Anda di halaman 1dari 19

1

BAHAGIAN 1

1.0 MIKROPENGAJARAN 1.1 Pengenalan Sejak dahulu lagi , kaedah mikro pengajaran merupakan kaedah yang kita praktikan di dalam kelas. Situasi dimana murid diberikan tumpuan dan guru sebagai penyampai. Cara penyampaian turut mempengaruhi sesuatu mikro pengajaran. Seperti kelantangan suara , pergerakan , isyarat badan dan eye contact merupakan instrumen penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi dua hala antara guru dan murid juga perlu bagi mendapatkan respon dari murid. Selain dari itu, guru mempelbagaikan interaksi yang dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan antara guru dan murid. Disamping itu , mikro pengajaran dapat meningkatkan motivasi murid serta dapat

merangsang sifat ingin tahu mereka tentang sesuatu yang baru mereka pelajari. Dari situ murid akan selalu bertanya atau menjadikan guru sebagai tempat rujukan mereka secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan yang baik. Dalam pada itu, melalui mikro pengajaran juga menjadi bahan menunjukkan hasil pembelajaran. Murid dapat menjana minda mereka dengan mempelajari cara membuat ringkasan atau nota. Mikro pengajaran juga membantu guru membuat perkaitan dengan membanding beza antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang akan diajarkan oleh guru. Murid akan membuat hubungkait pengalaman yang releven dengan topik. Seperti contoh menjalankan ujikaji keperluan asas antara kaitan tumbuhan pokok , air dan matahari. Natijahnya, melalui kaedah mikro pengajaran, ia akan memberikan implikasi yang positif dalam menilai tahap kefahaman murid terhadap sesuatu topik atau tajuk. Guru juga dapat mengenal pasti kekuatan atau kelemahan yang terdapat di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Penambahbaikan boleh dilaksanakan pada masa akan datang agar pangajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan lebih berkesan.

PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

1.2. Rancangan Pengajaran Harian Mikropengajaran ( Ringkasan )

Mata Pelajaran Tema Tajuk Masa Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Malaysia Keluarga Cerita Huda 10 minit 1. Murid diperkenalkan dengan beberapa jenis peralatan muzik. Contoh; rekoder , loceng , kastenet , kerincing , kayu tik tok. 2. Murid mendengar dan mengecam bunyi alat muzik yang diperkenalkan tadi. 3. Murid kemudianya diarahkan supaya menutup mata dan diminta meneka bunyi alat muzik yang dibunyikan oleh guru. Aktiviti ini dijalankan di dalam kumpulan. 4. Aktiviti penilaian menentukan nama alat muzik.

Bahan bantuan belajar

Alat alat muzik. Lembaran kerja.

2.0 REFLEKSI MIKROPENGAJARAN PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

2.1. Pendahuluan Refleksi ialah suatu proses seseorang guru yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah dilaksanakan atau dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk memikirkan cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan dengan lebih berkesan pada masa depan. Dengan erti kata lain, seseorang guru yang membuat refleksi akan dapat mengenalpasti segala masalah pengajaran dan mengambil tindakan susulan daripada perhatian dan permasalahan yang timbul semasa sesi pengajaran. Refleksi juga dapat membantu kumpulan kami mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pangajaran dan pembelajaran serta dapat kami mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran. Kami juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keguruan. Refleksi juga merupakan budaya kerja profesional keguruan dan sebagai asas kepada penulisan jurnal. 2.2 Tema / Isu Dalam melaksanakan mikropengajaran, kumpulan kami telah menjadikan kemahiran mendengar dan bertutur Bahasa Malaysia Tahun 1 sebagai fokus utama. Tema pilihan ialah Keluarga dan di bawah tajuk Cerita Huda. 2.3 Ringkasan maklumbalas rakan-rakan dan pensyarah. MIKROPELAJARAN KUMPULAN 8 BIL 1 KOMEN REFLEKSI Pensyarah : En. Razali Mohammad Tajuk hendaklah bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran. Keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran adalah memuaskan Penggunaan barang maujud sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. 2 Tan Rei Ki P&P jelas dan senang difahami oleh murid Tahun 1. PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

Penggunaan alat muzik membolehkan murid mengenali nama peralatan 3 tersebut dan memainkannya. Norzilah Khamis Cadangan : Sekira tiada kain penutup mata , guru mengarahkan murid memejamkan mata mereka sendiri atau meminta seorang rakan murid tersebut menutup matanya dengan tangan. 4 Ganjaran berbentuk pujian. Neo Ai Lun Murid suka belajar sambil bermain.Ini bersesuaian dengan Program Transisi 5 Murid Tahun 1. Norzilah Jamanin Pengajaran menarik , menepati kehendak sukatan , bagus dan menggunakan alat muzik sebenar. Kelemahan : Tiada kain penutup mata

2.4 Kekuatan dan kelemahan mikropengajaran Merujuk pada maklumbalas yang telah diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan dan pensyarah bimbingan, Encik Razali bin Mohammad dapat kami buat kesimpulan seperti dibawah; Kekuatan Kekuatan yang dapat dikesan sewaktu menjalankan mikropengajaran ialah keberkesanan penggunaan bahan maujud yang kami gunakan iaitu alat muzik sebenar seperti loceng, kastenet, kayu tik tok dan kerincing. Dalam sesi pembelajaran yang sebenar , penggunaan bahan maujud akan merangsang murid untuk lebih berminat serta dapat memberikan fokus mereka sama ada aktiviti dilaksanakan di dalam kelas atau diluar kelas. Ini juga akan meningkatkan motivasi diri mereka untuk terus belajar. Perancangan serta arahan sewaktu aktiviti dijalankan dengan teratur dan mudah untuk murid fahami terutamanya kepada kumpulan yang disasarkan iaitu murid Tahun 1. Murid Tahun 1 lebih cenderung untuk belajar sambil bermain. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dapat merangsang minda dan minat mereka untuk bersama-sama melibatkan diri dalam setiap aktiviti pempelajaran. Konsep ini juga menepati dengan pelaksanaan program PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

Transisi dan Penyayang murid Tahun 1 yang dilaksanakan selama tiga minggu di awal persekolahan bermula. Guru ada menyelitkan unsur-unsur ganjaran yang berbentuk pujian. Pujian pada pelajar boleh memberi keyakinan dan semangat serta kebanggaan pada murid. Kelemahan Kelemahan yang dikenalpasti dalam mikropengajaran kumpulan kami ialah ketiadaan kain penutup mata ketika murid membuat aktiviti menentukan arah bunyi yang dibunyikan oleh rakan-rakannya. Walaupun kelemahan ini dapat diatasi dengan meminta murid memejamkan mata, tetapi kami beranggapan ianya agak kurang berkesan kerana sikap murid Tahun 1 itu sendiri yang adakalanya suka bermain. Kesilapan menaip tajuk pengajaran dalam Rancangan Pengajaran Harian

Mikropengajaran menyebabkan kumpulan kami telah menerima teguran daripada pensyarah. Tajuk sebenar pengajaran kami ialah Cerita Huda, bukannya Saudara-mara Huda. Kesilapan ini adalah tidak disengajakan dan tindakan pembetulan telah diambil. 2.5 Perkara yang perlu ditambahbaikan Perancangan peralatan Penggunaan peralatan perlu dibuat awal dan dirancang dengan teliti agar tiada lagi peralatan yang tertinggal atau tidak dibawa sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Kami perlu lebih peka terhadap keperluan yang menjadi faktor keberkesanan mikropengajaran kami. Apabila sesuatu masalah seperti ini timbul, kami perlu bertindak segera dan cuba berfikir secara lebih kreatif untuk mengatasinya. Kesilapan menaip tajuk pada RPH Mikropengajaran Kesilapan menaip tajuk akibat kecuaian tidak akan berlaku jika kami sentiasa peka dan menyemak tugasan kami setelah selesai menaip. Kami akan memperbaiki kelemahan ini dimasa akan datang. Ianya menjadi pengajaran buat kami supaya lebih berhati-hati dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberi. 3.0 RUMUSAN PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

Hasil dari mikropengajaran yang telah dijalankan, kami telah dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang timbul . Malah, berdasarkan kelemahan yang ada, kami telah merancang beberapa penambahbaikan agar pengajaran yang dilaksanakan nanti akan lebih teratur dan berjaya menarik minat murid. Kami berharap akan dapat melaksanakannya sebaik mungkin.

LAMPIRAN MIKROPENGAJARAN Lampiran 1 Buku Teks PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

Lampiran 2 Lembaran Kerja

BAHASA MALAYSIA TAHUN 1 PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

Nama :______________________________________ Tahun : ______________ Suaikan alat muzik tersebut dengan bunyi yang betul.

Tarikh : __________

1.

Tik..toktik tok.

2.

Taptaptap

3.

Ting..ting..ting

4.

Kring..kring..krin g

Lampiran 3 Instrumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS )

PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

BAHAGIAN 11
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1 PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

10

Tema Tajuk Kelas Tarikh Masa Bilangan murid Bidang pembelajaran Objektif pembelajaran Hasil pembelajaran a)

: Mari Bertani : Buah Pisang : 1 Bijak : 11 Julai 2012 : 8.15 9.15 pagi : 30 orang : Buah-buahan tempatan : Murid tahu makanan yang berasaskan pisang. : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat :

Menulis lima jenis makanan yang boleh dihasilkan daripada pisang dengan betul dan kemas.

b)

Membaca dan memahami lima daripada enam perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul dan tepat.

c)

Bekerjasama dengan ahli kumpulan sewaktu aktiviti kumpulan yang dijalankan.

Konsep / prinsip / hukum / teori Bahan, peralatan dan bahan sumber

: Buah-buahan boleh dimakan dengan pelbagai cara. : Kad gambar, kad perkataan, slide power point, lembaran kerja.

Pengetahuan sedia ada

: Murid kenal , tahu dan pernah makan pisang

Bahan/media

: 1. Buku teks 2. Kad Gambar Makanan PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

11

3. Kad Perkataan 4. Buah pisang 5. Slide Power Point

Kemahiran

: 1. Menjana Idea 2. Menulis 3. Membaca Intensif

Fasa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Nota

PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

12

Permulaan / Set Induksi ( 5 minit )

Buah pisang

-Guru meminta murid menamakan buah yang terdapat di dalam kotak berdasarkan tekateki yang disebutkan oleh guru. -Murid diberi peluang untuk memegang dan merasa buah tersebut.

Murid menjawab soalan teka-teki yang disebut oleh guru.

Strategi / teknik : Penyoalan secara kelas KB : Menjanakan idea Lampiran 1 Pantun Teka-teki Media Bahan Maujud ( Buah Pisang)

Perkembangan Makanan 1 daripada pisang. ( 30 minit )

-Guru menayangan power point cara membuat kerepek pisang. -Guru bersoal jawab mengenai power point yang ditayangkan. Contoh soalan ; -Apakah bahan utama untuk membuat kerepek pisang? -Bagaimanakah kerepek digoreng? -Apakah nama makanan yang lain yang boleh dibuat daripada pisang?

-Murid menonton tayangan power point

Strategi / teknik : - Tayangan slide power point

- Murid memberi respon pada soalan guru secara lisan. Teknik Penyoalan KB: Menghubungkaitkan dengan pengetahuan sedia ada

Mengeja perkataan - kerepek

- Soal jawab secara kelas mengenai nama makanan yang berasaskan

-Murid rujuk pada buku teks. -Murid memberi respon pada

Media buku teks dan kad perkataan

PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

13

pisang - kek pisang - lepat - pengat - pisang goreng - jemput-jemput

pisang merujuk bahan grafik peta minda. ( Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 1 m/s 101 )

soalan guru. - Latih tubi mengeja perkataan berkaitan.

Lampiran 2 Kad Perkataan

Perkembangan Mengeja 2 perkataan ( 20 minit ) - kerepek - kek - lepat - pengat - pisang goreng - jemput-jemput

-Guru menunjukkan kad gambar dan meminta murid menamakannya. -Guru meminta murid memadankan kad perkataan pada gambar jenis makanan yang betul. - Guru mengedarkan kertas lukisan yang menunjukkan peta minda mengenai pisang Pertandingan adalah berdasarkan kumpulan yang paling cepat menyiapkan tugasan yang diberi.dengan jawapan yang betul.

- Murid menamakan gambar jenis makanan yang ditunjukkan. -Murid memadankan kad perkataan pada kad gambar.

Media : - Kad gambar - kad perkataan Lampiran 3 Kad Gambar

-Murid melengkapkan peta minda secara kumpulan

Strategi / teknik : - Pertandingan antara kumpulan Sumber : - Kad gambar - Kad perkataan - Kertas lukisan

Lampiran 4 Lembaran Kerja

Refleksi/ penutup ( 5 minit )

Kuiz

- Guru menyebut perkataan yang berkaitan dengan nama makanan yang telah

Murid mengeja mengikut giliran kumpulan.

Strategi / teknik : -kuiz

PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

14

dipelajari

LAMPIRAN 1 PANTUN TEKA-TEKI PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

15

PANTUN TEKA-TEKI Buahnya banyak, bertimpa-timpa, Daunnya lebar, berjantung pula; Badannya licin, putih isinya, Bila masak, kuninglah ia.

Buah apakah itu?

Jawapannya : Buah pisang

LAMPIRAN 2 - KAD PERKATAAN

PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

16

kerepek

pisang goreng

lepat

pengat

kek jemput

jemput-

LAMPIRAN 3 - KAD GAMBAR

PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

17

LAMPIRAN 4 - LEMBARAN KERJA Lengkapkan peta minda yang diberi.

PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

18

RUJUKAN Mok Soon Sang (1993). Buku Pedagogi 2. Kuala Lumpur: Cetaktama Sdn. Bhd.

PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

19

J.S. Farrant (1985). Prinsip Dan Amali Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Zawawi Jahya, Idris Ahmad, Badariah Ismail (2005). Majalah Pendidik Beberapa Idea Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur : Widad Publication Sdn. Bhd. Nurulhuda Abd Rahman, et. Al (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan KPD3026 Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran. Tanjung Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, UPSI Siti Sarah Abdul Malek, Amir Hazlin Lin, Khadijah Yusuf (2010). Bahasa Malaysia Tahun 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang (2010). Perancangan dan Pelaksanaan. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2010). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Laman Web kumpulansiswazahguru.blogspot. com www.cgmulia.com

PPG KIRKBY COLLEGE 2012 KUMPULAN B

Anda mungkin juga menyukai