Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN GEMAS 73400 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA SUKANEKA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (MUTIARA) SK GEMAS

Tarikh: 2 April 2013 Masa : 8.00 -11.30 pagi Tempat :Padang Sekolah SK Gemas Anjuran : Program Pendidikan Khas Integrasi SK Gemas

DISEDIAKAN OLEH: GURU PELATIH PPKI SK GEMAS

MENGADAKAN PERTANDINGAN SUKANEKA ANTARA MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (MUTIARA) SK GEMAS 1.0 PENDAHULUAN Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap

perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Lebih daripada itu, sukaneka ini dapat memberi peluang muridmurid berkeperluan khas untuk melibatkan diri dalam bidang kesukanan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama menganjurkan program sukaneka ini ialah memberi peluang dan ruang kepada murid-murid berkeperluan khas melibatkan diri dalam bidang kesukanan. Selain itu, melalui penglibatan ini, murid-murid berkeperluan khas dapat meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki kemahiran social yang lebih baik.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Program ini merupakan kesinambungan dari usaha-usaha yang telah dijalankan oleh guru- guru PPKI SKG dalam menerapkan sikap bekerjasama dan konsep kekeluargaan dalam diri murid pendidikan khas. 4.2 Program ini dapat membantu perkembangan motor kasar dan motor halus murid PPKI yang rata-rata masih di tahap minimum. 4.3 Memberi keseronokan dan menggalakkan setiap murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan aktif.

5.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh Masa

: 2 April 2013 : 8.00 11.30 pagi

6.0 TEMPAT

Padang sekolah Sk Gemas

7.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Pendidikan Khas Sk. Gemas

8.0 BILANGAN PESERTA

12 orang peserta ( 7 orang lelaki, 5 orang perempuan )

9.0 JAWATANKUASA INDUK

10.0 PERBELANJAAN PERALATAN Alatan/Bahan Span Belon Tembikai Bedak Losyen Minyak wangi Puzzle Kain pengelap Gula,garam,limau,cili Gula-gula Tepung Kuantiti/Harga 1 paket x RM2 2 paket x RM2 1 biji 1 x RM 2.50 1 x RM 3.50 1 x RM 6.00 2 x RM 2.00 2 x RM 1.50 RM 8.00 2 x RM 2.00 3 x RM 2.80 JUMLAH MAKAN MURID Jumlah RM 2.00 RM 4.00 RM 7.00 RM 2.50 RM 3.50 RM 6.00 RM 4.00 RM 3.00 RM 8.00 RM 4.00 RM 8.40 RM52.40

PERKARA

HARGA

JUMLAH RM60.00

SARAPAN DAN MAKAN RM5.00 X 12 TENGAHARI

HADIAH

Perkara

Harga / Unit (RM)

Jumlah (RM)

Individu: Tempat pertama 3 x RM 5 Tempat kedua 3 x RM 3 Tempat ketiga 3 x RM 2 Saguhati 3 X RM 1 Kumpulan: Tempat pertama 1 x RM 15 Tempat kedua 1 x RM 12 Tempat ketiga 1 x RM 9 Berpasangan: Tempat pertama 1 x RM 10 Tempat kedua 1 x RM 8 Tempat ketiga 1 x RM 6 Saguhati 1 X RM 4

RM15.00 RM9.00 RM6.00

RM3.00

RM15.00 RM12.00 RM9.00

Hadiah

RM10.00 RM8.00 RM6.00

RM4.00

JUMLAH

RM 97.00

Peralatan:
1. Botol 2. Besen 3. Bola 4. Gelung rotan 5. Baldi 6. Guni 7. Skitel 8. Pita ukur 9. Penutup mata 10. Pundi kacang 11. Bakul 12. Kain pengikat kaki 13. Wisel

Lain-lain:
1. Pembalut hadiah = 10 gulung x RM1 2. Riben 3. Salotip = 1 gulung x RM 2 = 1 gulung x RM 2

11.0 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN

BIL. 1.

ACARA Isi air dalam botol dan bawa bola menggunakan gelung. (Individu) Alatan : Besen, botol, bola, gelung, span

PROSEDUR

Prosedur

1. Setiap murid akan mengisi air ke dalam botol menggunakan span 2. Kemudian, murid akan membawa bola menggunakan gelung sehingga mengelilingi skitel, lalu kembali semula ke tempat mengisi air. 3. Murid akan mengisi air sekali lagi ke dalam botol dan terus kembali ke tempat penamat. 4. Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah air terbanyak.

2.

Pecahkan belon, lari dalam guni dan menyusun puzzle (Individu) Alatan : Belon, guni, puzzle, baldi berisi air.

Prosedur

1. Murid akan mencari belon di dalam baldi yang berisi air. 2. Murid akan meniup belon sehingga pecah. 3. Setelah itu, murid akan berlari dalam guni yang disediakan sehingga ke temapt menyusun puzzle. 4. Murid akan menyusun puzzle. 5. Murid terpantas dan betul akan dikira sebagai pemenang.

3.

Putera/ puteri makan dan bersolek. (Individu) Alatan : Buah tembikai, bedak, losyen, minyak wangi, kain pengelap.

Prosedur

1. Murid akan makan buah tembikai dengan sopan dan kemas. 2. Setelah selesai, murid akan beralih ke tempat seterusnya. 3. Murid dikehendaki bersolek dengan menggunakan bedak, losyen, minyak wangi.

4. Murid yang paling kemas akan


dikira sebagai pemenang.

4.

Jalan berundur, tutup mata dan baling pundi kacang. (Kumpulan bertiga) Alatan : Kain penutup mata, pundi kacang, bakul

Prosedur

1. Murid akan diletakkan di stesen masing-masing. 2. Murid pertama akan berjalan secara mengundur ke ahli kumpulan yang kedua. 3. Murid pertama akan memandu arah murid kedua yang sudah ditutupkan matanya berjalan ke arah murid yang ketiga. 4. Murid ketiga akan membaling 10 pundi kacang secara satu persatu ke dalam bakul yang disediakan. 5. Pemenang akan dikira berdasarkan bilangan pundi kacang terbanyak.

5.

Jalan dengan kaki diikat dan teka rasa dengan mata tertutup. (Berpasangan) Alatan : Kain pengikat kaki, kain penutup mata, garam, gula, limau, cili.

Prosedur

1. Murid akan berjalan secara berpasangan dengan kaki diikat. 2. Kemudian, seorang murid akan ditutupkan matanya dan perlu meneka setiap rasa makanan yang dicuba olehnya. 3. Pemenang akan ditentukan berdasarkan tekaan yang paling tepat.

13.0 RUMUSAN

Program Pendidikan Khas Integrasi Sk Gemas amat berharap agar program ini akan dapat dijalankan dengan jayanya sebagaimana yang telah dirancangkan. Semoga aktiviti yang dijalankan ini dapat membantu murid-murid Pendidikan Khas dalam meningkatkan potensi hidup mereka ke arah yang lebih baik.

Sekian, terima kasih,

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

..

..

Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM MASA 08.00-08.30 pagi AKTIVITI Berkumpul di padang sekolah Sk Gemas Senamrobik berirama

08.00-11.30

Acara:
Isi air dalam botol Bawa bola menggunakan gelung Pecahkan belon Lari dalam guni Menyusun puzzle Putera/puteri makan dan bersolek

11.00-11.30 pagi 11.30 pagi

Penyampaian hadiah Acara tamat