat dan Radiah Nordin, 1992:33-35).

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN BERTUTUR


Proses dan bentuk kemahiran bertutur berdasarkan

fungsi peribadi adalah kebolehan murid menyampaikan buah fikiran, perasaan dan kehendak mereka dengan jelas misalnya, fungsi ini ditunjukkan melalui cara murid melahirkan perasaan suka, gembira, marah dan kecewa dengan jelas serta difahami.

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN BERTUTUR


Proses dan bentuk kemahiran bertutur berdasarkan fungsi

perhubungan penting dalam kehidupan seharian muridmurid kerana penekanan diberi kepada pengucapan bertatasusila yang menjamin keharmonian perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat contohnya (i) melahirkan rasa simpati terhadap orang lain, (ii) menumpang kegembiraan, (iii) menunjukkan keperihatinan kepada kebajikan orang lain, (iv) meminta diri, (v) meminta maaf dan memberi kemaafan, (vi) memberi alasan tanpa menyinggung perasaan orang lain, (vii) menyatakan penghargaan dan berterima kasih, (viii) menyatakan persetujuan dengan pendapat orang lain, (ix) menyatakan ketidaksetujuan dan (x) mencelah dengan cara yang sopan semasa orang lain sedang bercakap.

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN BERTUTUR


Proses dan bentuk kemahiran bertutur berdasarkan

fungsi memberi arahan membolehkan murid menggunakan ayat permintaan, memberi arahan dan menyatakan peraturan dengan jelas. Fungsi ini juga meliputi kemahiran bagaimana memberi cadangan, memujuk dan cuba menyakinkan orang lain. Proses dan bentuk kemahiran bertutur dengan fungsi menyoal pula bertujuan melatih murid-murid untuk mengemukakan soalan dengan jelas, tepat dan ringkas.

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN BERTUTUR


Fungsi merujuk sabagai salah satu bentuk dan

proses kemahiran bertutur pula adalah fungsi bahasa yang paling kerap diajar oleh guru. Fungsi ini berkaitan dengan kemahiran bertutur tentang kejadian yang telah, sedang dan akan berlaku. Ketika pelaksanaannya, murid-murid lebih banyak dilatih menggunakan aspek linguistik dengan betul dan tepat contohnya, (i) penggunaan perbendaharaan kata, (ii) penggunaan struktur ayat, (iii) penggunaan aspek morfologi dan (iv) menterjemah satu bahasa ke satu bahasa lain.

PROSES DAN BENTUK KEMAHIRAN BERTUTUR


Fungsi imaginasi pula bertujuan melatih murid-murid

menggunakan bahasa secara kreatif ketika bertutur. Contoh fungsi ini ditunjukkan melalui aktiviti (i) mencipta dan melafazkan puisi dengan nada dan intonasi yang betul, (ii) menggunakan bahasa berirama, (iii) bertutur secara spontan dalam lakonan dan drama dan (iv) bercerita secara kreatif. Fungsi menyampai maklumat pula bertujuan melatih murid-murid menyampaikan maklumat secara lisan. Maklumat ini disampaikan dengan jelas dan betul berdasarkan pengalaman, pendengaran dan pembacaan untuk dikongsi dengan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai