Anda di halaman 1dari 15

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP

(SN/BI/BC) SEM3

Peranan Adat Tradisional Dalam Pembentukan Tingkahlaku Moral Indvidu

Pendahuluan: Menurut Kamus Dewan , Adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan. Selain itu, berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan tradisional bermakna sesuatu kebiasaan, kepercayaan dan lain-lain yang kekal turun-temurun. Ini memberi kefahaman kepada kita bahawa adat tradisional membawa maksud sesuatu peraturan dan kepercayaan yang diamalkan secara turun-temurun di dalam masyarakat. Manakala menurut Lewis M.Beaker (2001), Tingkahlaku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Manakala perkataan Moral yang berasal dari bahasa latin yakni mores kata jamak dari mos yang bererti adat kebiasaan. Justeru, peranan adat tradisional dalam pembentukan tingkahlaku moral individu bermaksud bagaimana adat tradisional melahirkan atau mempengaruhi seseorang individu membuat perbuatan yang sesuai dengan ide-ide yang umum diterima tentang tindakan manusia, mana yang baik dan mana yang wajar.

Dalam masyarakat-masyarakat yang berlainan seperti masyarakat Cina, masyarakat Melayu, masyarakat India dan lain-lain mempunyai adat-adat tradisi sendiri yang memberi ajaran dan semaian nilai-nilai moral yang perlu ada pada setiap individu supaya menyempurnakan diri sendiri dan juga kehidupan.

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP (SN/BI/BC) SEM3

Peranan:

Dalam masyarakat Cina, terdapat beberapa adat resam yang baik dan juga bermakna kepada kami. Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina mengamalkan adat gotong royong iaitu

membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Melalui adat resam ini, ahli-ahli keluarga dapat berkumpul bersamasama dan memberi sumbangan tenaga untuk membersihkan dan menceriakan rumah. Melalui adat pembersihan, nilai bekerjasama dan juga nilai saling tolong-menolong dapat disemaikan pada ahli-ahli keluarga.

Adat gotong royong


Selain itu, dalam masyarakat Cina, jamuan pertemuan semula diadakan pada malam sebelum Tahun Baru Cina. Pada masa itu, semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk menyambut perayaan yang penting ini. Dengan adat resam ini, hubungan ahli keluarga dapat dieratkan dan adat ini juga menegaskan nilai mementingkan dan menghargai ahli keluarga. Oleh itu, semua ahli keluarga yang berada di luar mesti balik ke rumah dengan tepat masa untuk menghadiri jamuan pertemuan semula pada hari tersebut.

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP (SN/BI/BC) SEM3

Jamuan Pertemuan Semula pada Malam sebelum Tahun Baru Cina


Di samping itu, dalam masyarakat Cina, sampul berwarna merah berisi duit atau Angpau yang melambangkan nasib baik akan diberikan kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berumah tangga semasa Tahun Baru Cina. Semasa diberikan angpau, orang yang akan menerima angpau itu perlu mengeluarkan ungkapan pembawa tuah atau ucapan yang baik dan membawa maksud yang positif kepada orang yang yang memberi angpau itu. Tambahan pula, orang yang memberi angpau harus menyerah angpau dengan kedua dua tangan dan orang yang menerima juga perlu menerima angpau itu dengan kedua-dua tangan seperti amalan yang ditunjuk di gambar-gambar bawah.

Masyarakat Cina mengamalkan amalan menyerah dan menerima angpau dengan kedua-dua tangan sebagai tatatertib yang menunjukkan kesopanan seseorang.

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP (SN/BI/BC) SEM3

Dalam kalangan kaum Melayu juga mengamalkan amalan memberi wang kepada kanak-kanak pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Pada Hari Raya, kaum Melayu yang sudah dewasa akan memberi sampul yang selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau

kuning.

Mak Cik sedang memberi sampul hijau kepada kanak-kanak

Selain kaum yang terdapat di Malaysia, dalam masyarakat orang Jepun di negara Jepun pula, mereka mengamalkan adat memberikan wang kepada anak-anak yang dikenali sebagai otoshidama () pada hari tahun baru. Wang hadiah ini disampaikan dalam sampul kecil bergelar 'pochibukuro,' serupa dengan angpau Cina.

Datuk memberi otoshidama kepada cucunya.

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP (SN/BI/BC) SEM3

Serupanya, amalan memberi angpau dalam masyarakat masing-masing ini memberi kesan kepada kami iaitu ia dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga, sanak saudara dan juga sahabat handai. Selain itu, amalan ini digunakan untuk memberikan atau menunjukkan kasih sayang kepada anakanak yang kecil dan orang yang belum berumah tangga tanpa mengira berapa duit yang diisikan dalam angpau. Adat memberi angpau akan menimbul perasaan yang gembira dan perasaan yang disayangi oleh ibu-bapa atau orang tua dan yang telah berkahwin kepada kanak-kanak dan orang yang belum berumah tangga.

Tambahan pula, pada hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Manakala adat ini memberi ajaran kepada generasi-generasi baru iaitu mereka mesti menghormati orang-orang yang lebih tua daripada mereka. Selain itu, generasi muda juga diingati bahawa mereka harus sentiasa mengingati jasa-jasa ibu-bapa yang membawa besar dan menyusuli mereka. Melalui amalan ini, ibu bapa, datuk nenek atau nenek moyang mereka akan berasa gembira. Dengan ini, amalan tersebut dapat merapatkan hubungan antara ahli sekeluarga secara tidak langsung.

Membawa makanan kepada orang tua semasa menziarahi.

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP (SN/BI/BC) SEM3

Menegur sapa kepada orangorang tua dengan memegang kedua-dua tangan orang tua. Ini dapat menunjukkan keikhlasan dan kasih sayang kepada orang tua.

Salah satu adat resam semasa majlis perkahwinan masyarakat Cina juga berfungsi untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, iaitu upacara

meminum teh. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Adat ini melambangkan

penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami. Melalui adat ini, hubungan kekeluargaan pasangan pengantin dapat dieratkan.

Pengantin perempuan memberi teh dan sambil memanggil pak dan mak kepada ibu-bapa pengantin lelaki.

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP (SN/BI/BC) SEM3

Satu lagi adat minum teh (chanoyu) yang berlainan dengan masyarakat Cina iaitu adat minum teh yang diamalkan dalam masyarakat Jepun. Adat ini diamalkan oleh golongan atasan dan rakyat jelata terutama dalam mengalualukan kunjungan tetamu. Penyediaan teh untuk minum bersama-sama tetamu dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain. Adat ini menunjukkan kesukaan atau kegembiran melayan tetamu yang datang atau membuat

kunjungan ke rumah. Layanan yang mesra ini dapat membawa kegembiraan kepada tetamu dan ini membantu dalam membina hubungan yang baik dengan kawan-kawan atau saudara-mara yang berkunjung ke rumah.

Orang Jepun akan membancuh teh dengan air panas untuk melayan tetamu. Manakala dalam ajaran Konfuciunisme, amalan manusia harus mementingkan Hao dalam kehidupan. Oleh itu, dalam masyarakat Cina akan menyambut Hari Ching Ming. Pada hari itu, adat mengunjungi dan membersihkan tanah kubur akan diamalkan. Melalui adat tradisional ini, nilai Hao iaitu

menghormati, menyayangi dan menghargai jasa ibu-bapa atau nenek moyang dapat dipupukkan dan diterapkan kepada generasi muda. Selain ajaran Konfuciunisme, dalam masyarakat Melayu juga sangat menegaskan ni lai Hao. Ini dapat diketahui melalui adat mengunjungi dan membersihkan tanah kubur pada Hari Raya Aidilfitri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri, orang melayu yang

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP (SN/BI/BC) SEM3

berumat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi tanah kubur mereka dan membuat pembersihan di tanah kubur. Semasa Hari ChingMing, orang Cina mengunjungi tanah kubur dengan membawa bunga-bunga serta membersihkan tanah kubur.

Orang Islam sanggup membersihkan tanah kubur semasa Hari Raya Aidifitri.

Di samping itu, dalam masyarakat Melayu, adat resam yang berkaitan dengan lawatan dan kunjungan sangat mementingkan tatatertib memberi tanda penghormatan. Semasa pengunjung beragama Islam tiba di rumah yang dikunjungi, mereka akan memberikan salam dengan ucapan Assalamualaikum dan amalan mencium tangan untuk menunjukkan kesayangan.

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP (SN/BI/BC) SEM3

Kanak mencium tangan orang tua dengan hati yang ikhlas.

Dan sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung hendaklah menanggalkan kasut.

Amalan menanggalkan kasut sebelum masuk adalah sebagai tanda penghormatan kepada orang lain.

Selain itu, dalam golongan suku Bajau di Sabah juga mengamalkan adat berkunjung seperti apa yang diamalkan oleh kaum melayu di Semenanjung Malaysia. Jika pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri dan menundukkan sedikit kepala sambil berjabat tangan.

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP (SN/BI/BC) SEM3

Tambahan

pula,

apabila

seseorang

ingin berjalan lalu di hadapan datu kumpulan atau perhimpunan orang ramai hendaklah menundukkan sedikit kepala dengan menghulurkan sebelah

tangan. Adat-adat istiadat yang dikatakan di atas dapat membentukkan tingkahlaku individu yang sentiasa mematuhi ajaran atau tatatertib yang telah ditetapkan. Dengan amalan adat-adat ini, mereka akan menghayati amalan sentiasa memberi penghormatan dan juga mematuhi ajaran agama mereka. Secara tidak langsung, mereka akan selalu mematuhi peraturan masyarakat dan negara dalam kehidupan mereka.

Sebagai

tambahan,

dalam

masyarakat

melayu,

orang

melayu

dilarangkan bercakap ketika makan apatah lagi ketika mulut penuh. Selain itu, orang melayu mesti menggunakan nada suara sederhana bila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada mereka, terutamanyaa golongan

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP (SN/BI/BC) SEM3

generasi muda. Adat resam ini adalah untuk membentukkan perilaku yang bersopan dalam kalangan generasi muda. Ini dapat mengingati generasi muda mesti sentiasa bersopan santun dalam amalan kehidupan terutamanya semasa membuat sesuatu tindakan atau aksi di hadapan orang lain.

Selain masyarakat yang mementingkan adat sopan santun, orang Jepun juga mengamalkan adat sopan santun dan adat aturan dalam kehidupan seharian. Masyarakat Jepun amat berikhlas dalam mengamalkan adat menundukkan kepala setiap kali berjumpa dengan seseorang sebagai aksi yang memberi penghormatan dan juga pengiktirafan kepada orang lain. Melalui adat ini, orang Jepun belajar bersabar menundukkan kepala dan juga memberi senyuman kepada orang lain. Sebagai tambahan, golongan atasan terutamanya mengamalkan adat berpakaian dan berbudi bahasa ketika berkomunikasi antara satu sama lain kerana ini melambangkan nilai-nilai murni yang tinggi dalam kalangan masyarakat Jepun dan harus menjadi ikutan kepada rakyatnya. Adat ini membantu dalam memupuk peribadi yang baik dan sentiasa merendahkan diri di hadapan orang lain.

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP (SN/BI/BC) SEM3

Manakala dalam masyarakat India, mereka mengamalkan adat resam seperti menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Melalui adat ini, nilai saling menyayangi dan menghormati juga dapat dipupukkan dalam kalangan kaum India. Selain itu, dalam masyarakat India, tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mereka mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika ingin menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Dalam adat resam ini juga menunjukkan kepentingan memberi penghormatan kepada orang lain. Dengan ini, kami yang menghormati orang lain akan mendapat layanan yang baik dan dihormati oleh orang lain juga.

Dalam masyarakat orang asli juga mementingkan amalan memberi penghormatan kepada orang lain. Semasa menziarahi, orang asli mesti

menegur ketua rumah terlebih dahulu dan bertanyakan khabar. Semasa ingin balik, orang asli akan minta diri untuk balik dan bertanyakan pesanan untuk dibawa kepada penghulunya jika tetamu dari kampung lain. Amalan ini juga satu contoh yang baik untuk menunjukkan sikap yang menghormati ketua. Selain itu, Adat bercakap dengan mertua dalam masyarakat orang asli juga menunjukkan ajaran nilai hormat-menghormati. Adat ini menyatakan bahawa menantu lelaki tidak boleh bertentang mata dengan ibu mertua dan menantu perempuan tidak boleh bertentang mata dengan bapa mertua semasa bercakap. Mereka boleh bercakap melalui orang tengah (Orang Perantaraan). Secara tidak langsung, suasana keharmonian akan wujud di dalam rumah kerana hubungan menantu lelaki atau perempuan dengan ibu atau bapa akan menjadi mesra. Oleh itu, adatadat resam ini dapat mengajar kami bahawa kami perlu sentiasa memberi penghormatan kepada orang-orang dalam sepanjang kehidupan, terutamanya orang yang lebih berpengalaman atau tua daripada kami. Amalan ini sangat baik dan tingkah laku ini dapat menunjukkan keperibadian mulia individu.

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP (SN/BI/BC) SEM3

Tambahan pula, satu daripada pantang larang orang Melayu tradisional telah menyatakan bahawa jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. Pantang larang ini memberi ajaran kepada kami iaitu kami perlu menyayangi binatang-binatang yang dicipta oleh Tuhan. Kami akan dapat berhidup dengan gembira dan bahagia bersama binatang-binatang yang terdapat di dunia ini. Semua binatang dalam bumi ini adalah penting untuk mewujudkan alam sekitar yang seimbang. Oleh itu, kami ada tanggungjawab menjaga dan menyayangi binatang-binatang yang wujud di sekeliling kami.

Kanak-kanak berkawan baik dengan binatang.

Selain daripada adat-adat kaum di semenanjung Malaysia, di Sabah juga terdapat adat-adat tradisi yang membantu dalam membentuk perilaku manusia. Ini dapat dilihat pada golongan suku Iranon di Sabah. Jika ada kematian berlaku di kampung, seluruh penduduk suku Iranon di kampung akan mengetahuinya. Suku kaum ini berpegang kepada prinsip Senang sama dirasa dan susah sama dipikul. Dengan prinsip yang ada dalam adat pengebumian mayat dalam golongan ini, kami dapat belajar tentang kami seharusnya saling membantu

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP (SN/BI/BC) SEM3

antara satu sama lain terutamanya dalam peristiwa pengebumian mayat. Ini kerana pada masa itu, keluarga yang menjalankan adat pengebumian telah berasa sedih dan juga sibuk untuk membuat upacara pengebumian dengan baik. Pada masa itu, kami dapat memberi sedikit bantuan yang mampu untuk menyenangkan keluarga simati dalam urusan pengebumian.

Selain itu, suatu adat yang baik dalam golongan kaum India semasa kelahiran anak-anak juga memberi ajaran kepada mereka. Adat itu ialah menjalankan upacara sembahyang semasa kelahiran anak-anak berlaku. Upacara memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri dilakukan kaum India

sebagai tanda kesyukuran. Dalam hal ini, saya mendapati adat kelahiran kaum India menunjukkan sikap ketaatan dan kepercayaan kepada Tuhan. Saya juga mendapati setiap kaum mengamalkan adat-adat yang berkaitan upacara sembahyang masing-masing tujuan dan ajaran yang ingin disampaikan kepada mereka adalah sama, iaitu taat setia kepada agama sendiri. Sebagai contoh lain, dalam kalangan orang Melayu yang beragama Islam membuat sembahyang selama 5 kali sehari. Amalan ini dapat menerapkan nilai taat setia dan kepercayaan kepada Tuhan pada diri sendiri.

ELM 3101 Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral Bahagian 1: Tugasan Individu Cheng Pei Ling PISMP (SN/BI/BC) SEM3

Kesimpulan: Kesimpulannya, saya berpendapat setiap adat tradisional yang terdiri daripada pelbagai kaum-kaum ini sangat penting dan bermakna dalam pembentukan nilai moral pada setiap individu. Ini dapat dilihat melalui adat semasa tahun baru, kelahiran anak, upacara perkahwinan, upacara kematian, adat yang berkaitan kunjungan, amalan seharian, pantang larang dan sebagainya. Bah pepatah yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat. Oleh itu, saya berfikir bahawa adat tradisional haruslah dikekalkan oleh semua orang sebagai penghargaan terhadap kepercayaan sendiri. Adat bukan sekadar

kebiasan,keresaman tetapi cara hidup yang telah diajar melaui adat-adat yang termaktub dalam semua kaum-kaum. Nilai-nilai atau ajaran moral yang terdapat pada adat-adat resam ini bukan sekadar sesuatu kepercayaan sahaja tetapi sebagai amalan yang dapat menambahbaikkan atau menyempurnakan mutu atau kualiti kehidupan kami. Walaubagaimanapun, adat resam yang diamalkan oleh masyarakat telah pun berubah seiring dengan perkembangan dan agama yang dianuti oleh mereka. Tetapi, kami patut menghargai dan menghayati adatadat tradisional yang wujud selama ini serta sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetap dalam adat-adat. Dengan kata lain, kami perlu terus mengamalkan adat resam masing-masing selama kepanjangan hidup untuk kesejahteraan dan juga keharmonian hidup.

Anda mungkin juga menyukai