Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Falsafah Pendidikan adalah penting sebagai lampu suluh untuk memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan di negara kita. Maka, usaha kajian intelektual atas tujuan pendidikan, realiti objektif, prinsip asas dan nilainya telah dijalankan bagi menghasilkan sebuah falsafah pendidikan yang sesuai dengan pendekatan negara untuk

merealisasikan Wawasan 2020. Kewujudan Falsafah Pendidikan Equalisme secara tidak lansung telah memberi panduan, arah tuju dan pendapat kepada pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat universiti supaya mewujudkan sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat . Berikut merupakan hasrat dalam FPE :

Pendidikan di Malaysia merupakan usaha bagi melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu bagi menghasilkan suasana yang harmoni dan aman damai untuk merealisasikan impian negara supaya melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, menepati masa, berilmu, berketrampilan, berfikiran kritikal,

bertanggungjawab, bersedia untuk menghadapi perubahan serta mewujudkan manusia yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, dan Sosial dapat dicapai.

2.0 TUJUAN PENDIDIKAN

Falsafah Pendidikan Equalisme telah menyatakan tujuan dan matlamat pendidikan adalah untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras bagi melahirkan insan yang seimbang dan berupaya untuk menyumbang kepada kemajuan negara. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Antaranya tujuan yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Equalisme jelaslah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Dengan adanya badan yang sihat, emosi yang stabil, pegangan kepada agama yang kuat dan tingkahlaku yang baik, otak yang cergas serta kemahiran bersosial yang betul, barulah seseorang tersebut dapat memperkembangkan potensi dan kelebihan yang terpendam dalam diri dia dengan sepenuhnya.

Selain itu, Falsafah Pendidikan Equalisme juga menyatakan matlamat untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Insan yang bertanggungjawab dan mengetahui kewajipannya akan sentiasa mangingati diri supaya melakukan sesuatu yang bermanfaat serta menghindari daripada perbuatan yang buruk. Hal demikian secara tidak langsung dapat mengurangkan berlakunya masalah sosial dan kes-kes jenayah serta meningkatkan imej negara kita.

Falsafah Pendidikan Equalisme juga telah menekankan tujuannya bagi melahirkan insan yang progresif, mahir serta cekap supaya dapat melaksanakan tugas secara rajin, berdisiplin dan produktif bagi memberi sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan negara. Penduduk yang rajin, berdisiplin dan produktif ini dapat mempertingkatkan daya pengeluaran negara mahupun dari segi barangan dan sumber tenaga manusia.

Di samping itu, Falsafah Pendidikan Equalisme juga berhasrat untuk melahirkan insan sentiasa berupaya menerima perubahan dan pembaharuan. Seseorang yang

yakin kepada dirinya akan berusaha untuk membuat penilaian terhadap keadaan diri seorang itu tanpa mengira kelemahan ataupun kelebihannya. Insan yang berupaya menerima perubahan ini juga akan sentiasa membiasakan diri dalam semua keadaan tanpa mengira dalam yang selesa ataupun susah.

Seseorang yang menepati masa juga merupakan insan yang dinginkan melalui Falsafah Pendidikan Equalisme. Kegagalan untuk menepati masa akan sentiasa menyebabkan sesuatu aktiviti itu tertangguh ataupun dibatalkan. Jelaslah bahawa menepati masa merupakan nilai yang amat penting kerana seseorang yang menepati masa mudah dipercayai oleh orang lain. Mereka yang menepati masa juga mudah diberi peluang untuk melakukan kerja penting kerana dia dapat menjalankan sesuatu kerja dalam tempoh masa yang diberikan.

Tujuan pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Equalisme bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Hubungan yang erat dan harmoni diperlukan dalam pembangunan negara terutamanya dalam negara kita yang berbilang kaum ini. kita juga haruslah sentiasa bertimbang rasa kepada orang lain kerana keupayaan untuk memahami kesulitan-kesulitan orang lain dan memberi peluang kepada mereka untuk berkembang dan maju ke depan dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan aman damai di negara kita serta memajukan negara kita.

Secara kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Equalisme adalah bertujuan untuk memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia serta mendidik dan mendorong mereka untuk mencapai kesejahteraan hidup mereka dan pembangunan negara dengan adanya potensi yang seimbang dalam diri mereka.

3.0 KEHENDAK PELAJAR

Falsafah Pendidikan Equalisme mencadangkan bahawa kehendak pelajar untuk memilih sektor pelajaran itu dilaksanakan tetapi pada peringkat yang sesuai. Pelajar perlu mempelajari kemahiran asas seperti 3M iaitu membaca, mengira dan menulis bagi memudahkan pembelajaran mereka pada masa kelak. Pelajar berhak untuk memilih sektor yang diminati di bawah cadangan guru sekolah. Hal demikian adalah untuk

mengelakkan pelajar daripada membazirkan masa dalam mempelajari Mata Pelajaran yang tidak berkaitan dengan bidang pekerjaan mereka pada masa yang akan datang. Selain itu, pandangan yang membezakan pelajar yang pandai dan kurang pandai melalui jurusan Sains dan Sastera haruslah dihapuskan supaya mereka yang meneruskan pelajaran dalam jurusan sastera tidak merendahkan diri semasa pembelajaran.

Selain itu, pengajaran dan pembelajaran haruslah memenuhi kehendak pelajar iaitu melalui isi kandungan yang sesuai berdasarkan peringkat umur mereka. Sukatan pelajaran yang semakin mencabar selari dengan perkembangan kematangan pelajar itu dapat menggalakkan seseorang pelajar itu untuk menganalisis dan memahami kandungan yang disamapaikan. Hal demikian dapat mengelakkan daripada berlakunya pembelajaran secara menghafal memahami apa yang dipelajari.

Pembelajaran juga haruslah memenuhi kehendak pelajar bagi memberi kebebasan kepada pelajar untuk menentukan sesuatu yang ingin disampaikan. Pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritikal dapat dipupuk melalui kaedah pembelajaran kerana mereka diberi peluang untuk melahirkan sesuatu yang luar biasa dan bukan sekadar yang telah disekatkan oleh guru.

Di samping itu, kehendak pelajar untuk belajar atas kemampuan sendiri juga haruslah dipupuk. Mereka tidak harus dibandingkan dengan pelajar lain yang pandai dalam akademik kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan mereka sendiri. Mereka yang lemah dalam akademik haruslah diberi perhatian yang lebih supaya mereka dapat mengikuti ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru.

4.0 KEHENDAK MASYARAKAT

Kurikulum dalam Falsafah Pendidikan Equalisme telah digubal atas suara kehendak masyarakat. Walaubagaimanapun, bukanlah senang untuk memenuhi kesemua kehendak masyarakat mahupun pada era globalisasi yang semakin kompleks dan menerima perubahan yang pesat ini.

Masyarakat mengkehendaki pelajar-pelajar supaya mempelajari kemahiran asas iaitu menulis, mengira dan membaca kerana kemahiran ini merupakan asas kepada segala ilmu pengetahuan mahupun dalam kehidupan ataupun pembelajaran.

Selain itu, masyarakat juga menekankan kurikulum dan kokurikulum yang kepelbagaian bagi menghadapi persaingan yang semakin sengit dalam masyarakat ini. Oleh itu, pendidikan seni visual, latihan permainan dan sukan, kelas muzik, latihan wushu, kelas tarian dan sebagainya telah diadakan untuk mencungkil potensi yang terpendam dalam para pelajar.

Kehendak masyarakat untuk melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi juga telah diberi tumpuan. Pendidikan Moral telah diajar di sekolah bagi membentuk personaliti para pelajar supaya menjadi seorang yang sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Murid-murid juga diberi peluang untuk membuat kesimpulan tentang kesalahan yang dilakukan sebelum dikenakan tindakan supaya seseorang itu dapat mengetahui kelakuan yang dilakukan itu adalah salah.

Masyarakat juga mempunyai kehendak untuk melahirkan insan yang sihat dan aktif dalam melaksanakan tugas. Hal demikian adalah kerana segala aktiviti yang telah dirancang dengan adanya badan yang sihat dan semangat berjuang yang tinggi.

Secara kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Equalisme ini digubal atas memenuhi kehendak masyarakat yang ingin melahirkan insan yang EQUAL iaitu seimbang dari pelbagai aspek untuk menghadapi cabaran pada masa kelak.

5.0 PERANAN GURU

Dalam Falsafah Pendidikan Equalisme, guru berperanan sebagai fasilitator iaitu pembimbing bagi menolong pelajar dalam pembelajaran sekiranya diperlukan. Guru haruslah menjalankan pengajaran dua hala berpusatkan pelajar dalam kelas dengan kaedahnya seperti perbincangan dalam kelas supaya para pelajar berpeluang untuk menghasilkan idea dan pandangan sendiri.

Selain itu, guru juga berperanan untuk menggalakkan anak muridnya supaya teruskan usaha bagi mencapai kejayaan yang lebih tinggi. Guru haruslah sentiasa mengelakkan daripada mengatakan perkataan yang negatif terhadap pelajarnya terutamanya terhadap pelajar yang lemah. Hal demikian akan memberi tanggapan yang salah kepada pelajar tersebut bahawa beliau tidak dapat melakukan tanggungjawab yang telah diberikan itu dan secara tidak langsung akan mengurangkan keinginan seseorang pelajar itu untuk meneruskan pelajarannya.

Di samping itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam memerhati dan mengembangkan potensi anak muridnya. Guru merupakan orang yang paling dekat dengan pelajar beliau semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah sentiasa berusaha untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam setiap pelajar yang berbeza itu.

Guru juga berperanan untuk melaksanakan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan sepenuhnya serta dalam keadaan yang baik dan selamat.

Melalui Falsafah Pendidikan Equalisme, guru juga berperanan untuk memberi pandangan dan cadangan kepada pelajar beliau dalam pemilihan subjek yang ingin dipelajari berdasarkan kemampuan, kehendak dan minat pelajar beliau. Guru merupakan orang yang paling memahami pelajar beliau dan dengan adanya dorongan dan bantuan guru, pelajar beliau dapat memilih jurusan yang disukai dan akan berjaya pada masa yang akan datang.

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Equalisme telah menggariskan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan yang dihasratkan bagi memberi panduan kepada masyarakat dan para pendidik untuk melicinkan dan menghasilkan sistem pendidikan yang lebih berkesan.

Adalah amat penting agar Falsafah Pendidikan Equalisme dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Malahannya, setiap pendidik harus berpegang kepada Falsafah Pendidikan Equalisme dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan mereka. Dengan adanya sikap yang berjiwa guru, maka profession mereka sebagai seorang guru dapat dijamin dan dikekalkan. Selain itu, mereka juga akan lebih memahami akan fungsi-fungsi pendidikan dan cara-cara yang mereka gunakan semasa dalam proses mendidik pula akan lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai