Anda di halaman 1dari 23

PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

LEMBAGA PEPERIKSAAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA

KANDUNGAN

Halaman
Pendahuluan Panduan Umum Sukatan Peperiksaan Khas Seksyen A

1 2 3 3

Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling


Seksyen B

Daya menyelesaikan masalah


Seksyen C

4 11

Pengertian dan Kefahaman Terhadap Esei-esei


Seksyen D

Esei Bahasa Melayu .


Seksyen E

18 18 19 21

Esei Bahasa Inggeris


Panduan Menjawab Soalan Penutup

PENDAHULUAN

Peperiksaan Khas ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas. Matlamat Peperiksaan Khas ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Peperiksaan Khas ini melibatkan lima kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting kerana mengukur calon dalam satu atau dua aspek sahaja. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi kesemua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan Peperiksaan Khas ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus Assessment Centre akan ditemu duga.

PANDUAN UMUM
1. Pada hari Peperiksaan Khas calon hendaklah membawa: (i) (ii) (iii) (iv) 2. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan Khas Kad Pengenalan Pensil 2B, pen dan pemadam lembut Peralatan lain yang difikir perlu

Calon perlu berada di Pusat Peperiksaan lima belas (15) minit sebelum Peperiksaan Khas dimulakan. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas. Calon tidak dibenarkan berkomunikasi dengan calon-calon lain . Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas Peperiksaaan Khas dimulakan. Jawapan hendaklah dibuat dalam (i) (ii) kertas OMRbagi Seksyen A, B dan C kertas tulis SPAbagi Seksyen D dan E

3. 4.

5.

6.

7.

No. Kad pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Penggilan Menduduki Peperiksaan. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah TIDAK dibenarkan. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.

8. 9.

SUKATAN PEPERIKSAAN KHAS


Ujian ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5) seksyen iaitu:

Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Eseiesei Seksyen D - Esei Bahasa Melayu Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris

SEKSYEN A -

PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING Masa Bilangan Soalan : : 45 minit 60

Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkaraperkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkaraperkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia / infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lainlain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

CONTOH SOALAN
1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai A. penubuhan ASEAN. B. C. D. penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN. pakatan ketenteraan di antara negara-negara ASEAN. penubuhan Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara. Jawapan: D

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang b o l e h mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang A. B. C. D. beragama Islam. keturunan Melayu. pernah menjadi Menteri Kabinet. menjadi warganegara mengikut operasi undangundang. D

Jawapan:

SEKSYEN B Masa

DAYA MENYELESAIKAN MASALAH : : 45 minit 40

Bilangan Soalan

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan (i) (ii) (iii) (i) kemahiran logik kemahiran menginterpretasi data konsep-konsep matematik Kemahiran Logik Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

CONTOH SOALAN

1. Sila pilih kenyataan-kenyataan individu-individu berikut: Peguambela :

yang

boleh

dipercayai

dari

Yang dituduh tidak bersalah kerana tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku. Jika awak makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan segera. Keadaan inflasi di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang.

Jururawat

Profesor:

Penggangur :

Saya sudah mohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong.

A. B. C. D.

Jururawat Penganggur Peguambela Peguambela dan Jururawat B

Jawapan: Penjelasan

Kenyataan Peguambela tidak boleh diterima kerana ia merupakan kenyataanya sahaja. Ianya juga mungkin tidak berbukti kerana yang memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Penguambela sudah tentu menyebelahi pihak anak guamnya. Kenyataan Jururawat juga tidak boleh diterima kerana beliau tidak dapat menjamin bahawa sesuatu penyakit boleh sembuh. Kenyataan Profesor Ekonomi juga tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja. Hanya kenyataan Penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan yang benar berlaku kepadanya. 2. Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya. Pada suatu hari Y telah pergi ke sebuah kedai dan mengambil sebungkus coklat dan telah memakannya dengan tidak membayar. Keesokannya Y berperasaan kesal dan telah kembali ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga memohon maaf dan sanggup membayar harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran tersebut tetapi telah membuat laporan polis.

Dalam keadaan ini, mengikut petikan Undang-undang di atas, Y adalah A. tidak bersalah kerana ia sudah meminta maaf B. bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa membayar C. bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya D. tidak bersalah kerana sanggup membayar harga coklat tersebut Jawapan: B

Penjelasan Isu utama adalah sama ada perbuatan Y dianggap mencuri atau tidak disisi undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat lalu memakannya dan dengan itu, melarikan harta daripada yang mempunyainya. oleh itu Y adalah bersalah. Jawapan yang boleh diterima ialah di antara A dan B. Y bersalah bukan kerana tidak dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Isu sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Jawapan yang tepat ialah B.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

CONTOH SOALAN
Sila gunakan jadual di bawah untuk menjawab soalan-soalan berikut:
0 5,000 + 2,500 2,500 @6% @9% = = 150 225

5,000

7,500 +

5,000 2,500 12%

= =

375 300

7,500

10,000 +

7,500 2,500 15%

= =

675 375

10,000

15,000 +

10,000 5,000 20%

= =

1,050 1,000

15,000

20,000 +

15,000 5,000 25%

= =

2,050 1,250

20,000

25,000 +

20,000 5,000 30%

= =

3,300 1,500

25,000

35,000 +

25,000 10,000 35%

= =

4,800 3,500

35,000

50,000 +

35,000 15,000 40%

= =

8,300 6,000

50,000

75,000 +

50,000 25,.000 45%

= =

14,300 11,250

75,000

100,000 +

75,000 25,000 50%

= =

22,500 12,500

1.

Jumlah cukai yang harus dibayar bagi pendapatan bercukai berjumlah RM8,500 ialah A. B. C. D. RM815 RM820 RM825 RM1,050 C

Jawapan: 2.

Pendapatan bercukai tahun ini ialah RM20,000 dan pada t ahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus dibayar bagi tahun hadapan? A. B. C. D. RM200 RM300. RM900 RM1,500 C

Jawapan: 3.

Jika anda membayar cukai RM240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut? A. B. C. D. RM3,000 RM3,500 RM4,500 RM4,750 B 9

Jawapan:

(iii) Konsep-konsep Matematik Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

CONTOH SOALAN
1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut? A. B. C. D. 28 49 56 62 A

Jawapan:

10

Teknik menjawab 8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8x7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah 8x7 = 28 2 2. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus? A. B. C. D. 27 30 33 36 A

Jawapan: Teknik Menjawab

90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang 3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang

SEKSYEN C - PENGERTIAN DAN KEFAHAMAN TERHADAP ESEI-ESEI Masa Bilangan Soalan 11 : : 35 minit 20 soalan

Dalam seksyen ini calon dikemukakan 4 petikan esei yang mengandungi antara 300 hingga 400 perkataan setiap satu; 2 dalam Bahasa Melayu dan 2 dalam Bahasa Inggeris. Setiap esei mengemukakan 5 soalan yang menguji kefahaman dan pengertian calon terhadap esei berkenaan. Bagi esei-esei dalam Bahasa Melayu soalan-soalan adalah dalam Bahasa Melayu. Bagi esei-esei Bahasa Inggeris soalan-soalan adalah dalam Bahasa Inggeris. Soalan-soalan berasaskan kepada esei yang dikemukakan dan bukan pengetahuan atau pengalaman calon. Soalan-soalan tertumpu kepada perkara-perkara berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Perkara penting yang dinyatakan atau tujuan utama esei; Penerangan atau kenyataan yang nyata dan jelas dari esei; Kenyataan ataupun pemikiran yang disindir atau ditempelak dari esei; Aliran pemikiran dan asas-asas perbahasan penulis; Perasaan penulis sama ada menyokong atau menolak, memberi pendapat yang bebas suka/duka dan sebagainya

CONTOH SOALAN
Esei Sejak awal lagi, internet diketahui mempunyai cirri-cirri kebaikan dan keburukannya. Kita amat mengharapkan alat ini dapat mencari maklumat dengan pantas dan digunakan dengan cara yang paling baik. Namun demikian, dalam masyarakat yang pelbagai ragam, penyalahgunaan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Cara untuk menyekat perbuatan seperti itu harus difikirkan oleh setiap individu. Oleh sebab penggunaan internet dianggap sebagai kebebasan dalam konteks globalisasi, setiap individu berhak menggunakan Internet.

12

Terpulanglah kepada individu itu untuk menentukan tujuan dia menggunakan internet, sama ada untuk tujuan kebaikan atau sebaliknya. Penggunaan internet dapat mempercepat tugas yang berkaitan dengannya. Hal ini terbukti dengan jelas, khususnya dalam aspek penyaluran dan penyebaran maklumat dan maklum balasnya. Oleh itu, penyebar surat laying mungkin berpendapat bahawa internet merupakan alat yang terpantas untuk melakukan perbuatan jahat mereka. Kita percaya bahawa surat layang melalui internet lebih berbisa jika ada pihak yang sanggup memanjangkan surat yang biasanya tidak dikenali penulisnya itu. Surat layang seperti ini dapat disebarkan dari satu alamat yang lain melalui internet atau dicetak dan disebarkan kepada mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet. Kerja ini juga dapat dilakukan menerusi ruang khas homepage yang begitu popular pada hari ini. Mungkin surat layang ini dapat dijawab menerusi cara yang sama, tetapi dengan berbuat demikian, kita seolah-olah mengundang penyebaran surat layang yang baru oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Masalah timbul apabila teknologi gagal dikaitkan dengan matlamat untuk mencari maklumat secara positif. Selain itu, pengguna hanya menggunakan internent untuk berkomunikasi secara negatif. Internet harus digunakan sebagai keperluan untuk berkomunikasi sesama manusia dengan bercirikan semangat untuk mewujudkan struktur sosial yang baik dan berkesan. Internet tidak harus digunakan untuk menyebar fitnah. Kita bimbang jika fitnah ini dibuat untuk memburuk-burukkan kepimpinan negara, hal ini akan menjadi gejala yang tidak sihat. Sebagaimana yang kita tahu, penyebaran surat layang menerusi internet bukan terbatas kepada lingkungan dalam negara. Penyebarannya mudah merebak hingga ke merata dunia. Kesempatan ini dapat digunakan oleh pihak asing untuk memburuk-burukkan keadaan di sesebuah negara. Di negara membangun, teknologi komunikasi sepatutnya dianggap sebagai penemuan terpenting untuk bersaing dalam bidang perdagangan, pertanian, perbankan, perniagaan dan lain-lain lagi. Hal ini mungkin diakui oleh organisasi tertentu tetapi bagaimana pula dengan individu? Adakah mereka memahami falsafah teknologi komunikasi termoden ini? Jika mahu menyebarkan surat layang melalui internet, nampaknya matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang celik maklumat tidak akan berhasil. Sesuatu yang mungkin mengecewakan kita ialah ketika kita melihat komunikasi baru dan teknologi maklumat sebagai alat penting dunia perindustrian yang banyak menawarkan keuntungan, ada pihak yang terus leka dengan menyebarkan surat layang menerusi kemudahan yang sama. 13

Kita sedar bahawa gelombang teknologi dengan mudah dapat dimanipulasikan. Fakta yang salah mudah disalurkan untuk mengelirukan orang lain. Oleh itu kita juga amat sedih kerana ketika teknologi maklumat dan komunikasi digunakan untuk menyediakan prasarana seperti perbankan elektronik, Sistem rangkaian maklumat, persidangan video, pangkalan data dan alat automatik untuk kegunaan pejabat, ada pengguna yang mudah melakukan perkara yang tidak berfaedah. Surat layang mampu menimbulkan krisis keyakinan jika tidak ditangani dengan baik. Kita percaya bahawa jika wujud etika dan nilai yang baik dalam kalangan pengguna internet, kita dapat mengelakkan diri daripada perbuatan yang tidak mendatangkan hasil ini. Oleh itu, setiap pengguna seharusnya mempunyai maruah diri dan bukan menjadikan alat itu untuk merosakkan masyarakatnya. 1. Penyalahgunaan internet sukar diatasi kerana A. B. C. D. terdapat pengguna yang tidak bertanggungjawab pengguna internet yang tidak bertanggungjawab sukar dikenali. pengguna internet dianggap sebagai kebebasan sejagat adanya keinginan untuk mendapatkan keuntungan dalam jangka pendek : C

JAWAPAN 2.

Apakah langkah yang paling sesuai untuk menyekat penyebaran surat layang ? A. B. C. D. Mengehadkan penggunaan Negara sahaja internet dalam sesebuah

Menyebarluaskan maklumat yang sebenarnya Menyemai etika dan sistem nilai yang baik dalam kalangan pengguna Internet Menyedarkan masyarakat tentang kesan buruk surat layang. : C 14

JAWAPAN

3. Antara berikut, yang manakah kesan penyebaran surat layang? i. ii. iii. iv. A. C. Keuntungan sektor perdagangan terjejas Kewibawaan seseorang pemimpin terjejas Masyarakat celik maklumat sukar dilahirkan Masyarakat sejagat meragui keikhlasan sesebuah Negara. i dan ii ii dan iv : A B. D. i dan iii iii dan iv

JAWAPAN

Passage Wanted urgently: a national energy policy. An inventory of Malaysias resources; both conventional and non-conventional. A projection of national energy needs for the century. Energy is one of the major issues at the moment and will continue to be for a long time yet particularly for the developing countries, Malaysia included. The countrys known oil reserves are estimated at only about a billion barrels. It is expected, therefore, to become a net oil importer for about six or seven years. The fact that a Cabinet Committee on energy exists to deal with policy issues in this area surfaced again recently. In fact, the committee was set up in 1978 but it has operated in such a low key that it is scarcely heard of or from. Likewise, the second tier committee of officials, which is charged with making recommendations to Ministers and to oversee the implementation of their decisions, seems to have led an equally shadowy existence.

15

This suggests the status of energy has yet to be raised to that of a major policy concern, even though pronouncements by top leaders such as the Prime Minister fully reflect their awareness of the seriousness of the problems that loom ahead. Take the Fourth Malaysia Plan for example, after pouring over the 400 odd pages document, the reader will find it difficult to resist the conclusion that the energy dimension has not been given an adequate treatment, although it is obvious that no country in todays circumstances can set out a framework for development without it. The long discussion on an appropriate economic strategy for the 1980s does not refer to energy even in passing, while the chapter under which energy has been dumped together with utilities is silent about plans diversifying the energy base. If one is looking for specific details about the four-fuel strategy announced by the Prime Minister several months ago and reiterated by a cabinet minister more recently, one will be disappointed. Nothing is said about a master plan for the use of gas in the country, expected to be prepared by World Bank experts, or the prospects for using local coal for power generation. And what of the progress of the studies undertaken by West German consultants in Sarawak? These were aimed at determining the feasibility of harnessing the vast hydro potential the Pelagus rapids and the Balui River and the feasibility of a submarine cable system for transmitting power to Peninsular Malaysia 600 or so miles across the South China Sea.

16

4. In this passage the author A. B. C. D. is pessimistic about Malaysias future energy situation is optimistic that Malaysia can solve its future energy problem is pessimistic about the capability of Malaysia to solve its energy problem feels that there must be a greater effort by the government to study the future energy supply and demand. D

Jawapan:

5. According to the author, as far as future needs of energy is concerned, the immediate step to be taken by the government is A. B. C. D. to drill more oil to use oil resources to use coal resources to carry out a national energy resources survey D

Jawapan:

6. According to the author, if one is interested to know details about Malaysias future energy situation A. B. C. D. one cannot find details anywhere one must read Fourth Malaysia Plan one has to see the Annual Economic Report one has to see the Cabinet Committee Report A

Jawapan:

17

SEKSYEN D - ESEI BAHASA MELAYU Masa Bilangan Soalan Panjang Esei : : : 1 jam 3 jawab 1 300 hingga 500 perkataan

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: Cara-cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan bahasa Melayu.

SEKSYEN E - ESEI BAHASA INGGERIS Masa Bilangan Soalan Panjang Esei : : : 1 jam 3 jawab 1 200 hingga 300 perkataan

Dalam seksyen ini calon dikemukakan isu-isu yang menjemput pandangan tentang sesuatu masalah. Contohnya: Electronic Government in Malaysia. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Objektif utama adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan bahasa Inggeris.

18

PANDUAN MENJAWAB SOALAN

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam Peperiksaan Khas ini. Soalan Objektif (Soalan-soalan di dalam Seksyen A, B dan C) (a) Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki Peperiksaan Khas ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Soalan-soalan tersebut, walau bagaimanapun, mungkin sesuai untuk calon lain yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dinasihatkan agar calon tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-s o a l a n yang berikutnya. Apabila masa mengizinkan kembali kepada soalan tersebut. Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana 5 opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih 1. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji kelima-lima opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

(b)

19

(c) Untuk merekod jawapan, calon dibekalkan borang khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar calon menggunakan pensil 2B sahaja. Jika alatulis-alatulis lain digunakan, jawapan calon tidak diambilkira kerana komputer tidak dapat memprosesnya. Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Borang yang dibekalkan adalah khusus untuk merekod jawapan. Soalan Esei (Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)

(a)

Soalan-soalan esei terdapat di dalam dua seksyen iaitu Seksyen D (esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris). Bagi setiap seksyen calon perlu memilih sebuah tajuk dari tiga yang dikemukakan. Masa 1 jam bagi menjawab setiap esei adalah panjang kerana kebiasaannya calon diberi selama 30 atau 45 minit sahaja. Tujuan calon diberi masa panjang adalah untuk menggalakkan penulisan esei yang bernas, teratur, teknik persembahan serta s u s u n a n perkataan yang terbaik. Tulisan perlu kemas dan calon digalakkan menyusun perenggan menggunakan tajuk-tajuk kecil (jika perlu) dan mengemukakan hujah-hujah dengan teratur dan mengikut logik. Oleh yang demikian calon dinasihatkan untuk menggunakan sekurang-kurangnya 10 minit untuk merancang, membuat nota, rangka dan sebagainya sebelum esei ditulis.

(b)

20

PENUTUP

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan PTD adalah lebih baik.

Selamat Maju Jaya

Bahagian Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

21

Anda mungkin juga menyukai