Anda di halaman 1dari 5

1.

PENDAHULUAN Kanak-kanak yang ada kontek dengan alam semula jadi akan mendapat skor yang lebih tinggi dan mempunyai disiplin diri yang lebih baik. Makin hijau alam sekelilingnya , makin tinggi skor ujiannya (Faber Taylor et al. 2002, Wells 2000). Pendedahan kanak-kanak kepada alam semula jadi akan meningkatkan perkembangan kognitif dengan memperbaiki daya kesedaran, kemahiran berfikir dan pengamatan (Pyle 2002). Kawasan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria adalah amat penting dalam mewujudkan suasana kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebih berkesan. Suasana yang harmonis juga dapat membantu meningkat keinginan pelajar ke sekolah untuk belajar dan sekaligus dapat menaikkan prestasi akademik pelajar. Kebersihan dan keceriaan sekolah juga akan memberi tanggapan yang positif di kalangan ibu bapa khasnya dan masyarakat amnya. Diharap juga usaha ini dapat mewujudkan jati diri yang cemerlang dan mengamalkan disiplin diri dalam membina sahsiah diri pelajar disamping merapatkan hubungan antara para guru , pelajar dan ibu bapa.

2.0

MATLAMAT 2.1 Memupuk semangat kelestarian alam sekitar dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar seperti bekerjasama, bertanggungjawab dan bertolak ansur dalam mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih dan ceria . setempat. Justeru merapatkan lagi hubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa dan masyarakat

3.0

OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran bilik darjah Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif untuk P & P. Memupuk semangat nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Mengindahkan persekitaran sekolah dengan bunga-bunga yang beraneka jenis Kelestarian keadaan persekitaran yang bersih dan bebas Aedes dan penyakit Denggi.

4.0

KUMPULAN SASARAN 19 orang Murid-murid Pendidikan Khas

5.0

TARIKH Julai- November 2013

6.0

TEMPAT Kelas PPKI dan persekitaran bangunan kelas Pendidikan Khas SMK Slim.

7.0

AHLI JAWATANKUASA Penasihat : Pn. Hjh. Siti Mariam bt. Hj. Joned ( Pengetua SMK Slim) Pengerusi : Pn. Hjh. Salina bt. Shuib Tn. Hj. Aman Shah bin Idris Pn. Zalina bt. Azman Penyelaras Setiausaha Bendahari AJK : Pn. Asmahani bt. Jaafar : En. Anizat Bin Tarlan : Pn. Fairus fariza Bt Abd Karim : Pn Munira Bt Judin Pn. Noor Izura bt. Ali Pn. Nurazrina bt. Mat Sharif

8.0

PERLAKSANAAN Kami akan memulakan Projek Tanam Bunga Untuk Keceriaan Kelas Pendidikan Khas ini dengan perbincangan bersama pihak pentadbir sekolah dan guru-guru yang terlibat bertemakan Program Sekolah Lestari Alam Sekitar Sekolahku Indah. Kami akan mula merangka pelan yang sesuai untuk aktiviti menanam pokok-pokok bunga agar bersesuaian dan dapat mendatang suasana atau pemandangan menarik apabila dipenuhi dengan beraneka jenis bunga-bungaan kelak. Seterusnya, kami akan mencari beberapa jenis bunga-bungaan dari nursery bunga yang berdekatan yang betul-betul sesuai ditanam di kawasan sekolah, mudah tumbuh dan dijaga atau diselia dan faktor yang utama iaitu pokok-pokok tersebut tidak mendatangkan sebarang bahaya dan kemudaratan kepada para pelajar khususnya. Penanaman pokok-pokok bunga tersebut akan dilakukan mengikut peringkat kan kawasan. Setelah selesai proses menanam pokok-pokok bunga tersebut, sempadan bagi setiap jenis bunga tersebut akan dilakukan bagi menambahkan lagi seri atau pemandangan dengan menggunakan batu bata atau batu sungai yang besar.

10.0

SUMBER KEWANGAN PCG PPKI SMK Slim dan kutipan daripada guru-guru.

11.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran belanjawan projek kami adalah seperti berikut:

Bil. Perkara 1. Pokok Bunga

Kuantiti 100 batang

Jumlah RM 300

2.

Tanah

RM 100

3.

Tanah Kompos

RM 5 x 15 bungkus

RM75

4 5

Baja Tahi Ayam Alatan dan bahan JUMLAH BESAR


PENUTUP

1 Guni x RM50

RM 50 RM 50 RM 575

12.0

Gotong royong dan program penanaman bunga ini bertujuan bukan sahaja untuk menjadikan sekolah berada dalam keadaan hijau dan berwarna-warni, ceria dan kondusif malah dapat melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni seperti sikap bertanggungjawab, bekerjasama serta cinta sayang kepada sekolah dapat dipupuk. Oleh itu, peranan dan tanggungjawab semua pihak amat diperlukan dalam menjayakan program ini. Semoga program ini berjaya mencapai matlamat serta objektif ke arah mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan harmonis.

Disediakan oleh: --------------------------

(ANIZAT BIN TARLAN) AJK Keceriaan Pendidikan Khas

Disemak oleh: -------------------------( )

Dipantau oleh: -------------------------( )

Disahkan oleh: -------------------------(HJH SITI MARIAM BT. HJ JONED) Pengetua