Anda di halaman 1dari 3

Berdasarkan aktiviti 1 di atas, jelaskan bagaimana penghasilan beberapa fotografi dalam konteks teknikal dan juga teknik yang

digunakan. Berdasarkan aktiviti di atas, beberapa gambar telah ditayangkan kepada murid. Ia ditayangkan secara power point. Dengan menggunakan media ini, ia telah menarik minat murid untuk belajar. Fotografi merupakan salah satu media yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia memberikan impak yang sangat besar kepada pembelajaran murid murid serta memudahkan tugas guru untuk menerangkan sesuatu topik dengan mudah. Penggunaan fotografi dapat memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap sesuatu topik yang hendak disampaikan. Untuk memastikan gambar yang diambil itu sesuai digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran, aspek teknikal perlu diketahui untuk menghasilkan sesebuah gambar yang sempurna. Untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di aktiviti 1, saya telah menggunakan kamera handphone yang berjenama Nokia N8 untuk mengambil setiap gambar yang saya perlukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Lensa yang digunakan untuk kamera ini ialah lensa yang telah ada pada handphone tersebut. Saya menggunakan teknik jarak dekat untuk mengambil gambar - gambar yang akan digunakan di dalam persembahan power point saya. Ini adalah kerana kamera yang digunakan adalah kamera biasa yang mempunyai lensa biasa dan tetap serta tidak boleh ditanggalkan untuk mengambil gambar dari sudut yang berbeza.

Dalam proses mengambil gambar (shot), apakah aspek-aspek teknikal dan teknik yang dirasakan sesuai digunakan untuk menghasilkan foto-foto untuk tujuan P&P. Beri penjelasan anda. Kehebatan seorang jurugambar adalah bergantung kepada skill dan teknik yang digunakannya semasa mengambil gambar. Bukan sekadar mengira 1,2,3 dan snap. Semua aspek perlu dititik beratkan. Sebagai contoh, mereka perlu berada dalam posisi yang betul agar gambar yang diambil betul-betul seperti diinginkan. Walau canggih mana pun kamera yang digunakan, kalau tidak ada skill, gambar tak akan cantik atau tidak menjadi. Dalam proses mengambil gambar, saya mengenal pasti apakah gambar yang hendak diambil yang sesuai untuk ditayangkan kepada murid atau untuk P&P. Aspek teknikal dan juga teknik mengambil gambar merupakan aspek yang penting untuk menghasilkan gambar yang menarik dan sesuai. Apatah lagi apabila gambar gambar tersebut digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sudah tentu gambar gambar yang hendak digunakan mestilah sesuai dan dapat menarik minat murid murid untuk mengikuti pelajaran tersebut dengan baik. Tahap-tahap dalam fotografi Secara umumnya, seseorang jurufoto itu melalui beberapa peringkat atau tahap yang berbeza semasa penglibatannya di dalam bidang fotografi. Ada yang akan melalui tahap ini dalam tempoh yang singkat atau masa yang lama. Tahap awal ini adalah tahap untuk golongan jurufoto baru. Mungkin mereka ini menceburi bidang ini disebabkan oleh minat kepada gadjet atau terikut dengan kawan. Seterusnya tahap seseorang mula menyukai bidang fotografi. Selalunya rakaman gambar dilakukan secara trial and error. Kadang-kadang gambar yang dirakam menjadi dan sebaliknya. Tahap seterusnya ialah, perkara yang biasanya akan diberi perhatian adalah mengenai aspek teknikal dalam bidang fotografi, iaitu ilmu berkaitan cara mengawal kamera bagi mendapatkan foto yang elok dari segi teknikalnya. Golongan ini akan belajar cara untuk menghasilkan foto yang tajam, mendapat exposure (dedahan cahaya) yang betul, white balance yang betul dan sebagainya. Golongan ini juga akan mengambil berat tentang kualiti peralatan yang digunakan.Perhatian diberikan dalam pengawalan peralatan kamera. Kawalan teknikal seperti aperture, shutter dan ISO.

Tahap seterusnya ialah ingin menghasilkan gambar yang cantik. Perkara teknikal bukan menjadi isu besar bagi mereka. Apabila kita dah menguasai kemahiran kawalan kamera, barulah kita boleh member focus sepenuhnya tentang aspek kreativiti dalam penghasilan gambar. Ilmu yang dititikberatkan di peringkat ini ialah berkaitan teknik-teknik fotografi dan asas seni dalam fotografi. Ini termasuklah pengetahuan mengenai posisi, elemen grafik, komunikasi visual, pencahayaan dan sebagainya. Tahap yang terakhir ialah seseorang jurufoto itu telah menguasai kemahiran teknikal dan artistic di dalam fotografi. Fotografi mempunyai peranan yang lebih besar dan penting. Sesuatu foto itu haruslah berperanan untuk menyampaikan mesej yang penting dan penuh makna.

Bagaimanakah foto yang anda gunakan dalam proses P&P itu, dapat memberi impak untuk pelajar memahami topik yang anda ajar? Alhamdulillah, gambar yang digunakan boleh menarik perhatian murid dan murid jelas untuk menyatakan apakah maksud yang ingin disampaikan. Foto yang telah diambil oleh saya digunakan dalam proses P&P untuk topik tersebut dapat menarik minat murid. Gambar gambar yang diambil akan dapat membantu murid murid saya memahami kata sifat dengan lebih berkesan lagi. Mereka lebih mudah mengenal pasti adab berbudi pekerti yang bersesuaian dengan gambar dan situasi di sekeliling murid. Selain itu, foto yang diambil dengan menggunakan kamera digital ataupun kamera telefon akan menghasilkan gambar yang berwarna. Murid murid selalunya teruja dengan objek objek yang berwarna. Oleh itu, foto yang dihasilkan itu akan dapat merangsang minat murid murid untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai