Anda di halaman 1dari 4

MY NET & WALL KELENGKAPAN a) Peralatan 2 Bola keranjang 8 kon

b) Tempat Padang/Gimnasium/Padang Tenis (10 Meter Persegi)

PENGENALAN Pelajar menyertai aktiviti ini secara aktif dalam mengaplikasikan kemahiran dalam pengubahsuaian permainan PERATURAN PERMAINAN Murid tahun 4 Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri 4 orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan mengawasi empat penjuru yang terdapat dalam kumpulan yang kumpulan A akan melantunkan bola kepada kumpulan B. Setelah Bola melantun ke kumpulan B, Pemain yang menerima lantunan bola berkenaan akan melantunkan semula ke kumpulan A dan akan bertukar tempat dengan pemain lain. Setiap lantunan bola yang diterima dengan tepat akan dikira markah

STRATEGI PERMAINAN (MY NET & WALL a) Pengenalan permainan Permainan ini dijalankan di dalam kawasan 10 Meter Persegi atau padang yang mempunyai keluasan saiz yang sama besar dengan kawasan yang diperlukan. Setiap kumpulan mempunyai masa penamat Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang yang mengawasi 4 point di kawasan masing-masing. Pihak lawan akan cuba untuk melantunkan bola mengikut teknik kumpulan masing-masing. Pemain tidak boleh bergerak semasa memegang bola & membuat lantunan. Pemain yang membuat lantunan akan bertukar posisi dengan rakan dalam kumpulan masing. Contoh pemain posisi A akan bertukar ke posisi B. Ketangkasan & Kecepatan menjadi kunci utama kumpulan tersebut mendapatkan markah. Markah dikira apabila pihak lawan gagal menangkap bola yang dilantunkan tadi.

b) Aplikasi permainan Bentukan pelajar kepada 2 kumpulan yang genap (tidak melebihi 4 orang murid). Letakkan kon pada garis grid yang telah ditetapkan. Permainan bermula dengan kumpulan pertama akan melantunkan bola ke kawasan lawan. Pihak lawan perlu menyambut atau tangkap bola tersebut dengan tepat untuk memastikan mereka mendapat giliran melantunkan bola berkenaan. Pemain tersebut harus membaling bola tersebut dalam tempoh 5 saat ataupun dengan kadar masa yang cepat. Kumpulan yang melantun dengan berjaya akan meneruskan permainan sehingga kumpulan yang melantunkan bola tersebut gagal mencapai jaring atau membuat lantunan yang tidak sah (batal). Jika kumpulan tidak berjaya mencapai matlamat permainan, bola secara automatik akan berpindah tangan ke pihak yang lain.

c) Soalan refleksi S: Apakah yang perlu dilakukan untuk melepasi lawan dengan betul? J: Teknik lantunan bola yang pelbagai boleh mengelirukan lawan. S: Apakah yang kamu lakukan agar pihak pertahanan tidak dapat merampas bola dari kamu? J: Berlari pantas dan mengacah S: Apakah taktik yang kamu gunakan agar bola tidak diambil oleh penyerang? J: Berada dalam keadaan bersedia

d) Organisasi permainan

GAMBARAJAH PERMAINAN NET & WALL

e) Pengubahsuaian Tambahkan jaring atau tali di bahagian tengah kawasan permainan. Setiap kumpulan perlu melantunkan bola melepasi jaring atau tali berkenaan sebelum sampai ke kawasan lawan. Markah akan dikira apabila pihak lawan gagal menangkap bola & pihak yang membuat lantunan gagal melepasi jaring atau tali yang disediakan. Bola ditambah menjadi dua.

Anda mungkin juga menyukai