Anda di halaman 1dari 29

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

PERINGKAT PENGUASAAN UNSUR DAN FAKTOR KEBERKESANAN PRINSIP PENGAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur melibatkan beberapa peringkat penguasaan. Peringkat penguasaan bermaksud tahap-tahap kemahiran yang perlu dikuasai oleh muridmurid sebelum boleh mengamalkannya. Murid-murid perlu menguasai tahap demi tahap dalam kemahiran mendengar dan bertutur sebelum boleh dilabelkan sebagai mahir.

Peringkat penguasaan kemahiran mendengar meliputi tiga tahap, iaitu yang meliputi murid-murid yang mempelajarinya dan guruguru yang mengajar. Kemahiran mendengar terdiri daripada dua peringkat. Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama contohnya, (i) b-p, iaitu bagi dan pagi, (ii) d-l, iaitu dari dan lari, (iii) s-t, iaitu beras dan berat, (iv) g-k, iaitu gali dan kali.

Peringkat kedua ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa dipengaruhi oleh pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap murid-murid yang bertindak sebagai pendengar. Murid-murid sepatutnya mempunyai (i) pengetahuan tentang sistem bahasa yang didengar, (ii) pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar dan (iii) pengetahuan sedia ada seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar dan cara bahasa digunakan.

Kemahiran mendengar juga dibahagikan kepada tiga peringkat berdasarkan perkembangan murid, iaitu peringkat pertama/ peringkat awal, iaitu (i) mengecam, mengajuk dan memilih bunyi, (ii) mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat, (iii) melakukan sesuatu yang disuruh, (iv) menjalankan perintah dan permintaan, (v) bertindak balas terhadap soalan-soalan mudah dan (vi) mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah dengan tepat. Peringkat kedua/peringkat pertengahan,iaitu (i) mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci, (ii) mengenal maklumat khusus, (iii) mengesan urutan, (iv) mengenal sebab dan akibat, (v) mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi dan (vi) mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.

Peringkat ketiga/peringkat maju, iaitu (i) mengenal isi-isi penting, (ii) mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap, (iii) memberitahu fungsi tekanan dan intonasi, (iv) mentafsirkan maksud orang yang bercakap, (v) mengikut aliran dalam dialog atau perbualan, (vi) mencari jalan mengatasi masalah yang didengar dan (vii) mentafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur tatabahasa.

Perancangan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar perlu mengikut tiga peringkat, iaitu peringkat pramendengar, peringkat semasa mendengar dan peringkat selepas mendengar. Ketika melaksanakan peringkat pramendengar, empat aktiviti boleh dijalankan oleh guru, iaitu (i) memberi tugasan atau soalan kepada murid sebelum mereka mula mendengar, (ii) memberi gambaran yang menyeluruh atau penerangan ringkas tentang apa yang hendak diperdengarkan, (iii) memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi untuk digunakan dalam aktiviti dan (iv) memastikan murid bersedia untuk menjalankan aktiviti.

Pada peringkat semasa mendengar pula, guru boleh menjalankan dua aktiviti, iaitu (i) memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan dan (ii) mengatasi sebarang gangguan atau masalah yang timbul secepat mungkin ketika aktiviti dijalankan. Pada peringkat selepas mendengar pula, guru boleh menjalankan empat aktiviti, iaitu (i) memberi jawapan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid tentang bahan rakaman yang didengar, (ii) memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan rakaman, (iii) memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan dan (iv) menjalankan aktiviti tindakan susulan yang bersesuaian dengan aktiviti yang telah dijalankan.

Penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid berlaku secara tiga peringkat, iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat maju. Setiap peringkat penguasaan ini melibatkan kemahiran berlainan yang perlu dikuasai oleh murid-murid.

Pada peringkat awal penguasaan kemahiran bertutur, murid perlu menguasai sejumlah sembilan kemahiran, iaitu (i) melafazkan pengucapan bertatasusila, (ii) mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar, (iii) menyoal untuk mendapat maklumat, (iv) membuat teguran atau kenyataan tentang sesuatu situasi, (v) mengemukakan soalansoalan mudah berdasarkan situasi tertentu, (vi) bertindak terhadap soalan-soalan mudah, (vii) memberi arahan, (viii) membina ayat-ayat tentang diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya dan (ix) membina ayat-ayat berdasarkan gambar rangsangan.

Peringkat pertengahan, murid-murid perlu menguasai sejumlah sepuluh kamahiran yang terdiri daripada (i) melakukan deskripsi tentang objek atau gambar, (ii) bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri, (iii) mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa, (iv) memberi satu siri arahan untuk melakukan sesuatu, (v) membaca iklan dan peraturan, (vi) memberi ucapan pendek dan mudah, (vii) memberi komen secara mudah, (viii) menyoal dan menjawab soalan berkaitan peribadi seseorang, suasana persekolahan, persekitaran, suasana di rumah dan sebagainya, (ix) mengambil bahagian dalam perbualan mudah dan (x) membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Pada peringkat maju, terdapat dua belas kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid, iaitu (i) mendeskripsi sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya, (ii) bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya, (iii) mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog, (iv) bertanya untuk mendapatkan maklumat, (v) menghuraikan proses, kejadian, prosedur dan peraturan, (vi) memberitahu arah atau hala sesuatu tempat, (vii) memberi ceramah atau syarahan, (viii) mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan sebagainya, (ix) mengambil bahagian dalam drama atau lakonan, (x) mendeklamasi puisi, (xi) menyampaikan komen, laporan atau ulasan dan (xii) mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

Oleh sebab mendengar merupakan aktiviti rutin, maka keupayaan mendengar dalam kalangan murid-murid perlu dieksploitasi sebaik mungkin agar mereka menguasai kemahiran mendengar. Pengajaran kemahiran mendengar bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran mendengar. Antara faktor tersebut ialah (i) perubahan respons, (ii) menyampuk, (iii) terleka, (iv) fikiran tertutup dan (v) kebosanan.

Perubahan respons yang berbeza-beza antara seseorang individu dengan individu lain mengganggu pendengaran, dalam sesuatu perbualan kerana penutur cuba menegakkan idea masing-masing tanpa menumpukan kepada topik yang diperkatakan. Menyampuk pula merujuk kepada gangguan dalam perbualan, iaitu penutur kedua mengambil giliran bertutur pada masa penutur pertama sedang bertutur dan perkara ini turut mengganggu pendengaran kerana idea dan mesej yang didengar sering terganggu dan tidak sempurna. Terleka juga merupakan gangguan dalam aktiviti mendengar dan dialami oleh kebanyakan muridmurid misalnya, kerana mengantuk.

Fikiran tertutup ialah mendengar dengan fikiran tertutup hingga menyebabkan murid-murid kehilangan maklumat penting yang perlu diketahui. Fikiran tertutup juga menyebabkan aktiviti mendengar murid-murid menjadi tidak aktif kerana input hanya sampai ke telinga dan tidak dihantar ke otak untuk diproses. Kebosanan pula menyebabkan aktiviti mendengar diganggu oleh perasaan bosan yang menyebabkan murid-murid gagal memberi perhatian kepada perkara yang diujarkan. Kebosanan mungkin berlaku kerana penutur bertutur terlalu pantas hingga murid-murid tertinggal banyak maklumat penting atau penutur yang bertutur terlalu perlahan berbanding keupayaan otak murid-murid bertindak balas.

Seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur juga mempunyai faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi keberkesanannya. Sehubungan itu, Siti Hajar (2009:133-135) telah menyenaraikan tiga faktor kemahiran bertutur, iaitu (i) faktor fisiologi, (ii) faktor fizikal dan (iii) faktor persekitaran.

Faktor fisiologi dibahagikan kepada tiga unsur, iaitu jantina, penyakit dan kecerdasan. Unsur jantina berperanan mempengaruhi pertuturan pada peringkat awal kanak-kanak kerana kanakkanak perempuan didapati bertutur lebih awal daripada kanak-kanak lelaki. Pada tahap pertama persekolahan, perbezaan jantina tidak lagi menunjukkan kesan ketara untuk menguasai kemahiran bertutur kerana aktiviti lisan di bilik darjah dilaksanakan oleh guru secara menyeluruh tanpa mengambil kira jantina murid. Untuk unsur penyakit pula, beberapa jenis penyakit biologikal didapati memberi kesan kepada keupayaan bertutur seseorang murid misalnya, kecacatan pada pita suara boleh menyebabkan murid tidak berupaya mengeluarkan bunyi bersuara hingga menyebabkan mereka tidak dapat bertutur.

Untuk unsur kecerdasan, murid-murid yang cerdas bertutur dengan mudah dan lancar serta melibatkan diri dengan aktiviti pertuturan yang merangsang kecerdasan mereka seperti pidato, syarahan dan perbahasan. Murid-murid yang tidak mampu bertutur dengan baik dan lancar dianggap sebagai kanak-kanak yang tidak cerdas atau lembam. Faktor fizikal pula meliputi dua unsur, iaitu alat pendengaran dan alat pertuturan dan masalah pada alat pendengaran merujuk kepada ketidakupayaan alat pendengaran, iaitu telinga untuk mendengar sebarang bunyi atau yang turut dikenali sebagai pekak. Kanak-kanak yang pekak sejak kecil tidak berupaya untuk bertutur kerana mereka tidak pernah mendengar bunyi bahasa dan kanak-kanak ini perlu ditempatkan di kelas atau sekolah khas untuk membolehkan mereka mempelajari dan menguasai bahasa dengan menggunakan bahasa isyarat.

Unsur alat pertuturan merujuk kepada masalah pada alat pertuturan, iaitu ketidakupayaan alat artikulasi seseorang untuk berfungsi dengan baik untuk menuturkan ujaran dan kerosakan pada artikulasi menyebabkan seseorang itu bisu atau gagap Kerosakan boleh juga berlaku dalam bentuk keadaan bibir yang sumbing dan rekahan pada lelangit. Kanak-kanak yang gagap dan sumbing, masih boleh bertutur dan menyampaikan mesej kepada orang lain dengan cara mereka sendiri tetapi, kanak-kanak yang bisu perlu ditempatkan di kelas atau sekolah khas untuk membolehkan mereka mempelajari bahasa menggunakan bahasa isyarat.

Faktor persekitaran terdiri daripada dua unsur, iaitu keluarga dan sosioekonomi. Keluarga berperanan penting dalam penguasaan kemahiran bertutur murid-murid kerana ibu bapa yang yang kerap bertutur dengan anak-anak mereka sejak kecil lagi dapat mempertingkat keupayaan bertutur murid-murid. Murid-murid berlatar belakang keluarga dan persekitaran yang tidak mendorong kepada komunikasi antara satu sama lain menyebabkan aktiviti bertutur mereka terhad. Unsur sosioekonomi turut mempengaruhi keupayaan bertutur murid-murid kerana ibu bapa yang mempunyai tahap sosioekonomi tinggi mampu menyediakan kemudahan internet, televisyen, buku-buku dan perisian pembelajaran bahasa untuk mempertingkat keupayaan bertutur anak-anak mereka. Sebaliknya, murid-murid berlatar belakang sosioekonomi rendah dan tidak terdedah dengan kemudahan yang dinikmati oleh murid-murid dengan tahap sosioekonomi tinggi hanya menguasai kemahiran bertutur pada peringkat sederhana sahaja.

Guru perlu mempastikan bahawa setiap peringkat kemahiran mendengar dikuasai oleh murid-murid. Guru perlu mematuhi beberapa prinsip pengajaran yang berdasarkan tiga peringkat kemahiran mendengar, iaitu peringkat pramendengar, peringkat semasa mendengar dan peringkat selepas mendengar (Fatimah Abd. Rahman, zainon Zainalabidin, Zuariah Yusoff, 1992 : 21-22).

Pada peringkat pramendengar, guru sewajarnya melaksanakan empat prinsip pengajaran, iaitu (i) guru memberi tugasan atau soalan kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar, (ii) guru memberi gambaran menyeluruh tentang perkara yang hendak diperdengarkan, (iii) guru memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan mempastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi dan (iv) guru mempastikan murid berada dalam keadaan sedia untuk menjalankan aktiviti.

Pada peringkat semasa mendengar, terdapat dua prinsip pengajaran yang sewajarnya dipatuhi oleh guru, iaitu (i) guru mempastikan murid dapat menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap bahan rangsangan dan (ii) guru mengatasi sebarang gangguan yang mungkin timbul ketika aktiviti mendengar dijalankan. Pada peringkat selepas mendengar, guru perlu mematuhi empat prinsip pengajaran, iaitu (i) guru menghuraikan persoalan yang ditimbulkan oleh murid berdasarkan bahan rangsangan yang kemungkinan menyulitkan pemahaman mereka, (ii) guru memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan rangsangan, (iii) guru mempastikan murid menyempurnakan tugasan dan melakukan pengukuhan dan (iv) guru menjalankan aktiviti tindakan susulan.

Seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertutur juga perlu diajar oleh guru berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran tertentu. Walau bagaimanapun, prinsip pengajaran kemahiran bertutur tidak ditentukan berdasarkan peringkat penguasaan seperti kemahiran mendengar. Prinsip pengajaran kemahiran bertutur digariskan secara keseluruhan proses pertuturan yang dipelajari oleh murid-murid. Terdapat tujuh prinsip pengajaran kemahiran bertutur yang perlu dipatuhi oleh guru untuk mempastikan penguasaan kemahiran bertutur berlaku dengan betul.

Prinsip pengajaran kemahiran bertutur yang pertama memerlukan usaha guru untuk meneguhkan gerak balas murid yang betul, iaitu pertuturan yang tepat agar ia diulangi lagi. Prinsip kedua, guru perlu mengetahui bahawa seseorang murid tidak boleh bertutur dengan lancar jika mereka hanya mendengar pertuturan murid lain sahaja. Murid-murid perlu dilatih bertutur dan diberi peluang mendengar pertuturan ahli masyarakat yang mengandungi unsur peribahasa dan bahasa kiasan. Prinsip pengajaran kemahiran bertutur yang ketiga pula, memerlukan guru memahami proses yang terlibat dalam pertuturan untuk melatih murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka di samping dapat menyebut bunyi dan menggunakan struktur bahasa dengan tepat.

Prinsip keempat pula memerlukan guru mempastikan bahawa pengajaran kemahiran bertutur dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa kerana pengajaran kemahiran bertutur bertindak sebagai agen penggerak untuk murid-murid mempelajari sesuatu bahasa. Pengajaran kemahiran bertutur juga tidak boleh dimulakan setelah murid-murid menguasai kemahiran menulis kerana murid-murid telah membentuk beberapa kelaziman sebutan bahasa yang tidak tepat dan sukar diubah. Prinsip kelima mengkehendaki guru-guru memahami penggunaan pita rakaman yang dapat membantu mereka melatih tubi murid-murid dalam aktiviti pertuturan.

Prinsip keenam pula memerlukan guru memahami tentang kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa yang berbeza kerana ketika murid mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan secara bersendirian kerana guru perlu memandu murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka dengan betul untuk menghasilkan sebutan yang baharu mereka pelajari itu. Prinsip ketujuh, memerlukan guru memahami bahawa dalam pengajaran kemahiran bertutur kepada penutur bahasa kedua, kelaziman dalam bahasa pertama akan mengganggu pembentukan kelaziman yang baharu dan guru perlu melatih tubi murid tersebut agar dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang tepat.

Anda mungkin juga menyukai