Anda di halaman 1dari 5

www.sagadbl.

com

Nota Sains Tingkatan 3

CREATED BY : CIKGU IRWAN

Bab 2Peredaran Darah dan Pengangkutan


2.1 Sistem pengangkutan dalam manusia
Sistem peredaran darah dalam manusia terdiri daripada : Jantung Salur darah darah

Struktur Jantung Manusia


Jantung manusia (human heart) terletak di dalam rongga toraks (thoracic cavity),di belakang tulang dada, dan di antara paru-paru (lung) kiri dan kanan. Rupa bentuk Jantung adalah berbentuk kon (cone-shaped) dan hujungnya adalah condong sedikit ke arah sebelah kiri badan kita. Jantung mempunyai jisim kira-kira 300g dan terbina daripada otot-otot jantung (cardiac muscles) yang tebal dan kuat. Keseluruhan jantung dilindungi dengan membran yang tahan lama. Ruang diantara jantung dan membran adalah berisi cecair (fluid) bagi tujuan untuk mengurangkan geseran antara jantung dan organ-organ lain di sebelahnya.

Struktur terperinci jantung manusia.

mr IRWAN@SMK Bukit Guntong

Page 1

www.sagadbl.com

Nota Sains Tingkatan 3

CREATED BY : CIKGU IRWAN

Bab 2Peredaran Darah dan Pengangkutan

mr IRWAN@SMK Bukit Guntong

Page 2

www.sagadbl.com

Nota Sains Tingkatan 3

CREATED BY : CIKGU IRWAN I

Bab 2Peredaran Peredaran Darah dan Pengangkutan


Penerangan Tentang Jantung Manusia
1. Jantung manusia mempunyai empat ruang berotot (muscular chambers).

Dua ruang di sebelah kiri: atrium kiri dan ventrikel kiri. Dua ruang disebelah kanan: atrium kanan dan ventrikel kanan.

2. Ruang kiri dan kanan dipisahkan oleh otot yang dikenali sebagai septum supaya darah beroksigen (oxygenated blood) tidak bercampur dengan darah yang terd terdeoksigen (deoxygenated eoxygenated blood). 3. Ciri-ciri atrium dan ventrikel:

Ventrikel mempunyai ruang isipadu (volume of space) yang lebih besar daripada atrium. Ventrikel mempunyai dinding yang tebal berbanding atrium. Ventrikel kiri adalah lebih tebal dan lebih otot daripada v ventrikel entrikel kanan kerana ruang (chamber) ini mengepam darah di bawah tekanan yang lebih tinggi ke seluruh tubuh badan.

4. Setiap ventrikel dan atrium ini dihubungkan dengan satu salur darah yang besar.

Atrium kiri dihubungkan ke vena pulmonari (pulmonary vein). Atrium kanan dihubungkan ke vena kava (vena cava). Ventrikel kiri dihubungkan ke aorta aorta. Ventrikel kanan dihubungkan ke arteri pulmonari (pulmonary artery).

5. Aliran darah dalam satu arah (sehala) didalam jantung dikawal oleh tiga jenis injap (valve):

Injap bikuspid mengawal aliran sehala darah dari atrium kiri ke ventrikel kiri. Injap trikuspid mengawal aliran sehala darah dari atrium kanan ke ventrikel kanan. Injap sabit mengawal aliran sehala darah dari ventrikel kiri ke aorta, serta dari ventrikel kanan ke arteri pulmonari. Sila lihat gambarajah dibawah bagi memudahkan ingatan anda. Anak panah ke atas ^ : Atrium Anak panah ke bawah V : Ventrikel Empat ruangan jantung : 1.Atrium Kiri 2.Ventrikel Kiri 3.Atrium Kanan 4.Ventrikel Kanan 4 injap jantung manusia iaitu: a) Injap Trikuspid b) Injap Sabit c) Injap Sabit d) Injap Bikuspid

TIPS CIKGU IRWAN

mr IRWAN@SMK Bukit Guntong

Page 3

www.sagadbl.com

Nota Sains Tingkatan 3

CREATED BY : CIKGU IRWAN

Bab 2Peredaran Darah dan Pengangkutan


Salur Darah Manusia

Terdapat tiga jenis salur darah iaitu arteri, vena dan kapilari.

mr IRWAN@SMK Bukit Guntong

Page 4

www.sagadbl.com

Nota Sains Tingkatan 3

CREATED BY : CIKGU IRWAN I

Bab 2Peredaran Peredaran Darah dan Pengangkutan


Laluan Sistem Peredaran Darah
Penerangan: Dari Jantung ke Peparu dan Kembali ke Jantung Mengangkut darah terdeoksigen (tidak ada oksigen) dari jantung ke peparu dan darah beroksigen (ada oksigen) dari peparu kembali ke jantung. Dari Jantung ke Seluruh Badan (kecuali peparu) dan kembali ke Jantung Mengangkut darah beroksigen dan nutrient dari jantung ke seluruh badan dan membawa darah terdeoksigen kembali ke jantung.

Merah=beroksigen Biru =terdeoksigen

*Nota: Jantung kiri lebih tebal dari jantung kanan kerana perlu mengepam darah ke seluruh badan berbanding jantung kanan yang hanya mengepam darah ke peparu. Sistem peredaran darah manusia adalah sistem sistemik ik dan tertutup kerana darah hanya mengalir dalam salur darah sahaja.

mr IRWAN@SMK Bukit Guntong

Page 5