Anda di halaman 1dari 8

Kepentingan Refleksi Pengenalan Kejayaan seseorang pelajar sama ada di dunia dan di akhirat berkait rapat dengan Proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan manakala proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan amat berkait rapat dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru semasa di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu guru sememangnya memikul tanggungjawab yang sangat berat untuk mendidik dan memastikan pelajar supaya berjaya dan cemerlang di sudut akademik dan sahsiah selari dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang telah digubal sedemikian rupa. Pelajar yang akan dilahirkan juga diharap akan mempunyai jati diri yang kental,padu serta kalis kepada perubahan negetif semasa bagi memungkinkan mereka mampu untuk mendepani cabar hidup yang penuh dengan mehnah dan tribulasi serta dapat memenuhi kehendak pasaran semasa dunia globalisasi masa kini terpengaruh dengan anasir-anasir tidak sihat yang tumbuh meliar ibarat cendawan selepas hujan. Pelajar yang bakal dilahirkan nanti juga diharapkan mempunyai kompetensi dan motivasi diri yang akan menjadi pemangkin kepada mereka untuk memaju dan memakmurkan negara berlandaskan syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Pelbagai cara yang guru boleh laksanakan untuk mencapai tujuan tersebut antaranya dengan menghadiri seminar, kursus, bengkel pengajaran berkesan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau swasta. Guru juga boleh melaksanakan kajian tindakan bagi mengenal pasti kekuatan kelemahan diri atau paling kurang guru hendaklah mempraktikkan amalan refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka bagi membantu mempertingkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran dan secara tidak langsung usaha yang mulia ini akan dapat memartabat dan mempertingkatkan lagi profesion keguruan di mata masyarakat. Pelaksanan pemikiran dan amalan refleksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini secara formal terhasil daripada cetusan idea yang dikemukan oleh John Dewey (1993).

Definisi Refleksi Dalam bukunya How We Think (1933), Dewey menghuraikan pemikiran refleksi sebagai satu cara menghadapi situasi bermasalah. Seseorang itu akan melalui proses aktif dan sedar dengan memikirkan masalah secara refleksi dan menyelesaikannya secara praktik. Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai "active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which it tends" (p. 9). Dengan berfikir secara refleksi, seseorang boleh "transform a situation in which there is experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear, coherent, settled, harmonious" (pp. 100101). Dengan erti kata lain, seseorang boleh mengubah suatu keadaan keraguan, konflik, dan gangguan yang dialami kepada keadaan yang nyata, koheren, tenang dan harmonis. Menurut Dewey proses manusia berfikir bermula dengan permasalahan yang dihadapinya atau keraguan yang dirasai atau dihadapi seseorang. Selagi hubungan kita dengan persekitaran berada dalam keadaan selesa, kita tidak berfikir sepenuhnya. Apabila kita berhadapan dengan situasi yang tidak selesa, bermasalah dan berlainan daripada kebiasaan kita mula berfikir secara reflektif untuk mencari penyelesaiannya. Maka terbitlah idea-idea atau cadangan cadangan bagi mencari jalan keluar. Menurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. Hanipah juga mendefinisikan refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan.

Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat tranformasi dan refleksi membolehkan

guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang boleh dilaluinya. Menurut Shulman (1987) dalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya. Dalil Refleksi * Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud : " Barang siapa yang menerima suratan amalanya dengan tangan kanan, maka mereka akan dihisab (refleksi) amalan mereka di hadapan Alllah dengan senang." ( syrah al-Insyiqaq: Ayat : 7 dan 8 ). * Saidina Umar al-Khatab , Khalifah yang kedua berkata yang bermaksud: " Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitungkan ( refleksi) dan timbanglah amalan kamu sebelum amalan kamu ditimbang di hadapan Allah s..w.t di padang Mahsyar nanti." * Menurut ( Bolin,1988 Richert,1990 dan Zeichner & Liston,1987) Refleksi memberi peluang kepada guru untuk menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini guru akan dapat untuk membuat pengubahsuaian serta memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran mereka dengan lebih efektif. * Menurut Knowles & Cole dan Presswood (1994) pula: " Reflection in the teaching context to the process of inquiring any habit or behavior critically and continuously refining it."

*Manakala menurut Dewey (1993): Individu yang memperaktikkan pemikiran refleksi akan sentiasa aktif dalam memikirkan masalah yang dihadapi, komited untuk mencari jalan penyelsaian sanggup mengorbankan masa bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi dan

sentiasa menerima pandangan dari luar yang berpotensi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jenis Refleksi Menurut ( Schon 1987 ) menyatakan bahawa refleksi itu terbahagi kepada dua Reflection-in -action ( Refleksi Sewaktu Bertindak) Refleksi sewaktu bertindak berlaku semasa anda bertugas dan anda menyedar i perlakuan anda sewaktu i tu.Refleksi yang berlaku semasa perlakuan online Reflection on action (Refleksi mengenai tindakan ) Refleksi yang berlaku selepas perlakuan Offline.Menulis Refleksi mengenai tindakan merujuk ke pada amalan reflektif. Membuat refleksi selepas peristiwa dan mendokumentasikannya: berfikir , menilai , menganalisa membincang dengan rakan sejawat . Boleh berlaku secara formal sewaktu kerja , atau secara tidak formal sewaktu makan atau minum dengan rakan atau dengan keluarga. Contoh : Selepas menjalankan kajian tindakan ini saya dapati kaedah pengajaran koperatif ini amat sesuai dan memberikan kesan yang baik kepada para pelajar .Saya sudah bersedia dan tahu apa yang perlu saya buat untuk menggalakkan mereka , menggerakkan mereka agar mereka berusaha dan tidak terus menerus mengharapkan rakan - rakan untuk meniru sahaja . - Rosmah Onong , (2000 ) . Kitaran Refleksi

Peranan Refleksi Apakah peranan refleksi dalam belajar mengajar? Pertamanya dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya. Antara kepentingan refleksi ialah guru permulaan boleh dibantu melaksanakan refleksi dan mempelajari nilai refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran pembelajaran Malahan, sama ada di dalam atau pun di luar negara, kita melihat seperti telah berkembang suatu budaya di mana bakal guru digalakkan untuk mempraktikkan amalan refleksi sebagai satu cara membuat penilaian kendiri. Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk

menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat amalan pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987). Bagi John Dewey (1933), seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat impulsive. Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat keputusan dalam proses pendidikan. Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat bahawa amalan

reflektifmembawa ke arah pertumbuhan profesional (Van Manen, 1977), menyokong pandangan Wildman, et al, (1990). Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et al., (2000 ) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan profesional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru. Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan bakal guru melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal . Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru: membuat penilaian kendiri berfikir secara analitik, kritis dan kreatif menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika mengubah tingkahlaku Model Refleksi Polard

Dalam model Pollard ini, guru boleh bermula dengan membuat refleksi. Contohnya selepas satu unit pengajaran, guru mendapati pelajarnya tidak dapat dapat menjawab soalan esei sejarah dengan memuaskan. Guru tadi berpendapat pelajarnya mungkin lemah dalam penulisan, tidak mengingat fakta atau tidak memahami apa yang disampaikan dalam pengajaran.

Maka guru tadi membuat satu pelan atau rancangan untuk mengenalpasti apakah faktor yang menyebabkan pelajarnya gagal menjawab dengan baik. Seterusnya guru tadi akan menentukan keutamaannya dan mengumpul data dengan menggunakan teknik tertentu seperti soal selidik atau ujian. Kemudian guru akan menganalisis data dan membuat penilaian. Daripada penilaian data tadi guru dapat membuat refleksi untuk memperbaiki pengajarannya supaya pelajarnya dapat meningkat dalam penulisan esei sejarah. Jika selepas membuat penambahbaikan, pencapaian pelajarnya semakin baik, maka guru tadi telah mengambil langkah yang betul. Jika sebaliknya, guru tadi boleh meneruskan usahanya melakukan penambahbaikan dengan meneruskan refleksinya kerana proses membuat refleksi adalah secara berterusan. Posted by Mohd Ruslee Mohd salleh at 3:19 PM

Sebelum mengakhiri penulisan ini, maka marilah kita renungkan kembali firman Allah SWT didalam Al-Quran yang bermaksud : W ahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang lelakidan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-sukusupaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-Alim(Maha Mengetahui), lagi al-Khabir (Maha Mengenal) tentang amalan hamba-Nya. 39 Surat Al Hujuraat ayat 13

Anda mungkin juga menyukai