Anda di halaman 1dari 8

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

1
ISI KANDUNGAN M/S

ESEI CABARAN SEMASA SEORANG GURU SEKOLAH RENDAH

2-6

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

1.0 CABARAN SEMASA SEORANG GURU SEKOLAH RENDAH Jika dahulu, tugas sorang guru mengajar tulis dan baca sebagai tugas hakiki, kini cabaran yang di galas oleh guru jauh lebih berat. Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Benar kata pujangga Usman Awang yang menulis bait keramat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru. Realitinya, masyarakat kini memerlukan guru berkualiti tinggi daripada sudut keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Golongan pendidik perlu peka bahawa kemahiran mendidik sentiasa berubah dan berusaha meningkatkan serta menyesuaikan diri dengan perubahan semasa dan persekitaran. Bidang pendidikan memberikan sumbangan besar dan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah negara malah hakikat ini lebih relevan lagi dalam era siber di mana kemajuan dan kejayaan anak bangsa bergantung kepada penguasaan ilmu dan teknologi. Oleh itu peranan dan tanggungjawab guru dan pendidik hari ini semakin penting dan kritikal berbanding pada masa dahulu. Malah seorang guru harus mampu berfikir secara kritis, menulis secara persuasif, berfikir dan memberi pendapat secara logik serta mengatasi masalah rencam yang dihadapi oleh murid-murid pada masa ini. Setiap profession mempunyai cabarannya yang tersendiri tidak kira profession kedoktoran , perguruan , kejuruteraan dan sebagainya dan cabaran-cabaran ini mungkin terdapat perbezaan pada jenis dan keadaanya. Profession perguruan menjurus kepada cabaran-cabaran yang di hadapi di dalam kawasan sekolah secara amnya dan cabaran di dalam pengajarannya secara khususnya. Dalam menghadapi abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberasasi malah setiap pendidik di mana-mana institusi pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik.

Sebagai seorang guru bahasa Inggeris, cabaran utama yang saya hadapi sepanjang menjadi pendidik adalah kelemahan dalam aspek komunikasi dan penguasaan bahasa murid itu sendiri. Rata-rata menganggap bahawa bahasa Inggeris adalah sesuatu yang membosankan dan menyusahkan dan kebanyakkan pelajar tidak mahu mencuba dan mempunyai sifat malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Sesetengah daripada mereka menganggap apabila bertutur dalam bahasa itu, mereka akan diejek dan dipulaukan. Melalui pengalaman dalam mengajar subjek
EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

bahasa Inggeris, punca ketara pelajar lemah bahasa Inggeris adalah dipengaruhi oleh latar belakang sosial pelajar itu. Pelajar luar bandar kurang terdedah dengan penggunaan bahasa Inggeris disebabkan oleh penggunaan terhad bahasa Inggeris sendiri. Mereka juga mempunyai pengetahuan yang sedikit terhadap bahasa Inggeris dan tidak berpeluang untuk berinteraksi. Malah pelajar juga kurang motivasi diri terhadap kepentingan bahasa Inggeris di tambah dengan sikap malas untuk mengulangkaji dan inisiatif untuk menambah pengetahuan dari segi pemahaman terhadap ayat-ayat Inggeris yang sukar. Untuk memupuk minat terhadap penggunaan bahasa Inggeris, saya telah mendedahkan pelajar kepada aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar kelas yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris. Di antara aktiviti-aktiviti yang saya anjurkan menarik minat pelajar adalah Kem Bahasa Inggeris, Choral Speaking dan Minggu Bahasa Inggeris. Dari situ, minat murid terhadap bahasa itu sendiri mula bertambah sedikit demi sedikit. Pelajar bertambah yakin, seronok dan melibatkan diri dengan aktif setiap aktiviti yang dijalankan malah ada yang mula menyukai bahasa itu sendiri. Bertitik tolak dari situlah saya yakin bahawa setiap masalah pasti ada langkah untuk mengatasinya. Di tambah dengan strategi kerajaan dalam dasar "Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris" baru-baru ini termasuklah strategi-strategi yang diperkenalkan menaruh keyakinan saya untuk lebih bersemangat dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen yang jitu untuk menggunakan kaedah terbaik dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Bukan sahaja kelemahan penguasaan bahasa menjadi masalah utama dan cabaran terbesar kepada saya tetapi masalah bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas menjadi punca utama kesukaran menumpukan perhatian kepada murid yang lemah sekaligus menjadikan pengajaran tidak berkesan. Umumnya, purata bilangan pelajar bagi setiap kelas di negara kita ialah mencapai 35 orang. Namun ada juga di sesetengah sekolah yang mencapai angka 45 orang pelajar bagi kelas-kelas tertentu. Itulah yang saya alami ketika kali pertama di tempatkan di sekolah yang mempunyai purata murid 35 orang bagi setiap kelas. Bayangkan dengan pengalaman yang masih hijau ketika itu di tambah dengan keadaan kelas yang sesak dengan bilangan murid yang ramai menyukarkan saya untuk mengajar dan mendidik. Apatah lagi untuk

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

memberikan tumpuan kepada pelajar yang lemah. Oleh itu, rata-rata guru-guru yang menghadapi masalah seperti saya tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk memberi tumpuan dan bimbingan kepada setiap murid. Kesannya, pelajar-pelajar yang sederhana pandai dan murid yang lemah akan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Hal ini akan menjadikan mereka berasa rendah diri dan terpinggir. Justeru itu, di kebanyakan sekolah, terutama sekolah di bandar, mengalami masalah kepadatan kelas sehingga ada yang melebihi 40 murid, menyebabkan guru menanggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar murid yang berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah serta menyemak latihan. Dengan sebab itulah, pengalaman yang di timba semasa di maktab saya aplikasikan di dalam membantu saya menyelesaikan masalah bilangan murid yang ramai dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar dalam erti kata yang lain inovasi pendidikan berorientasikan kepada teknologi komunikasi dan maklumat. Ini kerana banyak kelebihan dan manfaat yang di perolehi dengan penggunaan teknologi maklumat iaitu saya dapat meluaskan lagi konsep pembelajaran di samping itu saya dapat menyediakan situasi pendidikan yang mencabar minda kepada murid cerdik yang memerlukan aktiviti penggayaan sekaligus berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai di gunakan dalam situasi murid yang ramai kerana kelas yang ramai mempunyai kemampuan murid yang berbeza. Dalam situasi ini, saya boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain menggunakan komputer. Malah, murid yang sukar mengikuti pengajaran saya, saya gunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan bagi membantu mereka lebih memahami matapelajaran saya dengan lebih berkesan. Sehubungan dengan itu, peranan seorang guru amat penting dan saling melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sejajar dengan era globalisasi. Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa mengambil cabaran ini sebagai satu perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi mengatasinya. Bila difikirkan secara positif ,pengaplikasian teknologi dalam pengajaran mampu menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi dan mampu merealisasikan impian negara dalam menjadikan Malaysia menjadi negara maju 2020 seterusnya memartabatkan institusi pendidikan negara. Cabaran seterusnya yang pasti dihadapi oleh semua golongan pendidik adalah bebanan kerja guru yang terlalu banyak. Cabaran pastinya bermula awal tahun, dalam mengendalikan hari

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

sukan, hari kokurikulum, mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), hari terbuka, musim peperiksaan, pertandingan peringkat daerah dan negeri, minggu suai kenal serta banyak lagi beban kerja yang selama ini terpaksa ditanggung guru sehingga sering kali memberi tekanan kepada mereka. Apatah lagi mengajar di sekolah yang kecil dengan bilangan guru yang kurang agak membebankan kerana segala urusan kerja perlu di tanggung. Ini termasuklah kerja-kerja perkeranian seperti menaip dan menyiapkan stastistik peperiksaan, mengisi dan mengemas kini pelbagai borang serta fail pelajar. Selain itu, kebanyakan guru turut terlibat dengan pelbagai kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan kelab malahan melatih murid samada dalam kejohanan sukan, permainan mahupun kokoria.

Perspektif guru kini bukan sekadar pengajar, malah semakin kurang dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, walaupun semua pihak menekankan kewajipan itu sebagai skop tugas utama guru di sekolah. Apa tidaknya, jenguklah ke mana-mana sekolah, atau tanyalah kepada mana-mana guru pun, pasti keluhan dan rungutan yang akan kedengaran mengenai tumpuan tugas mereka yang semakin hari semakin membebankan.

Itulah gambaran yang sewajarnya dilihat bagi menceritakan betapa guru kini tidak seperti guru pada satu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan pengajaran serta cukup disegani atas kedudukan sebagai gedung ilmu.

Banyak pihak yang mungkin mencebik, menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi malahan tak kurang juga yang mengatakan guru banyak merungut. Namun, mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu rungutan itu mungkin tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya itu ketika ini yang bukan sekadar kerap perlu bekerja melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada kalanya tak selesai di sekolah, terpaksa dibawa sehingga atas katil sebelum tidur.

Itulah situasi sebenar yang menjadi persoalan yang tidak pernah terjawab sehingga kini.

Justeru, bebanan yang sering di hadapi di jadikan satu pembakar semangat kepada saya untuk lebih dedikasi dan komited kepada bidang perguruan meskipun banyak rintangan dan halangan yang perlu di tempuh kerana bidang perguruan yang di pilih merupakan profesion mulia yang bukan semua orang mampu untuk hadapi. Justeru, penambahan jawatan staf sokongan itu amat

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

penting untuk mengembalikan guru kepada tugas sebenar mereka iaitu mengajar. Dengan itu, guru boleh fokus untuk pengajaran, bukan dalam kerja pekeranian.

Kesimpulannya, setiap cabaran merupakan titik tolak bagi guru itu sendiri dalam meghadapi arus pendidikan yang pastinya berlaku secara evolusi sepanjang hayat.Ilmu pengetahuan dan kejayaan tidak selalu mudah dicapai dalam tempoh yang singkat dan pelbagai cabaran harus dilalui untuk menggapainya dengan cita-cita, strategi jangka panjang dan displin yang tinggi. Dan begitu juga dalam menangani transformasi dan cabaran-cabaran pendidikan pada masa kini kepada amalan yang dihasratkan oleh kerajaan, kita perlu mengambil kira bahawa perubahan yang dibuat memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi . Lazimnya sesuatu perubahan itu akan mengambil masa untuk diasimilasikan dan diakomodasikan menjadi amalan biasa maka guru sebagai pelaksana utama perlu diberi latihan yang kukuh mengenai strategi pengajaran yang berkesan, menarik dan memotivasikan minat pembelajaran murid agar hasrat kerajaan dan falsafah pendidikan negara akan terlaksana

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

EML 411 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU