Anda di halaman 1dari 5

MODEL BEHAVIORAL PRINSIP PEMBELAJARAN Konsep & Prinsip Model behaviorisme menumpukan kepada tingkah laku yang dapat

diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid , maka model ini mempunyai asas penyelidikan yang luas ( Joyce , Calhoun dan Hopkins, 2002). Dalam model ini terdapat pecahan atau kumpulan pemgajaran termasuklah model pengajaran sosial ( Bandura, 1961) , model pembelajaran masteri (Bloom, 1968), dan model pengajaran langsung (Good, et al., 1994). Kumpulan model ini mengesyorkan program-program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembangkan kemahiran-kemahiran sosial dan menangani kebimbangan, dan sebagainya.

PENGAJARANLANGSUNG

Pengajaran langsung merupakan kaedah pengajaran yang dipraktikkan oleh guru untuk memudahkan cara pembelajaran. Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara lansung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan

pembelajaran. Mengikut Bandura (1977), manusia belajar melalui pemerhatian. Antara Prinsip-prinsip pembelajaran langsung ialah Pengenalan/Review, Perkembangan, Amalan terbimbing, Penutup, latihan kendiri dan penilaian.

Prinsip yang pertama mengikut pembelajaran langsung ialah pengenalan/ review. Guru akan menyampaikan topic yang akan dipelajari oleh murid dan secara tidak langsung guru akan mengkaji semua maklumat yang berkaitan dengan topic. Guru akan menyusun langkah pembelajaran supaya segala yang dirancang berjalan dengan lancer. Prinsip yang kedua ialah Perkembangan. Langkah pengajaran yang telah dirancang akan dilaksanakan. Guru memberikan penerangan, contoh atau model

tentang apa-apa yang ingin dipelajari dengan jelas. Kemudian pemahaman pelajar akan diuji melalui penyoalan, kuiz dan sebagainya. Peringkat perkembangan merupakan prinsip yang perlu ditiitkberatkan kerana segala ilmu diberikan pada waktu ini. Langkah pengajaran harus disusun dengan baik dan teratur. Prinsip yang seterusnya ialah amalan terbimbing. Pada peringkat ini murid akan diberikan peluang untuk meneroka. Murid akan mencuba apa yang telah dipelajari namun masih perlukan bimbingan dari guru. Murid akan membuat pemerhatian,uikaji dan penyelidikan berdasarkan perkara yang telah dipelajari dan guru perlu memantau aktiviti dan tugasan yang diberikan. Prinsip yang keempat ialah penutup. Guru akan mengakhiri pengajaran dengan merumuskan semua pelajaran yang telah dipelajari. Segala maklumat yang telah diberikan akan diingatkan dan disimpulkan. Prinsip dalam pengajaran langsung juga memerlukan guru untuk memberikan latihan kendiri. Pemahaman murid akan diuji melalui latihan yang bersifat kendiri. Pada prinsip ini tugasan yang diberikan bertujuan untuk mengukuhkan pembelajaran tanpa bantuan guru. Murid akan melakukannya sendiri mengikut kefahaman mereka. Prinsip yang terakhir ialah Penilaian. Kemajuan pembelajaran murid akan dinilai melalui uijan bertulis seperti bacaan dan matematik. Prinsip yang terakhir ini merupakan kemuncak kepada topic yang diajarkan kepada murid. Murid akan dinilai untuk menguji keberkesanan guru menyampaikan pengajaran.

PEMBELAJARAN MASTERI

Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran di mana faktor perbezaan individu diambil kira. Mengikut Bloom (1968) pembelajaran masteri berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir kesemua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh berkeyakinan sekiranya keadaan yang sesuai serta masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. Antara Prinsip-prinsip pembelajaran masteri ialah semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang diajar oleh guru. Matlamat pembelajaran haruslah tepat

dan dapat dicapai. Contohnya apabila dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru harus menyusun rancangan mengajar yang baik supaya pembelajaran tersebut dapat dikuasai oleh murid. Apabila pembembelajaran yang berkesan disampaikan semestinya murid dengan mudah untuk menguasai sesuatu ilmu atau kemahiran. Prinsip pembelajaran masteri yang kedua ialah pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil dimana pengetahuan disusun kepada kaedah ansurmaju iaitu daripada mudah kepada susah. Rancangan pengajaran yang disusun dengan baik akan memudahkan murid menguasai sesuatu pembelajaran. Kaedah ansur maju iaitu pengenalan daripada yang mudah seterusnya secara berperingkat kepada yang lebih mencabar akan membantu memudahkan pengaliran masuk ilmu kepada murid-murid. Prinsip pembelajaran yang seterusnya ialah masa yang diperuntukkan haruslah fleksibel dan mencukupi untuk semua murid mencapai objektif serta hasil pembelajaran. Pada prinsip ini guru perlu kreatif untuk merancang dan menyusun pengajaran sesuai dengan waktunya. Pembelajaran yang tidak dirancang masanya akan membuatkan ianya akan meleret dan seterusnya objektif tidak dapat dicapai. Prinsip pembelajaran yang seterusnya ialah guru berkeyakinan bahawa semua murid yang berbeza boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar . Guru haruslah bertindak sebagai pendorong kepada pelajar supaya ilmu tersebut dapat dikuasai. Prinsip pembelajaran masteri juga memerlukan guru untuk merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambilkira gaya pembelajaran yang berbeza. Kaedah mengajar yang pelbagai akan membuatkan murid tertarik dan bersemangat untuk belajar. Kaedah pengajaran yang sama akan membuatkan murid cepat bosan dan seterusnya objektif pembelajaran tidak dapat dicapai. Latar belakang dan tahap penguasaan murid juga harus diambilkira supaya pengajaran dapat disampaikan dengan jayanya.

IMPLIKASI

MODEL

BEHAVIORAL

TERHADAP

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN. Model system behavioural mempunyai implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Mazhab ini berpegang bahawa manusia mempunyai mekanisme pembetulan kendiri yang mampu mengubahsuai tingkahlaku berdasarkan tindakbalas luaran. Implikasi yang pertama ialah guru harus berpegang kepada prinsip gerakbalas. Seandainya mereka inginkan tingkahlaku yang positif dalam kalangan murid-murid, pengukuhan negative atau hukuman haruslah dielakkan dan tumpuan diberikan kepada pengukuhan yang positif. Contoh pada pengukuhan positif ialah guru memberikan pujian kepada kemajuan pelajar menguasai bacaan sukukata. Guru memuji murid atas perkembangan tersebut. Murid akan lebih bersemangat untuk menguasai bacaan yang seterusnya. Ini akan menghasilkan gerakbalas yang positif. Implikasi yang seterusnya ialah guru harus menyusun unit pembelajaran kepada unit-unit yang lebih kecil. Sesuatu topic haruslah dipecahkan kepada subtopic yang akan membantu murid mencapai pembelajaran yang lebih berkesan. Langkah ini memudahkan sesetengah murid yang kurang berupaya untuk memahami seterusnya menguasai kemahiran dan maklumat asas sebelum meneruskan kepada kemahiran dan konsep yang lebih kompleks. Contoh ini dapat dilihat ketika pengenalan topic deria manusia. Untuk penguasaan yang maksimum pada topic, guru seharusnya boleh memecahkan topic tersebut kepada unit yang lebih kecil seperti pengenalan satu persatu deria beserta contoh yang mudah dan dekat dengan murid. Dengan itu pengetahuan akan murid akan bertambah dan menjadi pembelajaran yang berkesan. Bagi murid yang tidak dapat mencapai objektif pembelajaran, pemulihan haruslah dijalankan. Bimbingan dari guru amatlah diperlukan. Implikasi yang ketiga ialah guru harus meningkatkan pengetahuan sedia ada terhadap pengajaran yang hendak diajar kepada murid. Pengetahuan asas dan

pengetahuan tambahan perlu ada pada diri guru sebagai persediaan untuk murid masa kini yang mempunyai tahap kemampuan berfikir yang kreatif dan inovatif. Implikasi yang seterusnya ialah mengutamakan ganjaran, insentif dan

peneguhan sosial bagi memotivasikan pelajar agar mengulangi tingkah laku yang diingini. Tanpa ganjaran, insentif dan peneguhan sosial maka tingkah laku tadi akan berhenti dan hilang dari diri pelajar. Contohnya guru memaparkan carta murid contoh dengan gambar dan nama yang terpampang di dalam kelas untuk memberikan motivasi kepada diri murid tersebut dan murid lain juga. Dengan cara seperti itu, murid akan terus mengulangi perkara positif tersebut. Kesimpulannya, model behavioral memberi fokus terhadap tingkah laku yang ingin dilihat, diukur dan dinilai. Tingkah laku ini boleh dibentuk melalui persekitaran dan peneguhan yang diberi. Melalui teori ini, guru dapat mengaplikasikannya terhadap murid-murid di sekolah. Dengan cara ini, murid-murid akan sentiasa diberi pengukuhan sama ada secara positif atau negatif melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu, guru juga dapat mengesan dan membaca setiap tingkah laku murid-murid melalui perlakuan mereka terhadap persekitaran, sama ada dengan kawan-kawan, guru-guru dan masyarakat yang lain. Dengan cara ini, murid-murid akan menerima dengan positif atau negatif dan secara tidak langsung akan menimbulkan gerak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Teori Behaviorisme juga dapat mewujudkan hubungan secara dua hala antara guru dengan murid, murid dengan guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.