Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Qawaid Fiqhiyyah merupakan gabungan daripada dua perkataan iaitu Qawaid dan Fiqhiyyah. Qawaid merupakan kata jamak daripada qaidah yang bemaksud asas, tapak, atau prinsip. Firman Allah : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meniggikan binaan asasasas(tapak) Baitullah(kaabah) itu (surah al-baqarah: 127) Oleh itu, Qawaid Fiqhiyyah bermaksud prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagianbahagiannya. Kemunculan Qawaid Fiqhiyyah banyak dipengaruhi oleh faktor tuntutan semasa. Ia muncul setelah jarak masa para ulama semakin jauh dari generasi terawal iaitu para salafussoleh. Kelahiran kaedah ini juga menandakan kejayaan mereka menggabungkan jalinkan antara unsur-unsur syarak dengan rasional akal dalam satu sintesis ilmu yang bersepadu. Sejarah perkembangan serta penyusunan Qawaid Fiqhiyyah dapat dijelaskan dengan klasifikasi period.Ia bermula dengan period perundangan,seterusnya period zaman mengadakan. Selepas itu, period zaman imam mazhab dan kemantapan. Akhir sekali, period zaman mutakhir. Ilmu Qawaid Fiqhiyyah berkembang pesat pada kurun ketiga dan keempat hijrah. Misalnya Imam Abu Tahir Al-Dabbas telah mengumpulkan beberapa kaedah mazhab Abu Hanifah dan disimpulkankan dalam 17 kaedah. Daripada 17 kaedah Ulama mutakhir Syafiiyyah menyimpulkan Qawaid Fiqhiyyah kepada lima kaedah asas iaitu : Segala perkara bergantung kepada tujuannya(niat). (al-umuru bimaqasidiha) Keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan syak. (al-yakin la yuzalu bil syak) Kesukaran membawa kepada kemudahan. (al-masyaqqatu tajlibu al-taisir) Kemudaratan hendaklah dihilangkan. (al-dhararu yuzal) Adat dijadikan sebagai rujukan hukum. (al-'adatu muhakkamah)

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU QAWAID FIQHIYYAH


Sejarah perkembangan al-qawaid al-fiqhiyyahini adalah berbeza dengan sejarah perkembangan ilmu usul al-fiqh. Ini kerana kaedah-kaedah fiqh ini hanya terbentuk pada abad keempat dan kelima Hijrah berbanding dengan ilmu usul al-fiqh yang telah terdahulu digagaskan sebagai suatu disiplin ilmu sejak pada abad kedua Hijrah lagi. Sejarah perkembangan ilmu Qawaid Fiqhiyyah dapat diklasifikasikan kepada 4 period iaitu :1) SejarahPerundangan 2) Zaman mengadakan 3) Zaman imam mazhab dan kemantapan 4) Zaman mutakhir

1. Sejarah Perundangan Ia bekaitan dengan sumber pengambilan hukum dan perkembangan fiqh. Perkembangan fiqh dalam period ini dapat dibahagikan kepadaa 3 peringkat. a) Perinkat pertama Iaitu zaman Rasulullah s.a.w, ketika waktu ini segala sumber syariat hanya berdasarkan al-quran,al-sunnah dan ijtihad baginda sahaja. Dalam konteks tersebut, segala pertanyaan yang baginda jawab dan fatwa yang diputuskan adalah berdasarkan wahyu dan ijtihad baginda. Sekiranya ijtihad baginda tidak tepat ia diperbetulkan oleh wahyu. Pada zaman ini, Rasulullah s.a.w hanya membenarkan sahabatnya yang diakui untuk berijtihad apabila tiada nas dalam al-quran dan al-sunnah. Sebagaiman yang diwasiatkan kepada Muaz bin Jabal ketika diutuskan ke yaman menerusi sabda baginda yang bermaksud :-

Bagaimanakah engkau akan putuskan hukum apabila dibentangkan kepada enkau masalah? Muaz menjawab: saya akan bepandukan kitab allah. Nabi bertanya lagi: sekiranya kamu tidak dapati dalam kitab allah? Muaz menjawab: saya akan berpandukan sunnah Rasulullah s.a.w. Nabi bertanya lagi: sekiranya engkau tidak dapati dalam sunnah rasulullah s.a.w dan kitab allah? Muaz menjawab: saya akan berijtihad dengan ilmu saya dan saya tidak akan mengenepikan perkara itu. Lalu Rasulullah s.a.w menepuk dada sambil bersabda: segala pujian bagi Allah yang membenarkan tawfiq kepada kepada utusan Rasulullah s.a.w kea rah sesuatu yang diredai oleh Rasulullah.

b) Peringkat kedua - iaitu zaman sahabat, ketika zaman ini ia merupakan zaman yang masih berpegang kuat pada al-quran dan al-sunnah. - Khalifah al-rasyidin dan para sahabat hanya berijtihad apabila tidak terdapat hukum di dalam kedua-dua sumber tersebut. - untuk itu ,zaman tersebut tidak digalakkan sahabat dan umat islam berijtihad dan menggunakan akal mereka.

c) Peringkat ketiga - Iaitu zaman tabiin dan tabi al- tabiin.Pada zaman inilah bermulanya penulisan dan pembukaan usul fiqh yang bermula abad ke-2 hingga ke-4 hijrah. - Pada waktu ini juga fiqh islam mulai berkembang pesat. Pada zaman itu lahirlah dua aliran fiqh iaitu aliran al-rayi yang berkembang pesat dan berpengaruh di Kufah dan aliran hadis yang berkembang di Madinah. - Bertitik tolak dari situlah lahirlah usul fiqh dan istilah-istilah fiqh. - Zaman ini kegiatan ijtihad hanya bertumpu kepada ahli fiqh sahaja. - Apa yang dapat di kesan, pada zaman ini lahir serta terbentuk kaedah fiqh yang pertama iaitu lafaz kaedah yang bermaksud tidak bahaya dan tidak membahayakan.

2. Zaman Mengadakan

Merupakan tiga kurun awal hijrah yang sekali gus ia merupakan kurun terbaik. Sebagaimana sabda baginda dalam hadis yang diriwayat daripada Imran bin Husahn yang bermaksud:-

Sebaik-baik manusia adalah kurun daku, kemudian kurun selepas mereka, kemudian kurun mereka yang berikutnya.

Temasuk dalam kurun terbaik tersebut ialah zaman tabiin dan tabi al- tabiin yang merupakan zaman permulaan terbentuknya mazhab fiqh serta perkembangan aliran mazhab fiqh. Mazhab awal yang muncul ialah mazhab fiqh Abu Hanifah al-Numan bin Thabit. Apa yang jelasnya, tunas awal yang tumbuh daripada kaedah fiqh ialah dengan berasaskan penjelasan hukum daripada al-quran, hadis dan kata-kata sahabat. Seterusnya daripada semua itu menjadi sumber serta terbentuknya kaedah fiqh itu sediri. Di antara firman allah dan hadis yang mana terbentuk daripadanya kaedah fiqh ialah:i) sebagaimana firman allah - dan allah mengetahui orang akan yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya - terimalah apa yang mudah dilakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik - dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama ii) sebagaimana hadis - tidak ada bahaya dan tidak membahayakan - mendapat faedah kerana menaggung resiko - sesungguhnya yang halal telah jelas, dan sesungguhnya yang haram telah jelas, dan diantara keduanya ialah syubhat - menunda bayaran hutang bagi yang mampu, sesuatu kezaliman

3. Zaman Imam Mazhab dan Kemantapan Zaman ini merupakan zaman penyusunan serta pembukuan fiqh dan mazhab serta berkembangnya ilmu fiqh. Selain itu, ia juga dikenali dengan zaman terpisah dan terbinanya ilmu kaedah fiqh secara tersendiri serta mencapai kedudukan yang istimewa. Zaman ini bemula pada tahun kedua dan ketiga hijrah. Diantara ulama dan mujtahid yang terkenal yang mana terdapat dalam kitab mereka menyebut kaedah fiqh ialah:a) Qadi Abu Yusuf Yaakub bin Ibrahim(m.182 H) murid kepada Abu Hanifah. Iaitu dalam kitab Al-Kharaj yang disebarkan pada zaman pemerintahan khalifah harun al-rasyid. b) Muhammad bin Al-Hasan Al-Syaibani (m.189H),yang juga murid Abu Hanifah. Disebut berkaitan kaedah fiqh dalam kitab al-asal. c) Imam Muhammad bin Idris Al-syafii(m.204H) iaitu dalam kitab Al-Umm. d) Imam Jamal al-din al-husairy al-hanafi. Kitab beliau dihuraikan pula oleh imam Muhammad bin al-Hasan al-syaibani dengan nama Al-Tahrir Syarh al-jamialkabir. - Kemantapan Kemantapan tersebut berlaku secara jelasnya selepas abad ke-4 hijrah. Dimana ia bergerak seiring dengan perubahan masa, keadaan ,adat dan tempat. Khasnya melalui pertumbuhan berbagai bebagai aliran mazhab fiqh. Contohnya, sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab al-asybah wa al-NazaI al-suyuti dan alasybah wa al-nazair ibn nujaym.Iaitu imam Abu Tahir al-Dabbas dari kalangan ulama fiqh.Hanafi pada kurun 4 hijrah telah mengumpulkan kaedah asas atau utama dalam fiqh mazhab hanafi dalam 17 kaedah..Dijelaskan juga, dimana Abu Said al-harawi al-sayfiI telah pergi kepada imam AbubTahir al-Dabbas tersebut serta mengambil sebahagian daripada kaedah tersebut.Di mana kaedah asas yang masyhur ada lima iaitu: Segala perkara bergantung kepada tujuannya(niat). (al-umuru bimaqasidiha) Keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan syak. (al-yakin la yuzalu bil syak) Kesukaran membawa kepada kemudahan. (al-masyaqqatu tajlibu al-taisir) Kemudaratan hendaklah dihilangkan. (al-dhararu yuzal) Adat dijadikan sebagai rujukan hukum. (al-'adatu muhakkamah)

4. Zaman Mutakhir

Zaman ini merupakan zaman pengkhususan dan mengkanunkan fiqh. Zaman ini secara khususnya bermula dapa kurun ke-13 hijrah atau pertengahan kedua abad ke 13 hijrah. Antara kitab Qawaid fiqhiyyah terkenal pada zaman ini ialah majalah Al-Ahkam Al-adliyyah al-ythmaniyyah yang mana ia mulai dikanunkan pada 26 syaban 1292H bersamaan 1876M. Majoriti kanun dan perbahasan fiqh serta kaedah dalam majalah tersebut berdasarkan mazhab hanafi. Seterusnya,ia Berjaya dikanunkan dalam kerajaan uthmaniyyah secara meluas serta dilaksanakan di wilayah syam yang berpusat di Turki untuk tempoh masa lebih kurang 50 tahun.

Kaedah fiqh ke-4 (al-dhararu yuzal) KEMUDARATAN HARUS DIHILANGKAN


Islam adalah agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu hukum-hakam syariah cenderung kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah timbul hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Antara klasifikasi mudarat ialah mudarat kecil dan besar, mudarat khusus dan umum, dan mudarat jangkamasa pendek dan panjang. Kemudaratan dihilangkan atau dihindarkan ataupun dalam istilah bahasa arab ia disebut merupakan kaedah yang keempat menurut silibus ilmu Qawaid Fiqhiyyah. Aplikasi kaedah ini adalah salah satu daripada prinsip Islam yang unggul demi menjaga kemaslahatan umat seluruhnya. Ini juga bertepatan dengan sabda Baginda SAW: Bermaksud: Tidak mudarat dan tidak dimudaratkan

Perbezaan Antara Masyaqqah (Kesulitan) Dengan Dharurat (Kemudaratan) Masyaqqah adalah suatu kesulitan yang menghendaki keperluan (hajat) tentang sesuatu apabila tidak di penuhi tidak akan membahayakan manusia. Dharurah ialah kesulitan yang jika tidak diselesaikan akan mengancam agama, jiwa, aqal, keturunan atau nasab dan harta serta kehormatan manusia.

Dengan adanya masyaqqah akan mendatangkan kemudahan dan keringanan, sedangkan dengan adanya dharurah (kemudaratan) mewujudkan penghapusan hukum. Jelasnya di sini, dengan keringanan dan penghapusan atau menghilangkan mudarat akan mendatangkan kemaslahatan bagi kehidupan manusia.

Huraian Kaedah Kemudaratan itu harus dihilangkan dengan membawa pengertian bahawa kemudaratan telah terjadi. Lantaran itu,apabila keadaan demikian berlaku,ia wajib dihilangkan. Kaedah tersebut juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan perkara yg berbahaya itu juga hendaklah dihilangkan sama.

Rumusan Kaedah Justeru itu, tidak boleh sama sekali melakukan atau membuat kerosakan dan kemudaratan terhadap diri sendiri, lebih-lebih lagi terhadap orang lain. Lantaran itulah, dalam keadaan tersebut ia wajib dihindarkan ataupun dihilangkan, samada kemudaratan tersebut berkaitan dengan hak umum seperti seseorang yang menyalurkan air kotoran daripada rumahnya ke jalan umum ataupun juga berkaitan dengan hak khusus seperti seseorang yang merosakkan harta benda orang lain. Kaedah asas tersebut merupakan salah satu daripada penjelasan serta pecahan daripada kaedah-kaedah yang berkaitan dengan kemudaratan yang asalnya terbahagi kepada tiga, iaitu : 1. Menjauhkan kemudaratan yang bermula dan dari permulaannya. Daripadanya terbentuk kaedah yang bermaksud tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan. 2. Wajib menghilangkan atau melenyapkan kemudaratan apabila ia berlaku. Daripadanya terbentuk kaedah yang bermaksud kemudaratan atau bahaya mestilah dihapuskan.

3. Menolak kemudaratan menurut kemampuan. Daripadanya terbentuklah kaedah yang maksudnya adalah kemudaratan itu dibendung atau ditolak menurut sekadar mungkin. Sebagai rumusannya, seseorang insan itu tidak boleh sama sekali melakukan kemudaratan terhadap saudaranya dari sudut permulaan dan tidak boleh pada bahagiannya. Kerana dengan kemudaratan itu membawa erti menyertakan kerosakan kepada orang lain. Oleh itu, jumhur ulama menetapkan bahawa segala yang boleh memudaratkan kaum muslimin wajib dijauhi. Selaras dengan kata-kata imam al-Syatibiy : Sesungguhnya syariat itu diasaskan untuk membawa kemasalahatan kepada manusia.

Kaitan Kaedah Taklif syarak itu hakikatnya ia disyariatkan demi untuk menolak kemudaratan. Selaras dengan lafaz kaedah lain pula, antaranya : 1. Kaedah Membendung kerosakan diutamakan daripada menarik kemasalahatan.

2. Kaedah Apa sahaja yang memudaratkan kaum muslimin wajib dihindarkan terhadap mereka.

3. Kaedah Setiap sebab yang mengarah kepada kerosakan ditegah terhadapnya, apabila padanya tidak terdapat kemasalahatan yang kukuh. Untuk itu, kaedah tersebut sebagai asasnya menolak perbuatan yang membawa kemudaratan dibataskan terhadap semua perkara yang tidak dibenarkan oleh syarak. Namun perkara yang diharuskan oleh syarak dikecualikan, seperti hukuman hudud,qisas,dan tazir. Di mana biarpun hukuman-hukuman tersebut zahirnya membawa kemudaratan, tetapi ia tidak dikira sebagai kemudaratan.

Sumber Asal Kaedah Sumber pengambilan kaedah tersebut berdasarkan al-Quran dan hadis, antaranya ialah: 1. Sebagaimana firman Allah: 214 Terjemahan: Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya... 2. Sebagaimana firman Allah yang lain: 215 Terjemahan: .... Sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan. 3. Berdasarkan kepada firman Allah: 216 Terjemahan: ....dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka)... 4. Sebagaimana hadis riwayat daripada Ibn Abbas: 217 Maksud Ayat : Tidak ada bahaya dan tidak membahayakan. 5. Sebagaimana hadis riwayat daripada Ibn Umar : 218 Maksudnya : Rasulullah S.A.W. melarang jual beli berdasarkan tipu.

Skop Kaedah Setengah ulama menggunakan lafaz hadis yang diriwayatkan daripada ibn Abbas tersebut sebagai kaedah asas iaitu, yg bermaksud: Tidak ada mudarat dan tidak memudaratkan. 219. Manakala skop daripada kaedah itu adalah sangat luas dan mencakupi sebahagian besar masalah fiqh. Kerana semua taklf atau tanggungjawab syarak dibina atas dasar untuk menegah kemudaratan dan bahaya. Antara skop kaedah tersebut ialah: 220 1. Perkara yang berkaitan dengan muamalah,iaitu disyariatkan sebahagian akad yang berasaskan khiyar, seperti : Khiyar syarat dan khiyar aib terhadap barang yang dijual beli untuk mengelakkan daripada penipuan.

10

2. Perkara yang berkaitan dengan tegahan atau sekatan. Antaranya ialah: Menegah orang yang bodoh membelanjakan harta milik mereka dan lainnya. Ketentuan tersebut untuk menghindarkan kemudaratan , seperti: Supaya tidak habis harta dan wang mereka ,jika mereka membelanja sesuka hati.

3. Perkara yang berkaitan dengan jenayah, contohnya perlaksanaan hukum hudud seperti : Potong tangan terhadap pencuri,qisas dan rejam terhadap penzina yang muhsan. Semua itu adalah untuk membendung kerosakkan dan menjaga harta, nyawa dan lainnya.

4. Disyariatkan al-syafah untuk menjaga kepentingan rakan kongsi atau jiran.

5. Disyariatkan hukum kekeluargaan, contohnya : Tebus talak dan penceraian di antara pasangan yang tidak sesuai atau tidak serasi demi menjaga kemaslahatan.

Hukum Furu Di antara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ialah : 1. Diharuskan membunuh binatang yang membahayakan serta merosakkan, seperti : Anjing gila dan tedung. 2. Seseorang itu wajib menjaga dirinya daripada penyakit dan berubat apabila berpenyakit. 3. Memerangi dan membunuh kaum musyrikin dan pemberontak. 4. Memenjarakan orang yang membawa ajaran sesat dan segala sebaran yang membawa kerosakan kepada masyarakat,hingga ia bertaubat atau dikenakan hukuman, 5. Menahan dan memenjarakan orang yang lapang rezekinya serta senang apabila ia tidak mahu memberi nafkah terhadap anak-anak dan kaum kerabatnya atau mahram. Kerana jika ia tidak memberi nafkah tersebut akan membawa kemudaratan terhadap diri mereka itu.

11

Kaedah Pecahan Daripada kaedah asas tersebut terbentuk pula kaedah pecahan. Iaitu kaedah: Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan.222 a) Huraian kaedah Ia juga dibawa dengan lafaz kaedah yang bermaksud kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang serupa. Ia juga bermaksud bahaya itu tidak boleh dihilangkan dengan bahaya juga. Dimana, biarpun bahaya itu mestilah dihilangkan , namun bukanlah dengan cara menimbulkan bahaya seperti itu atau sama. Apatah lagi jika lahir bahaya yang lebih besar.

b) Rumusan Kaedah Justeru itu, kemudaratan itu tidak boleh sama sekali dihilangkan dengan kemudaratan juga. Hal tersebut kerana,seandainya ia diharuskan, sudah tentulah bertentangan dengan kaedah asas: Maksudnya : Kemudaratan mesti dihilangkan. Justeru itu,kaedah pecahan tersebut membataskan kaedah asas sebelumnya. Kerana jika semua itu berlaku tidak ada makna, bahkan menambahkan masalah. 224

c) Hukum Furu Diantara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ialah : 1) Tidak boleh seseorang yang dalam kelaparan mencuri atau mengambil makanan orang lain yang juga akan mati kebuluran sekiranya makanannya diambil atau dicuri. 2) Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk ditambah kepada pesakit yang perlukan darah, jika darahnya diambil menyebabkan ia pula akan tenat atau menyebabkan kematian. 3) Untuk menghindarkan daripada sawah seseorang itu tenggelam, ia tidak boleh melakukan perbuatan supaya sawah orang lain tenggelam, asalkan sawahnya selamat.

12

KESIMPULAN DARIPADA KAEDAH INI Islam dan Syari'atnya amat bersikap toleransi dan memahami akan keadaan serta tuntutan umatnya. Walaupun keseluruhan syari'at itu diturunkan kepada manusia bagi memelihara kemaslahatan dan menghindar kemudaratan tetapi as-Syari'at sedar akan kedudukan umat yang sekali-sekala terjatuh ke suasana kehidupan yang bukan normal. Maka dengan itulah as-Syari'at memberikan kelonggaran dan kemudahan dari beberapa segi dan sudut, semuanya disediakan bagi tujuan tetap menjaga kemaslahatan dan menghindar kemudaratan umat dalam keadaan sedemikian. Setiap keadaan itu dijelaskan situasinya dan dikategorikan kedudukannya dan setiap kedudukan itu mempunyai tahap-tahap dan syarat kelonggaran hukumnya. Untuk seseorang individu muslim itu mempraktikkan kemudahan agama dalam keadaan sebegini dia wajib tahu apakah yang dibolehkan, apakah yang dimaafkan dan sekadar mana kebolehan dan kemaafan itu diberikan Faktor paling utama yang menjamin di sisi Allah S.W.T kebolehan dan kemaafan dalam keadaan tidak normal atau sulit itu ialah keikhlasan seseorang dalam menghadapi keadaan tersebut. Dalam ertikata lain, sengaja atau tidak sengaja merupakan tali pengukur di sisi Allah Azza waJalla dalam menerima perbuatan seseorang itu dalam keadaan darurat atau kesulitan yang dihadapinya. Dalil kuat yang dijadikan ukuran perbuatan seseorang itu adalah niat serta bisikan hatinya, sebagaimana sabda Nabi S.A.W: Setiap yang kita lakukan akan diperkira di Hari Akhirat nanti dan kita akan dipertanggung jawabkan ke atas segala tindak-tanduk di dunia terdahulu dan di ketika itu akan jelaslah apa yang benar dan apa yang salah, apa yang jelas dan apa yang tersembunyi, apa yang ghaib dan apa yang nyata Allah Azza waJalla menerangkan hakikat ini dalam firmanNya: Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". [Maksud surah at-Taubah 9 - 105]

13

Akhir kata, kelonggaran hukum Islam dalam suasana ini - iaitu darurat adalah bertujuan membolehkan umat manusia meneruskan kehidupan mereka dalam keadaan kesempitan dan membantu mereka keluar semudah mungkin dari suasana sedemikian. Terimalah kemudahan ini sebagai sesuatu yang membantu ke arah tujuannya dan janganlah pula dijadikan sebagai sesuatu yang membawa kepada akibat kesukaran yang lebih berat dari apa yang sedia dialami.

14

KESIMPULAN
Berdasarkan huraian yang dikemukakan, dapat dirumuskan bahawa sejarah perkembangan ilmu qawaid fiqhiyyah dapat dipecahkan kepada 4 period. Ia bermula dengan period perundangan dan ia berkaitan dengan sumber pengambilan hukum serta perkembangan fiqh. Perkembangan fiqh dalam period ini terbahagi kepada 3 peringkat. Selepas period perundangan, bermulanya period zaman mengadakan, ia merupakan tiga kurun awal hijrah yang sekali gus ia merupakan kurun terbaik. Period ini merupakan zaman permulaan terbentuknya mazhab fiqh serta perkembangan aliran mazhab fiqh. Ilmu qawid fiqhiyyah terus berkembang dan memasuki period seterusnya iaitu period zaman Imam Mazhab dan Kemantapan. Period ini bemula pada tahun kedua dan ketiga hijrah. Zaman ini merupakan zaman penyusunan serta pembukuan fiqh dan mazhab serta berkembangnya ilmu fiqh. Selain itu, ia juga dikenali dengan zaman terpisah dan terbinanya ilmu kaedah fiqh secara tersendiri serta mencapai kedudukan yang istimewa. Period yang terakhir ialah period Zaman Mutakhir. Zaman ini merupakan zaman pengkhususan dan mengkanunkan fiqh. Seterusnya dalam huraian yang dikemukakan, terdapat huraian mengenai kaedah fiqh yang ke-4 iaitu KEMUDARATAN HARUS DIHILANGKAN. Melalui kaedah ini dapat dirumuskan bahawa Islam adalah agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Mudarat berbeza dengan kesulitan. Kesulitan apabila tidak di penuhi tidak akan membahayakan manusia.Kaedah ke-4 membawa pengertian bahawa kemudaratan telah terjadi. Lantaran itu,apabila keadaan demikian berlaku,ia wajib dihilangkan. Kaedah tersebut juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan perkara yg berbahaya itu juga hendaklah dihilangkan sama.

15

Akhir kata, kelonggaran hukum Islam dalam suasana ini iaitu darurat adalah bertujuan membolehkan umat manusia meneruskan kehidupan mereka dalam keadaan kesempitan dan membantu mereka keluar semudah mungkin dari suasana sedemikian. Terimalah kemudahan ini sebagai sesuatu yang membantu ke arah tujuannya dan janganlah pula dijadikan sebagai sesuatu yang membawa kepada akibat kesukaran yang lebih berat dari apa yang sedia dialami. Ini juga bertepatan dengan sabda Baginda SAW: Bermaksud: Tidak mudarat dan tidak dimudaratkan.

16

RUJUKAN
http://norlihanahani.blogspot.com/ https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&ved=0 CHkQFjAH&url=http%3A%2F%2Fwww.andalus.sg%2Fdpia%2Fnota_pensyarah%2Fqa waid_fiqhiyyah_1.ppt&ei=9Ic8UfSiGsWJrAednICQBQ&usg=AFQjCNFAJM1AQfmW9M 185kE65s8ZuSeTGg&sig2=XSCvJ3Fn5vU1Nic0pJPjuw http://lebaiyusri.blogspot.com/ http://al-zuhaily.blogspot.com/

17