Anda di halaman 1dari 4

Treasure Hunt 1.Murid-murid dibahagikan dalam kumpulan mengikut bilangan yang dikhendaki. 2.

Setiap kumpulan diminta memilih ketua,setiausaha dan bendahari 3.Penyelaras menyediakan wang contoh sebagai ganjaran disetiap check point .Apabila kumpulan itu berjaya menyelesaikan setiap task di check point,fasilitator akan memberi ganjaran.Kumpulan yang paling banyak mengumpulakan wang contoh dianggap pemenang. 4.Setiap check point terdapat task yang harus diselesaikan oleh setiap kumpulan dan mendapat klu dari fasilitator bagi meneruskan ke check point seterusnya. 5.Setiap kumpulan akan ke check point berbeza dari permulaan agar tiada kekecohan berlaku. 6.Sebelum bermula setiap kumpulan diberi sebiji belon yang berisi air agar dijaga sehingga selesai treasure hunt. Contoh Check Point 1
Menantu misali

Beras ,kacang tanah dan kacang hijau dicampurkan,ahli kumpulan harus mengasingkannya dalam masa yang ditetapkan.Kemudian mengambil klu dari fasilitator bagi check point seterusnya. MERAH MENYALA WARNA TUBUHKU, KEPALA PEMACU DAN BERBENTUK SILINDER.(PEMADAM API) Kumpulan akan bergerak dan mencari klu tersebut. Check Point 2 Kumpulan murid yang tiba di check point 2 diminta memakan telur mentah/separuh masak,kemudian mendapatkan klu ke check point 3 dari fasilitator. SANGAT PENTING KEPADA NELAYAN, MENCARI REZEKI DI TENGAH LAUTAN. (SAMPAN) Kumpulan akan bergerak dan mencari klu tersebut Check Point 3

Kumpulan murid yang tiba di check point 3 diminta memancing botol mineral menggunakan paku .Ketua memberi arahan dan ahli kumpulan dengan memaling badan ke belakang mendengar arahan ketua cuba memasukkan ke dalam botol .Setelah berjaya atau tidak dalam masa yang ditetapkan(2 minit) .Kemudian mendapatkan klu ke check point 4 dari fasilitator. TEGAK BERDIRI BUKANNYA NISAN, PENANDA ARAS BILA KECEMASAN (BATU PENANDA ARAS)

(Aktiviti lain:asuhan minda-matematik,sains)

Check Point 4 Kumpulan murid yang tiba di check point 4 diminta mengalih bahasa arab kepada rumi dalam masa 2 minit dan ganjaran di bayar mengikut jawapan yang tepat kemudian mendapatkan klu ke check point 5 dari fasilitator. POKOK SERBAGUNA DIBERI GELARAN, MENGHIASI LAMAN DI KEDIAMAN.(POKOK KELAPA) Check Point 5 Kumpulan murid yang tiba di check point 5 diminta menyelesaikan 4 soalan (BM,BI,MATEMATIK,SAINS).Setiap soalan diberi RM50 dalam masa 4,kemudian mendapatkan klu ke check point 6 dari fasilitator. IBARAT DI BATU CAVES, SEBAGAI SIMBOL MENUJU KEJAYAAN. Kumpulan akan bergerak dan mencari klu tersebut Check Point 6 Kumpulan murid yang tiba di check point 6 diminta membina 3D (kiub,kuboid,pyramid)mengunakan kacang kuda dan kayu pencungkil gigi dalam masa 5 minit. ,kemudian mendapatkan klu ke check point 7 dari fasilitator POKOK BERDURI NAMPAK BAHAYA. MAMPU HIDUP DI PADANG PASIR.(KAKTUS) Kumpulan akan bergerak dan mencari klu tersebut Check Point 7 Kumpulan murid yang tiba di check point 7 diminta mencari kata-kata hikmah yang tersembunyi disekitar .Setelah jumpa ,mereka diberi klu ke check point 8 dari fasilitator. BERBATANG BESAR BERDAHAN RIMBUN, TEGUH BERDIRI DI TEPI PANTAI.

Kumpulan akan bergerak dan mencari klu tersebut.

Check Point 8 Kumpulan murid yang tiba di check point 8 dikehendaki mengisi air laut ke dalam botol mineral dengan menceduk air mengunakan tangan dalam masa 2 minit.Kumpulan yang terbanyak akan dibayar RM200 wang contoh.Murid diminta balik ke check point pertama dan menyelesaikanTangram dan puzzle dalam masa yang ditetapkan oleh fasilitator.Kumpulan yang cepat akan dibayar RM200.

Kesimpulan Kumpulan yang paling banyak mengumpul wang diumumkan sebagai pemenang.